Sunday, July 26, 2009

GOLONGAN MUNAFIK AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA PALING BAWAH



Munafik merupakan suatu penyakit kronik yang sukar dirawat. Ia adalah akibat diri seseorang yang membiarkan sikap lalai menguasai dirinya diperingkat awal. Sikap lalai ini tidak cuba mahu diubahnya dalam pelbagai perkara menyebabkan diri sering menyesal. Jika kelalaian ini dihindari dan usaha bersungguh-sungguh dilakukan untuk memperbaiki sikap, maka diri akan selamat. Tetapi jika ia terus dibiarkan menguasai diri ia akan bertukar menjadi penyakit jiwa yang serius dinamakan FASIQ. IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SURUHAN DAN LARANGAN ALLAH S.W.T . Kefasikan ini pula jika tidak dihentikan dengan bertaubat, ia akan menjadi penyakit kronik tahap empat (Sukar diubati) yang dipanggil MUNAFIK.

Dalam masyarakat melayu orang munafik di istilahkan sebagai 'TALAM DUA MUKA'.
Dalam Al Qur'an terminologi ini merujuk pada mereka yang tidak beriman namun berpura-pura beriman

QS (63:1-3) (1)Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah". Dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta.(2)Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.(3)Yang demikian itu adalah karena bahwa sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir (lagi) lalu hati mereka dikunci mati; karena itu mereka tidak dapat mengerti.
Berdasarkan hadits, Orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan adalah sama satu sama lain; mereka menyuruh pada kemungkaran dan melarang daripada yang baik, dan mereka menggenggamkan tangan-tangan mereka; mereka melupakan Allah, dan Dia melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik, mereka adalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan). Nabi Muhammad SAW mengatakan :"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya" (HR. Bukhari dan Muslim).

BAHAYA KESAN PERBUATAN ORANG MUNAFIK INI AMAT BESAR SEKALI. SEBAB ITULAH DI HARI PEMBALASAN AKHIRAT NANTI GOLONGAN MUNAFIK AKAN DICAMPAKKAN KEDALAM NERAKA HAWIYAH YANG PALING BAWAH DAN SEBURUK-BURUK TEMPAT. NA'UZUBILLAHI MINZALIK..

Sunday, July 19, 2009

"SATU TERENGGANU, TANAH RAKYAT DIDAHULUKAN, KERJA MEREMBAT DIUTAMAKAN"....... JAGA-JAGA SATU LAGI KERJA NAK MELINGKUP HAK MILIK MELAYU




Hairan bin ajaib,..... orang Melayu (UMNO) tak sedar-sedar lagi, hak MELAYU mereka semakin terhakis, matlamat DEB yang nak capai ekuiti 30% masih jauh belum dicapai, Pulau Batu putih sudah tergadai, Projek Wilayah Iskandar dah nampak dah... Zionist nak sambar,kini Terengganu yang rakyatnya miskin walaupun kaya hazanah minyak dibuminya,bakal menghadapi kerakusan penguasa TANPA MEMIKIRKAN BAGAIMANA NAK MEMARTABATKAN ORANG MELAYU YANG MISKIN MENJADI BIJAKSANA DAN BIJAKLAKSANA DENGAN WANG ROYALTI MINYAK YANG BAKAL DITERIMA.

KUALA TERANGGANU AKAN DIBANGUNKAN–MB
Sebahagian wang royalti yang bakal diperoleh kerajaan negeri Terengganu tidak lama lagi akan diperuntukkan bagi menjalankan lebih banyak pembangunan di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu yang juga dikenali sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air.
PERSOALANNYA BILA BANDAR BESAR DIBINA, ....SIAPA YANG BAKAL MEMBELI BANGUNAN, LOT-LOT KEDAI, PREMIS NIAGANYA, PUSAT HIBURANNYA, .....MELAYU KE?? TENGOKLAH APA DAH JADI DIBANDAR-BANDAR LAIN? TANAH-TANAH (BERSELINDUNG DISEBALIK NAMA LOT KEDAI) AKAN TERGADAI....TERGADAI.... BERAPA KERAT MELAYU YANG MAMPU BELI? ORANG MELAYU DI KAMPONG BALADA KOLAM AKAN KAYA RAYA KE, ... ORANG DI BATU RAKIT MAJU KE,?...CUKUPLAH KERJA2 TIPU MELAYU...

Menteri Besar, Ahmad Said, berkata apabila wang itu diperoleh, kerajaan merancang untuk membangunkan kawasan bandar dengan langkah awal melakukan pengambilalihan tanah di kawasan Ladang, Tanjung hingga ke kawasan Pasar Raya Astaka.

"Pengambilan tanah di kawasan berkenaan dianggar menelan belanja ratusan juta ringgit. Ini kerana harga tanah kawasan itu terlalu mahal kerana terletak di tengah-tengah bandar," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Kampung Alor Limbat di sini, hari ini.

TENGOK....TENGOK...KERJA MEREMBAT TANAH NELAYAN, TANAH MELAYU DAH ADA DALAM KEPALA PEMIMPIN INI...TAK HABIS-HABIS NAK PELINGKUP HAK MILIK MELAYU YANG TINGGAL TAK SEBERAPA TU.. RAKYAT TERENGGANU BANGUN, CELEK SEGERA...

KES STADIUM RUNTUH MASIH TAK SELESAI,...DAH DEKAT 3 BULAN LAPORAN TAK KELUAR2 JUGA...JANJI 1 BULAN. MAJID KRISTAL BERAPA RAMAI YANG SOLAT JEMAAH KAT SITU??
KOLAM RENANG TERUS BOCOR... SPRM TAK PERGI SIASAT PUN...

KETAHUILAH SEGALANYA BERPUNCA DARI NAFSU GELOJOH (NAFSU AMMARAH BISSU')YANG SELALU MENGUASAI DIRI PEMIMPIN2 MELAYU. AKAL ADA DITUTUP DENGAN NAFSU. INGAT JIHAD YANG PALING BESAR IALAH MELAWAN HAWA NAFSU...

FIKIRKANLAH DAN GUNAKAN DUIT ROYALTI TU UNTUK BANTU MELAYU YANG MISKIN DI KAMPUNG2, TINGKATKAN LAGI MUTU DAN PRODUKTIVITI INDUSTRI KECIL SEDERHANA DITERENGGANU, BANTU PENGUSAHA SERUNDING, KEROPOK GEPENG HINGGA BERTARAF DUNIA.....BUKAN NAK REMBAT-REMBAT HAK MELAYU.

Saturday, July 18, 2009

HEI!!!ISH...ISH!....ISH..... BERAPA BANYAK SURUHANJAYA DIRAJA DAA......!!!!





SAYA TERINGAT SEDUTAN FILAM ENDEKAR BUJANG LAPOK ARAHAN DAN KARYA SENIMAN AGONG P.RAMLEE BERSAMA AZIZ DAN SI SUDIN " HEI... BERAPA BANYAK MAAF DAA...."

Kebelakangan ini begitu kerap kejadian-kejadian yang berlaku melibatkan politik, jenayah ekonomi, sosial , jenayah kolar putih dan sebagainya yang orang ramai, NGO, Badan Politik terpaksa meminta pihak berwajib menubuhkan Suruhanjaya Bebas Diraja menyiasat untuk mengetahui perkara sebenar yang terjadi.

Kes terbaru dan menggemparkan ialah kematian seorang setiausaha politik anggota Exco DUN Selangor yang begitu misteri dan mengundang pelbagai tanda-tanya.....
Mungkin Malaysia boleh minta di senaraikan dalam buku rekod Guiness world Book of record sebagai negara yang paling banyak menubuhkan suruhanjaya bebas Menyiasat.

Dan yang lebih afdhol mungkin sudah sampai masanya untuk maju ke hadapan iaitu menubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat Suruhanjaya Di Raja yang menyiasat.......

Tuesday, July 14, 2009

PAS menang dengan majoriti tipis Jul 14, 09 5:09pm kemaskini 8.13pm Keputusan rasmi (setakat ini) PAS mendapat 3,092 undi, sementara BN pula 2,747

Sumber Malaysiakini:

Kemaskini 7.59pm PAS didakwa menang dengan majoriti 65 undi tetapi akibat majoriti terlalu tipis, pengiraan semula dijangka akan dijalankan.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata BN sedang berusaha agar kiraan semula diadakan.

"Kiraan pertama dan kedua sangat, sangat berbeza," katanya melalui Twitter sebentar tadi.

kemaskini 7.51pm Jika berlaku pengiraan semula di beberapa daerah mengundi, keputusan malam ini mungkin lebih lewat diketahui.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimami solat di bilik gerakan utama PAS di Manek Urai.

Suasana serius di sini setelah agen-agen PAS dari tempat mengundi pulang dengan keputusan masing-masing.


kemaskini 7.39pm Menurut sumber Twitter Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, kemenangan BN "semakin terserlah."

"Keputusan tidak rasmi kelihatan rasmi dari minit ke minit. Kemenangan BN semakin terserlah," katanya.


kemaskini 7.34pm PAS mempamerkan di layar besar di bilik gerakannya dengan angka parti itu tersebut meraih 5,363 undi, manakala BN mendapat 5,293 undi.

PAS mendapat kelebihan 70 undi.


kemaskini 7.24pm BN mendahului Manek Urai Baru dan Manek Urai Baru, PAS pula mendahului di Late Rek dan Chuchoh Puteri daripada sembilan daerah mengundi.

Daerah-daerah lain: Temalir, Sungai Peria, Sungai Sok, Manjor dan Laloh


kemaskini 7.10pm Sekumpulan penyokong BN di bilik operasi parti itu di Manek Urai kelihatan bergembira "atas kemenangan" calon mereka Tuan Aziz Tuan Mat.

Ada sumber menyatakan kemenangan sebanyak "30 undi", sementara terdapat sumber menyebut "200 undi".

Calon BN dan pemimpin BN tidak kelihatan di situ.

Menurut sumber Twitter Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, BN mendahului 38 undi.


kemaskini 5.09pm Pengiraan undi bagi DUN Manek Urai akan bermula seawal-awalnya jam 5.30 petang yang melibatkan semua 27 saluran di sembilan pusat pembuangan undi.

Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat cuba merampas kerusi tersebut yang dipertahankan oleh calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dalam persaingan agak sengit sehingga mencetuskan pergaduhan para penyokong.

Peratus keluar mengundi sehingga pukul 5 petang tadi, setelah proses pengundian tamat, 87.3 peratus daripada 12,293 orang atau 10,736 pemilih menunaikan tanggungjawab.

Keputusan rasmi akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai seawal-awalnya jam 8 malam ini.

Thursday, July 9, 2009

KEHEBATAN ATOM PETANDA KEKUASAAN TUHAN


Udara yang kita gunakan bagi bernafas adalah terdiri daripada atom. Begitu juga makanan dan minuman juga terdiri daripada atom bahkan segala-galanya dalam tubuh manusia itu sendiri terdiri daripada atom. Segala objek yang kita lihat di sekeliling kita juga sebenarnya adalah proton yang bertindak balas pada elektron milik atom di dalam mata kita.

Bagaimana pula dengan benda yang kita sentuh dan rasa? Semuanya sama. Tidak kira sama ada ia keras ataupun lembut, kasar ataupun licin, sejuk ataupun panas, semuanya terdiri daripada atom dalam kulit kita yang bertindak balas dengan atom pada setiap objek-objek itu.

Banyak orang mengetahui tubuh badan mereka, planet bumi, galaksi bahkan seluruh pelusuk alam terdiri daripada sejumlah atom-atom kecil. Namun mereka mungkin tidak pernah terfikir berkenaan sistem dan kekukuhan unsur paling asas pada setiap benda iaitu ‘atom’.

Realitinya, manusia berada sangat dekat dengan aturan yang paling sempurna itu sepanjang hidup mereka. Tambah menarik lagi, setiap satu daripada berjuta-juta atom ada pada kerusi yang kita duduk. Ia ada susunan dan sistem yang amat rumit sehingga setiap satu atom hanya dapat dihuraikan pada sebuah buku. Secara lazimnya, setiap pengubahsuaian pada susunan semulajadi yang tiada tandingan ini akan gagal dan susunan itu tetap dalam keadaan begitu tanpa sedikit kekurangan.

Susunan Pada Setiap Atom

Setiap atom terdiri daripada nukleus dan elektron-elektron yang berputar mengelilingi nukleus pada jarak yang bersesuaian.

Elektron adalah butir-butir zarah yang berputar di sekeliling paksinya. Di sekeliling nukleus itu sendiri sama seperti puataran 24 jam bumi yang berputar pada paksinya dalam proses melengkapkan putaran orbit selama setahun mengelilingi matahari. Sama juga seperti planet-planet, putaran elektron yang teratur pada orbitnya sangat menakjubkan tanpa sekali pun berhenti.

Putaran dan pusingan berdozen-dozen elektron menyebabkan ‘lalu lintas’ yang amat sibuk di dalam atom yang terlalu kecil untuk dilihat walaupun menggunakan mikroskop berkualiti tinggi. Namun pernahkah kita berfikir bagaimana elektron-elektron yang berputar seperti sekumpulan satelit, mengelilingi nukleus itu tidak pernah sama sekali berlanggar antara satu sama lain. Seandainya terjadi perlanggaran walaupun kecil di dalam atom, ia boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk.

Namun sehingga kini tidak pernah ada kemalangan yang terjadi. Semuanya berjalan mengikut susunan dan aturan yang sempurna tanpa ada sedikit pun cacat celanya. Elektron-elektron yang berputar di sekeliling nukleus tidak pernah berlanggar antara satu sama lain walaupun dalam kelajuan 1000 kilometer sesaat, satu kelajuan yang tidak dapat digambarkan. Kemampuan setiap elektron mengekalkan laluan masing-masing adalah amat menakjubkan.

Persoalannya, mengapakah elektron-elektron yang sama di sekeliling satu nukleus ada orbit yang berbeza? Bagaimana ia mampu berputar mengikut orbitnya tanpa pernah sekalipun tersasar? Bagaimana ia mampu mengelakkan perlanggaran ataupun pergeseran antara satu sama lain dalam proses itu walaupun dengan kelajuan yang sukar dibayangkan. Segala-galanya membawa kita kepada satu kesimpulan. Kebenaran yang berada di hadapan kita ini melibatkan unsur yang tiada tandingannya dan juga keseimbangan yang hebat. Ia adalah bukti kesempurnaan ciptaan Tuhan. Dalam ayat 88 surah an-Naml, Allah menyatakan, “Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan seperti pergerakan awan. Begitulah perbuatan Allah yang membuat sesuatu dengan kukuh; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.

Ayat ini menjelaskan kepada kita hakikat mengapa atom bertindak dan bersifat begitu. Ia adalah kerana Tuhan memberikannya kekuatan dan kekukuhan yang tersendiri. Perkataan bahasa Arab pada “memberikannya kekuatan dan kekukuhan” ialah ‘atqana’ yang bermaksud 'bagi menyusun atau mengatur sesuatu benda bagi mendapatkan hasil yang paling sempurna’. Elektron-elektron di dalam atom berputar secara tetap dan sempurna mengikut laluan yang ditetapkan oleh Tuhan. Hal ini sama seperti apa yang dinyatakan kepada kita dalam ayat tadi.

Atom-atom itu tidak pernah sama sekali tersasar walaupun sedikit. Apatah lagi apabila kita mengambil kira alam semesta ini, kita dapat melihat segala yang terbentuk daripada jirim mereput secara perlahan-lahan mengikut peredaran masa. Ia reput disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti terhakis, pecah dan akhirnya menjadi semakin berkurangan. Namun setakat ini, masih belum ada kerosakan ataupun pereputan yang dapat dilihat di dalam atom selain daripada reaksi nuklear yang terhasil melalui perubahan yang sengaja dilakukan. Seperti yang dinyatakan dalam ayat tadi, atom itu diciptakan dalam keadaan yang sangat kukuh.

Tenaga yang Hebat dalam Nukleus Setiap Atom

Nukleus-nukleus atom terdiri daripada proton dan neutron. Namun, apakah tenaga yang mengikat kedua-dua unsur halus itu dalam nukleus? Itulah yang dimaksudkan sebagai 'kekuatan tenaga nuklear’. Tenaga yang dinyatakan oleh hukum fizik sebagai tenaga hebat yang mengikat nukleus-nukleus atom.

Tenaga inilah yang mengikat proton dan neutron seutuhnya. Tenaga ini amat berkuasa sehingga ia mampu melekatkan proton dan neutron dalam nukleus. Dalam masa yang sama, ia memisahkan dan mengasingkan kedua-duanya. Sekiranya tenaga ini ada lebih kuasa pengikat, proton dan neutron akan bergabung antara satu sama lain. Sekiranya kuasa pengikat lemah, kedua-duanya akan bertebaran dan atom akan hancur.

Apabila tenaga hebat dalam nukleus itu dibebaskan, atom akan berpisah dan pecah seterusnya menghasilkan tenaga yang menggerunkan dikenali sebagai tenaga nuklear. Semakin bertambah jumlah proton dan neutron, semakin besar saiz nukleus. Oleh hal yang demikian, semakin kuatlah magnitud tenaga yang mengikat unsur-unsur halus itu.

Proses pemisahan tenaga yang mengikat proton dan neutron adalah sukar bagi nukleus-nukleus yang lebih besar. Apabila unsur-unsur halus itu terpisah antara satu sama lain, ia akan cuba untuk kembali bersama dengan tenaga yang lebih besar dan kuat, seperti satu spring. Tenaga ini dianggarkan 1038 kali ganda lebih besar berbanding graviti. Dalam erti kata lain, beratus- ratus juta lebih besar tenaganya. Selagi mana tenaga itu tidak diusik ataupun diubah, ia tidak akan mendatangkan keburukan. Namun dengan adanya campur tangan manusia, ia boleh menjadi satu tenaga yang mampu membinasakan berjuta-juta manusia.

Pengekalan Tenaga Dalam Nukleus

Tenaga luar biasa yang berada dalam nukleus setiap atom ini pada asasnya berupaya membahayakan berjuta-juta nyawa manusia. Sebenarnya, ia terbentuk melalui dua tindak balas atom yang berbeza. Tindak balas itu dikenali sebagai 'pembelahan' yang terbentuk melalui pemisahan ataupun pembahagian nukleus. Manakala 'pelakuran' adalah penggabungan dua atom yang berbeza menggunakan tenaga yang kuat. Satu tenaga yang besar dan menakjubkan akan terbentuk melalui kedua-dua tindak balas ini.

Semasa eksperimen–eksperime n awal teknik pembelahan dijalankan, saintis ‘membedil’ nukleus dalam uranium-235 dengan neutron-neutron pada kelajuan yang pantas. Hasilnya, mereka mendapati satu keadaan yang amat menarik. Setelah neutron itu diserap oleh nukleus dalam atom uranium tersebut, ia menjadi tidak stabil. Pada masa itu, ada perbezaan jumlah antara proton dan neutron dalam nukleus seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan. Justeru, bagi menyelesaikan ketidakseimbangan itu, nukleus mula berpecah sambil mengeluarkan sejumlah tenaga bersama dengan unsur-unsur halus pada kelajuan yang sangat pantas.

Saintis ‘membidik’ neutron yang bergerak itu dengan cubaan bagi ‘menembak’ satu daripada nukleus-nukleus dalam atom uranium. Semua ini dilakukan bagi memecahkan satu daripada nuleus-nukleus atom dalam timbunan atom uranium-235 sehingga pecah berkecai. Semasa ia berpecah, setiap nukleus membebaskan dua ataupun tiga neutron secara purata. Neutron-neutron ini kemudiannya menyerap nukleus-nukleus lain sehingga menghasilkan tindak balas.

Setiap satu nukleus uranium yang baru berpecah akan bertindak balas sama seperti yang pertama. Seterusnya, satu siri pemecahan nuklear atau 'pembelahan' berlaku. Setelah sejumlah besar nukleus-nukleus uranium berpecah dan terbelah, ia akan menghasilkan jumlah tenaga yang amat menakjubkan.

Proses pembelahan dan pemecahan nukleus-nukleus U-235 inilah yang membawa kepada tragedi Hiroshima dan Nagasaki. Tragedi yang meragut berpuluh-puluh ribu nyawa orang awam. Oleh kerana bumi, seluruh atmosfera dan tubuh badan kita sendiri terdiri daripada atom, apakah yang dapat menghalang atom-atom ini daripada menghasilkan tindak balas seumpama itu. Apakah yang mampu menghalang kemusnahan seperti yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki daripada berlaku di tempat lain? Pada bila-bila masa sahaja?

Bayangkan lebih kurang 100 trilion atom dimuatkan ke dalam satu kepala pin, apakah kita boleh gambarkan bagaimana struktur stabil setiap atom berubah sebaliknya. Justeru, apakah ada alternatif lain yang dapat menghalang nuklear daripada memusnahkan seluruh alam semesta dalam masa yang pantas?

Neutron-neutron sekiranya bergerak secara bebas dalam alam iaitu bebas daripada sebarang nukleus atom, ia akan melalui satu proses yang dikenali sebagai ‘kemerosotan beta’. Oleh sebab itu, jarang sekali didapati neutron yang bebas dalam alam semulajadi. Ia hanya ada pada tempoh yang sangat terhad. Justeru, neutron yang digunakan dalam tindak balas nuklear dibebaskan menggunakan cara manual.

Tuhan, pencipta alam yang tiada tandingannya ini sudah mencipta seluruh alam semesta dengan sempurna. Seperti yang dinyatakan dalam ayat 100, surah Yusuf, “....Sesungguhnya Tuhanku maha lembut pada apa yang Dia mahu. Sesungguhnya Dialah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana.” Tuhan menciptakan atom, ada tenaga yang menggerunkan dalamnya. Tuhan juga mengawal tenaga itu dengan cara yang luar biasa. Dia menciptakan atom dalam satu sistem yang secara semulajadinya tidak mungkin rosak ataupun binasa. Walaupun segala-galanya yang wujud di alam semesta ini akhirnya akan berhadapan dengan kepupusan ataupun kebinasaan, atom tetap kekal dengan kukuhnya. Nukleus dan elektron-elektron yang berputar dengan kelajuan yang tidak dapat dibayangkan menjadi bukti keindahan dan kesempurnaan ciptaan Tuhan. Bukti kuasa Tuhan yang tiada tandingannya.

Tenaga Atom dan Pembelahan Nuklear: Satu Keajaiban Al-Quran

Dalam surah al-An’am ayat 95, Allah menyatakan, “Sesungguhnya Allah menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Dia mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup. Yang memiliki sifat-sifat demikian adalah Allah. Tetapi mengapa kamu masih berpaling?”

Istilah “butir tumbuh-tumbuhan” (alhabbi) dan “biji buah-buahan” (annawa) dalam ayat di atas membawa maksud pembelahan atom. Terjemahan annawa menurut kamus termasuklah ‘nukleus, pusat, nukleus atom’. Tambahan pula, perumpamaan mengeluarkan yang hidup daripada yang mati ditafsirkan Tuhan mencipta unsur daripada tenaga yang mati. Mengeluarkan yang mati daripada yang hidup pula boleh dikaitkan dengan tenaga mati yang muncul daripada benda hidup kerana atom adalah sesuatu yang sentiasa bergerak. Ia juga disebabkan selain daripada “hidup”, alhayyi juga membawa maksud ‘aktif’ ataupun ‘bertenaga’. Dengan maksudnya “tidak hidup”, almayyit, diterjemahkan di atas sebagai ‘mati’, yang mungkin merujuk pada tenaga.

Saintis mendefinisikan tenaga sebagai kemampuan melakukan pekerjaan. Jirim adalah bahan yang melibatkan semua objek di bumi dan seluruh alam semesta . Ia terdiri daripada atom dan molekul-molekul yang dilihat bergerak hanya menggunakan mikroskop elektron. Pada awal abad ke-20, Albert Einstein mengeluarkan teori menyatakan jirim mampu ditukarkan kepada tenaga. Beliau juga mengatakan kedua-duanya saling berkait rapat pada peringkat atom. Ini boleh dikaitkan dengan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup seperti yang disebutkan di atas. Dalam ertikata lain, mendapatkan tenaga daripada jirim yang sentiasa bergerak pada peringkat atom. Tambahannya, perkataan yukhriju membawa maksud ‘menghidupkan’ . Ia juga membawa pengertian ‘mengeluarkan’ atau ‘memancarkan’ seperti pancaran gelombang elektrik. Oleh yang demikian, istilah yang disebutkan dalam ayat ini mungkin sahaja menunjukkan bentuk tenaga yang didapati daripada atom.

Seperti yang kita tahu pada hari ini, nukleus atom boleh dipisahkan daripada komponen-komponenny a. Berdasarkan pada teori Einstein, para saintis berjaya mendapatkan tenaga daripada jirim melalui pembelahan nuklear lewat tahun 1940-an. Kata kerja ‘bagi memisahkan’ pada perkataan faliqu dalam ayat di atas mungkin merujuk pada pemisahan nukleus. Seperti yang kita lihat, tenaga yang luar biasa dan hebat dilepaskan apabila proses ini berlaku.

Sumber: Harun Yahya

Wednesday, July 8, 2009

KEMELUT PPSMI TERURAI DI MANIK URAI


GAMBAR - SEKADAR HIASAN

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran hari ini mengumumkan bahawa PPSMI YANG TELAH DILAKSANAKAN SELAMA 6 TAHUN DIHAPUSKAN. Berikutan keputussan itu, subjek sains dan matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia.

Walau pun pengumuman ini dibuat bersempena kempen politik dalam pilihan raya di Manik Urai, Kelantan, dan dilihat sebagai strategi menambat hati pengundi,namun majoriti rakyat amat gembira. sekalong tahniah dan syabas kepada SELURUH RAKYAT YANG PERIHATIN DAN SENTIASA BERILTIZAM MENYUARAKAN BANTAHAN SELAMA 6 TAHUN . AKHIRNTA SUARA ANDA DI DENGAR DAN BERJAYA MENGHAPUSKAN SATU DASAR YANG DILAKSANAKAN TANPA SATU PERANCANGAN STRATEGIK. IA JUGA SATU PUKULAN KO KEPADA MAHATHIR- PENGASAS PROJEK PPSMI (PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SASAU MAIN IKUT-IKUT). Kepada Muhyiddin diucapkan tahniah atas Keberanian beliau memansuhkan dasar yang menyusah dan merugikan ini. Inilah barangkali yang dikatakan SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.......!!

Soal ia akan berkuatkuasa tahun 2012, hanya masalah teknikal sahaja. Yang penting mekanisma sudah ada, momentumnya pasti akan menyusul.

Kepada Dewan Bahasa, janganlah lembab lagi, teruskan usaha dan lipatgandakan lagi hasil menterjemah buku-buku ilmiah dari pelbagai bahasa ke dalam Bahasa Melayu. JANGAN LEMBAB DAN MALAS LAGI, . MESTI PRO AKTIF. SYABAS KEPADA WARGA PENDIDIK.

Wednesday, July 1, 2009

CINTA: Sebuah Karya Khalil Gibran


Ketika sedang menikmati keindahan Pantai Pasir Bogak dibelakang Puteri Bayu Resort,PULAU PANGKOR, Aku terkenang sebuah Puisi Khalil Gibran yang berbicara soal Cinta. Hayatilah keindahan bait-bait puisi ini , semoga ada sesuatu yang kita perolehi dan manfaatkan
.

CINTA

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?
ketika kita menangis?
ketika kita membayangkan?
itu karena hal terindah di dunia tdk terlihat
ketika kita menemukan seseorang yang
keunikannya sejalan dengan kita, kita bergabung
dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan
serupa yang dinamakan cinta.

Ada hal2 yang tidak ingin kita lepaskan,
seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan,
tapi melepaskan bukan akhir dari dunia,
melainkan suatu awal kehidupan baru,

kebahagiaan ada untuk mereka yang tersakiti,
mereka yang telah dan tengah mencari dan
mereka yang telah mencoba.
karena merekalah yang bisa menghargai betapa
pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan
mereka.

Cinta yang sebenarnya adalah ketika kamu
menitikan air mata dan masih peduli terhadapnya,
ketika dia tidak memperdulikanmu dan
kamu masih menunggunya dengan setia.
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan
kamu masih bisa tersenyum dan berkata
” aku turut berbahagia untukmu ”

Apabila cinta tidak bertemu bebaskan dirimu,
biarkan hatimu kembali ke alam bebas lagi.
kau mungkin menyadari, bahwa kamu menemukan
cinta dan kehilangannya, tapi ketika cinta itu mati
kamu tidak perlu mati bersama cinta itu.

Orang yang bahagia bukanlah mereka yang selalu
mendapatkan keinginannya, melainkan mereka
yang tetap bangkit ketika mereka jatuh, entah
bagaimana dalam perjalanan kehidupan.

kamu belajar lebih banyak tentang dirimu sendiri
dan menyadari bahwa penyesalan tidak
seharusnya ada, cintamu akan tetap di hatinya
sebagai penghargaan abadi atas pilihan2 hidup
yang telah kau buat.

Teman sejati, mengerti ketika kamu berkata ” aku
lupa ….”
menunggu selamanya ketika kamu berkata ”
tunggu sebentar ”
tetap tinggal ketika kamu berkata ” tinggalkan aku
sendiri ”
mebuka pintu meski kamu belum mengetuk dan
belum berkata ” bolehkah saya masuk ? ”

mencintai juga bukanlah bagaimana kamu
melupakan dia bila ia berbuat kesalahan,
melainkan bagaimana kamu memaafkan.
Bukanlah bagaimana kamu mendengarkan,
melainkan bagaimana kamu mengerti.
bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa
yang kamu rasa,
bukanlah bagaimana kamu melepaskan melainkan
bagaimana kamu bertahan.

Mungkin akan tiba saatnya di mana kamu harus
berhenti mencintai seseorang, bukan karena orang
itu berhenti mencintai kita, melainkan karena kita
menyadari bahwa orang iu akan lebih berbahagia
apabila kita melepaskannya.

Kadangkala, orang yang paling mencintaimu adalah
orang yang tak pernah menyatakan cinta
kepadamu, karena takut kau berpaling dan
memberi jarak, dan bila suatu saat pergi, kau akan
menyadari bahwa dia adalah cinta yang tak kau
sadari