Sunday, November 8, 2009

LANGKAWI SEMAKIN SEPI, BERDEPAN KEGAWATAN EKONOMI, KEMBALI LAH KEPADA ATURAN ILAHI


Ketika menulis dalam blog ini, saya baru kembali dari Pulau Lagenda Mahsuri, Langkawi setelah 4 hari menghadiri mesyuarat. Suasana agak sepi berbanding sebelum ini, harga kereta sewa pun sekitar RM 40 sahaja sehari, lebih murah berbanding dahulu.
Pemandu teksi agak gusar dengan perkembangan ekonomi semasa. Kegawatan ekonomi negara dan langkah kerajaan melakukan penjimatan dengan pelbagai pemotongan perbelanjaan, memberi petanda aktiviti pelancungan dalam negara akan merosot. Tidak akan ada banyak lagi pakej-pakej kursus, mesyuarat dan sebagainya akan dibuat dengan langkah tersebut di pulau ini menjelang 2010. Langkawi bakal sepi...
Pengusaha-pengusaha hotel akan berhadapan masalah perniagaan, pertumbuhan ekonomi akan terbantut...

Dari segi kaedah, manusia atau pemimpin bijak akan berjimat semasa ekonomi kukuh sebagai langkah berkhemah, bukan semasa dah tak ada duit, papa kedana baru nak jimat!!
Ini jika diperhatikan, semasa negara kita mewah, kita lupa diri. Kes-kes rasuah berprofil tinggi begitu banyak tanpa penyelesaian yang tuntas. Usaha melindungi konco dan kroni berleluasa menghakis integriti. Fitrah Ilahi, ...hasil tangan-tangan manusia itu sendiri angkara semua ini terjadi... Kerja-kerja pemborosan para pemimpin tidak dapat diselindung lagi... Penindasan dan kezaliman kian menjadi-jadi... Oleh itu jangan salahkan Ilahi.

Ingatan dan Pesan saya, cuba ikut TIP INI:

1) Lindungi & Kukuhkan Punca Pendapatan


Mereka yang bekerja makan gaji, inilah masanya untuk anda meningkatkan lagi prestasi kerja anda dengan cara melebihkan sedikit sewaktu bekerja, bekerja dengan lebih tekun, serta meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran anda. Berbelanja tidak melebihi had yang kita mampu. Selain itu, sentiasa hidup dalam keadaan tidak menunjuk-nunjuk. Hidup dalam keadan tenang, gembira dan bersyukur pada setiap masa. Seperti firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 12:

"Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Lukman, iaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."

2) Tambahkan Punca Pendapatan Anda


Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menambahkan punca pendapatan. Ramai orang yang memberikan alasan dan berkata.. "Saya bukannya tak mahu buat, cuma takde masa?". Zaman sudah berubah, dunai dah maju, sudah ada banyak peluang-peluang menjana pendapatan sampingan yang tidak memerlukan anda menghabiskan banyak masa seperti berniaga dan sebagainya yang halal di sisi Islam. "Mencari yang halal itu satu kewajipan setiap Muslim"

3) Kurangkan Perbelanjaan Anda

Walaupun tidak bimbang akan kehilangan pekerjaan, kita sewajarnya perlu menyimpan seberapa banyak yang boleh untuk perlindungan. Sebahagian pakar ekonomi mengatakan, perlu menyimpan untuk menampung keperluan hidup untuk selama 6 bulan sehingga 9 bulan. Dengan mempunyai simpanan tunai, kita dapat membuat perancangan kita di masa kecemasan. Melabur untuk masa hadapan hanya boleh dilakukan jika kita mempunyai pendapatan yang lebih di setiap hujung bulan. Cuba-cubalah lihat kembali bagaimana kita dapat mengurangkan apa-apa juga perbelanjaan harian atau bulanan. Contohnya seperti bil-bil perkhidmatan dan apa-apa juga jenis pembayaran bulanan anda. Elakkan daripada pembaziran perbelanjaan yang bukan keperluan.

Maksudnya: "Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhan"

4) Membuat Pelan Perbelanjaan


Dengan membuat pelan perbelanjaan atau budjet, ia dapat mengawal perbelanjaan kita dan dapat mengenal pasti jumlah yang perlu kita buat simpanan untuk setiap bulan. Dengan mempunyai pelan perbelanjaan juga akan dapat membantu kita untuk membuat keputusan pelaburan. Buatlah pelaburan yang bersistematik terutamanya pada waktu pasaran menurun.

5) Amalan "Berkira" dan Menabung


Dalam situasi semasa di mana kos kehidupan semakin hari semakin meningkat, maka sebagai pengguna kita perlu "berkira" ketika berbelanja. Jika dahulu kita telah pun mengambil langkah berjimat cermat, kini kita perlu lebih berhati-hati ketika berbelanja. Berjimat cermat tidak cukup dengan sekadar membelanjakan kesemua pendapatan bulanan pada setiap bulan, seharusnya ada perancangan dan usaha untuk menyimpan atau menabung pendapatan bulanan tersebut, kerana amalan atau budaya untuk menyimpan atau menabung sangat penting bagi kegunaan masa depan. Tabungan atau menyimpan bukan dikira samada banyak atau sedikit, tetapi sentiasa konsisten pada setiap masa.

6) Elakkan Tabiat Berhutang


Selain dari mengamalkan sifat kesederhanaan dalam segenap aspek kehidupan dengan berjimat cermat dan tidak melakukan perbuatan membazir, kita juga tidak digalakkan berhutang. Berhutang atau meminjam seharusnya tidak dijadikan satu kelaziman dalam kehidupan zaman ini, walaupun ada ketikanya ia tidak dapat dielakkan kerana keperluan mendesak seperti pembelian rumah dan kereta. Namun paling ketara dan perlu diberi perhatian yang serius ialah penggunaan kad kredit. Dengan pendapatan bulanan minimum RM 1,500.00 saja, seseorang sudah layak menggunakan kad kredit. Melalui pelan bayaran balik yang sedikit jumlahnya pada setiap bulan telah menyebabkan ramai yang terlupa. Sebenarnya mereka juga perlu membayar balik jumlah hutang atau kredit yang telah digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.

Setiap ringgit dan sen yang dibelanjakan harus setimpal dengan nilai barangan atau perkhidmatan yang anda perolehi. Dengan cara ini, barulah kita berjaya menjadi pengguna yang bijak dan berhemah.

Berikut disenaraikan beberapa panduan berguna kepada pembaca untuk memastika mereka memperolehi nilai maksimum daripada setiap ringgit dan sen yang dibelanjakan.

* Beli barang keperluan, termasuk barangan dapur, secara pukal.
* Amalkan tabiat membandingkan harga barangan di antara beberapa kedai sebelum
membeli.
* Tukar tabiat daripada suka membeli barangan import kepada barangan buatan
tempatan.
* Kurangkan (atau elakkan) makan di luar.
* Sediakan bekal kepada anak-anak untuk ke sekolah.
* Elakkan membeli barangan mewah seperti kereta, pakaian, barangan kemas,
perabot dan aksesori berjenama.
* Jika anda mampu dan berkebolehan, carilah masa serta ruang untuk menyediakan
sendiri peralatan rumah seperti menjahit langsir dan pakaian keluarga.
* Elakkan daripada mengadakan kenduri di hotel atau restoran mewah.
* Bagi yang mempunyai kenderaan, carilah masa yang sesuai untuk mencuci sendiri
kenderaan anda.
* Elakkan membeli minuman siap yang dibotolkan.
* Jika berkesempatan dan lebih ekonomi, anda dan pasangan juga boleh membawa
bekal ke tempat kerja atau pejabat.
* Jika perlu, tanam sendiri sayur-sayuran.
* Pujuk diri sendiri supaya tidak terpengaruh dengan kempen jualan murah atau
apa juga bentuk promosi.
* Sediakan senarai barang keperluan yang hendak dibeli sebelum anda keluar
membeli-belah.
* Elakkan membawa wang melebihi jumlah yang anda ingin berbelanja.
* Jangan bawa kad kredit ketika membeli belah.
* Elakkan daripada membuat hutang baru.
* Tingkatkan tabungan anda dan keluarga.

SEMOGA KITA SEMUA DILINDUNGI ALLAH DARI KEMELARATAN DAN MEMINTA-MINTA.

Wednesday, November 4, 2009

BILA ROYALTI DAH BERTUKAR MENJADI IKHSAN, RAKYAT BERMARWAH MENDAPAT PENGHINAAN!



Pengumuman Najib bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan, bercanggah dengan akta 144 kemajuan petroleum 1974 yang memperuntukkan lima peratus mesti diberikan kepada negeri pengeluar minyak.
Salahuddin Ayub (PAS - Kubang Kerian ) berkata, pembayaran wang ehsan yang diputuskan itu jelas bertentangan dengan akta 144 kemajuan petroleum 144 dan merupakan satu pembohongan terhadap rakyat Kelantan.
"PAS kesal dan dukacita dengan jawapan perdana menteri tadi tentang pembayaran royalti minyak yang ditukar dengan wang ehsan. Jelas ianya penyelewengan fakta yang terkandung dalam akta 144 petroleum negara yang jelas memberikan lima peratus untuk negeri yang mengeluarkan minyak," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi tadi.
Beliau juga berkata, rakyat Kelantan tidak mengharapkan wang ehsan sebaliknya mahu hak mereka ke atas royalti minyak dikembalikan.
"Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah. Mereka memperjuangkan hak di atas semangat federalisme. Kita (ahli parlimen PAS) akan perjuangkan hak ini dan jelas jawapan perdana menteri tadi bertentangan dengan semangat federalisme, bertentangan dengan perlembagaan dan akta 144 petroleum yang disebut tadi," tegasnya yang juga Naib Presiden PAS.
Beliau di dewan rakyat pagi tadi meminta Najib menyatakan bilakah tuntutan royalti kerajaan kelantan akan dilangsaikan petronas.
Najib dalam jawapannya berkata Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan.
Najib juga berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.
Dr. Dzulkifly Ahmad (PAS Kuala Selangor) pula mahu tindakan undang-undang diambil terhadap Najib yang juga menteri kewangan kerana menyelewengkan fakta dengan mensyaratkan kedudukan telaga minyak mesti tiga batu nautika dari darat untuk mendapat royalti sedangkan dalam akta petroleum tidak disebutkan syarat itu.
"Jelas perdana menteri tadi melakukan penyelewengan fakta dengan menyebut tentang pensyaratan 3 batu nautika sementara akta 144 petroleum tidak dinyatakan syarat ituuntuk berikan royalty," tegasnya.
Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena) pula menyifatkan Najib sebagai pengecut kerana tidak berani mengambil tindakan yang betentangan dengan tindakan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menarik kembali royalti minyak yang diberikan kepada rakyat Terengganu apabila PAS mengambil alih pemerintahan negeri itu.
"Saya melihat Datuk Seri NAjib begitu kerdil dan takut untuk mengambil tindakan yang sama dengan bekas perdana menteri dahulu, Tun Mahathir,"
"Tun Mahathir pernah tarik balik riyalti minyak Terengganu apabila PAS perintah negeri itu. Jadi tindakan yang sama dibuat apabila telaga minyak dan gas ditemui di Kelantan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Menurut beliau juga, PAS akan mendapatkan bantuan daripada pakar undang-undang untuk mengambil tindakan kepada kerajaan persekutuan yang telah menafikan hak rakyat Kelantan.
"Kami akan bincang dalam parti untuk memberi nasihat kepada kerajaan Kelantan untuk dengan bantuan penasihat undang-undang untuk ambil tindakan perundangan sepertimana kerejaan Terengganu di bawah pimpinan PAS satu masa dahulu menyaman kerajaan pusat yang telah menafikan hak kerajaan negeri," katanya.
Khalid Samad (PAS Shah Alam) pula menegaskan kerajaan pusat tidak berhak ke atas royalti minyak itu kerana laporan kewangan petronas mengakui negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia adalah Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.
"Ia bercanggah dengan laporan kewangan petronas yang menyebut negeri-negeri pengeluar minyak di malaysia adalah Sabah, Sarawak Terengganu dan kelantan. Berdasarkan kepada laporan, ia mengakui ia milik kelantan. Maka royalti itu harus diserah kepada kerajaan yang dipilih rakyat,"
"Ianya bererti bahawa kerajaan pusat tidak ada hak untuk memegang wang rakyat Kelantan," tegasnya.
Siti Zailah Mohd Yusuf (PAS Rantau Panjang) dalam pada itu meminta kerajaan menjelaskan kepada rakyat kenapa royalty yang telah sekian lama dituntut digantikan dengan pemberian wang ehsan.
Beliau turut mempersoal di bawah akta dan peruntukan manakah wang ehsan ini diberi.
"Kami mminta kerajaan jelaskan kenapa rakyat kelantan harus diberikan wang ehsan sedangkan mereka menuntut royalti minyak dikembalikan,"
"Dan kadar wang ehsan itu dikira berdasarkan akta mana?" Soalnya
SAUDARA ,
ULASAN SAYA PENDEK SAJA.

SIAPA DURIAN, SIAPA MENTIMUN,
SIAPA MENGGOLEK, SIAPA YANG KENA GELEK,
BILA KU RENUNG BILA KU LAMUN
DUNIA DAH JADI PELIK, BANYAK PERKARA DAH TERBALIK,

TENGKU EMBUNG KE INDERAGIRI,
MENDAKI GUNUNG BERMADAH BERPERI,
SIAKAP SENOHONG, GELAMA IKAN DURI,
BERCAKAP BOHONG, LAMA-LAMA JADI ....... .......


MASING-MASING SAMBUNGLAH SENDIRI!!

Wednesday, October 28, 2009

PERANCANGAN STRATEGIK MELAHIRKA MODAL INSAN C EMERLANG MINDA KELAS PERTAMA. (ESEI UNTUK PTK) - MOHD NASHUHA BIN JAMIDIN

Ringkasan Eksekutif

Untuk melahirkan modal insan cemerlang minda kelas pertama seperti yang dihasratkan iaitu insan yang mempunyai kebijaksanaan (wisdom) membuat pertimbangan dan keputusan dalam semua aspek kehidupan serta dapat melahirkannya dalam tingkahlaku dan perbuatan bukanlah suatu kerja yang mudah.
Institut pendidikan guru (IPG) seperti organisasi yang saya berada di dalamnya, adalah salah satu wadah yang mampu memainkan peranan amat penting kerana tanggungjawabnya melahirkan para guru atau pendidik saban tahun. Usaha ini memerlukan perancangan strategik yang benar-benar dapat menelah dan menjiwai corak cabaran dan perkembangan dunia yang semakin mencabar dan serba canggih masa kini dan masa depan dan menyediakan wahana untuk melahirkan insan yang mampu menghadapi cabaran tersebut dengan kejayaan yang cemerlang dan mempunyai minda kelas pertama.

Sebagai seorang pensyarah yang juga diamanahkan menjalankan tugas sebagai Ketua Jabatan Sains dan diberi tanggungjawab sebagai Penyelaras Projek Membina “blueprint” Perancangan Strategik Lima Tahun IPGM Kampus Sultan Abdul Halim (2009-2013) saya akan mengupas persoalan yang memang saya sendiri terlibat sepenuhnya iaitu perancangan strategik bagi melahirkan modal insan cemerlang minda kelas pertama. Dalam huraian dan esei ini saya paparkan perancangan, strategi dan aktiviti yang telah dirancang untuk jangka waktu lima tahun ke hadapan dengan memberi justifikasi yang mantap dan munasabah. Sekiranya kita gagal untuk merancang, sebenarnya kita telah merancang untuk gagal.

1.0 Pengenalan

Sebuah organisasi yang dinamik perlu terus berubah dan bergerak ke hadapan, sesuai dengan tuntutan semasa, keadaan persekitaran dan kehendak masyarakat.
Untuk kekal relevan , sesuatu organisasi perlu sentiasa memberikan perkhidmatan yang bertepatan dengan kehendak pelanggan dan stakeholders.
Kejayaaan sesebuah organisasi bergantung kepada strategi pengurusan untuk menentukan halatuju strategik yang jelas. Oleh itu perancangan strategik merupakan elemen utama untuk terus melangkah ke hadapan dengan teratur dan penuh kejayaan.
Penyediaan perancangan strategik juga akan dapat membantu ke arah memacu transformasi pengurusan IPGM Kampus sultan Abdul Halim (IPSAH) dengan lebih mantap dan berkesan terutama dalam usaha membangunkan modal insan cemerlang minda kelas pertama. Ini bertepatan dengan teras ke-2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang menegaskan bahawa modal insan seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran ialah insan yang mempunyai minda kelas pertama iaitu insan yang mempunyai kebijaksanaan (wisdom) membuat pertimbangan dan keputusan dalam semua aspek kehidupan serta dapat melahirkannya dalam tingkahlaku dan perbuatan selain yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya,serta diperkaya modal budayanya.

Saya memilih untuk menjawab soalan ini kerana secara kebetulan saya telah diamanahkan oleh pihak pengurusan organisasi sebagai Penyelaras Projek
Penghasilan Blueprint Perancangan Strategik Lima Tahun IPSAH (2009-2013). Peranan dan amanah yang dipertanggungjawabkan ini saya jalankan dengan penuh minat sejak bulan Januari 2009 dan kini telah sampai ke peringkat penyudahnya (pencetakan).

Perancangan strategik ini juga akan menjadi panduan bagi pelaksanaan program dan aktiviti IPSAH secara sistematik dan komprehensif dengan menjelaskan halatuju,dan menetapkan sasaran yang ingin dicapai sepanjang lima tahun ke hadapan. Natijahnya, penilaian terhadap keberkesanan setiap program yang dilaksanakan dapat dibuat secara berterusan.

2.0 Definisi Konsep

2.1 Perancangan Strategik

Perancangan strategik boleh didefinisikan sebagai proses memadankan dengan strategik matlamat institusi atau organisasi dengan peluang pasaran yang sentiasa berubah . Ia bergantung kepada wujudnya misi yang jelas dibantu oleh matlamat dan strategi yang mantap serta implementasi yang sewajarnya (Kohler d Fox ,1995). Ia juga merupakan satu proses formulasi, implementasi, dan penilaian tindakan-tindakan yang akan mempastikan organisasi berupaya mencapai objektifnya (David, 1986).
Pengurusan strategik boleh dianggap sebagai otak manakala perancangan strategik merupakan tulang belakang kepada pengurusan strategik (Steiner, 1979).

2.2 Pembangunan Modal Insan Cemerlang

Menurut Kamus Dewan pembangunan bermaksud proses membina, mencapai kemajuan, perkembangan dan sebagainya. Manakala modal pula bermaksud sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan sesuatu yang lain. Insan cemerlang pula bermaksud insan yang mempunyai kebijaksanaan (wisdom) membuat pertimbangan dan keputusan dalam semua aspek kehidupan serta dapat melahirkannya dalam tingkah laku dan perbuatan. Fadillah Mansor dalam artikelnya “Pembangunan Modal Insan” (Majalah Visi, April 2007) pula merujuk pembangunan modal insan sebagai pembangunan sumber manusia yang perlu digilap di peringkat awal iaitu semasa di usia muda kerana ia merupakan elemen penting bagi memastikan negara terus berdaya saing dan berdaya tahan lebih-lebih lagi dalam zaman ekonomi sejagat yang berlandaskan pengetahuan serta bertunjangkan sains dan teknologi .
Oleh itu dalam bahasa mudah, pembangunan modal insan cemerlang membawa pengertian proses untuk membina, mengembang dan menghasilkan insan yang mempunyai jati diri, patriotik, bijaksana, berkemahiran dan berdaya saing diperingkat glokal dan global di samping berpegang teguh kepada ajaran agama serta nilai-nilai murni.

2.2 Modal Insan Minda Kelas pertama


Modal Insan Minda Kelas Pertama bermaksud kualiti dan ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik.
Menurut pengertian dari Al-Quran, minda kelas pertama yang mampu membentuk insan cemerlang ialah minda yang hebat , sentiasa menjauhi pemikiran dan tindakan yang boleh merosakkan diri dan orang lain, sentiasa bijak dalam membuat keputusan dan sering melakukan muhasabah diri . Mereka juga mempunyai minda yang mampu menerima pandangan dan pendapat orang lain serta berkebolehan untuk berfikir jauh ke hadapan. Minda kelas pertama juga menyerlahkan sikap mental yang mementingkan pemerolehan ilmu dan kemahiran untuk dimanfaat, disumbang dan dikongsi.

“manusia yang berminda kelas pertama ialah mereka yang sentiasa menjana mindanya” (Canterucci, 2005 dalam Ismail Alias 2006)

Kesimpulannya, berdasarkan definisi-definisi dinyatakan di atas, jelas bahawa perancangan strategik yang perlu ada seperti kehendak soalan di atas perlu menekankan kepentingan sumber manusia yang berkualiti sebagai salah satu faktor kritikal bagi melonjakkan IPGM Kampus Sultan Abdul Halim ke status institut pendidikan bertaraf dunia. Institusi pengajian tinggi yang mempunyai kepimpinan yang berkesan, tenaga pengajar yang berilmu tinggi dan profesional, pelajar yang berkualiti serta memiliki pengetahuan dan kemahiran kurikulum dan kokurikulum yang relevan akan lebih berdaya saing dalam menghadapi persaingan global.

“Sesungguhnya Allah suka akan seseorang yang apabila dia melakukan suatu perkara, ia melakukannya dengan terbaik” – hadith riwayat Al-Baihaqi


3.0 Perancangan Strategik Membangunkan Modal Insan Cemerlang Minda
Kelas Pertama

Dalam perancangan strategik IPSAH khususnya dalam membangunkan modal insan minda kelas pertama saya memberi fokus kepada lima perkara iaitu:
3.1 menghayati dan mengamalkan nilai profesionalisme keguruan,
3.2 menguasai pengetahuan dan kemahiran kurikulum serta kokurikulum,
3.3 menguasai kemahiran pengajaran dan pembelajaran
3.4 membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan
3.5 Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan
Pelan strategik ini menekankan kepentingan sumber manusia yang berkualiti sebagai salah satu faktor kritikal bagi melonjakkan IPGM Kampus Sultan Abdul Halim ke status institut pendidikan bertaraf dunia. Institusi pengajian tinggi yang mempunyai kepimpinan yang berkesan, tenaga pengajar yang berilmu tinggi dan profesional, pelajar yang berkualiti serta memiliki pengetahuan dan kemahiran kurikulum dan kokurikulum yang relevan akan lebih berdaya saing dalam menghadapi persaingan global.


3.1 Menghayati Dan Mengamalkan nilai Profesionalisme Keguruan
(a) Fakta

Sebagai institusi dan organisasi yang bertanggungjawab melahirkan para pendidik maka produk yang dikeluarkan iaitu bakal guru/pendidik sudah semestinya mampu menghayati dan mengamalkan nilai profesionalisme keguruan yang tulin dan berwibawa. Justru dalam perancangan strategik lima tahun ini saya pastikan fokus amalan nilai-nilai profesionalisme keguruan diterap dan digembeling sepenuhnya melalui domain diri, domain profesional,domain sosial dan amalan tujuh budaya institut pendidikan guru (IPG).

b) Huraian

Dalam fokus domain diri, terdapat 14 amalan diri yang harus dihayati oleh warga IPSAH iaitu kepercayaan kepada Tuhan , amanah ,ikhlas,berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa ,berdaya tahan, punya daya saing dan tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela dan efisien. Manakala dalam domain profesional pula amalan yang menjadi fokus perancangan strategik ini ialah 7 amalan meliputi kecintaan terhadap profesion , berketrampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif , kreatif dan inovatif. Ini dilengkapi pula dengan amalan-amalan domain sosial seperti cintakan keharmonian, menguasai kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.
Sebagai melengkapi amalan profesional keguruan, fokus dalam perancangan ini ialah memastikan setiap pelajar dan warga IPSAH mengamalkan 7 dimensi budaya IPG iaitu, budaya ilmu, budaya kepimpinan, kerja profesional, akhlak dan moral, penyayang, hidup sihat dan budaya estetika.

Antara contoh aktiviti yang telah dirancang yang sudah dilaksanakan ialah,
1. Latihan Pembangunan Staf berfokuskan domain diri, domain profesionalisme, domain sosial dan mengamalkan tujuh dimensi budaya IPG.
Contoh: PERASA, Pembinaan Pasukan, Ceramah/Bengkel Motivasi dan sebagainya.

2. Program-program tambahan untuk guru-guru pelatih berfokuskan domain diri, domain profesionalisme, domain sosial dan mengamalkan tujuh dimensi budaya IPG.
Contoh: Penghayatan Islam/Moral, Penandaarasan, Khidmat Masyarakat, Bengkel Kesedaran, Aktiviti Kecerdasan, Jaringan Pelajar Dalam Dan Luar Negara, dan sebagainya.

c) Kesimpulan

Hasil dari program dan aktiviti-aktiviti strategik melalui perancangan strategik yang melengkapkan diri para pensyarah, guru pelatih dan seluruh warga IPSAH dengan nilai dan amalan profesionalisme keguruan diyakini dapat melahirkan modal insan cemerlang minda kelas pertama. Ini kerana dari fokus ini, akan muncul peribadi-peribadi cemerlang yang dapat dicontohi sehingga terbinalah anggota-anggota masyarakat yang diharapkan melalui sistem pendidikan kita.

3.2 MENGUASAI PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN KURIKULUM SERTA
KOKURIKULUM
a) Fakta

Sebuah pantun lama yang dapat mengungkap secara tepat betapa perlunya seorang pendidik menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kurikulum dan kurikulum perlu direnungi:
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.


Fokus kedua dalam perancangan strategik yang menjurus kearah pembinaan modal insan cemerlang minda kelas pertama ialah menyediakan aktiviti dan program yang dapat memperkukuh dan memantapkan perancangan, perlaksanaan, serta pentaksiran dan penilaian program pengajian di IPSAH.

b) huraian
Latihan pembangunan staf yang berfokuskan kurikulum dan kokurikulum dirancang dengan teliti dalam perancang strategik ini bagi memastikan setiap anggota organisasi yang saya anggotai ini sentiasa mengalami anjakan paradigma yang positif dan inovatif.
Contoh: Akktiviti-aktiviti Bengkel, Seminar/ Perbincangan Meja Bulat/ Latihan Dalaman yang berkaitan penguasaan isi kandungan, pemantapan praktikum, kepegawaian & kejurulatihan kokurikulum dan sebagainya sentiasa di adakan bagi tujuan peningkatan pengetahuan dan kemahiran dikalangan pensyarah, pelajar dan juga staf sokongan IPSAH. Aktiviti Tambahan untuk guru-guru pelatih yang berfokuskan pengetahuan dan kefahaman kurikulum dan kokurikulum juga dimasukkan dalam perancangan strategik ini. Contoh: menganjurkan seminar, refleksi praktikum, lawatan sambil belajar,
menganjurkan pameran-pameran, menganjurkan pertandingan-pertandingan
akademik dan kokurikulum, Jaringan Kampus Dalam Dan Luar Negara, dan sebagainya.

b)Kesimpulan
Melalui program dan aktiviti yang sentiasa menambah ilmu dan kemahiran kepada warga organisasi ini, segala cabaran, perubahan era globalisasi akan dapat di tangani dan dihadapi dengan mudah. Perkembangan dunia sains dan teknologi maklumat menuntut individu yang mampu bertahan, berdaya saing dan mempunyai kekuatan mental emosional dam spiritual yang kental. Dunia dah maju ,zaman dah berubah! Saidina Omar Al-Khattab pernah berkata “ ajarlah anak-anak kamu ilmu yang sesuai dengan zamannya”

3.3 MENGUASAI KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.


a)Fakta
Untuk memastikan setiap pelajar dapat menguasai kemahiran pengajaran dan pembelajaran (P&P) saya dan semua pihak yang terlibat dalam membuat perancangan strategik ini, meletakkan strategi yang dapat:
Pertama: Melengkapkan guru dengan kemahiran ikhtisas dengan pelestarian pengetahuan dan teknik penyampaian berkesan.
Kedua : Melengkapkan guru dengan kemahiran insaniah.

b)Huraian

Bagi melengkapkan guru dengan kemahiran ikhtisas dengan pelestarian pengetahuan dan teknik penyampaian berkesan, strategi yang digunakan ialah merangkumi pendekatan mempelbagaikan kaedah P&P dalam bilik kuliah, membudayakan amalan “best practices” berdasarkan kebitaraan. Selain itu usaha dibuat untuk memperkukuh pengajaran mikro dan makro, mengoptimakan perkongsian pintar dengan pihak luar seperti Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP), KIA2M, Teaching School, Program Pensiangan Salinatan, Kurikulum Asli Penan dan sebagainya. Selain itu usaha memperbanyakkan Penanda Arasan P&P dan lawatan sambil belajar juga sering dilakukan ke pelbagai tempat yang difikirkan dapat memberi input berguna.
Untuk memastikan guru dilengkapi dengan Kemahiran insaniah, pendekatan dan strategi yang dilakukan ialah pertamanya dengan mengemaskini penerapan kemaahiran insaniah dalam kurikulum secara eksplisit melalui usaha dan aktiviti Latihan Pembangunan Staf dan bengkel, seminar, latihan dalaman yang berkiaitan dengan pemantapan rohani, jasmani,emosi dan sosial.
Kedua , mengadakan program-program komunikasi berkesan, kursus kemahiran interpersonal dan intrapersonal, pengucapan awam, protokol dan etiket sosial serta kesantunan dan budi bahasa. Contoh aktiviti yang dirancang ialah seperti perkhemahan, kemasyarakatan dan kebajikan tilawah dan smart hafazan, pidato, forum, deklamasi sajak dan sebagainya.

c) Kesimpulan
Saya yakin bahawa dengan memberi penekanan kepada melengkapkan kedua-dua kemahiran P&P dan kemahiran insaniah guru-guru yan dihasilkan bakal memenuhi hasrat kementerian dan seluruh masyarakat Malaysia sebagai guru cemerlang yang melengkapi pakej modal insan cemerlang minda kelas pertama.

3.4 MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
a)Fakta


Guru merupakan barisan hadapan dalam pembinaan generasi masa hadapan. Selaras dengan itu , profesion keguruan harus sentiasa mendapat penghormatan dan dipandang tinggi. Justru itu, fokus membudayakan pembelajaran sepanjang hayat saya letakkan sebagai satu strategi dalam perancangan strategik IPSAH untuk memenuhi tuntutan membina modal insan cemerlang minda kelas pertama. Untuk mengangkat martabat guru , kesedaran pada diri guru itu amat penting khususnya dalam membuat perubahan paradigma yang perlu membudayakan pendidikan sepanjang hayat, penguasaan disiplin ilmu yang tinggi, berfikiran kreatif, kritis serta inovatif.
Strategi dan pendekatan yang dikenalpasti untuk dilaksanakan dalam perancangan strategik ini ialah pertama meningkatkan penglibatan pensyarah dan guru pelatih secara aktif dalam aktiviti keilmuan dan menggalakkan budaya membaca.

b)Huraian

Berbagai aktiviti dan program keilmuan boleh dirancang dan dilaksanakan bagi melibatkan pensyarah dan guru pelatih dalam aktiviti keilmuan . Antaranya ialah
Seperti program Wacana, forum, syarahan perdana, percambahan minda, speaker corner, perbincangan, morning prayer, lunch talk, perbincangan meja bulat, bengkel dan penerbitan. Selain itu dalam perancangan strategik ini juga dimasukkan aktiviti pertandingan membaca, SAC, Reading List dan sebagainya.

Penganjuran kempen kesedaran membaca, ulasan buku semasa perhimpunan pelajar, pertandingan resensi buku, SAC, membudayakan pembacaan di internet (budaya on-line) dan sebagainya akan dapat membantu mencapai matlamat ini.
Sebagai contoh, program Wacana Profesional yang dijalankan oleh jabatan sains setiap bulan telah banyak menyumbang ke arah memupuk budaya ilmu, kemesraan dan memberi motivasi di kalangan pensyarah jabatan tersebut. Setiap pensyarah akan membicarakan satu tajuk yang dikuasainya seperti memberi syarahan umum mengikut minat dan kepakaran masing-masing untuk dikongsi bersama mengikut giliran.

c)Kesimpulan

Membaca sebagai jambatan ilmu harus dipupuk dikalangan warga IPSAH kerana Al-Qur’an sendiri dari awal ia diturunkan dimulai dengan arahan ‘Iqra’ yang bermakna ‘bacalah’… Jadi untuk membudayakan pembelajaran sepanjang hayat apa jua program yang mendorong dan menggalakkan individu minat dan mahu membaca adalah menjadi kunci ke arah itu. Saya berkeyakinan bahawa jika sepanjang lima tahun perancangan strategik ini dijalankan mengikut jadual dan pendekatan yang betul matlamat menjadikan modal insan cemerlang minda kelas pertama dapat dicapai.

3.5 Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan

Penyelidikan dan inovasi profesionalisme keguruan merupakan unsur penting yang berjalan seiring dengan keempat-empat fokus strategi pembinaan modal insan cemerlang minda kelas pertama seperti dibincangkan di atas. Ia menjadi pemangkin untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan dan institusi pendidikan. IPG Kampus Sultan Abdul Halim mematlamatkan warga pendidik yang mengamalkan budaya ilmu yang meliputi budaya penyelidikan, konsultansi dan inovasi secara berterusan. Untuk merealisasikan matlamat ini, perancangan strategik lima tahun (2009 – 2013) memberi tumpuan kepada usaha pembudayaan dan pengupayaan pembangunan penyelidikan; pemantapkan jaringan penyelidikan pembangunan; dan pendokumentasian serta penataran hasil penyelidikan.

a)Fakta

Pada masa ini di IPG Kampus Sultan Abdul Halim, terdapat seramai 8 orang pensyarah yang memiliki ijazah kedoktoran dan 4 orang lagi dalam proses menyiapkan tesis kedoktoran masing-masing. Seramai 157 orang pensyarah memiliki ijazah sarjana dalam pelbagai bidang pengajian. Dengan kepakaran pensyarah-pensyarah IPG pembangunan penyelidikan mampu dilaksanakan.

b)Huraian

Bertitik tolak dari keadaan semasa, saya dan jawatankuasa perancangan strategik telah mensasarkan fokus dan objektif yang dapat dijadikan asas dan panduan bagi melonjakkan budaya penyelidikan dalam organisasi IPSAH. Perancangan strategik ini mensasarkan antara lain:
i) Meningkatkan keupayaan penyelidikan dan inovasi profesionalisme keguruan di peringkat IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan kebangsaan.
ii) Mewujudkan dasar penyelidikan dan inovasi profesionalisme keguruan IPG Kampus Sultan Abdul Halim
iii) Memantapkan pengetahuan dan keupayaan asas penyelidikan
iv) Mewujudkan mekanisme pembiayaan penyelidikan
v) Mengadakan seminar penyelidikan peringkat IPG/ zon/ kebangsaan
vi) Mengiktiraf usaha penyelidikan melalui insentif menarik
vii) Mewujudkan sistem menjamin kualiti penyelidikan dan penulisan

Selain itu strategi mewujudkan perkongsian pintar dalam penyelidikan di peringkat IPG Kampus Sultan Abdul Halim, IPG-IPG lain , JPN, IPTA, IPTS, badan-badan berkanun, dan pihak swasta dengan cara:
(a) Menjalin kerjasama dalam bidang penyelidikan pendidikan guru
(b) Mewujudkan penyeliaan bersama IPG dan IPTA
(c) Meningkatkan kredibiliti dan kredential pensyarah IPG Kampus Sultan
AbdulHalim melalui program kerjasama dengan IPTA dan IPTS dan
(d) Menyediakan pangkalan data penyelidikan IPG Kampus Sultan Abdul Halim
turut diberi penekanan.

Akhir sekali ialah usaha memantapkan pendokumentasian hasil penyelidikan pendidikan meliputi:
(a) Mendokumentasikan hasil penyelidikan guru, guru pelatih dan pensyarah
(b) Melaksanakan bengkel dan kursus berkaitan dengan pendokumentasian hasil
penyelidikan, perlindungan hasil penyelidikan,perlindungan harta intelek dan penerbitan.
(c) Menerbitkan jurnal berwasit
(d) Menatarkan hasil penyelidikan melalui pelbagai media dan sumber
(e) Menyebarluaskan hasil penyelidikan

c)Kesimpulan

Dengan pelaksanaan strategi-strategi ini, diharapkan warga IPSAH akan lebih menyerlah kecemerlangannya dalam merealisasikan budaya ilmu yang meliputi budaya penyelidikan , konsultansi dan inovasi secara berterusan. Kesemua ini akan menjadi penyumbang kepada pembentukan modal insan cemerlang minda kelas pertama yang diharapkan.

PENUTUP

Proses pembinaan insan cemerlang khususnya yang memiliki minda kelas pertama bukanlah proses yang mudah yang mengambil masa yang singkat tetapi ia memerlukan perancangan strategik jangka pendek dan jangka panjang yang rapi serta kerjasama dari semua pihak. Tanggungjawab yang berat ini bukan hanya terletak kepada guru tetapi juga sekolah, institut perguruan, jabatan pelajaran dan kementerian pelajaran seluruhnya. Ini kerana pendidikan memainkan peranan utama memenuhi tuntutan untuk membentuk insan cemerlang yang mampu mengambil bahagian dalam masyarakat.

Modal insan merupakan nadi pembangunan atau kemajuan sesebuah negara. Faktor sokongan seperti prasarana yang kondusif,yang merupakan pemangkin kepada pemantapan modal insan perlu diberi perhatian yang serius. Begitu juga faktor tadbir urus, ia perlu bergerak bersama menjayakan misi dan visi sesebuah organisasi. Usaha untuk pembinaan dan pemantapan modal insan perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh,ini melibatkan semua pihak yang berkepentingan ke arah kecemerlangan pendidikan guru.

Jika perancangan strategik dibina tetapi aspek pelaksanaan dan penilaian dan pemantauan tidak berjalan seiring, ia tidak akan mendatangkan hasil yang diharapkan. Oleh itu semua pihak diperingkat pelaksanaan termasuk para pemimpin, pendidik, ibu bapa, pentadbir bahkan para pelajar mesti berkerjasama dan memainkan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab.

Senarai Rujukan
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-peraturan Terpilih, International Law Book Services, Petaling Jaya.(2006)

Awang Had Salleh ( 1980 ) ” Keguruan dan Perguruan di Malaysia”: Keperihalan kini dan arah yang ditujui ”. KONPEN, Johor Bharu.

Fadillah Mansor dalam artikelnya “Pembangunan Modal Insan” (Majalah Visi, April 2007)

Modal Insan Cemerlang, Minda kelas Pertama, Edisi Pelancaran, Kementerian Pelajaran Malaysia 2008.

Panduan Budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Bahagian Pendidikan Guru
2006

Pelan Induk Pembangunan Perdidikan 2006 – 2010 - Kementerian Pelajaran Malaysia

Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (SAMBUTAN HARI GURU 2005) -Laman Web Rasmi Sambutan Hari Guru 2005

Perutusan Khas Hari Guru 2007 YB. Dato’ Seri Hishamudin bin Tun Hussein Onn,
PIPP Membangunkan Modal insan: Pelan yang komprehensif, holistik dan realistik, dalam Pendidik, Keluaran February 2007.

Friday, October 23, 2009

MENGHADIRKAN HATI SEWAKTU SOLAT (RAHSIA KHUSYUK)



Makna-makna batin yang mesti wujud bagi menyempurnakan kehidupan solat, mengikut pandangan Imam Ghazali, terhimpun di dalam enam perkara, iaitu hudur al-qalb (kehadiran hati), tafahhum (usaha memahami bacaan dan perbuatan), ta'zim (mengagungkan) , haibah (takut yang timbul daripada perasaan hormat atau mengagungkan) , raja'(harap) , dan haya'(malu).

Hudur al-qalb

Yang dimaksud dengan hudur al-qalb ialah mengosongkan hati daripada selain yang kita sedang lakukan dan ucapkan, sehingga kita mengetahui apa yang kita lakukan dan apa yang kita ucapkan dan fikiran, kita tidak berkeliaran kepada selain keduanya. Selama fikiran kita berpaling daripada selain keduanya dan dalam hati kita tidak ada selain ingatan terhadap apa yang sedang kita hadapi dan tidak ada sebarang kelalaian terhadap setiap sesuatu, maka tercapailah dengannya kehadiran hati. Faktor utama bagi kehadiran hati adalah himmah, iaitu minat, keinginan atau perhatian, kerana hati seseorang akan menjadi perhatiannya. Jika seseorang berminat pada sesuatu atau mengingini sesuatu atau menaroh perhatian pada sesuatu, maka hatinya akan hadir padanya, sama ada ia kehendaki atau tidak, sebab hati dijadikan bertabiat demikian.

Apabila hati kita tidak hadir dalam solat, maka ia tidak menganggur, tetapi berkeliaran ke berbagai macam urusan dunia yang diminati atau menjadi perhatian utamanya. Maka tidak ada cara untuk menghadirkan hati kita kepada solat, melainkan dengan memalingkan minat dan perhatian kita kepada solat. Minat atau perhatian kita tidak akan terpaling kepada solat selama belum jelas bahawa tujuan yang dicari bergantung kepadanya. Yang demikian adalah keimanan dan kepercayaan bahawa akhirat itu lebih baik dan lebih berkekalan daripada dunia, dan bahawa solat merupakan sarana untuk mencapainya. Jika perkara ini didukung oleh hakikat pengetahuan tentang betapa tidak berharganya dunia dan betapa sedikit kepentingannya jika dibanding dengan akhirat, maka akan tercapailah daripada keseluruhannya kehadiran hati dalam solat.

Jika dengan sebab seperti ini, hati anda boleh hadir bila anda berada di hadapan orang besar atau raja yang tidak berkuasa menimpakan bahaya atau memberi manfaat kepada anda, dan tidak boleh hadir pada waktu anda bermunajat di hadapan Maha Diraja, Yang ditanganNya segala kerajaan, kekuasaan, manfaat dan bahaya, maka janganlah anda menyangka bahawa hal tersebut memiliki sebab lain selain daripada kelemahan iman.

Oleh sebab itu, berjuanglah anda untuk memperkuat keimanan anda yang lemah tersebut.

Tafahhum

Tafahhum atau memahami makna ucapan merupakan perkara di luar kehadiran hati. Boleh jadi hati hadir bersama lafaz yang diucapkan, tetapi tidak bersama makna lafaz tersebut. Kehadiran hati bersama pengertian tentang makna lafaz yang diucapkan inilah yang dimaksud dengan tafahhum.

Dalam kefahaman ini manusia berbeza-beza, kerana mereka tidak sama dalam memahami makna-makna yang terkandung di dalam Al-Qur'an dan berbagai tasbih. Bahkan kefahaman seseorang itu sendiri berbeza dari semasa ke semasa. Berapa banyak makna-makna yang halus yang difahami oleh seseorang yang sedang menunaikan solat, padahal sebelumnya tidak pernah terlintas di dalam hatinya. Melalui kefahaman terhadap makna-makna yang terkandung di dalam bacaan inilah solat mencegah orang-orang yang menunaikannya daripada segala perkara yang keji dan mungkar. Faktor penyebab timbulnya tafahhum, setelah kehadiran hati, ialah sentiasa berfikir dan mengarahkan fikiran ke arah usaha untuk mengetahui dan memahami makna. Usaha menimbulkan tafahhum ialah dengan menghadirkan hati beserta menghalakan pemikiran ke arah memahami makna lafaz yang dibaca dan usaha menolak berbagai lintasan fikiran yang liar.

Cara menolak lintasan fikiran yang menyibukkan ialah dengan memutuskan atau memotong berbagai perkara yang boleh menjadi bahan pemikiran, yakni menjauhkan diri daripada sebab-sebab yang membuat fikiran tertarik kepadanya. Jika perkara-perkara yang menjadi bahan fikiran itu tidak dilenyapkan, maka fikiran tidak akan dapat dipalingkan daripadanya. Sesiapa yang mencintai sesuatu, maka ia pasti banyak mengingatinya, dan ingatan itu pula pasti akan melanda hatinya. Oleh sebab itu, maka kita melihat bahawa orang yang mencintai selain Allah, solatnya tidak akan terhidar daripada berbagai lintasan fikiran yang liar.

Ta'zim

Ta'zim juga merupakan perkara di luar kehadiran hati dan kefahaman, kerana seseorang mungkin mengatakan kepada hamba sahayanya perkataan-perkataan yang ia fahami maknanya dengan kehadiran hati, tetapi ia tidak mengagungkannya, ertinya tanpa ta'zim. Jadi ta'zim adalah tambahan ke atas keduanya. Ta'zim ini merupakan keadaan hati yang lahir daripada dua makrifat:

Pertama: Makrifat akan kemuliaan dan keagungan Allah, yang merupakan salah satu asas keimanan. Sesiapa yang tidak diyakini keagungannya, maka jiwa tidak mahu mengagungkannya.

Kedua: Makrifat akan kehinaan diri dan kedudukannya sebagai hamba yang tidak memiliki sebarang kekuasaan.

Daripada kedua makrifat tersebut lahirlah perasaan istikanah (yakni pasrah dan merendah diri), inkisar (lemah, tidak terdaya) dan khusyu' kepada Allah, yang diungkapkan dengan perkataan ta'zim. Selama kedua makrifat tersebut belum wujud, maka tidak akan timbul keadaan ta'zim dan khusyu'.

Seseorang yang merasakan kecukupan, tidak memerlukan pihak lain dan merasa aman atas dirinya mungkin mengetahui sifat-sifat keagungan pihak lain, tetapi pada dirinya tidak ada perasaan khusyu' dan ta'zim, kerana makrifatnya akan keagungan pihak lain tersebut tidak disertai oleh makrifat lain, iaitu makrifat kehinaan dirinya dan kedudukannya sebagai hamba yang tidak memiliki sebarang kekuasaan.

Haibah

Haibah adalah tambahan ke atas ta'zim, bahkan ia merupakan perasaan takut yang berpunca daripada ta'zim, kerana orang yang tidak takut tidak dapat dikatakan ha'ib. Perasaan takut kepada kala atau ular atau kejahatan seseorang atau yang seumpamanya daripada sebab-sebab yang hina tidak dinamakan haibah, kerana haibah adalah perasaan takut yang berpunca daripada sikap atau perasaan mengagungkan.

Haibah dan khawf adalah keadaan jiwa yang timbul daripada makrifat akan kekuasaan Allah, akan pengaruh dan berlakunya segala kehendaknya ke atas dirinya, dan pengetahuannya bahawa sekiranya Allah membinasakan seluruh manusia, yang dahulu maupun yang kemudian, maka yang demikian itu tidak akan mengurangi kerajaanNya sedikitpun juga. Yang demikian, di samping mengetahui akan segala yang berlaku ke atas para nabi dan para Wali, daripada berbagai musibah dan bermacam-macam ujian, meskipun Allah SWT Maha Kuasa untuk menolaknya. Berbeza dengan keadaan yang disaksikan daripada raja-raja dunia.

Kesimpulannya, semakin bertambah ilmunya tentang Allah, maka semakin bertambahlah rasa takut dan haibahnya kepadaNya.

Raja'

Raja' atau harap pula merupakan tambahan. Beberapa banyak orang yang mengagungkan seseorang raja yang ditakuti, kebaikannya. Seorang hamba adalah sudah selayaknya mengharapkan dengan solatnya ganjaran daripada Allah swt, sebagaimana ia takut bila mencuaikannya akan seksaanNya.

Faktor penyebab timbulnya raja' adalah makrifat akan kelembutan, kedermawanan, keluasan ni'mat, keindahan ciptaan, dan pengetahuan akan kebenaran segala janji Allah swt., khususnya janji Syurga bagi orang-orang yang menunaikan solat. Jika telah wujud keyakinan akan kebenaran janjiNya dan pengetahuan akan kelembutanNya, maka timbullah raja.

Haya'

Haya' merupakan tambahan bagi semua perkara di atas, kerana ia timbul daripada perasaan melakukan kecuaian dan perasaan berdosa. Mungkin sahaja pada seseorang terdapat kesemua yang lain, yakni ta'zim, haibah, raja dan lain-lainnya, tetapi tidak ada padanya haya', kerana tidak ada padanya perasaan melakukan sebarang kecuaian ataupun melakukan sebarang perbuatan dosa.

Maka perasaan haya' ini hanya akan muncul dengan adanya perasaan kekurangan, atau kecuaian dalam ibadat, dan mengetahui akan ketidak mampuan diri untuk mengagungkan Allah sepenuh hakNya. Dan perasaan tersebut menjadi lebih kuat lagi dengan mengetahui akan kecacatan diri, kekurangan ikhlasnya, keburukan batin dan kecenderungannya kepada memperoleh keuntungan yang segera dalam segala amal perbuatannya, di samping mengetahui akan besarnya konsekuensi yang dituntut kebesaran Allah, dan bahawa Dia Maha Mengetahui akan segala rahasia dan lintasan hati sehingga kepada yang sekecil-kecilnya. Semua pengetahuan ini jika telah diperoleh secara yakin, pasti akan menimbulkan suatu keadaan yang dinamakan haya'(malu).

Inilah sifat-sifat atau makna-makna batin yang mesti wujud bagi menyempurnakan kehidupan solat, dan faktor-faktor penyebabnya. Setiap perkara yang dituntut memperolehnya, maka caranya adalah dengan menghadirkan faktor penyebabnya. Dengan mengetahui faktor penyebabnya, maka kita akan mengetahui cara mewujudkannya. Penghubung kesemua sebab-sebab tersebut adalah keimanan dan keyakinan. Kekhusyu'an hati adalah mengikut kadar keyakinan, dalam erti semakin tinggi kadar keyakinan seseorang, maka semakin tinggi pula kadar kekhusyu'annya.

Dengan melihat kepada perbezaan makna-makna yang telah disebutkan di dalam hati, maka manusia terbahagi kepada orang yang lalai yang menyempurnakan solatnya tanpa kehadiran hatinya, walau sesaatpun; dan orang yang menyempurnakan solatnya dan hatinya tidak lalai walaupun sesaat, seluruh perhatiannya tertumpu pada solatnya, sehingga ia tidak menyedari apa yang berlaku di hadapannya, bahkan ada sekumpulan manusia yang wajah mereka menjadi pucat dan sendi-sendinya menggeletar.

Bahagian tiap orang daripada solatnya adalah mengikut kadar kekhusyu'an, pengagungan, perasaan takut dan lain-lainnya daripada makna-makna tersebut, kerana yang menjadi tempat perhatian Allah swt adalah hati, bukan gerakan anggota badan yang nampak. Pada hari kiamat nanti, tidak ada yang selamat melainkan orang yang datang menemui Allah swt dengan hati yang selamat.

Usaha Menghadirkan Hati Dalam Solat

Seorang mukmin, di samping beriman, ia juga tidak terlepas daripada keadaan mengagungkan Allah swt, takut, menaruh harapan, dan merasa malu kepadaNya atas kecuaian dan kekurangannya. Meskipun kekuatan keadaan tersebut bergantung kepada kadar kekuatan keyakinannya, tetapi terlepasnya dirinya daripada keadaan tersebut dalam solat tidak mempunyai sebab lain selain daripada berpencarnya fikiran, bercawangnya lintasan, ketidak hadiran hati pada munajat dan kelalaian daripada solat.

Tidak ada yang melalaikan seseorang daripada solat selain lintasan-lintasan yang mendatang yang menyibukkan atau mengganggunya. Tidak ada cara untuk menghadirkan hati melainkan dengan jalan menolak atau mengusir lintasan-lintasan tersebut. Sesuatu tidak dapat ditolak atau diusir melainkan dengan menolak atau mengusir sebab-sebabnya. Oleh sebab itu, hendaklah ia mengetahui sebab-sebabnya. Sebab datangnya lintasan-lintasan tersebut sama ada merupakan perkara yang datang dari luar, atau pun perkara yang datang dari dalam dirinya sendiri.

Yang datang dari luar, sama ada yang mengetuk telinga atau nampak bagi penglihatan, yang meragut perhatian, sehingga mengikutnya dan hanyut terbawa olehnya, kemudian fikirannya pun terseret kepada perkara-perkara lainnya secara berantai. Penglihatan menjadi sebab pemikiran, kemudian sebahagian daripada pemikiran-pemikiran tersebut menjadi sebab bagi sebahagian yang lainnya. Orang yang kuat niatnya dan tinggi minat atau perhatiannya, segala yang berlaku pada pancainderanya tidak akan membuatnya lalai. Tetapi orang yang lemah, fikirannya pasti akan berpencar kerananya.

Mengatasinya adalah dengan memutuskan atau menghalang sebab-sebab tersebut dengan memejamkan penglihatan, solat di tempat yang gelap, tidak membiarkan sesuatu yang boleh menyibukkan perasaannya berada di hadapannya, solat dekat dinding agar tidak luas jarak penglihatan, dan menghindari solat di tepi atau menghadap ke jalan, atau solat di tempat-tempat yang penuh dengan perhiasan, atau diatas permaidani yang berwarna-warni, apalagi yang dilukis dengan bermacam-macam lukisan.

Oleh kerana itulah, maka para ahli ibadat beribadat di dalam ruangan yang kecil atau sempit, supaya lebih dapat menumpukan perhatian. Orang-orang yang kuat daripada kalangan mereka meghadiri masjid-masjid dan menundukkan pandangan dan tidak melampaui pandangan mereka dari tempat sujud. Mereka berpendapat bahawa daripada kesempurnaan solat adalah bahawa kita tidak mengetahui siapa di sebelah kanan dan kiri kita. Ibnu Umar r.a. tidak membiarkan di tempat solatnya ada sebarang mushaf atau pedang melainkan beliau menyingkirkannya, dan tidak ada sebarang tulisan melainkan beliau menghapusnya.

Adapun sebab-sebab batin yang datang dari dalam diri kita sendiri, maka ia lebih susah mengatasinya. Sesungguhnya orang yang memiliki obsesi yang bercawang-cawang di lembah-lembah dunia, fikirannya tidak tertumpu pada satu aspek sahaja, tetapi sentiasa berkeliaran dari satu aspek ke aspek lain, sehingga menundukkan atau memejamkan pandangan tidak lagi berguna baginya. Apa yang telah bersemayam di dalam hati sebelumnya telah cukup menyibukkannya.

Cara mengatasinya adalah dengan menarik jiwa secara paksa untuk memahami apa yang dibaca di dalam solat dan menyibukkannya dengannya sehingga melupakan yang lainnya. Perkara lain yang boleh membantunya ialah mempersiapkan diri sebelum takbirat al-ihram dengan memperbaharui ingatan akan akhirat, kedudukan munajat dan pentingnya berdiri di hadapan Allah swt Yang Maha Melihat, di samping mengosongkan hatinya daripada perkara yang boleh menarik perhatiannya sebelum takbiraat al-ihram.

Rasulullah saw bersabda kepada Usman Bin Talhah:

Maksudnya: "Aku lupa mengatakan kepadamu supaya engkau menutup periuk yang ada di rumah. Sesungguhnya tidak semestinya di dalam rumah ada sesuatu yang boleh melalaikan manusia daripada solatnya".

Ini merupakan salah satu cara menenangkan fikiran. Apabila gelora fikirannya tidak dapat ditenangkan dengan cara ini, maka tidak ada yang dapat menyelamatkannya melainkan dengan menumpas atau mencabut materi penyakit dari akar umbinya, iaitu dengan melihat kepada perkara-perkara yang menghalang usaha menghadirkan hati. Tidak syak lagi bahawa yang demikian kembali kepada berbagai perkara yang diminati, yang telah menjadi perhatian utama bagi syahwatnya, maka ia menghukum jiwanya dengan melepaskan diri daripada syahwat-syahwat tersebut dan memutuskan berbagai ikatannya.

Setiap perkara yang melalaikan seseorang daripada solatnya membahayakan agamanya dan merupakan tentera Iblis, musuhnya; maka memegangnya lebih berbahaya daripada membuangnya. Oleh sebab itu, ia hanya dapat melepaskan dirinya daripadanya dengan membuangnya, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Hisyam Bin Urwah, daripada bapanya, daripada Aisyah r.a. bahawa beliau berkata:

"Nabi SAW mempunyai khamisah (pakaian daripada wool yang padanya terdapat lukisan), maka baginda memberikannya kepada Abu Jahmah dan mengambil sebagai gantinya anbijaniyahnya (pakaian daripada wool yang paling kasar dan paling rendah mutunya). Mereka berkata: Wahai Rasulullah, khamisah lebih baik daripada anbijaniyah.

Baginda saw bersabda: Aku melihat lukisannya dalam solat".

Hadis tersebut juga diriwayatkan oleh Imam Malik daripada Hisyam Bin Urwah, daripada bapanya, tidak melalui Aisyah r.a.

Nasai dan Ahmad meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa beliau berkata:

"Bahawa Rasulullah saw mengambil sebentuk cincin dan memakainya. Kemudian baginda bersabda: Cincin ini, sejak hari ini, telah melalaikan aku daripada kamu, sekejap aku melihat kepadanya dan sekejap aku melihat kepadamu. Kemudian baginda membuangnya" .

Diriwayatkan bahawa baginda saw telah memerintah menggantikan tali terompahnya dengan yang baru. Kemudian baginda saw tergerak hatinya untuk melihatnya dalam solatnya, kerana barunya. Maka baginda pun memerintahkan supaya menggantikannya dengan tali yang lama kembali.

Diriwayatkan bahawa Abu Talhah menunaikan solat di dalam kebunnya, maka tiba-tiba beliau tertarik dengan seekor binatang yang terbang di atas pokok mencari jalan keluar. Beliau mengikutinya dengan pandangannya, kemudiannya beliau terlupa berapa rakaat beliau telah solat? Beliau pun menceritakan fitnah yang terjadi pada dirinya kepada Rasulullah saw, dan beliau berkata: "Kebun itu aku sedekahkan, aturlah mengikut kehendak tuan hamba".

Demikianlah mereka bertindak untuk memutuskan perkara yang menjadi bahan pemikiran, selain juga sebagai kesempurnaan solat. Itulah ubat yang mujarab bagi penyakit tersebut dan tidak ada ubat lainnya yang bermanfaat.

Adapun ubat penenang dan ajakan memahami zikir yang dibaca, maka ia hanya bermanfaat untuk mengatasi syahwat yang lemah dan keinginan atau minat yang tidak menyibukkan kecuali pinggiran hati. Adapun syahwat yang kuat yang bergelora, ubat penenang tidak berguna dan ia akan terus menariknya dan terus menarik anda, kemudian mengalahkan anda sehingga musnah seluruh solat anda dalam usaha tarik menarik. Walaupun demikian, anda tidak boleh meninggalkan mujahadah atau berhenti berusaha untuk mengembalikan hati kepada solat dan mengurangi sebab-sebab yang melalaikan.

Itulah ubat yang pahit, dan kerana pahitnya dianggap buruk oleh tabiat, sehingga penyakit yang ada menjadi kronik dan sukar disembuhkan.

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN


KEHADIRAN SYAWAL,
MESKIPUN KAU MEMBAWA RASA GEMBIRA
SEBAGAI SUATU NIKMAT KEPADA SEMUA
PASTINYA RASA NIKMAT ITU
TIDAK PERNAH AKAN SAMA
ANTARA YANG BERPUASA
DENGAN YANG MELANTAK TAK KIRA MASA.

NAMUN BAGI GOLONGAN YANG BERTAQWA
DISEBALIK NIKMAT DAN AURA GEMBIRA ITU
KESEDIHAN MENDALAM DAN MERONTA PASTI DIRASA
RAMADHAN BERLALU DITANGISI, KERANA PEMERGIANNYA
WALAU PUN AKAN KEMBALI DENGAN IZIN ILAHI,
BELUM PASTI KITA MENEMUI....
KERANA MALAIKAT MAUT SENTIASA MEMERHATI
MENGHITUNG HARI

BULAN YANG BERKAT BERLALU PERGI,
HATI PILU SUKAR DIMENGERTI
HANYA OLEH INSAN YANG JAUHARI
DAPAT DIFAHAMI DAN DIHAYATI

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MINAL AIZIN WALFAIZIN
KEPADA SELURUH PENGUNJUNG BLOG INI
SILAP, SALAH HARAF DIMAAFI.


DARI,
ALHAKIR WALFAKIR ILLALLAH
MOHD. NASHUHA JAMIDIN

Thursday, September 3, 2009

MENANTI, MENGHARAP DAN MENGGARAP MALAM NUZUL QUR'AN DAN LAILATULQADAR



Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

SATU MALAYSIA - ANTARA IGAUAN DAN REALITI



SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN- SLOGAN ERA KEPIMPINAN BARU MALAYSIA, BERDEPAN DENGAN REALITI YANG MENGELIRUKAN WARGA YANG BERFIKIR...
CUKUP HANYA MELIHAT BEBERAPA REALITI BERIKUT:

1) WUJUD 2 SPEAKER DUN DI NEGERI PERAK
2) WUJUD 2 PROKSI DALAM MCA - TEAM ONG DAN TEAM CHUA, BAKAL ADA 2 EGM
3) PARTI KOMPONEN BN PPP ADA 2 PRESIDEN (KAVEAS DAN MURUGIAH)
4) MIC YANG JUGA BERPECAH DUA DIBAWAH SAMY DAN SUBRA
5) UMNO DAN KEPIMPINAN TERENGGANU YANG BERPECAH DUA KEM (GANG MD SAID DAN IDRIS JUSOH)
6) WUJUD 2 MENTERI BESAR DI PERAK (HALAL DAN HARAM)

CUBA RENUNGKAN DAN FIKIR-FIKIRKAN BERITA DI BAWAH INI
Sidang DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar mengesahkan keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500,000 ke atas Speaker BN, Datuk R Ganesan and ADUN Bebas pro-BN, Hee Yit Foong.

Laporan jawatankuasa tersebut yang dilantik oleh kerajaan negeri Pakatan tahun lalu, dibentangkan dalam sidang DUN hari ini yang berlangsung di Hotel Heritage Ipoh, selepas polis menghalang mereka masuk ke bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK) Perak pagi tadi.
Perbahasan hangat berlangsung mengenai tindakan Ganesan mengengkari perintah Sivakumar supaya keluar dari dewan dalam persidangan pada 7 Mei lalu.

Wakil Pakatan berkata, Ganesan, yang bukan ADUN, juga dilihat duduk di meja BN. Pemimpin MIC itu kemudiannya 'dipilih' sebagai speaker dalam suasana yang penuh kontroversi.

Satu lagi ialah tindakan Ganesan yang mengarahkan anggota polis supaya mengalih Sivakumar dari kerusi speaker.

Hee pula dihukum kerana mengambil alih peranan Sivakumar sebagai speaker dan membenarkan wakil rakyat BN mengundi memilih Ganesan sebagai speaker baru.

Selepas laporan jawatankuasa itu disahkan oleh dewan, Sivakumar berkata beliau akan mengarahkan polis untuk mengambil tindakan berdasarkan laporan tersebut.
Pada mulanya, Sivakumar dan ADUN Pakatan cuba mengadakan persidangan di dewan DUN yang terletak di dalam bangunan SUK.

Bagaimanapun, polis mengawal ketat bangunan tersebut dan menghalang mereka masuk. Selepas setengah jam bertegang urat dengan polis, Sivakumar dan ADUN Pakatan beralih ke Hotel Heritage.

Di hotel tersebut, Sivakumar duduk di kerusi yang ditinggikan manakala setiausaha dewan yang dilantik Pakatan, Misbahul Munir Masduki duduk di bawah di depannya.

Hotel tersebut digunakan berdasarkan kepada doktrin keperluan, kata Sivakumar.

Manakala tempat duduk ADUN yang lain disusun dalam bentuk ladam kuda, dengan wakil rakyat Pakatan duduk di sebelah kanan speaker (untuk ADUN kerajaan negeri yang memerintah), manakala kerusi untuk pembangkang kosong.

Empat lagi ADUN Pakatan tidak kelihatan - tiga ditangkap pagi tadi dan seorang lagi sedang mengerjakan umrah.

Tiada tempat duduk disediakan untuk mereka yang diisytiharkan oleh Sivakumar telah meletak jawatan atau digantung semasa 'sidang bawah pokok' 3 Mac lalu.

Mereka yang diisytiharkan oleh Sivakumar telah menyerahkan surat letak jawatan tanpa tarikh adalah tiga ADUN Bebas yang menyokong BN - Hee (Jelapang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang).

Manakala mereka yang digantung sewaktu sidang 'bawah pokok' lalu ialah Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir (Pangkor), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Ramly Zahari (Manong), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Saarani Mohamad (Kota Tampan), Mohammad Zahir Abdul Khalid (Kamunting) and Mah Hang Soon (Chenderiang).
Jawatankuasa DUN dilantik semula
Sementara itu, sidang di hotel itu juga menyaksikan pelantikan semula tiga jawatankuasa DUN - Hak dan Kebebasan, Kira-kira Awam dan Peraturan Tutup.

Berikutan itu, perbahasan menjadi panas berhubung usul tergempar mengecam tindakan polis yang didakwa menjadi “alat BN' untuk menghalang ADUN Pakatan daripada melaksanakan tugas mereka pagi tadi.

Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) memberi amaran bahawa kesalahan tersebut boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Sivakumar berkata DUN masih kekal menggesa Sultan membubarkan DUN, seperti usul yang diluluskan dalam sidang 'bawah pokok'.

"Memandangkan dewan masih belum dibubarkan, maka kita terpaksa mengadakan sidang hari ini,” katanya.
Mengikut perlembagaan Perak, DUN mesti bersidang setiap enam bulan. Walaupun ia tidak menyatakan apa yang akan berlaku jika DUN tidak bersidang mengikut tempoh tersebut, tetapi pakar-pakar perundangan percaya ia boleh membawa kepada pembubaran dewan secara automatik.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pula menggesa polis supaya menghormati DUN dan menjalankan arahan speaker supaya mereka yang 'dihukum' ditangkap.

"Jika mereka tidak mengambil tindakan tersebut, ia di luar bidangkuasa kita,” katanya, sambil menambah bahawa sebaik sahaja minit persidangan diwartakan, ia akan dikemukakan kepada istana.

Nizar bertegas bahawa sidang pada 7 Mei lalu tidak berlaku dan semua keputusan yang dibuat adalah tidak sah kerana ia tidak mematuhi prosedur yang betul.

Wednesday, August 26, 2009

SATU LAGI PARTI DALAM KOMPONEN BN BAKAL BERANTAKAN!....


MAKA PAKATAN RAKYAT SUDAH DAPAT PELURU BERPANDU TERCANGGIH YANG AKAN DILANCAR BILA-BILA MASA MENGGEMPUR BARISAN NASIONAL.

WAMA KARU WAMAKARULLAH, WALLAHU KHAIRULMAKIRIN
“DAN MEREKA MERANCANG TIPUDAYA, ALLAH JUGA MERANCANG, DAN ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG”

Kemelut yang melanda Barisan Nasional setelah 7 kali berjaya mempertahankan KEKALAHAN nya dalam siri pilihanraya kecil di Semenanjung Malaysia semakin PARAH. Ibarat penyakit barah yang telah sampai tahap 4 dan sukar diubati.
Ketika Ong Tee Keat PRESIDEN MCA mempengerusikan mesyuarat memecat Chua di ibu pejabat MCA malam semalam, pada sebelah paginya satu laporan polis dibuat ke atas beliau oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing.
Tidak cukup dengan itu, dalam pemberontakan terbuka terhadap beliau, pada sebelah petangnya, enam MCA bahagian di Perak iaitu bahagian Bagan Datoh, Kampar, Tambun, Batu Gajah, Ipoh Timor dan Ipoh Barat menuntut Ong digantung dari parti yang dipimpinnya itu.
Malam tadi, Majlis Presiden MCA menerima cadangan Jawatankuasa Disiplin parti itu untuk memecat keahlian Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkuat kuasa serta merta.
Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, keputusan sukar itu terpaksa dibuat kerana cakera padat digital (DVD) skandal seks Chua yang tersebar sebelum ini telah merosakkan imej parti.
Mengulas tindakan pemecatan itu dalam blognya, Chua berkata: "Sekarang saya telah dipecat, saya harap beliau (Ong) boleh tidur lena".
Ketika mesyuarat untuk memecatnya akan diadakan, Chua tiba di ibu pejabat MCA. Bagaimanapun, beliau tidak dibenarkan hadir ke mesyuarat itu kerana beliau adalah pihak yang berkepentingan.
Ketika diminta menjangkakan keputusan mesyuarat itu oleh para wartawan, Chua memegang lehernya dan tiga kali berkata, "Gantung mati".
Menurut beliau, sejak pemilihan parti Oktober tahun lalu, Ong "melihatnya sebagai musuh ketat dan ancaman paling besar."
Dalam pemilihan itu, Chua mencipta kejutan apabila beliau yang terpaksa melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan ekoran skandal video seks berjaya menewaskan tiga calon lain untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden.
Beliau memperoleh 1,115 undi untuk mengatasi Datuk Seri Ong Ka Chuan (1,001 undi), Datuk Donald Lim Siang Chai (209) dan Lee Hack Teik (10 undi).
Ahad lalu, bekas Naib Presiden MCA yang kini menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng mengaitkan krisis MCA itu dengan agenda Umno.
Dakwaan itu tampil selepas dakwaan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker baru-baru ini bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Ketua Pegawai Eksekutif KDSB yang menjadi pemaju PKFZ.

Rakyat marhaen dalam era globalisasi sedang memerhati penuh minat dan bermotivasi tinggi akan kesudahan skandal-skandal besar seperti PKFZ, maika, banglo 24 juta, dan berbagai lagi yang sewaktu dengannya. TELUS ATAU TAK TELUS,....ADA INTEGRITI KE TAK DE,..... TUNGGU APA AKAN JADI PADA ONG TEE KEAT yang jalan pun dah mula 'keat'

Tuesday, August 25, 2009

Keputusan tak rasmi: PAS kekal DUN Permatang Pasir

SEBERANG PRAI: Keputusan tidak rasmi menunjukkan PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti lebih 5,000 undi.
Setakat pukul 6.55 petang, PAS dipercayai memperoleh 8,524 undi manakala calon BN pula 4,063.

Undi dari satu lagi daerah belum dikira.

Setakat pukul 7 malam, kira-kira 1,000 undi masih belum dikira.

Seramai 14,832 orang ataupun 73.1 peratus telah keluar mengundi.

PAS diwakili Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man manakala, Barisan Nasional (BN) diwakili Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Undi berakhir, 73% keluar mengundi: Keputusan jam 8

SEBERANG PRAI: Proses mengira undi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir sedang berlangsung dengan peratusan keluar hanya 73 peratus.

Peti undi pertama akan tiba di pusat penjumlahan di IKBN menjelang 7 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan paras itu sebagai memuaskan walaupun kurang sembilan peratus berbandung tahap dicapai pada Mac 2008.

"Apa sahaja paras melebihi 70 peratus kami gembira, kemungkinan 73 peratus ini kerana ramai pengundi di luar Permatang Pasir tidak pulang untuk mengundi, keadaan cuaca bukan masalah... cuaca baik," katanya. Proses pengundian berlangsung dengan lancar walaupun wujud ketegangan di sana sini, tetapi rata-rata penyokong parti menyifatkan sebagai "hari pengundian yang membosankan" kerana terlalu banyak peraturan dikuatkuasakan.

Pengundian ditutup pukul 5 petang tadi.

Keputusan akan diumum pukul 8 malam ini

Monday, August 24, 2009

KERANA SEBIJI BUAH KURMA.....


Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa.
Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar
percakapan dua Malaikat tentang dirinya.

"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT
gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya
membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?". Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,

"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.

Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya." "Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka
satu persatu." Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui.
Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra.

Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. "Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain." "O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."
BEGITULAH GAYA HIDUP SEORANG SUFI, ORANG YANG BERTAQWA , AMAT BERHATI-HATI DENGAN SETIAP APA YANG MASUK KE PERUT DAN MENJADI DARAH DAGING. OLEH ITU JAUHILAH MAKANAN YANG HARAM , SUBHAT YANG TIDAK JELAS HALAL HARAMNYA. ALLAH MENILAI KITA BERDASARKAN DARJAH KETAQWAAN KITA. MUDAH-MUDAHAN AMAL DAN IBADAH KITA TIDAK SIA-SIA DAN AKAN DITERIMA ALLAH.

Friday, August 21, 2009

MARHABAN YA RAMADHAN! KAU DATANG LAGI SETELAH PEMERGIANMU KU TANGISI



Setelah pemergian mu kutangisi dengan linangan air mata, kini kau kembali menjelma penuh bererti. Ku bersyukur Ya Ilahi, diberi kesempatan hidup menyaksi dan menghayati Ramadhan bulan suci.

Ramadhan yang penuh rahmah dan barakah.
Kau adalah
Shahrul Ibadah
Shahrul Fath (bulan kemenangan)
Shahrul Huda (bulan petunjuk)
Shahrus-Salam
Shahrul-Jihad (bulan perjuangan)


Kita harus bersyukur kerana masih dipanjangkan usia hingga bertemu Ramadhan sekali lagi. Toleh kanan toleh kiri ramai juga rakan-rakan yang telah tiada meninggalkan kita buat selama-lama di dunia sementara ini.
Sejumlah nilai-nilai dan hikmah-hikmah yang terkandung dalam ibadah puasa begitu rancak dan marak dikaji dan dikembangkan.
Ada nilai sosial, perdamaian, kemanusiaan, semangat gotong royong, kesatuan, kebersamaan, persahabatan dan semangat pluralisme. Ada pula manfaat lahiriah seperti: pemulihan kesihatan (terutama perncernaan dan metabolisme), peningkatan intelektual, kemesraan dan keharmonisan keluarga, kasih sayang, pengelolaan hawa nafsu dan penyempurnaan nilai kepribadian lainnya. Ada lagi aspek spiritualiti: puasa untuk peningkatan kecerdasan spiritual,emosional, ketaqwaan dan penjernihan hati nurani dalam berdialog dengan al-Khaliq. Semuanya adalah nilai-nilai positif yang terkandung dalam puasa yang sewajarnya tidak hanya kita fahami sebagai wacana yang memenuhi intelektualiti kita, namun menuntut pelaksanaan dan penghayatan dalam setiap aspek kehidupan kita.

Dalam menyambut bulan Ramadhan, yang penting adalah bagaimana kita merancang langkah strategik dalam mengisinya agar mampu membuahkan nilai-nilai positif dan hikmah yang dikandungnya. Jadi, bukan hanya melulu memikirkan menu untuk berbuka puasa dan bersahur saja. Kita perlu menyusun menu rohani dan ibadah kita. Kalau direnungkan, menu buka dan sahur, sering lebih istimewa dibanding dengan makanan seharian kita. Sewajarnya kita menyusun menu ibadah dibulan suci ini dengan kualiti yang jauh lebih baik dari hari-hari biasa. Dengan begitu kita benar-benar dapat merayakan kegemilangan bulan kemenangan ini dengan lebih bererti.

Ramadhan adalah bulan penyuntik motivasi. Bulan yang mengecas kembali bateri jiwa setiap Muslim. Ramadhan sebagai 'Shahrul Ibadah' harus kita warnai dengan semangat pengamalan ibadah yang sempurna. Ramadhan sebagai 'Shahrul Fath' (bulan kemenangan) harus kita warnai dengan memenangkan kebaikan atas segala keburukan. Ramadhan sebagai "Shahrul Huda" (bulan petunjuk) harus kita implementasikan dengan semangat mengajak kepada jalan yang benar, kepada ajaran Al-Qur'an dan ajaran Nabi Muhammad Saw. Ramadhan sebagai "Shahrus-Salam" harus kita maknai dengan mempromosikan perdamaian dan keteduhan. Ramadhan sebagai 'Shahrul-Jihad" (bulan perjuangan) harus kita realisasikan dengan perjuangan menentang kedzaliman dan ketidakadilan di muka bumi ini. Ramadhan sebagai "Shahrul Maghfirah" harus kita hiasi dengan meminta dan memberi keampunan.

Dengan persiapan dan perancangan aktiviti kita selama bulan Ramadhan ini, insya Allah akan menghasilkan kebahagiaan. Kebahagiaan akan terasa istimewa setelah melalui perjuangan dan jerih payah. Semakin berat dan serius usaha kita meraih kabahagiaan, maka semakin nikmat kebahagiaan itu kita rasakan. Itulah yang dijelaskan dalam sebuah hadist Nabi bahawa orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan.

Pertama yaitu kebahagiaan ketika ia "Ifthar" (berbuka). Ini bermakna kebahagiaan duniawi, yang diperolehi ketika tercapainya keinginan dan keperluan jasmani yang sebelumnya telah dikekangnya, begitu juga kabahagiaan rohani kerana terubatnya kehausan spiritual dengan siraman-siraman ritual dan amal soleh.

Kedua, adalah kebahagiaan ketika bertemu dengan Tuhannya. Inilah ganjaran ukhrawi yang diperolehi pada saat pertemuannya yang hakiki dengan al-Khaliq. Kebahagiaan yang merupakan puncak dari setiap kebahagiaan yang ada.
Hikmah-hikmah puasa dan keutamaan-keutaman Ramadhan di atas, dapat kita jadikan media untuk bermuhasabah dan menilai kualiti puasa kita. Hikmah-hikmah puasa dan Ramadhan yang sedemikian banyak dan bersifat multidimensi, membawa makna bahwa ibadah puasa juga adalah multidimensi. Begitu banyak aspek-aspek ibadah puasa yang harus diamalkan agar puasa kita benar-benar berkualiti dan mampu menghasilkan nilai-nilai positif yang dikandungnya. Seorang ulama sufi berkata "Puasa yang paling ringan adalah meninggalkan makan dan minum". Ini berarti di sana masih banyak puasa-puasa yang tidak sekadar beroleh dengan jalan makan dan minum selama sehari penuh, melainkan 'puasa' lain yang bersifat batiniah.

Semoga dengan mempersiapkan diri kita secara baik dan merancang aktiviti dan ibadah-ibadah dengan ikhlas, serta berniat "liwajhillah wa limardhatillah", karena Allah dan karena mencari ridha Allah, kita mendapatkan kedua kebahagiaan tersebut, yaitu "sa'adatud-daarain" kebahagiaan dunia dan akherat. Semoga kita mampu mengisi Ramadhan tidak hanya dengan bilangan harinya, namun lebih dari itu kita juga memberi perhatian tentang kualiti puasa kita.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.

Thursday, August 13, 2009

JAGA-JAGA! UBAT ANTIVIRALS TAMIFLU H1N1 BERI KESAN SAMPINGAN YANG MENGERIKAN!!


INILAH RUPA VIRUS INFLUENZA A H1N1


Semasa menulis di blog ini Tujuh lagi kematian berkaitan influenza A (H1N1) disahkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian di negara ini seramai 51 orang (itu yang dilaporkan sahaja). Parti Pembangkang (PAS) mendesak agar parlimen mengadakan sidang khas membahaskan masalah Musibah H1N1, tetapi tiada respons langsung. Manakala menteri Kesihatan kata, masih belum ke tahap Dharurat.
Saya sempat meninjau di sebuah hospital disebuah bandar diutara semenanjung dari jam 8.00 malam sehingga jam 3 pagi. Keadaan agak gawat. Semakin malam semakin ramai yang berbaris dihadapan ruang Kecemasan sehingga dibuat zon khas untuk kes demam. Setelah diperiksa ada yang masuk zon hijau , zon Kuning dan Zon Merah(bahaya). Saya sempat bertanya seorang doktor muda tentang antiviral yang digunakan bagi kes H1N1. Doktor tersebut beritahu, kalau boleh elakkan kerana ia beri kesan sampingan seperti masalah mental, halusinasi dan sbgainya. Wau!! Ini sudah kes berat. Confirm ada kajian di London mengesahkannya.
LONDON: Lebih separuh kanak-kanak yang mengambil Tamiflu bagi mencegah selesema babi mengalami kesan sampingan termasuk loya, sukar tidur dan mimpi ngeri, dakwa penyelidik.
Ubat anti-viral yang diedarkan kepada ratusan ribu penduduk dunia itu, turut menyebabkan sakit perut, muntah dan cirit-birit.
Kajian mendapati hampir seorang bagi setiap lima orang muda mengalami kesan sampingan psikiatri saraf seperti kurang tumpuan, keliru dan masalah tidur.
Beribu murid sekolah diberi ubat itu sebagai pencegahan peringkat awal selesema babi di Britain.
Hanya mereka yang disyaki atau disahkan menghidap selesema babi diberi Tamiflu dan kira-kira 150,000 pek diedarkan oleh Perkhidmatan Pandemik Flu Nasional Britain minggu lalu.
Dua kajian pakar di Agensi Perlindungan Kesihatan (HPA) menunjukkan ‘kadar tinggi’ terhadap kanak-kanak di Britain menghadapi masalah selepas mengambil Tamiflu.
Data itu dikumpul daripada murid di tiga sekolah di London dan satu di barat daya England yang diberi Tamiflu awal tahun ini selepas rakan mereka dijangkiti.
Kajian terhadap 248 murid berusia 11 dan 12 tahun di sekolah barat daya England yang ditutup selepas muridnya dijangkiti virus itu, mendapati lebih separuh mengalami kesan sampingan Tamiflu.
Laporan itu berkata, 51 peratus mengalami tanda seperti tidak sihat (31.2 peratus), sakit kepala (24.3 peratus) dan sakit perut (21.1 peratus).

Saya amat positif penggunaan herba seperti Hempedu bumi seperti dalam tulisan saya sebelum ini lebih selamat digunakan.
Disamping amalkan doa dan solat hajat.

Friday, August 7, 2009

DOA UNTUK MENGHINDARI TERKENA PENYAKIT SELSEMA H1N1.




بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui”

Sebanyak tiga kali, di waktu pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun akan membahayakan dirinya.

Sumber:

عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ

Maksud: Utsman B. ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

Berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: Sesiapa dari hamba Allah yang membaca (Doa/Zikir):

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan MahaMengetahui”

Sebanyak tiga kali, di waktu pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun akan membahayakan dirinya.

- Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 11/248, (كِتَاب الدَّعَوَاتِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ), no. 3310. Beliau menyatakan sebagai Hasan Sahih Gharib. Ibnu Majah, 11/333, (كِتَاب الدُّعَاءِ), no. 3859. Sahih menurut penilaian al-Albani, di dalam Shahih wa Dhoif Sunan Ibnu Majah, no. 5088 dan Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, (كتاب النوافل), no. 655. Dan menurut Ibnu Hibban Isnadnya Sahih, sebagaimana yang dikatakan oleh al-Albani di dalam Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, no. 655. Ahmad, Musnad Ahmad, 1/423, no. 418. Abu Daud, 13/282, (كِتَاب الْأَدَبِ), no. 4425.

Wednesday, August 5, 2009

PENAWAR H1N1 (SELSEMA BABI) - Formula DR.NASHUHA MAMPU MENCEGAH DAN MENANGANI .


Setiap penyakit ada ubatnya. Kecuali tua dan maut. Dr nashuha telah lama mengeluarkan sejenis ubat bagitujuan menangani penyakit yang disebabkan bakteria dan virus serta mikrob lainnya. Selsema Babi (H1N1) semakin mengancam. Sewaktu penulis menulis blog ini, penyakit yang dibawa oleh virus ini telah meragut mangsa ke 12. Manakala yang masuk Unit rawat rapi dan serius semakin bertambah dan membimbangkan.
INSYAALLAH, JANGAN PUTUS ASA,. SEGERALAH DAPATKAN UBAT DALAM BENTUK KAPSUL KELUARAN SUTRA APKIM FORMULA DR.NASHUHA SEBELUM TERKENA JANGKITAN . JIKA SUDAH KENA PUN INSYAALLAH BOLEH SEMBUH. SESUNGGUHNYA PENYEMBUHAN ADALAH DARI ALLAH.
HUBUNGI TEL: 017-4202863.
HARGA SEBOTOL HANYA RM 34.00 SAHAJA.
HEMPEDU BUMI PLUS

Semenanjung Malaysia: RM34
Sabah$Serawak : RM38

• Dikenali sebagai ‘Alat kecemasan’
di dalam bentuk kapsul. (First Aid)
• Ini kerana kemampuannya untuk mengurangkan kesan gangguan:
1) Penghadaman
2) Keletihan
3) Toksin/racun dari persekitaran.
4) Melawan jangkitan bakteria dan
Virus serta melancarkan proses penghadaman
5) Mengawal kandungan kolesterol.
6) Menangani tekanan darah tinggi.
7) Pelali dan anti virus HIV.
KANDUNGAN
ANDOGRAPHIS PANICULATA 80%
ORTHOSIPHON STAMINEUS 20%
ATURAN MAKAN
DEWASA: 1 KAPSUL
2 KALI SEHARI
KANAK-KANAK: 1 KAPSUL
1 KALI
SEHARI
PERINGATAN
• HENDAKLAH SENTIASA DITUTUP
• SIMPAN DI TEMPAT YANG KERING
• JANGAN DILANGKAH
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIPERLUKAN!
Hubungi:
SUTRA APKIM ENT.
1683 KG.CHE BEMA,SG.LAYAR
08000 SG. PETANI,
KEDAH.
TEL: 017-4202863

Saturday, August 1, 2009

RAMAI! HEBAT ! LEBIH 100 RIBU RAKYAT BERDEMONSTRASI DAN BERLARAK MENUJU ISTANA BERDEPAN PELBAGAI HALANGAN. MINTA I.S.A DIHAPUSKAN. MENGAPA?



Melaksanakan keadilan dan menghapuskan kezaliman adalah di antara falsafah sistem kehakiman Islam. Inilah garis panduan yang ditetapkan oleh Allah dan disebut dalam al-Quran.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) kerana (membela) orang yang khianat…” (Surah an-Nisa, ayat 105).

Islam menghendaki supaya keadilan mutlak ditegakkan dan kezaliman dihapuskan. Keadilan hanya akan dapat ditegakkan jika berdasarkan undang-undang adil seperti ditegaskan dalam al-Quran.
Bagaimanapun, jika undang-undang yang adil itu tidak ditadbir dengan cekap, amanah dan adil, maka keadilan undang-undang tidak akan dapat dinikmati. Malah, bertukar menjadi kezaliman.
Penegasan Allah supaya manusia berlaku adil dalam menghakimi sesuatu pertikaian turut merangkumi tuntutan supaya mengetepikan perasaan benci, marah, dendam dan sebagainya. Firman-Nya bermaksud: “Wahai orang beriman, hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa” (Surah al-Maidah, ayat 8).
Akta I.S.A di anggap zalim oleh mereka yang menentang kerana alasan-alasan berikut:
1. Kuasa mutlak bagi menahan seseorang itu dibawah ISA adalah terletak pada Menteri Dalam Negeri dan beliau boleh mengarahkan sesuatu tangkapan itu dibuat terhadap sesiapa yang disyaki, tanpa merujuk kepada mahkamah.
2. Mereka yang ditahan dibawah ISA tidak akan berpeluang untuk mendapatkan perbicaraan di mahkamah atau mendapat pembelaan melalui peguam.
3. Lazimnya tempoh minimum penahanan bagi seseorang yang didakwa bawah ISA adalah 60 hari.
4. Dalam tempoh ini mereka yang ditahan dibawah ISA, tidak akan dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. Peguam dan ahli keluarga juga tidak dibenarkan berjumpa dalam tempoh ini. Dan ada sesetengah kes mereka yang ditahan dibawah ISA dalam tempoh ini tidak mengetahui dimana mereka ditahan (tempoh ini selalunya belum dibawa ke Kemunting) dan ada juga yang tidak mengetahui apa salah mereka.
5. Jika perintah penahanan 2 tahun dipersetujui dan ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri, individu yang ditahan itu akan dibawa ke Pusat Tahanan Kemunting di Taiping Perak. Dalam tempoh ini baru ahli keluarga dibenarkan melawat.
6. Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka.


Cuba sama-sama kita renungkan kemunasabahan menghapuskan akta ini. Bagi yang keliru dan masih mahu mempertahankan akta ini , adakah hujah anda selaras dan menepati syarak. Jika tidak jangan cenderung untuk menjerumuskan diri kita disambar api neraka.