Saturday, December 17, 2016

PAHLAWAN BERLANGKAH SUMBANG



PAHLAWAN BERLANGKAH SUMBANG

Katamu kau ini pahlawan
Tapi langkahmu  semakin sumbang
Kau bilang kau berani
Ajak berdebat  kenapa kau lari
Tak ubah seperti sudah kena kembiri

Katamu kau bijak  selok belok ekonomi
Nilai ringgit kenapa jatuh  saban hari
Fakir dan miskin kau perah dengan Cukai GST
Harga barang naik rakyat menderita separuh mati
Kau  mampu tersenyum lebar menayang gigi

Hutang negara tambah meningkat
Skandal demi skandal engkau terlibat
Seluruh dunia sudah maklum dan melihat
Hanya pengikut totok mu yang hilang kudrat
Mengampu membodek tiap minit dan saat

Hazanah negara banyak digadai
Hutang 1MDB angkara nafsu serakah terbarai
Tanah , TNB, Saham Felda satu persatu terlepas
Negara Komunis tak percaya Tuhan
Kau jadikan  rakan meminta hutang & pinjaman
Awas silap langkahmu negara jadi taruhan
Bagai Pak Kaduk  menang sorak kampung tergadai

Negara Tibet contoh terdekat
Dalai Lama hilang watan terbuang merempat
Angola,   Islam sudah menjadi dagang
Akibat Komunis Cina tidak bertuhan
Ideologi Komunis mahu dipaksakan
Apakah Mata dan mindamu belum juga faham

Pahlawan berlangkah sumbang
Sebelum langkahmu semakin sumbang
Sebelum tersungkur  bukan digelanggang
Undurlah penuh insaf dan berjiwa pejuang
Serahkan  kembali amanah kepimpinan
Kepada kuasa  rakyat kuasa keramat
memilih  pahlawan terbilang memimpin ummat

Nashuha Jamidin Al Pontiani
Daerah Sepi
17 Disember 2016