Monday, December 21, 2009

HILANG DAN RUNTUH - MENUTUP TIRAI TAHUN 2009 DENGAN PELBAGAI TANDA SOAL???

SETELAH SEBELUM INI

kanak-kanak hilang,
Ayah Pin hilang,
Bala hilang (baru jumpa kat India)
raja petra hilang
altantuya hilang
kabel telefon
dan...banyak lagi yang hilang



SELIPAR NI BOLEH JAMIN TAK HILANG KE?

KERAJAAN TIDAK AKAN SEMBUNYIKAN KES KEHILANGAN ENJIN PESAWAT : NAJIB – berita hairan

Kerajaan memberi jaminan tidak akan menyembunyikan sebarang perkara berkaitan kes kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kata Najib Razak.

Bercakap pada sidang akhbar di sini sebentar tadi, dia berkata, kejadian itu berlaku ketika dia menjadi Menteri Pertahanan dan laporan polis dibuat sejurus perkara itu disedari ketika itu.

KITA BELUM HILANG DARI KEJUTAN KEHILANGAN BOM C4, KEHILANGAN NAMA ORANG DARI IMIGRESEN, ENJIN JET PEJUANG F-5E BERNILAI LEBIH 50 JUTA RINGGIT PULA HILANG.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)TUNGGU APA LAGI?? MESTI SEGERA menyiasat kedua-dua peristiwa penting ini kerana ia melibatkan penyalahgunaan kuasa yang begitu jelas dan menimbulkan tanda tanya 1 MALAYSIA.

DITERENGGANU PULA TERMINAL BAS BARU PULA RUNTUH SETELAH MESJID DAN STADIUM RUNTUH!!
RENUNG-RENUNG DAN FIKIR-FIKIRKANLAH APA YANG NAK HILANG DAN RUNTUH PULAK SELEPAS INI...

"AYAHANDA MARAH KE??... "OH! DAAAKK... TENGAH DOK FIKIR BALA APA NAK DATANG PULAK...."

ZAM...ZAM...ALAKAZAM...
JANGAN MARAH HAA...NANTI KENA JUAL

Tuesday, December 15, 2009

SELAMAT TAHUN BARU HIJRIAH 1431... SEMOGA MENJADI TITIK TOLAK PERUBAHAN PARADIGMA YANG MENYELURUH DAN HASILAN YANG HEBAT !!!




“Kamu adalah adalah ummat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu perintahkan yang makruf dan kamu cegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.” (QS. 3:110). “Demikianlah Kami menjadikan kamu sebagai ummat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia.” (QS. 2:143).

Secara umum, HIJRAH berarti perpindahan dari suatu tempat ke tempat lain, atau dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain. Sehingga, hijrah boleh saja dalam bentuk prilaku, ideologi, moral, hukum, kebudayaan dan sebagainya.

Yang penting pastikan kita ambil kesempatan sempena tahun baru hijrah ini memacu ketangkasan dan kehebatan kita dalam pelbagai sudut untuk lebih cemerlang sesuai fitrah diri kita yang Tuhan jadikan sebagai sebaik-baik kejadian.
Yang jadi usahawan jangan suka tidur awan-awan (siang)takut nanti kena sawan. Pandang masa depan dengan pemikiran positif dan berwawasan.
Tahun 2010 nampaknya dalam negara kita, suram jika dilihat dari sudut strategi pimpinan BN yang memerintah (mungkin dah tak lama)yang belanjawannya defisit, potong sana potong sini (sampai dah tak tahu nak potong apa). Perniagaan pasti tidak serancak sebelum ini, tapi jangan putus asa Allah yang beri rezeki, usaha dan kena kreatif lagi, pasti kejayaan dapat dikecapi.

SELAMAT TAHUN BARU

SEMOGA KITA SEMUA DIBERKATI.
JANGAN LUPA BUAT SEGALA SURUHAN NABI
PATUH PERINTAH ILAHI ROBBI
PASTI KITA DILIMPAHI REZKI,
ATAS BAWAH KANAN DAN KIRI.

Saturday, November 28, 2009

SALAM EIDIL ADHA - SEMAI DAN TANAMKAN SEMANGAT PENGORBANAN UNTUK ISLAM



SELAMAT HARIRAYA QURBAN DIUCAPKAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DAN PENGUNJUNG BLOG INI. DENGAN DOA DAN SERUAN AGAR DIKUATKAN SEMANGAT PENGORBANAN UNTUK KERJA-KERJA ISLAM.

Sunday, November 22, 2009

PERUBATAN ISLAM - SATU PENGENALAN

UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN PELBAGAI PENYAKIT
DAN SEBARANG PERTANYAAN, HUBUNGI;
DR(H).MOHD.NASHUHA JAMIDIN
PUSAT PERUBATAN AN-NASIHAH,
1683A, KG. CHE BEMA, SG. LAYAR,
08000 SG. PETANI, KEDAH
TEL: 017-4202863.



siri 1
Dalam perubatan Islam, teknik perubatan adalah berdasarkan al-Quran dan hadis. Menurut perubatan Islam, pengamal perubatan ini biasanya menggabungkan medium perubatan dengan spiritual. Teknik spiritual ini adalah seperti membangkitkan tenaga dalaman pesakit serta kuasa yang terdapat pada amalan, sunnah dan meditasi nabi-nabi, alim ulama serta ahli-ahli sufi.

Suatu ketika, semasa Rasullullah sedang merawat, seseorang bertanya samada perlukah pesakit diberikan ubat? Lalu baginda menjawab, “ Ya, kita harus mencari penyembuhan melalui ubatan. Ini kerana, setiap penyakit yang Allah turunkan pasti ada penyembuhannya. Akan tetapi terdapat satu penyakit yang Allah tidak ciptakan penyembuhannya iaitu penyakit tua.”

Setiap ayat yang diturunkan dalam al-Quran mempunyai nilai penyembuhan tersendiri terhadap penyakit. Berikut adalah beberapa ayat-ayat yang digunakan untuk rawatan.

6 AYAT AL-SYIFA

“Dan Allah akan menyembuhkan dada mereka yang percaya.”
Taubah 9:14

“Wahai umatku telah datang satu petunjuk dari Tuhanmu dan penyembuhan pada penyakit dalam hati kamu serta kepada mereka yang percaya dan taat.” Yunus 10:57

“ Terdapat perkhabaran menyatakan bahawa dalam badan lebah terdapat minuman yang pelbagai warnanya. Dimana di dalamnya terdapat penyembuhan kepada manusia.”
Nahl 16: 69

“Dan Kami turunkan dalam al-Quran segala penyembuhan dan kebaikan kepada mereka yang percaya.” Bani Israel 17: 82

“ Dan ketika Aku sakit, Allah menyembuhakanku.” Ibrahim 26: 80

“ Dan katakanlah wahai Muhammad bahawasanya al-Quran itu adalah petunjuk dan penyembuh kepada mereka yang percaya.”


TENAGA DAN PENYEMBUHAN MELALUI RAWATAN SPIRITUAL


Rawatan spiritual bukanlah sesuatu yang misteri tetapi ia adalah sesuatu yang jelas dan adakalanya agak kompleks. Setiap orang mempunyai lingkaran tenaga atau aura yang mengelilingi tubuhnya. Lingkaran iniadalah berkait dengan kesihatan seseorang.

Tenaga bukan sahaja dipercayai dalam Islam tetapi budaya-budaya lain juga turut mempercayai wujudnya tenaga dalam tubuh manusia. Dalam setiap budaya, tenaga dikenali dengan pelbagai istilah:

Ki (Jepun)
Chi (China)
Prana (Hindi)
Qudra (Arab)


Tenaga adalah nyawa yang diberikan oleh Maha Pencipta. Tenaga mengawal cara pemikiran dan emosi. Ia adalah sumber kehidupan dan faktor animasi dalam semua benda hidup. Ia mengalir melalui badan dan boleh digunakan untuk merawat. Apabila badan kehilangan nyawa, tenaga(roh) akan meninggalkannya dan membenarkan jasad itu untuk mereput. Akan tetapi tenaga itu tidak akan hilang dan akan sentiasa wujud dalam dimensi lain. Tenaga ini membawa suatu bentuk kuasa yang nyata, aktif, sempurna serta berterusan. Tindakan daripada kuasa ini adalah tulen kerana tanpa pengaruhnya tiada apa dapat hidup atau tumbuh.

Tenaga spritual ini meletakkan organ, salur darah dan bahagian badan yang lain pada tempatnya. Apabila tenaga ini berkurangan, hubungan anatomi dalam badan akan terganggu. Ia akan menyebabkan kesakitan, organ tidak berfungsi dan kesihatan terganggu.

Tenaga spiritual yang energetik ini akan membentuk suatu bentuk energy field seumpama elektrod atau magnet yang dicaskan.Sumber tenaga ini bukan sahaja menambahkan tenaga kepada badan akan tetapi ia juga memberi identiti. Contohnya, atom ialah hubungan konstituensi antara elektron, proton dan neutrons. Begitu juga dengan tenaga spiritual yang mampu memberi tenaga kuasa dan identiti kepada fizikal tubuh.

Tenaga dalam perubatan spritual ini adalah seumpama air terjun. Sekiranya air terjun diletakkan pada saluran yang betul, ia mampu membentuk sumber kuasa dan menghasilkan elektrik. Begitu juga sekiranya aliran darah kita disalurkan secara seimbang dan teratur maka tenaga penggerak ini akan menjana tenaga pada organ yang lemah ini.

Bagi organ yang mana kuasa tenaga semakin berkurangan, perubatan spiritual akan meningkat dan mengaktifkan tenaga vital. Teknik perubatan spiritual membenarkan tenaga merebak untuk menyembuhkan penyakit.

Prinsip yang sama digunakan pada reaksi atomik digunakan oleh pengamal perubatan spiritual untuk mengaktifkan tenaga dalam pesakit. Kaedah yang sama juga digunakan oleh pengamal perubatan moden, iaitu penggunaan laser. Laser digunakan untuk menyembuhkan penyakit secara reaksi berantai. Apabila satu organ sembuh maka organ yang lain akan mulai sembuh juga.


3 FASA DALAM PERUBATAN SPIRITUAL


Tenaga spiritual atau kosmik melibatkan tenaga dari planet, bintang, galaksi dan apa saja yang berada disekeliling yang menghasilkan energy field. Tenaga yang tersebar akan memulihkan semangat dan roh. Melalui proses rawatan spiritual yang meditatif, seseoarng boleh menguasai tenaga ini.

Tenaga ini disalurkan ke cerebral kortek iaitu pusat pemprosesan minda difokuskan ke bahagian otak yang diaktifkan dan distimulasikan oleh kuasa ini. Impuls dihantar ke sistem saraf autonomik untuk mengawal atau mengubah fungsi tubuh supaya ia tidak mengalami kesakitan atau diserang penyakit. Dalam fasa satu, tenaga ditumpukan ke bahagian otak.

Dalam fasa dua pula, perpindahan atau migrasi tenaga dari otak ke jantung. Proses dalam fasa satu, menstimulasikan saraf vagus untuk menghantar impuls elektrik ke sistem konduksi jantung ke sinoatrial node, melalui laluan internodal dan laluan atrioventricular ke bahagian bawah jantung.

Pada fasa ketiga pula, tenaga dipam bersama darah dari jantung ke sistem vaskular dan dihantar ke seluruh tubuh.

Bagi seorang pengamal perubatan, yang paling penting adalah jantung yang sihat. Jantung yang sihat masih boleh menampung badan yang lemah. Akan tetapi, sekiranya jantung bermasalah, badan akan bermasalah dan tidak boleh bertahan lama. Selain itu, otak juga penting untuk dipelihara. Ini supaya aliran sistem maklumat berfungsi dengan baik.


PERBEZAAN DI ANTARA PENGAMAL PERUBATAN MODEN & PENGAMAL PERUBATAN SPIRITUAL


Pengamal perubatan moden atau saintis, berhubung dengan kuasa – kuasa kehidupan. Akan tetapi mereka tidak dapat berinteraksi secara terus kecuali melalui medium lain iaitu tubuh badan. Oleh itu, kebanyakan saintis menitikberatkan luaran badan dan cuba mencari prosedur dan teknik untuk pastikan badan berada dalam keadaan homeostesis bagi mengelakkan badan dari sakit.

Berbeza dengan pengamal perubatan spiritual, mereka menggunakan pendekatan dalaman untuk merawat. Ini dengan menggunakan teknik dan cara tenaga dalam badan.

HIGH SENSE PERCEPTION (HSP) ATAU PENGGUNAAN ILMU MAKRIFAT SEBAGAI ALAT DIAGNOSTIK


Pengamal perubatan moden menggunakan teknik Magnetic Resonance Imaging (MRI) untuk membuat diagnostik penyakit. Teknik ini menggunakan tenaga dan atom-atom dalam tubuh untuk memberi imej dan maklumat berkenaan tubuh dan potensi penyakit.

Bagi pengamal perubatan spiritual, mereka menggunakan High Sense Perception (HSP) atau dalam Bahasa Melayunya Ilmu Makrifat. Ilmu Makrifat adalah cara untuk meramal sesuatu di luar 5 deria. Dengan ilmu tersebut ia adalah lebih dari melihat, mendengar, menghidu, merasa dan menyentuh.

HSP, boleh juga ditafsirkan sebagai suatu keadaan dimana kita dapat merasa dengan mata hati. Ia bukanlah sebuah imaginasi, akan tetapi kita boleh melihat sesuatu tanpa menggunakan penglihatan normal kita. HSP atau Ilmu Makrifat adalah sebuah dunia dinamik berinteraksi dengan tenaga spiritual yang berada di sekeliling dan berhubung dengan semua benda hidup.

Dengan HSP, proses patho-physiology kesakitan dan penyakit berada didepan mata pengamal tersebut. HSP menunjukkan bagaimana sesetengah penyakit bergerak atau berada pada energy field tersebut. Gangguan pada energy field disebabkan oleh masa dan kehidupan tidak sihat, akan dipindahkan ke tubuh dan menjadi penyakit.

Oleh kerana HSP, boleh menunjukkan bagaimana sesuatu penyakit terjadi, ia juga boleh menentukan bagaimana proses penyakit itu diputarkan kembali. Untuk mendapatkan HSP, kita perlu berada dalam keadaan bawah sedar.

NASMA DAN MEDITASI


Roh atau badan bukan fizikal dikenali sebagai Nasma. Nasma wujud dalam setiap badan sebagai subtle vapor atau olahan tenaga (energy breeze) yang terhasil daripada output kimia badan.

Nasma memperolehi peningkatan daripada kuasa esoterik yang dilepaskan setiap kali kita bertindak/ berfikir/ mempunyai niat adan kepercayaan. Nasma boleh meninggalkan jasad pada bila-bila masa.

Apabila kitar tenaga spiritual terganggu atau tidak lancar, maka kesihatan pesakit akan terganggu, menyebabkan penyakit, tekanan dan sebagainya. Ini menunjukkna kita perlu menyeimbangkan tenaga badan kita. Kitar tenaga yang positif akan meningkatkan nasma dan menetapkan struktur, asas dan keseimbangan sistem badan.

Nasma boleh mempengaruhi orang lain seperti tenaga magnet yang menarik cas-cas pada kedudukannya. Tenaga dalam sistem yang sihat boleh menyembuh secara sendiri dan dapat menetapkan kesihatan individu disampingmenguatkan aura seseorang.

Nasma bukan sahaja mempengaruhi fizikal tubuh, akan tetapi mempengaruhi badan yang lemah dan sakit kerana kelemahan pada organ. Sebagai contoh, pada badan yang lemah, nasma yang lemah akan menunjukkan simptomnya dari aspek mental dan fizikal seseorang. Dari segi mental, akan timbul masalah seperti: neurosis, depressi, histeria, psikosis, gangguan tidur dan insomnia. Sekiranya keadaan-keadaan ini berterusan tanpa rawatan, nasma akan lemah dan tidak berupaya mempertahankan diri dalam tubuh yang lemah itu. Pesakit pada tahap ini mengalami seizures, psychotic fits serta perilaku yang agressif.

MEDITASI DAN RAWATAN PADA POINT TERTENTU BADAN


Secara spritual, kesihatan yang baik perlukan perhatian intensif dan perubahan pada peribadi seseorang. Perubahan peribadi ini adalah seperti kesabaran, penghargaan, ceria, gembira dan kasih sayang adalah perlu untuk memperbaiki spiritualiti dan kitar tenaga.

Tanpa perubahan pada peribadi seseorang, masalah lain akan timbul. Oleh itu, menangani punca penyakit adalah point utama rawatan. Ini akan menstimulasi bahagian dalaman diri kita iaitu bahagian “higher self” atau “spark of divinity” dalam diri kita. Divinity yang berada dalam diri kita ini akan memberi maklumat berkenaan penyakit dan jenis contact points yang perlu disentuh dalam meditasi kita. Meditasi merupakan satu alat yang mampu merehat dan menenangkan minda kita.

Ujian kesihatan yang dijalankan terhadap beberapa subjek dalam meditasi mendapati terdapat perubahan berlaku. Dalam ujian ini otak akan melalui perubahan melalui getaran pada otak. Dengan menggunakan alat electroencephalogram (EEG) terdapat penambahan dalam getaran alpha dan thetha. Ini menunjukkan berlaku anjakkan kesedaran dalam keadaan sedar yang berbeza dari keadaan tidur. Keadaan ini berbentuk therapatik dan merehatkan walaupun pesakit berada dalam keadaan sedar.



KAITAN DI ANTARA TENAGA DAN PENYAKIT


Aliran tenaga dalam badan dan alam sebagai satu sumber tenaga yang membentuk sumber tenaga yang lebih kecil dikenali sebagai lata’if (istilah Islam). Lata’if adalah point untuk tenaga yang maksimum dan focal point yang penting dalam keseimbangan sistem tenaga. Sesuatu penyakit akan timbul sekiranya lateefa tidak seimbang.

Dalam sistem yang sihat, lata’if berpusing secara tersusun, menggunakan tenaga dari energy field yang universal ke bahagian pusat badan. Setiap lata’if ini ditukarkan pada frekuensi yang spesifik untuk memastikan badan sihat. Dalam sistem badan yang sakit, pergerakan tenaga lata’if boleh jadi cepat, lambat, tak stabil dan sebagainya.

RAWATAN MELALUI MEDITASI DAN POINT LATA’IF

Kesakitan boleh dirawat melalui meditasi. Ini kerana tenaga pada badan yang sakit telah diaktifkan oleh penjana spiritual yang terhasil semasa meditasi. Proses spiritual menggunakan tujuh jenis point yang berbeza pada tujuh tingkat lata’if.

Terdapat tujuh point lata’if. Ia terletak pada atas dan bawah jantung, atas dan bawah dada kanan, atas dan bawah dada kiri dan satu pada kepala. Setiap lateefa mempunyai warna tenaga yang berbeza dan setiap tenaga mempunyai kesan berbeza pada penyakit yang berbeza. Dua point atas dan bawah jantung berwarna hijau. Point pada atas dan bawah dada kiri berwarna kuning dan pada atas dan bawah dada kanan pula berwarna hitam. Point pada kepala pula berwarna putih.

Melalui meditasi, ketujuh-tujuh point lata’if ini menghasilkan tenaga. Point ini menarik semua sumber tenaga kosmik universal dalam bentuk sfera cahaya yang terapung. Saiz sfera bergantung kepada lateefa mana yang aktif kerana terdapat sfera yang pelbagai saiz untuk setiap sfera yang berbeza warnanya. Bergantung kepada penyakit, pengamal akan mengaktifkan lateefa yang sesuai untuk merawat pesakit. Lateefa akan meghasilkan lebih banyak tenaga warna yang mana akan menarik tenaga sumber tenaga dari kuasa universal. Daripadanya akan terhasil sumber tenaga kosmik pada pesakit.

Melalui sfera tenaga ini, pengamal akan menghasilkan mengeluarkan bahang / aura dari badannya untuk dihalakan pada pesakit. Pengamal akan menembak aura tersebut pada pesakitnya.

Pengamal perubatan spiritual biasanya akan menggalakkan pesakit supaya bermeditasi sambil berzikir atau menyebut nama-nama Allah. Nama-nama Allah ini adalah seperti perangsang tenaga yang menggerakkan aliran dari sumber tenaga universal. Rangsangan ini akan mengaktifkan point-point lata’if ini untuk menghasilkan bahang/ aura untuk digerakkan dalam badan pesakit.

KESIMPULAN


Kesakitan adalah satu bentuk perangsang dalam badan yang mengingatkan kita untuk membetulkan keadaan. Ia adalah untuk menarik perhatian kita bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dan meminta kita memperbetulkannya. Oleh yang demikian, untuk mengurangkan sakit serta mendapatkan kesihatan yang baik, apa saja jenis rawatan baik moden atau spiritual dapat memberi sumbangan yang besar. Dengan penulisan ini, diharap ia boleh mendapat perhatian komuniti perubatan. Di samping itu, diharap ia akan lebih dihargai dan difahami oleh masyarakat hari ini.

Friday, November 20, 2009

SPRM- KUMAN DI SEBERANG LAUT NAMPAK, BANGKAI GAJAH DAN BADAK DI DEPAN MATA TAK NAMPAK

BILA NAK DAKWA ORANG-ORANG INI???

KUMAN DI SEBERANG LAUT NAMPAK,
BANGKAI GAJAH DAN BADAK DI DEPAN MATA TAK NAMPAK

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung perkara MELIBATKAN TAJAAN OLEH SEBUAH SYARIKAT UNTUK PERGI MENUNAIKAN IBADAH HAJI SEBAGAI HADIAH KEPADA Tok Guru NIK AZIZ, menteri besar kelantan. Kekecohan dan serangan dalam media masa pro kerajaan BN menyebabkan Nik Aziz membatalkan hasrat tersebut. SPRM terus dengan CEKAP dan LAHAP nya nak buat siasatan….TELUS DAN INTEGRITI kata orang kampung saya….
Baru-baru ini PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Awam) yang diketuai oleh Datuk Seri Azmi Khalid, dalam laporannya telah mendedahkan salahlaku dalam pembelian tanah bagi projek PKFZ. Laporan itu mendedahkan Kerajaan telah membeli tanah tersebut dengan harga yang 67% lebih daripada harga yang sepatutnya. Kerajaan telah membeli sekaki persegi tanah itu dengan harga RM47.76 padahal Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) telah menetapkan nilai tanah itu pada kadar RM25.00 sekaki persegi. Dr. Mahathir adalah pengerusi JPPH.
Ini bermakna wang rakyat sebanyak RM645 juta hilang begitu sahaja. Kepoket siapa duit ini masuk kita tidak tahu. Ini baru pembelian tanah sahaja. Berapa banyak pula duit rakyat yang sudah dilesapkan kalau seluruh projek PKFZ yang bernilai lebih RM7 billion diambil kira. Sebenarnya banyak lagi penyelewengan wang rakyat dalam skandal PKFZ telah berlaku dan sudah didedahkan. Inilah sebab SPRM tidak bolih mendiamkan diri dan mesti mendedahkan, kemanakah perginya duit rakyat yang sebegitu banyak.
Kini bukti salahguna wang rakyat dalam skandal PKFZ sudah didedahkan olih PAC. PAC bukan sebuah badan dibawah Pakatan Rakyat. PAC adalah dibawah Parlimen Malaysia. Pengerusinya bukan Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang tetapi seorang MP UMNO/BN. Apalagi yang ditunggu olih SPRM? Mengapa tidak ada tindakan atau sebarang kenyataan dari SPRM.
WAHAI SPRM!!!... MENGAPA TERKULAT-KULAT DAN BEGITU LEMBAB NAK BUAT SIASATAN???
Baru-baru ini beberapa orang dari Pakatan Rakyat Selangor telah dihadapkan ke mahkamah olih SPRM. Tetapi pertuduhan terhadap mereka melibatkan salahguna atau rasuah yang amat kecil iaitu RM1,000 dan RM2,500. Kita tidak maksudkan rasuah yang kecil tidak perlu didakwa tetapi walaupun RM1 wang rakyat yang disalahgunakan atau rasuah mereka yang terlibat mestilah didakwa. Tetapi dalam pembelian tanah untuk projek PKFZ, penyelewangan atau salahlaku bukan RM1, RM1,000 atau RM2,500 tetapi RM 645 juta! Apakah SPRM tidak dapat melihat duit yang begitu besar diselewngkan olih UMNO/MCA/BN??. MANA DIA SUARA PEMUDA UMNO???
Mungkin SPRM masih menunggu arahan dari ‘Boss’ mereka. Mereka yang terlibat dalam isu ini bukan orang lemah seperti Teoh Beng Hock. Diantara mereka yang terlibat adalah menteri-menteri kanan BN. Tan Sri Chan Kong Choy, Datin Paduka O. C. Phang, Dr. Ling Liong Sik, Datuk Seri Ong Tee Keat, Dr. Mahathir dan banyak lagi mungkin kena naik turun mahkamah sekiranya pendakwaan dibuat. SPRM gerun dengar nama-nama ini!
Apakah kesudahan Skandal PKFZ? Adakah mereka yang terlibat akan didakwa? Atau apakah suatu pendakwaan akan dilakukan tetapi akhirnya semua yang terlibat dibebaskan kerana dokumen bukti hilang? Kita masih menanti apa tindakan SPRM dan pihak berkuasa terhadap skandal besar seperti BMF (RM 2.5 billion), PERWAJA, dan lain-lain lagi yang bernilai bilion ringgit. Kita tunggu dan lihat.

Saturday, November 14, 2009

BAI'AH - SATU STRATEGI DAN SENJATA AMPUH PAS MENANGKIS SERANGAN MUSUH



Satu Malaysia heboh dengan isu Bai'ah yang sebenarnya sudah lama wujud dalam PAS satu-satunya parti yang konsisten dan mampu bermandiri sejak dulu lagi. Hiruk pikuk yang meluas di dada akhbar pro BN dan UMNO serta media elektronik milik kerajaan BN sebenarnya telah memberi publisiti meluas dan menguntungkan PAS secara percuma. Maka dalam tempoh terdekat ini ramailah orang akan memberi fokus dan belajar satu lagi terminologi canggih dalam PAS. Kalau sebelum ini ramai bukan Islam dan orang Islam sendiri yang jahil dengan konsep Bai'ah, maka kini mereka mula faham. Sama seperti konsep Hudud dulu yang sering dimomokkan oleh UMNO kepada bukan Islam, kini sudah biasa dan telah difahami.... Sapa untung?? PAS jugak yang untung....UMNO terus melopong!!

Kerana adanya Bai'ahlah sewaktu Kelantan menang tipis dengan kelebihan 1 undi sahaja di DUN Kelantan, yang satu itu tidak melompat walau pun dipujuk dan cuba di rasuah. Ini semua kerana adanya Bai'ah.

Menurut Datuk Mustafa Ali , Setiausaha Agung PAS yang juga merupakan Pengarah Pilihanraya PAS pusat, bai'ah tersebut digunapakai di setiap negeri selewat-lewatnya sejak pilihan raya umum 1974 lagi apabila beliau kali pertama bertanding mewakili PAS.

Menurut beliau , lafaz bai'ah tersebut berbunyi:

"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini.

"Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat."

Mustafa mendedahkan teks bai'ah tersebut dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara pagi ini bagi menjelaskan hasil siasatannya terhadap dakwaan berlakunya bai'ah talak tiga yang menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak.

Beliau juga mempamerkan kepada media beberapa salinan bai'ah pemimpin kanan PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan surat sumpah yang ditandatanganinya sendiri bagi membuktikan perkara itu.

Bekas pengarah pilihan raya pusat PAS itu juga berkata, walaupun terdapat lafaz sedemikian yang digunapakai, PAS juga mengenal pasti terdapat juga "dua kes terpencil" di Selangor yang menggunakah kandungan bai'ah yang berbeza.

Menurutnya, satu kes tersebut melibatkan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai'ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti.

Ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan disiplin terhadap Khalid kerana mengamalkan bai'ah yang berbeza, Mustafa berkata:

"Saya sudah peringatkan. Apa yang telah berlaku itu, lain kali jangan buat lagilah."

Beliau juga berkata, bai'ah yang melibatkan lafaz cerai taklik "tidak betul dan salah daripada sudut agama" kerana boleh menyebabkan penceraian berlaku tanpa pengetahuan isteri.

"Isteri tidak tahu pun (bai'ah cerai). Jadi bagaimana hendak menghukum isteri pada sesuatu yang dia tidak buat dan dia tak tahu?" katanya.

Menjelaskan prosedur bai'ah yang digunakan PAS, Mustafa berkata, setelah mendapat watikah daripada parti untuk bertanding, kesemua calon berkumpul di satu tempat untuk berbai'ah di hadapan seorang saksi.

Prosedur ini pada kebiasannya dipantau oleh pesuruhjaya PAS di negeri masing-masing, tambahnya.

Bai'ah diamalkan oleh pelbagai kumpulan Islam di serata dunia, seperti tarikat sufi dan pergerakan dakwah, tidak tertakluk dalam parti politik semata-mata.

Sumpah setia tersebut terbahagi kepada dua: bai'ah kubra (besar), aku janji kepada khalifah dalam empayar Islam dan bai'ah sughra (kecil) untuk menguatkan kesepakatan dalam melakukan sesuatu.

Menurut ulama, bai'ah diharuskan dalam Islam selagi tidak melibatkan perkara-perkara mungkar dan haram di sisi agama.
Jadi saudara, PAS jangan melatah dengan isu yang cuba diputarbelit musuh tradisinya, sebaliknya ambil peluang memberi penerangan sebaik-baiknya kepada semua pihak. SAHAM PAS KINI SEMAKIN TINGGI- KERANA KETERBUKAAN DAN NILAI INTEGRITI, YANG MENJADI AMALANNNYA. 'mereka merancang tipu daya, dan Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang" maksud al-Qur'an.

Sunday, November 8, 2009

LANGKAWI SEMAKIN SEPI, BERDEPAN KEGAWATAN EKONOMI, KEMBALI LAH KEPADA ATURAN ILAHI


Ketika menulis dalam blog ini, saya baru kembali dari Pulau Lagenda Mahsuri, Langkawi setelah 4 hari menghadiri mesyuarat. Suasana agak sepi berbanding sebelum ini, harga kereta sewa pun sekitar RM 40 sahaja sehari, lebih murah berbanding dahulu.
Pemandu teksi agak gusar dengan perkembangan ekonomi semasa. Kegawatan ekonomi negara dan langkah kerajaan melakukan penjimatan dengan pelbagai pemotongan perbelanjaan, memberi petanda aktiviti pelancungan dalam negara akan merosot. Tidak akan ada banyak lagi pakej-pakej kursus, mesyuarat dan sebagainya akan dibuat dengan langkah tersebut di pulau ini menjelang 2010. Langkawi bakal sepi...
Pengusaha-pengusaha hotel akan berhadapan masalah perniagaan, pertumbuhan ekonomi akan terbantut...

Dari segi kaedah, manusia atau pemimpin bijak akan berjimat semasa ekonomi kukuh sebagai langkah berkhemah, bukan semasa dah tak ada duit, papa kedana baru nak jimat!!
Ini jika diperhatikan, semasa negara kita mewah, kita lupa diri. Kes-kes rasuah berprofil tinggi begitu banyak tanpa penyelesaian yang tuntas. Usaha melindungi konco dan kroni berleluasa menghakis integriti. Fitrah Ilahi, ...hasil tangan-tangan manusia itu sendiri angkara semua ini terjadi... Kerja-kerja pemborosan para pemimpin tidak dapat diselindung lagi... Penindasan dan kezaliman kian menjadi-jadi... Oleh itu jangan salahkan Ilahi.

Ingatan dan Pesan saya, cuba ikut TIP INI:

1) Lindungi & Kukuhkan Punca Pendapatan


Mereka yang bekerja makan gaji, inilah masanya untuk anda meningkatkan lagi prestasi kerja anda dengan cara melebihkan sedikit sewaktu bekerja, bekerja dengan lebih tekun, serta meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran anda. Berbelanja tidak melebihi had yang kita mampu. Selain itu, sentiasa hidup dalam keadaan tidak menunjuk-nunjuk. Hidup dalam keadan tenang, gembira dan bersyukur pada setiap masa. Seperti firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 12:

"Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Lukman, iaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."

2) Tambahkan Punca Pendapatan Anda


Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menambahkan punca pendapatan. Ramai orang yang memberikan alasan dan berkata.. "Saya bukannya tak mahu buat, cuma takde masa?". Zaman sudah berubah, dunai dah maju, sudah ada banyak peluang-peluang menjana pendapatan sampingan yang tidak memerlukan anda menghabiskan banyak masa seperti berniaga dan sebagainya yang halal di sisi Islam. "Mencari yang halal itu satu kewajipan setiap Muslim"

3) Kurangkan Perbelanjaan Anda

Walaupun tidak bimbang akan kehilangan pekerjaan, kita sewajarnya perlu menyimpan seberapa banyak yang boleh untuk perlindungan. Sebahagian pakar ekonomi mengatakan, perlu menyimpan untuk menampung keperluan hidup untuk selama 6 bulan sehingga 9 bulan. Dengan mempunyai simpanan tunai, kita dapat membuat perancangan kita di masa kecemasan. Melabur untuk masa hadapan hanya boleh dilakukan jika kita mempunyai pendapatan yang lebih di setiap hujung bulan. Cuba-cubalah lihat kembali bagaimana kita dapat mengurangkan apa-apa juga perbelanjaan harian atau bulanan. Contohnya seperti bil-bil perkhidmatan dan apa-apa juga jenis pembayaran bulanan anda. Elakkan daripada pembaziran perbelanjaan yang bukan keperluan.

Maksudnya: "Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhan"

4) Membuat Pelan Perbelanjaan


Dengan membuat pelan perbelanjaan atau budjet, ia dapat mengawal perbelanjaan kita dan dapat mengenal pasti jumlah yang perlu kita buat simpanan untuk setiap bulan. Dengan mempunyai pelan perbelanjaan juga akan dapat membantu kita untuk membuat keputusan pelaburan. Buatlah pelaburan yang bersistematik terutamanya pada waktu pasaran menurun.

5) Amalan "Berkira" dan Menabung


Dalam situasi semasa di mana kos kehidupan semakin hari semakin meningkat, maka sebagai pengguna kita perlu "berkira" ketika berbelanja. Jika dahulu kita telah pun mengambil langkah berjimat cermat, kini kita perlu lebih berhati-hati ketika berbelanja. Berjimat cermat tidak cukup dengan sekadar membelanjakan kesemua pendapatan bulanan pada setiap bulan, seharusnya ada perancangan dan usaha untuk menyimpan atau menabung pendapatan bulanan tersebut, kerana amalan atau budaya untuk menyimpan atau menabung sangat penting bagi kegunaan masa depan. Tabungan atau menyimpan bukan dikira samada banyak atau sedikit, tetapi sentiasa konsisten pada setiap masa.

6) Elakkan Tabiat Berhutang


Selain dari mengamalkan sifat kesederhanaan dalam segenap aspek kehidupan dengan berjimat cermat dan tidak melakukan perbuatan membazir, kita juga tidak digalakkan berhutang. Berhutang atau meminjam seharusnya tidak dijadikan satu kelaziman dalam kehidupan zaman ini, walaupun ada ketikanya ia tidak dapat dielakkan kerana keperluan mendesak seperti pembelian rumah dan kereta. Namun paling ketara dan perlu diberi perhatian yang serius ialah penggunaan kad kredit. Dengan pendapatan bulanan minimum RM 1,500.00 saja, seseorang sudah layak menggunakan kad kredit. Melalui pelan bayaran balik yang sedikit jumlahnya pada setiap bulan telah menyebabkan ramai yang terlupa. Sebenarnya mereka juga perlu membayar balik jumlah hutang atau kredit yang telah digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.

Setiap ringgit dan sen yang dibelanjakan harus setimpal dengan nilai barangan atau perkhidmatan yang anda perolehi. Dengan cara ini, barulah kita berjaya menjadi pengguna yang bijak dan berhemah.

Berikut disenaraikan beberapa panduan berguna kepada pembaca untuk memastika mereka memperolehi nilai maksimum daripada setiap ringgit dan sen yang dibelanjakan.

* Beli barang keperluan, termasuk barangan dapur, secara pukal.
* Amalkan tabiat membandingkan harga barangan di antara beberapa kedai sebelum
membeli.
* Tukar tabiat daripada suka membeli barangan import kepada barangan buatan
tempatan.
* Kurangkan (atau elakkan) makan di luar.
* Sediakan bekal kepada anak-anak untuk ke sekolah.
* Elakkan membeli barangan mewah seperti kereta, pakaian, barangan kemas,
perabot dan aksesori berjenama.
* Jika anda mampu dan berkebolehan, carilah masa serta ruang untuk menyediakan
sendiri peralatan rumah seperti menjahit langsir dan pakaian keluarga.
* Elakkan daripada mengadakan kenduri di hotel atau restoran mewah.
* Bagi yang mempunyai kenderaan, carilah masa yang sesuai untuk mencuci sendiri
kenderaan anda.
* Elakkan membeli minuman siap yang dibotolkan.
* Jika berkesempatan dan lebih ekonomi, anda dan pasangan juga boleh membawa
bekal ke tempat kerja atau pejabat.
* Jika perlu, tanam sendiri sayur-sayuran.
* Pujuk diri sendiri supaya tidak terpengaruh dengan kempen jualan murah atau
apa juga bentuk promosi.
* Sediakan senarai barang keperluan yang hendak dibeli sebelum anda keluar
membeli-belah.
* Elakkan membawa wang melebihi jumlah yang anda ingin berbelanja.
* Jangan bawa kad kredit ketika membeli belah.
* Elakkan daripada membuat hutang baru.
* Tingkatkan tabungan anda dan keluarga.

SEMOGA KITA SEMUA DILINDUNGI ALLAH DARI KEMELARATAN DAN MEMINTA-MINTA.

Wednesday, November 4, 2009

BILA ROYALTI DAH BERTUKAR MENJADI IKHSAN, RAKYAT BERMARWAH MENDAPAT PENGHINAAN!



Pengumuman Najib bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan, bercanggah dengan akta 144 kemajuan petroleum 1974 yang memperuntukkan lima peratus mesti diberikan kepada negeri pengeluar minyak.
Salahuddin Ayub (PAS - Kubang Kerian ) berkata, pembayaran wang ehsan yang diputuskan itu jelas bertentangan dengan akta 144 kemajuan petroleum 144 dan merupakan satu pembohongan terhadap rakyat Kelantan.
"PAS kesal dan dukacita dengan jawapan perdana menteri tadi tentang pembayaran royalti minyak yang ditukar dengan wang ehsan. Jelas ianya penyelewengan fakta yang terkandung dalam akta 144 petroleum negara yang jelas memberikan lima peratus untuk negeri yang mengeluarkan minyak," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi tadi.
Beliau juga berkata, rakyat Kelantan tidak mengharapkan wang ehsan sebaliknya mahu hak mereka ke atas royalti minyak dikembalikan.
"Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah. Mereka memperjuangkan hak di atas semangat federalisme. Kita (ahli parlimen PAS) akan perjuangkan hak ini dan jelas jawapan perdana menteri tadi bertentangan dengan semangat federalisme, bertentangan dengan perlembagaan dan akta 144 petroleum yang disebut tadi," tegasnya yang juga Naib Presiden PAS.
Beliau di dewan rakyat pagi tadi meminta Najib menyatakan bilakah tuntutan royalti kerajaan kelantan akan dilangsaikan petronas.
Najib dalam jawapannya berkata Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan.
Najib juga berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.
Dr. Dzulkifly Ahmad (PAS Kuala Selangor) pula mahu tindakan undang-undang diambil terhadap Najib yang juga menteri kewangan kerana menyelewengkan fakta dengan mensyaratkan kedudukan telaga minyak mesti tiga batu nautika dari darat untuk mendapat royalti sedangkan dalam akta petroleum tidak disebutkan syarat itu.
"Jelas perdana menteri tadi melakukan penyelewengan fakta dengan menyebut tentang pensyaratan 3 batu nautika sementara akta 144 petroleum tidak dinyatakan syarat ituuntuk berikan royalty," tegasnya.
Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena) pula menyifatkan Najib sebagai pengecut kerana tidak berani mengambil tindakan yang betentangan dengan tindakan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menarik kembali royalti minyak yang diberikan kepada rakyat Terengganu apabila PAS mengambil alih pemerintahan negeri itu.
"Saya melihat Datuk Seri NAjib begitu kerdil dan takut untuk mengambil tindakan yang sama dengan bekas perdana menteri dahulu, Tun Mahathir,"
"Tun Mahathir pernah tarik balik riyalti minyak Terengganu apabila PAS perintah negeri itu. Jadi tindakan yang sama dibuat apabila telaga minyak dan gas ditemui di Kelantan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Menurut beliau juga, PAS akan mendapatkan bantuan daripada pakar undang-undang untuk mengambil tindakan kepada kerajaan persekutuan yang telah menafikan hak rakyat Kelantan.
"Kami akan bincang dalam parti untuk memberi nasihat kepada kerajaan Kelantan untuk dengan bantuan penasihat undang-undang untuk ambil tindakan perundangan sepertimana kerejaan Terengganu di bawah pimpinan PAS satu masa dahulu menyaman kerajaan pusat yang telah menafikan hak kerajaan negeri," katanya.
Khalid Samad (PAS Shah Alam) pula menegaskan kerajaan pusat tidak berhak ke atas royalti minyak itu kerana laporan kewangan petronas mengakui negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia adalah Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.
"Ia bercanggah dengan laporan kewangan petronas yang menyebut negeri-negeri pengeluar minyak di malaysia adalah Sabah, Sarawak Terengganu dan kelantan. Berdasarkan kepada laporan, ia mengakui ia milik kelantan. Maka royalti itu harus diserah kepada kerajaan yang dipilih rakyat,"
"Ianya bererti bahawa kerajaan pusat tidak ada hak untuk memegang wang rakyat Kelantan," tegasnya.
Siti Zailah Mohd Yusuf (PAS Rantau Panjang) dalam pada itu meminta kerajaan menjelaskan kepada rakyat kenapa royalty yang telah sekian lama dituntut digantikan dengan pemberian wang ehsan.
Beliau turut mempersoal di bawah akta dan peruntukan manakah wang ehsan ini diberi.
"Kami mminta kerajaan jelaskan kenapa rakyat kelantan harus diberikan wang ehsan sedangkan mereka menuntut royalti minyak dikembalikan,"
"Dan kadar wang ehsan itu dikira berdasarkan akta mana?" Soalnya
SAUDARA ,
ULASAN SAYA PENDEK SAJA.

SIAPA DURIAN, SIAPA MENTIMUN,
SIAPA MENGGOLEK, SIAPA YANG KENA GELEK,
BILA KU RENUNG BILA KU LAMUN
DUNIA DAH JADI PELIK, BANYAK PERKARA DAH TERBALIK,

TENGKU EMBUNG KE INDERAGIRI,
MENDAKI GUNUNG BERMADAH BERPERI,
SIAKAP SENOHONG, GELAMA IKAN DURI,
BERCAKAP BOHONG, LAMA-LAMA JADI ....... .......


MASING-MASING SAMBUNGLAH SENDIRI!!

Wednesday, October 28, 2009

PERANCANGAN STRATEGIK MELAHIRKA MODAL INSAN C EMERLANG MINDA KELAS PERTAMA. (ESEI UNTUK PTK) - MOHD NASHUHA BIN JAMIDIN

Ringkasan Eksekutif

Untuk melahirkan modal insan cemerlang minda kelas pertama seperti yang dihasratkan iaitu insan yang mempunyai kebijaksanaan (wisdom) membuat pertimbangan dan keputusan dalam semua aspek kehidupan serta dapat melahirkannya dalam tingkahlaku dan perbuatan bukanlah suatu kerja yang mudah.
Institut pendidikan guru (IPG) seperti organisasi yang saya berada di dalamnya, adalah salah satu wadah yang mampu memainkan peranan amat penting kerana tanggungjawabnya melahirkan para guru atau pendidik saban tahun. Usaha ini memerlukan perancangan strategik yang benar-benar dapat menelah dan menjiwai corak cabaran dan perkembangan dunia yang semakin mencabar dan serba canggih masa kini dan masa depan dan menyediakan wahana untuk melahirkan insan yang mampu menghadapi cabaran tersebut dengan kejayaan yang cemerlang dan mempunyai minda kelas pertama.

Sebagai seorang pensyarah yang juga diamanahkan menjalankan tugas sebagai Ketua Jabatan Sains dan diberi tanggungjawab sebagai Penyelaras Projek Membina “blueprint” Perancangan Strategik Lima Tahun IPGM Kampus Sultan Abdul Halim (2009-2013) saya akan mengupas persoalan yang memang saya sendiri terlibat sepenuhnya iaitu perancangan strategik bagi melahirkan modal insan cemerlang minda kelas pertama. Dalam huraian dan esei ini saya paparkan perancangan, strategi dan aktiviti yang telah dirancang untuk jangka waktu lima tahun ke hadapan dengan memberi justifikasi yang mantap dan munasabah. Sekiranya kita gagal untuk merancang, sebenarnya kita telah merancang untuk gagal.

1.0 Pengenalan

Sebuah organisasi yang dinamik perlu terus berubah dan bergerak ke hadapan, sesuai dengan tuntutan semasa, keadaan persekitaran dan kehendak masyarakat.
Untuk kekal relevan , sesuatu organisasi perlu sentiasa memberikan perkhidmatan yang bertepatan dengan kehendak pelanggan dan stakeholders.
Kejayaaan sesebuah organisasi bergantung kepada strategi pengurusan untuk menentukan halatuju strategik yang jelas. Oleh itu perancangan strategik merupakan elemen utama untuk terus melangkah ke hadapan dengan teratur dan penuh kejayaan.
Penyediaan perancangan strategik juga akan dapat membantu ke arah memacu transformasi pengurusan IPGM Kampus sultan Abdul Halim (IPSAH) dengan lebih mantap dan berkesan terutama dalam usaha membangunkan modal insan cemerlang minda kelas pertama. Ini bertepatan dengan teras ke-2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang menegaskan bahawa modal insan seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran ialah insan yang mempunyai minda kelas pertama iaitu insan yang mempunyai kebijaksanaan (wisdom) membuat pertimbangan dan keputusan dalam semua aspek kehidupan serta dapat melahirkannya dalam tingkahlaku dan perbuatan selain yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya,serta diperkaya modal budayanya.

Saya memilih untuk menjawab soalan ini kerana secara kebetulan saya telah diamanahkan oleh pihak pengurusan organisasi sebagai Penyelaras Projek
Penghasilan Blueprint Perancangan Strategik Lima Tahun IPSAH (2009-2013). Peranan dan amanah yang dipertanggungjawabkan ini saya jalankan dengan penuh minat sejak bulan Januari 2009 dan kini telah sampai ke peringkat penyudahnya (pencetakan).

Perancangan strategik ini juga akan menjadi panduan bagi pelaksanaan program dan aktiviti IPSAH secara sistematik dan komprehensif dengan menjelaskan halatuju,dan menetapkan sasaran yang ingin dicapai sepanjang lima tahun ke hadapan. Natijahnya, penilaian terhadap keberkesanan setiap program yang dilaksanakan dapat dibuat secara berterusan.

2.0 Definisi Konsep

2.1 Perancangan Strategik

Perancangan strategik boleh didefinisikan sebagai proses memadankan dengan strategik matlamat institusi atau organisasi dengan peluang pasaran yang sentiasa berubah . Ia bergantung kepada wujudnya misi yang jelas dibantu oleh matlamat dan strategi yang mantap serta implementasi yang sewajarnya (Kohler d Fox ,1995). Ia juga merupakan satu proses formulasi, implementasi, dan penilaian tindakan-tindakan yang akan mempastikan organisasi berupaya mencapai objektifnya (David, 1986).
Pengurusan strategik boleh dianggap sebagai otak manakala perancangan strategik merupakan tulang belakang kepada pengurusan strategik (Steiner, 1979).

2.2 Pembangunan Modal Insan Cemerlang

Menurut Kamus Dewan pembangunan bermaksud proses membina, mencapai kemajuan, perkembangan dan sebagainya. Manakala modal pula bermaksud sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan sesuatu yang lain. Insan cemerlang pula bermaksud insan yang mempunyai kebijaksanaan (wisdom) membuat pertimbangan dan keputusan dalam semua aspek kehidupan serta dapat melahirkannya dalam tingkah laku dan perbuatan. Fadillah Mansor dalam artikelnya “Pembangunan Modal Insan” (Majalah Visi, April 2007) pula merujuk pembangunan modal insan sebagai pembangunan sumber manusia yang perlu digilap di peringkat awal iaitu semasa di usia muda kerana ia merupakan elemen penting bagi memastikan negara terus berdaya saing dan berdaya tahan lebih-lebih lagi dalam zaman ekonomi sejagat yang berlandaskan pengetahuan serta bertunjangkan sains dan teknologi .
Oleh itu dalam bahasa mudah, pembangunan modal insan cemerlang membawa pengertian proses untuk membina, mengembang dan menghasilkan insan yang mempunyai jati diri, patriotik, bijaksana, berkemahiran dan berdaya saing diperingkat glokal dan global di samping berpegang teguh kepada ajaran agama serta nilai-nilai murni.

2.2 Modal Insan Minda Kelas pertama


Modal Insan Minda Kelas Pertama bermaksud kualiti dan ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik.
Menurut pengertian dari Al-Quran, minda kelas pertama yang mampu membentuk insan cemerlang ialah minda yang hebat , sentiasa menjauhi pemikiran dan tindakan yang boleh merosakkan diri dan orang lain, sentiasa bijak dalam membuat keputusan dan sering melakukan muhasabah diri . Mereka juga mempunyai minda yang mampu menerima pandangan dan pendapat orang lain serta berkebolehan untuk berfikir jauh ke hadapan. Minda kelas pertama juga menyerlahkan sikap mental yang mementingkan pemerolehan ilmu dan kemahiran untuk dimanfaat, disumbang dan dikongsi.

“manusia yang berminda kelas pertama ialah mereka yang sentiasa menjana mindanya” (Canterucci, 2005 dalam Ismail Alias 2006)

Kesimpulannya, berdasarkan definisi-definisi dinyatakan di atas, jelas bahawa perancangan strategik yang perlu ada seperti kehendak soalan di atas perlu menekankan kepentingan sumber manusia yang berkualiti sebagai salah satu faktor kritikal bagi melonjakkan IPGM Kampus Sultan Abdul Halim ke status institut pendidikan bertaraf dunia. Institusi pengajian tinggi yang mempunyai kepimpinan yang berkesan, tenaga pengajar yang berilmu tinggi dan profesional, pelajar yang berkualiti serta memiliki pengetahuan dan kemahiran kurikulum dan kokurikulum yang relevan akan lebih berdaya saing dalam menghadapi persaingan global.

“Sesungguhnya Allah suka akan seseorang yang apabila dia melakukan suatu perkara, ia melakukannya dengan terbaik” – hadith riwayat Al-Baihaqi


3.0 Perancangan Strategik Membangunkan Modal Insan Cemerlang Minda
Kelas Pertama

Dalam perancangan strategik IPSAH khususnya dalam membangunkan modal insan minda kelas pertama saya memberi fokus kepada lima perkara iaitu:
3.1 menghayati dan mengamalkan nilai profesionalisme keguruan,
3.2 menguasai pengetahuan dan kemahiran kurikulum serta kokurikulum,
3.3 menguasai kemahiran pengajaran dan pembelajaran
3.4 membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan
3.5 Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan
Pelan strategik ini menekankan kepentingan sumber manusia yang berkualiti sebagai salah satu faktor kritikal bagi melonjakkan IPGM Kampus Sultan Abdul Halim ke status institut pendidikan bertaraf dunia. Institusi pengajian tinggi yang mempunyai kepimpinan yang berkesan, tenaga pengajar yang berilmu tinggi dan profesional, pelajar yang berkualiti serta memiliki pengetahuan dan kemahiran kurikulum dan kokurikulum yang relevan akan lebih berdaya saing dalam menghadapi persaingan global.


3.1 Menghayati Dan Mengamalkan nilai Profesionalisme Keguruan
(a) Fakta

Sebagai institusi dan organisasi yang bertanggungjawab melahirkan para pendidik maka produk yang dikeluarkan iaitu bakal guru/pendidik sudah semestinya mampu menghayati dan mengamalkan nilai profesionalisme keguruan yang tulin dan berwibawa. Justru dalam perancangan strategik lima tahun ini saya pastikan fokus amalan nilai-nilai profesionalisme keguruan diterap dan digembeling sepenuhnya melalui domain diri, domain profesional,domain sosial dan amalan tujuh budaya institut pendidikan guru (IPG).

b) Huraian

Dalam fokus domain diri, terdapat 14 amalan diri yang harus dihayati oleh warga IPSAH iaitu kepercayaan kepada Tuhan , amanah ,ikhlas,berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa ,berdaya tahan, punya daya saing dan tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela dan efisien. Manakala dalam domain profesional pula amalan yang menjadi fokus perancangan strategik ini ialah 7 amalan meliputi kecintaan terhadap profesion , berketrampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif , kreatif dan inovatif. Ini dilengkapi pula dengan amalan-amalan domain sosial seperti cintakan keharmonian, menguasai kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.
Sebagai melengkapi amalan profesional keguruan, fokus dalam perancangan ini ialah memastikan setiap pelajar dan warga IPSAH mengamalkan 7 dimensi budaya IPG iaitu, budaya ilmu, budaya kepimpinan, kerja profesional, akhlak dan moral, penyayang, hidup sihat dan budaya estetika.

Antara contoh aktiviti yang telah dirancang yang sudah dilaksanakan ialah,
1. Latihan Pembangunan Staf berfokuskan domain diri, domain profesionalisme, domain sosial dan mengamalkan tujuh dimensi budaya IPG.
Contoh: PERASA, Pembinaan Pasukan, Ceramah/Bengkel Motivasi dan sebagainya.

2. Program-program tambahan untuk guru-guru pelatih berfokuskan domain diri, domain profesionalisme, domain sosial dan mengamalkan tujuh dimensi budaya IPG.
Contoh: Penghayatan Islam/Moral, Penandaarasan, Khidmat Masyarakat, Bengkel Kesedaran, Aktiviti Kecerdasan, Jaringan Pelajar Dalam Dan Luar Negara, dan sebagainya.

c) Kesimpulan

Hasil dari program dan aktiviti-aktiviti strategik melalui perancangan strategik yang melengkapkan diri para pensyarah, guru pelatih dan seluruh warga IPSAH dengan nilai dan amalan profesionalisme keguruan diyakini dapat melahirkan modal insan cemerlang minda kelas pertama. Ini kerana dari fokus ini, akan muncul peribadi-peribadi cemerlang yang dapat dicontohi sehingga terbinalah anggota-anggota masyarakat yang diharapkan melalui sistem pendidikan kita.

3.2 MENGUASAI PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN KURIKULUM SERTA
KOKURIKULUM
a) Fakta

Sebuah pantun lama yang dapat mengungkap secara tepat betapa perlunya seorang pendidik menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kurikulum dan kurikulum perlu direnungi:
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.


Fokus kedua dalam perancangan strategik yang menjurus kearah pembinaan modal insan cemerlang minda kelas pertama ialah menyediakan aktiviti dan program yang dapat memperkukuh dan memantapkan perancangan, perlaksanaan, serta pentaksiran dan penilaian program pengajian di IPSAH.

b) huraian
Latihan pembangunan staf yang berfokuskan kurikulum dan kokurikulum dirancang dengan teliti dalam perancang strategik ini bagi memastikan setiap anggota organisasi yang saya anggotai ini sentiasa mengalami anjakan paradigma yang positif dan inovatif.
Contoh: Akktiviti-aktiviti Bengkel, Seminar/ Perbincangan Meja Bulat/ Latihan Dalaman yang berkaitan penguasaan isi kandungan, pemantapan praktikum, kepegawaian & kejurulatihan kokurikulum dan sebagainya sentiasa di adakan bagi tujuan peningkatan pengetahuan dan kemahiran dikalangan pensyarah, pelajar dan juga staf sokongan IPSAH. Aktiviti Tambahan untuk guru-guru pelatih yang berfokuskan pengetahuan dan kefahaman kurikulum dan kokurikulum juga dimasukkan dalam perancangan strategik ini. Contoh: menganjurkan seminar, refleksi praktikum, lawatan sambil belajar,
menganjurkan pameran-pameran, menganjurkan pertandingan-pertandingan
akademik dan kokurikulum, Jaringan Kampus Dalam Dan Luar Negara, dan sebagainya.

b)Kesimpulan
Melalui program dan aktiviti yang sentiasa menambah ilmu dan kemahiran kepada warga organisasi ini, segala cabaran, perubahan era globalisasi akan dapat di tangani dan dihadapi dengan mudah. Perkembangan dunia sains dan teknologi maklumat menuntut individu yang mampu bertahan, berdaya saing dan mempunyai kekuatan mental emosional dam spiritual yang kental. Dunia dah maju ,zaman dah berubah! Saidina Omar Al-Khattab pernah berkata “ ajarlah anak-anak kamu ilmu yang sesuai dengan zamannya”

3.3 MENGUASAI KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.


a)Fakta
Untuk memastikan setiap pelajar dapat menguasai kemahiran pengajaran dan pembelajaran (P&P) saya dan semua pihak yang terlibat dalam membuat perancangan strategik ini, meletakkan strategi yang dapat:
Pertama: Melengkapkan guru dengan kemahiran ikhtisas dengan pelestarian pengetahuan dan teknik penyampaian berkesan.
Kedua : Melengkapkan guru dengan kemahiran insaniah.

b)Huraian

Bagi melengkapkan guru dengan kemahiran ikhtisas dengan pelestarian pengetahuan dan teknik penyampaian berkesan, strategi yang digunakan ialah merangkumi pendekatan mempelbagaikan kaedah P&P dalam bilik kuliah, membudayakan amalan “best practices” berdasarkan kebitaraan. Selain itu usaha dibuat untuk memperkukuh pengajaran mikro dan makro, mengoptimakan perkongsian pintar dengan pihak luar seperti Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP), KIA2M, Teaching School, Program Pensiangan Salinatan, Kurikulum Asli Penan dan sebagainya. Selain itu usaha memperbanyakkan Penanda Arasan P&P dan lawatan sambil belajar juga sering dilakukan ke pelbagai tempat yang difikirkan dapat memberi input berguna.
Untuk memastikan guru dilengkapi dengan Kemahiran insaniah, pendekatan dan strategi yang dilakukan ialah pertamanya dengan mengemaskini penerapan kemaahiran insaniah dalam kurikulum secara eksplisit melalui usaha dan aktiviti Latihan Pembangunan Staf dan bengkel, seminar, latihan dalaman yang berkiaitan dengan pemantapan rohani, jasmani,emosi dan sosial.
Kedua , mengadakan program-program komunikasi berkesan, kursus kemahiran interpersonal dan intrapersonal, pengucapan awam, protokol dan etiket sosial serta kesantunan dan budi bahasa. Contoh aktiviti yang dirancang ialah seperti perkhemahan, kemasyarakatan dan kebajikan tilawah dan smart hafazan, pidato, forum, deklamasi sajak dan sebagainya.

c) Kesimpulan
Saya yakin bahawa dengan memberi penekanan kepada melengkapkan kedua-dua kemahiran P&P dan kemahiran insaniah guru-guru yan dihasilkan bakal memenuhi hasrat kementerian dan seluruh masyarakat Malaysia sebagai guru cemerlang yang melengkapi pakej modal insan cemerlang minda kelas pertama.

3.4 MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
a)Fakta


Guru merupakan barisan hadapan dalam pembinaan generasi masa hadapan. Selaras dengan itu , profesion keguruan harus sentiasa mendapat penghormatan dan dipandang tinggi. Justru itu, fokus membudayakan pembelajaran sepanjang hayat saya letakkan sebagai satu strategi dalam perancangan strategik IPSAH untuk memenuhi tuntutan membina modal insan cemerlang minda kelas pertama. Untuk mengangkat martabat guru , kesedaran pada diri guru itu amat penting khususnya dalam membuat perubahan paradigma yang perlu membudayakan pendidikan sepanjang hayat, penguasaan disiplin ilmu yang tinggi, berfikiran kreatif, kritis serta inovatif.
Strategi dan pendekatan yang dikenalpasti untuk dilaksanakan dalam perancangan strategik ini ialah pertama meningkatkan penglibatan pensyarah dan guru pelatih secara aktif dalam aktiviti keilmuan dan menggalakkan budaya membaca.

b)Huraian

Berbagai aktiviti dan program keilmuan boleh dirancang dan dilaksanakan bagi melibatkan pensyarah dan guru pelatih dalam aktiviti keilmuan . Antaranya ialah
Seperti program Wacana, forum, syarahan perdana, percambahan minda, speaker corner, perbincangan, morning prayer, lunch talk, perbincangan meja bulat, bengkel dan penerbitan. Selain itu dalam perancangan strategik ini juga dimasukkan aktiviti pertandingan membaca, SAC, Reading List dan sebagainya.

Penganjuran kempen kesedaran membaca, ulasan buku semasa perhimpunan pelajar, pertandingan resensi buku, SAC, membudayakan pembacaan di internet (budaya on-line) dan sebagainya akan dapat membantu mencapai matlamat ini.
Sebagai contoh, program Wacana Profesional yang dijalankan oleh jabatan sains setiap bulan telah banyak menyumbang ke arah memupuk budaya ilmu, kemesraan dan memberi motivasi di kalangan pensyarah jabatan tersebut. Setiap pensyarah akan membicarakan satu tajuk yang dikuasainya seperti memberi syarahan umum mengikut minat dan kepakaran masing-masing untuk dikongsi bersama mengikut giliran.

c)Kesimpulan

Membaca sebagai jambatan ilmu harus dipupuk dikalangan warga IPSAH kerana Al-Qur’an sendiri dari awal ia diturunkan dimulai dengan arahan ‘Iqra’ yang bermakna ‘bacalah’… Jadi untuk membudayakan pembelajaran sepanjang hayat apa jua program yang mendorong dan menggalakkan individu minat dan mahu membaca adalah menjadi kunci ke arah itu. Saya berkeyakinan bahawa jika sepanjang lima tahun perancangan strategik ini dijalankan mengikut jadual dan pendekatan yang betul matlamat menjadikan modal insan cemerlang minda kelas pertama dapat dicapai.

3.5 Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan

Penyelidikan dan inovasi profesionalisme keguruan merupakan unsur penting yang berjalan seiring dengan keempat-empat fokus strategi pembinaan modal insan cemerlang minda kelas pertama seperti dibincangkan di atas. Ia menjadi pemangkin untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan dan institusi pendidikan. IPG Kampus Sultan Abdul Halim mematlamatkan warga pendidik yang mengamalkan budaya ilmu yang meliputi budaya penyelidikan, konsultansi dan inovasi secara berterusan. Untuk merealisasikan matlamat ini, perancangan strategik lima tahun (2009 – 2013) memberi tumpuan kepada usaha pembudayaan dan pengupayaan pembangunan penyelidikan; pemantapkan jaringan penyelidikan pembangunan; dan pendokumentasian serta penataran hasil penyelidikan.

a)Fakta

Pada masa ini di IPG Kampus Sultan Abdul Halim, terdapat seramai 8 orang pensyarah yang memiliki ijazah kedoktoran dan 4 orang lagi dalam proses menyiapkan tesis kedoktoran masing-masing. Seramai 157 orang pensyarah memiliki ijazah sarjana dalam pelbagai bidang pengajian. Dengan kepakaran pensyarah-pensyarah IPG pembangunan penyelidikan mampu dilaksanakan.

b)Huraian

Bertitik tolak dari keadaan semasa, saya dan jawatankuasa perancangan strategik telah mensasarkan fokus dan objektif yang dapat dijadikan asas dan panduan bagi melonjakkan budaya penyelidikan dalam organisasi IPSAH. Perancangan strategik ini mensasarkan antara lain:
i) Meningkatkan keupayaan penyelidikan dan inovasi profesionalisme keguruan di peringkat IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan kebangsaan.
ii) Mewujudkan dasar penyelidikan dan inovasi profesionalisme keguruan IPG Kampus Sultan Abdul Halim
iii) Memantapkan pengetahuan dan keupayaan asas penyelidikan
iv) Mewujudkan mekanisme pembiayaan penyelidikan
v) Mengadakan seminar penyelidikan peringkat IPG/ zon/ kebangsaan
vi) Mengiktiraf usaha penyelidikan melalui insentif menarik
vii) Mewujudkan sistem menjamin kualiti penyelidikan dan penulisan

Selain itu strategi mewujudkan perkongsian pintar dalam penyelidikan di peringkat IPG Kampus Sultan Abdul Halim, IPG-IPG lain , JPN, IPTA, IPTS, badan-badan berkanun, dan pihak swasta dengan cara:
(a) Menjalin kerjasama dalam bidang penyelidikan pendidikan guru
(b) Mewujudkan penyeliaan bersama IPG dan IPTA
(c) Meningkatkan kredibiliti dan kredential pensyarah IPG Kampus Sultan
AbdulHalim melalui program kerjasama dengan IPTA dan IPTS dan
(d) Menyediakan pangkalan data penyelidikan IPG Kampus Sultan Abdul Halim
turut diberi penekanan.

Akhir sekali ialah usaha memantapkan pendokumentasian hasil penyelidikan pendidikan meliputi:
(a) Mendokumentasikan hasil penyelidikan guru, guru pelatih dan pensyarah
(b) Melaksanakan bengkel dan kursus berkaitan dengan pendokumentasian hasil
penyelidikan, perlindungan hasil penyelidikan,perlindungan harta intelek dan penerbitan.
(c) Menerbitkan jurnal berwasit
(d) Menatarkan hasil penyelidikan melalui pelbagai media dan sumber
(e) Menyebarluaskan hasil penyelidikan

c)Kesimpulan

Dengan pelaksanaan strategi-strategi ini, diharapkan warga IPSAH akan lebih menyerlah kecemerlangannya dalam merealisasikan budaya ilmu yang meliputi budaya penyelidikan , konsultansi dan inovasi secara berterusan. Kesemua ini akan menjadi penyumbang kepada pembentukan modal insan cemerlang minda kelas pertama yang diharapkan.

PENUTUP

Proses pembinaan insan cemerlang khususnya yang memiliki minda kelas pertama bukanlah proses yang mudah yang mengambil masa yang singkat tetapi ia memerlukan perancangan strategik jangka pendek dan jangka panjang yang rapi serta kerjasama dari semua pihak. Tanggungjawab yang berat ini bukan hanya terletak kepada guru tetapi juga sekolah, institut perguruan, jabatan pelajaran dan kementerian pelajaran seluruhnya. Ini kerana pendidikan memainkan peranan utama memenuhi tuntutan untuk membentuk insan cemerlang yang mampu mengambil bahagian dalam masyarakat.

Modal insan merupakan nadi pembangunan atau kemajuan sesebuah negara. Faktor sokongan seperti prasarana yang kondusif,yang merupakan pemangkin kepada pemantapan modal insan perlu diberi perhatian yang serius. Begitu juga faktor tadbir urus, ia perlu bergerak bersama menjayakan misi dan visi sesebuah organisasi. Usaha untuk pembinaan dan pemantapan modal insan perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh,ini melibatkan semua pihak yang berkepentingan ke arah kecemerlangan pendidikan guru.

Jika perancangan strategik dibina tetapi aspek pelaksanaan dan penilaian dan pemantauan tidak berjalan seiring, ia tidak akan mendatangkan hasil yang diharapkan. Oleh itu semua pihak diperingkat pelaksanaan termasuk para pemimpin, pendidik, ibu bapa, pentadbir bahkan para pelajar mesti berkerjasama dan memainkan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab.

Senarai Rujukan
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-peraturan Terpilih, International Law Book Services, Petaling Jaya.(2006)

Awang Had Salleh ( 1980 ) ” Keguruan dan Perguruan di Malaysia”: Keperihalan kini dan arah yang ditujui ”. KONPEN, Johor Bharu.

Fadillah Mansor dalam artikelnya “Pembangunan Modal Insan” (Majalah Visi, April 2007)

Modal Insan Cemerlang, Minda kelas Pertama, Edisi Pelancaran, Kementerian Pelajaran Malaysia 2008.

Panduan Budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Bahagian Pendidikan Guru
2006

Pelan Induk Pembangunan Perdidikan 2006 – 2010 - Kementerian Pelajaran Malaysia

Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (SAMBUTAN HARI GURU 2005) -Laman Web Rasmi Sambutan Hari Guru 2005

Perutusan Khas Hari Guru 2007 YB. Dato’ Seri Hishamudin bin Tun Hussein Onn,
PIPP Membangunkan Modal insan: Pelan yang komprehensif, holistik dan realistik, dalam Pendidik, Keluaran February 2007.

Friday, October 23, 2009

MENGHADIRKAN HATI SEWAKTU SOLAT (RAHSIA KHUSYUK)



Makna-makna batin yang mesti wujud bagi menyempurnakan kehidupan solat, mengikut pandangan Imam Ghazali, terhimpun di dalam enam perkara, iaitu hudur al-qalb (kehadiran hati), tafahhum (usaha memahami bacaan dan perbuatan), ta'zim (mengagungkan) , haibah (takut yang timbul daripada perasaan hormat atau mengagungkan) , raja'(harap) , dan haya'(malu).

Hudur al-qalb

Yang dimaksud dengan hudur al-qalb ialah mengosongkan hati daripada selain yang kita sedang lakukan dan ucapkan, sehingga kita mengetahui apa yang kita lakukan dan apa yang kita ucapkan dan fikiran, kita tidak berkeliaran kepada selain keduanya. Selama fikiran kita berpaling daripada selain keduanya dan dalam hati kita tidak ada selain ingatan terhadap apa yang sedang kita hadapi dan tidak ada sebarang kelalaian terhadap setiap sesuatu, maka tercapailah dengannya kehadiran hati. Faktor utama bagi kehadiran hati adalah himmah, iaitu minat, keinginan atau perhatian, kerana hati seseorang akan menjadi perhatiannya. Jika seseorang berminat pada sesuatu atau mengingini sesuatu atau menaroh perhatian pada sesuatu, maka hatinya akan hadir padanya, sama ada ia kehendaki atau tidak, sebab hati dijadikan bertabiat demikian.

Apabila hati kita tidak hadir dalam solat, maka ia tidak menganggur, tetapi berkeliaran ke berbagai macam urusan dunia yang diminati atau menjadi perhatian utamanya. Maka tidak ada cara untuk menghadirkan hati kita kepada solat, melainkan dengan memalingkan minat dan perhatian kita kepada solat. Minat atau perhatian kita tidak akan terpaling kepada solat selama belum jelas bahawa tujuan yang dicari bergantung kepadanya. Yang demikian adalah keimanan dan kepercayaan bahawa akhirat itu lebih baik dan lebih berkekalan daripada dunia, dan bahawa solat merupakan sarana untuk mencapainya. Jika perkara ini didukung oleh hakikat pengetahuan tentang betapa tidak berharganya dunia dan betapa sedikit kepentingannya jika dibanding dengan akhirat, maka akan tercapailah daripada keseluruhannya kehadiran hati dalam solat.

Jika dengan sebab seperti ini, hati anda boleh hadir bila anda berada di hadapan orang besar atau raja yang tidak berkuasa menimpakan bahaya atau memberi manfaat kepada anda, dan tidak boleh hadir pada waktu anda bermunajat di hadapan Maha Diraja, Yang ditanganNya segala kerajaan, kekuasaan, manfaat dan bahaya, maka janganlah anda menyangka bahawa hal tersebut memiliki sebab lain selain daripada kelemahan iman.

Oleh sebab itu, berjuanglah anda untuk memperkuat keimanan anda yang lemah tersebut.

Tafahhum

Tafahhum atau memahami makna ucapan merupakan perkara di luar kehadiran hati. Boleh jadi hati hadir bersama lafaz yang diucapkan, tetapi tidak bersama makna lafaz tersebut. Kehadiran hati bersama pengertian tentang makna lafaz yang diucapkan inilah yang dimaksud dengan tafahhum.

Dalam kefahaman ini manusia berbeza-beza, kerana mereka tidak sama dalam memahami makna-makna yang terkandung di dalam Al-Qur'an dan berbagai tasbih. Bahkan kefahaman seseorang itu sendiri berbeza dari semasa ke semasa. Berapa banyak makna-makna yang halus yang difahami oleh seseorang yang sedang menunaikan solat, padahal sebelumnya tidak pernah terlintas di dalam hatinya. Melalui kefahaman terhadap makna-makna yang terkandung di dalam bacaan inilah solat mencegah orang-orang yang menunaikannya daripada segala perkara yang keji dan mungkar. Faktor penyebab timbulnya tafahhum, setelah kehadiran hati, ialah sentiasa berfikir dan mengarahkan fikiran ke arah usaha untuk mengetahui dan memahami makna. Usaha menimbulkan tafahhum ialah dengan menghadirkan hati beserta menghalakan pemikiran ke arah memahami makna lafaz yang dibaca dan usaha menolak berbagai lintasan fikiran yang liar.

Cara menolak lintasan fikiran yang menyibukkan ialah dengan memutuskan atau memotong berbagai perkara yang boleh menjadi bahan pemikiran, yakni menjauhkan diri daripada sebab-sebab yang membuat fikiran tertarik kepadanya. Jika perkara-perkara yang menjadi bahan fikiran itu tidak dilenyapkan, maka fikiran tidak akan dapat dipalingkan daripadanya. Sesiapa yang mencintai sesuatu, maka ia pasti banyak mengingatinya, dan ingatan itu pula pasti akan melanda hatinya. Oleh sebab itu, maka kita melihat bahawa orang yang mencintai selain Allah, solatnya tidak akan terhidar daripada berbagai lintasan fikiran yang liar.

Ta'zim

Ta'zim juga merupakan perkara di luar kehadiran hati dan kefahaman, kerana seseorang mungkin mengatakan kepada hamba sahayanya perkataan-perkataan yang ia fahami maknanya dengan kehadiran hati, tetapi ia tidak mengagungkannya, ertinya tanpa ta'zim. Jadi ta'zim adalah tambahan ke atas keduanya. Ta'zim ini merupakan keadaan hati yang lahir daripada dua makrifat:

Pertama: Makrifat akan kemuliaan dan keagungan Allah, yang merupakan salah satu asas keimanan. Sesiapa yang tidak diyakini keagungannya, maka jiwa tidak mahu mengagungkannya.

Kedua: Makrifat akan kehinaan diri dan kedudukannya sebagai hamba yang tidak memiliki sebarang kekuasaan.

Daripada kedua makrifat tersebut lahirlah perasaan istikanah (yakni pasrah dan merendah diri), inkisar (lemah, tidak terdaya) dan khusyu' kepada Allah, yang diungkapkan dengan perkataan ta'zim. Selama kedua makrifat tersebut belum wujud, maka tidak akan timbul keadaan ta'zim dan khusyu'.

Seseorang yang merasakan kecukupan, tidak memerlukan pihak lain dan merasa aman atas dirinya mungkin mengetahui sifat-sifat keagungan pihak lain, tetapi pada dirinya tidak ada perasaan khusyu' dan ta'zim, kerana makrifatnya akan keagungan pihak lain tersebut tidak disertai oleh makrifat lain, iaitu makrifat kehinaan dirinya dan kedudukannya sebagai hamba yang tidak memiliki sebarang kekuasaan.

Haibah

Haibah adalah tambahan ke atas ta'zim, bahkan ia merupakan perasaan takut yang berpunca daripada ta'zim, kerana orang yang tidak takut tidak dapat dikatakan ha'ib. Perasaan takut kepada kala atau ular atau kejahatan seseorang atau yang seumpamanya daripada sebab-sebab yang hina tidak dinamakan haibah, kerana haibah adalah perasaan takut yang berpunca daripada sikap atau perasaan mengagungkan.

Haibah dan khawf adalah keadaan jiwa yang timbul daripada makrifat akan kekuasaan Allah, akan pengaruh dan berlakunya segala kehendaknya ke atas dirinya, dan pengetahuannya bahawa sekiranya Allah membinasakan seluruh manusia, yang dahulu maupun yang kemudian, maka yang demikian itu tidak akan mengurangi kerajaanNya sedikitpun juga. Yang demikian, di samping mengetahui akan segala yang berlaku ke atas para nabi dan para Wali, daripada berbagai musibah dan bermacam-macam ujian, meskipun Allah SWT Maha Kuasa untuk menolaknya. Berbeza dengan keadaan yang disaksikan daripada raja-raja dunia.

Kesimpulannya, semakin bertambah ilmunya tentang Allah, maka semakin bertambahlah rasa takut dan haibahnya kepadaNya.

Raja'

Raja' atau harap pula merupakan tambahan. Beberapa banyak orang yang mengagungkan seseorang raja yang ditakuti, kebaikannya. Seorang hamba adalah sudah selayaknya mengharapkan dengan solatnya ganjaran daripada Allah swt, sebagaimana ia takut bila mencuaikannya akan seksaanNya.

Faktor penyebab timbulnya raja' adalah makrifat akan kelembutan, kedermawanan, keluasan ni'mat, keindahan ciptaan, dan pengetahuan akan kebenaran segala janji Allah swt., khususnya janji Syurga bagi orang-orang yang menunaikan solat. Jika telah wujud keyakinan akan kebenaran janjiNya dan pengetahuan akan kelembutanNya, maka timbullah raja.

Haya'

Haya' merupakan tambahan bagi semua perkara di atas, kerana ia timbul daripada perasaan melakukan kecuaian dan perasaan berdosa. Mungkin sahaja pada seseorang terdapat kesemua yang lain, yakni ta'zim, haibah, raja dan lain-lainnya, tetapi tidak ada padanya haya', kerana tidak ada padanya perasaan melakukan sebarang kecuaian ataupun melakukan sebarang perbuatan dosa.

Maka perasaan haya' ini hanya akan muncul dengan adanya perasaan kekurangan, atau kecuaian dalam ibadat, dan mengetahui akan ketidak mampuan diri untuk mengagungkan Allah sepenuh hakNya. Dan perasaan tersebut menjadi lebih kuat lagi dengan mengetahui akan kecacatan diri, kekurangan ikhlasnya, keburukan batin dan kecenderungannya kepada memperoleh keuntungan yang segera dalam segala amal perbuatannya, di samping mengetahui akan besarnya konsekuensi yang dituntut kebesaran Allah, dan bahawa Dia Maha Mengetahui akan segala rahasia dan lintasan hati sehingga kepada yang sekecil-kecilnya. Semua pengetahuan ini jika telah diperoleh secara yakin, pasti akan menimbulkan suatu keadaan yang dinamakan haya'(malu).

Inilah sifat-sifat atau makna-makna batin yang mesti wujud bagi menyempurnakan kehidupan solat, dan faktor-faktor penyebabnya. Setiap perkara yang dituntut memperolehnya, maka caranya adalah dengan menghadirkan faktor penyebabnya. Dengan mengetahui faktor penyebabnya, maka kita akan mengetahui cara mewujudkannya. Penghubung kesemua sebab-sebab tersebut adalah keimanan dan keyakinan. Kekhusyu'an hati adalah mengikut kadar keyakinan, dalam erti semakin tinggi kadar keyakinan seseorang, maka semakin tinggi pula kadar kekhusyu'annya.

Dengan melihat kepada perbezaan makna-makna yang telah disebutkan di dalam hati, maka manusia terbahagi kepada orang yang lalai yang menyempurnakan solatnya tanpa kehadiran hatinya, walau sesaatpun; dan orang yang menyempurnakan solatnya dan hatinya tidak lalai walaupun sesaat, seluruh perhatiannya tertumpu pada solatnya, sehingga ia tidak menyedari apa yang berlaku di hadapannya, bahkan ada sekumpulan manusia yang wajah mereka menjadi pucat dan sendi-sendinya menggeletar.

Bahagian tiap orang daripada solatnya adalah mengikut kadar kekhusyu'an, pengagungan, perasaan takut dan lain-lainnya daripada makna-makna tersebut, kerana yang menjadi tempat perhatian Allah swt adalah hati, bukan gerakan anggota badan yang nampak. Pada hari kiamat nanti, tidak ada yang selamat melainkan orang yang datang menemui Allah swt dengan hati yang selamat.

Usaha Menghadirkan Hati Dalam Solat

Seorang mukmin, di samping beriman, ia juga tidak terlepas daripada keadaan mengagungkan Allah swt, takut, menaruh harapan, dan merasa malu kepadaNya atas kecuaian dan kekurangannya. Meskipun kekuatan keadaan tersebut bergantung kepada kadar kekuatan keyakinannya, tetapi terlepasnya dirinya daripada keadaan tersebut dalam solat tidak mempunyai sebab lain selain daripada berpencarnya fikiran, bercawangnya lintasan, ketidak hadiran hati pada munajat dan kelalaian daripada solat.

Tidak ada yang melalaikan seseorang daripada solat selain lintasan-lintasan yang mendatang yang menyibukkan atau mengganggunya. Tidak ada cara untuk menghadirkan hati melainkan dengan jalan menolak atau mengusir lintasan-lintasan tersebut. Sesuatu tidak dapat ditolak atau diusir melainkan dengan menolak atau mengusir sebab-sebabnya. Oleh sebab itu, hendaklah ia mengetahui sebab-sebabnya. Sebab datangnya lintasan-lintasan tersebut sama ada merupakan perkara yang datang dari luar, atau pun perkara yang datang dari dalam dirinya sendiri.

Yang datang dari luar, sama ada yang mengetuk telinga atau nampak bagi penglihatan, yang meragut perhatian, sehingga mengikutnya dan hanyut terbawa olehnya, kemudian fikirannya pun terseret kepada perkara-perkara lainnya secara berantai. Penglihatan menjadi sebab pemikiran, kemudian sebahagian daripada pemikiran-pemikiran tersebut menjadi sebab bagi sebahagian yang lainnya. Orang yang kuat niatnya dan tinggi minat atau perhatiannya, segala yang berlaku pada pancainderanya tidak akan membuatnya lalai. Tetapi orang yang lemah, fikirannya pasti akan berpencar kerananya.

Mengatasinya adalah dengan memutuskan atau menghalang sebab-sebab tersebut dengan memejamkan penglihatan, solat di tempat yang gelap, tidak membiarkan sesuatu yang boleh menyibukkan perasaannya berada di hadapannya, solat dekat dinding agar tidak luas jarak penglihatan, dan menghindari solat di tepi atau menghadap ke jalan, atau solat di tempat-tempat yang penuh dengan perhiasan, atau diatas permaidani yang berwarna-warni, apalagi yang dilukis dengan bermacam-macam lukisan.

Oleh kerana itulah, maka para ahli ibadat beribadat di dalam ruangan yang kecil atau sempit, supaya lebih dapat menumpukan perhatian. Orang-orang yang kuat daripada kalangan mereka meghadiri masjid-masjid dan menundukkan pandangan dan tidak melampaui pandangan mereka dari tempat sujud. Mereka berpendapat bahawa daripada kesempurnaan solat adalah bahawa kita tidak mengetahui siapa di sebelah kanan dan kiri kita. Ibnu Umar r.a. tidak membiarkan di tempat solatnya ada sebarang mushaf atau pedang melainkan beliau menyingkirkannya, dan tidak ada sebarang tulisan melainkan beliau menghapusnya.

Adapun sebab-sebab batin yang datang dari dalam diri kita sendiri, maka ia lebih susah mengatasinya. Sesungguhnya orang yang memiliki obsesi yang bercawang-cawang di lembah-lembah dunia, fikirannya tidak tertumpu pada satu aspek sahaja, tetapi sentiasa berkeliaran dari satu aspek ke aspek lain, sehingga menundukkan atau memejamkan pandangan tidak lagi berguna baginya. Apa yang telah bersemayam di dalam hati sebelumnya telah cukup menyibukkannya.

Cara mengatasinya adalah dengan menarik jiwa secara paksa untuk memahami apa yang dibaca di dalam solat dan menyibukkannya dengannya sehingga melupakan yang lainnya. Perkara lain yang boleh membantunya ialah mempersiapkan diri sebelum takbirat al-ihram dengan memperbaharui ingatan akan akhirat, kedudukan munajat dan pentingnya berdiri di hadapan Allah swt Yang Maha Melihat, di samping mengosongkan hatinya daripada perkara yang boleh menarik perhatiannya sebelum takbiraat al-ihram.

Rasulullah saw bersabda kepada Usman Bin Talhah:

Maksudnya: "Aku lupa mengatakan kepadamu supaya engkau menutup periuk yang ada di rumah. Sesungguhnya tidak semestinya di dalam rumah ada sesuatu yang boleh melalaikan manusia daripada solatnya".

Ini merupakan salah satu cara menenangkan fikiran. Apabila gelora fikirannya tidak dapat ditenangkan dengan cara ini, maka tidak ada yang dapat menyelamatkannya melainkan dengan menumpas atau mencabut materi penyakit dari akar umbinya, iaitu dengan melihat kepada perkara-perkara yang menghalang usaha menghadirkan hati. Tidak syak lagi bahawa yang demikian kembali kepada berbagai perkara yang diminati, yang telah menjadi perhatian utama bagi syahwatnya, maka ia menghukum jiwanya dengan melepaskan diri daripada syahwat-syahwat tersebut dan memutuskan berbagai ikatannya.

Setiap perkara yang melalaikan seseorang daripada solatnya membahayakan agamanya dan merupakan tentera Iblis, musuhnya; maka memegangnya lebih berbahaya daripada membuangnya. Oleh sebab itu, ia hanya dapat melepaskan dirinya daripadanya dengan membuangnya, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Hisyam Bin Urwah, daripada bapanya, daripada Aisyah r.a. bahawa beliau berkata:

"Nabi SAW mempunyai khamisah (pakaian daripada wool yang padanya terdapat lukisan), maka baginda memberikannya kepada Abu Jahmah dan mengambil sebagai gantinya anbijaniyahnya (pakaian daripada wool yang paling kasar dan paling rendah mutunya). Mereka berkata: Wahai Rasulullah, khamisah lebih baik daripada anbijaniyah.

Baginda saw bersabda: Aku melihat lukisannya dalam solat".

Hadis tersebut juga diriwayatkan oleh Imam Malik daripada Hisyam Bin Urwah, daripada bapanya, tidak melalui Aisyah r.a.

Nasai dan Ahmad meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa beliau berkata:

"Bahawa Rasulullah saw mengambil sebentuk cincin dan memakainya. Kemudian baginda bersabda: Cincin ini, sejak hari ini, telah melalaikan aku daripada kamu, sekejap aku melihat kepadanya dan sekejap aku melihat kepadamu. Kemudian baginda membuangnya" .

Diriwayatkan bahawa baginda saw telah memerintah menggantikan tali terompahnya dengan yang baru. Kemudian baginda saw tergerak hatinya untuk melihatnya dalam solatnya, kerana barunya. Maka baginda pun memerintahkan supaya menggantikannya dengan tali yang lama kembali.

Diriwayatkan bahawa Abu Talhah menunaikan solat di dalam kebunnya, maka tiba-tiba beliau tertarik dengan seekor binatang yang terbang di atas pokok mencari jalan keluar. Beliau mengikutinya dengan pandangannya, kemudiannya beliau terlupa berapa rakaat beliau telah solat? Beliau pun menceritakan fitnah yang terjadi pada dirinya kepada Rasulullah saw, dan beliau berkata: "Kebun itu aku sedekahkan, aturlah mengikut kehendak tuan hamba".

Demikianlah mereka bertindak untuk memutuskan perkara yang menjadi bahan pemikiran, selain juga sebagai kesempurnaan solat. Itulah ubat yang mujarab bagi penyakit tersebut dan tidak ada ubat lainnya yang bermanfaat.

Adapun ubat penenang dan ajakan memahami zikir yang dibaca, maka ia hanya bermanfaat untuk mengatasi syahwat yang lemah dan keinginan atau minat yang tidak menyibukkan kecuali pinggiran hati. Adapun syahwat yang kuat yang bergelora, ubat penenang tidak berguna dan ia akan terus menariknya dan terus menarik anda, kemudian mengalahkan anda sehingga musnah seluruh solat anda dalam usaha tarik menarik. Walaupun demikian, anda tidak boleh meninggalkan mujahadah atau berhenti berusaha untuk mengembalikan hati kepada solat dan mengurangi sebab-sebab yang melalaikan.

Itulah ubat yang pahit, dan kerana pahitnya dianggap buruk oleh tabiat, sehingga penyakit yang ada menjadi kronik dan sukar disembuhkan.

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN


KEHADIRAN SYAWAL,
MESKIPUN KAU MEMBAWA RASA GEMBIRA
SEBAGAI SUATU NIKMAT KEPADA SEMUA
PASTINYA RASA NIKMAT ITU
TIDAK PERNAH AKAN SAMA
ANTARA YANG BERPUASA
DENGAN YANG MELANTAK TAK KIRA MASA.

NAMUN BAGI GOLONGAN YANG BERTAQWA
DISEBALIK NIKMAT DAN AURA GEMBIRA ITU
KESEDIHAN MENDALAM DAN MERONTA PASTI DIRASA
RAMADHAN BERLALU DITANGISI, KERANA PEMERGIANNYA
WALAU PUN AKAN KEMBALI DENGAN IZIN ILAHI,
BELUM PASTI KITA MENEMUI....
KERANA MALAIKAT MAUT SENTIASA MEMERHATI
MENGHITUNG HARI

BULAN YANG BERKAT BERLALU PERGI,
HATI PILU SUKAR DIMENGERTI
HANYA OLEH INSAN YANG JAUHARI
DAPAT DIFAHAMI DAN DIHAYATI

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MINAL AIZIN WALFAIZIN
KEPADA SELURUH PENGUNJUNG BLOG INI
SILAP, SALAH HARAF DIMAAFI.


DARI,
ALHAKIR WALFAKIR ILLALLAH
MOHD. NASHUHA JAMIDIN

Thursday, September 3, 2009

MENANTI, MENGHARAP DAN MENGGARAP MALAM NUZUL QUR'AN DAN LAILATULQADAR



Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).