Friday, May 27, 2011

TAUBAT - DARI SUDUT PANDANGAN SUFI


Pada dasarnya, manusia hidup di dunia ini hanyalah sementara saja. Bagaikan seorang musafir yang sewaktu-waktu haus di tengah perjalanan, kemudian singgah di suatu tempat untuk minum, sampai rasa dahaganya hilang.Dia tidak akan lama singgah di sana. Demikian pula, dunia adalah ibarat sebuah pasar yang disinggahi para musafir di tengah perjalanan mereka ke tempat lain. Di sinilah mereka membekali diri dengan berbagai bekalan untuk perjalanan itu. Demikian kata al-Ghazali. Keadaan demikian juga diyakini para sufi yang ingin menempuh perjalanan sufistiknya. Namun perjalanan untuk menuju ke sana tidaklah mudah. Pasti melalui jalan yang berliku-liku dan sulit. Dalam hal ini, dia dituntut untuk selalu tekun, sabar, istiqamah dan juga tidak mudah putus asa. Banyak jalan dan cara yang ditempuhi seorang sufi dalam meraih cita-cita dan tujuannya tersebut. Antara laini adalah dengan cara mendekatkan diri kepada Allah s.w.t seperti memperbanyakkan zikir, beramal soleh dan sebagainya. Oleh karena itu, dalam perjalanan spiritualnya, seorang sufi pasti melalui beberapa tahapan yang harus dilaluinya. Tahapan-tahapan itu disebutkan maqamat. Jalan itu adalah sangat sulit dan untuk berpindah dari satu maqam ke maqam lain hal itu memerlukan usaha yang berat dan waktu yang tidak singkat. Terkadang tak jarang seorang calon sufi harus bertahun-tahun tinggal dalam satu maqam. (Petikan dari sebuah karangan ilmiah bertajuk: Cinta Ilahi oleh Syamsun Ni'am)

Jalan pendakian spritual tersebut mencakupi sejumlah maqam dalam turutan menaik. Maqam-maqam itu harus dilalui seorang salik dengan cara tahap demi tahap, maqam demi maqam. Seorang salik tidak akan menaiki dari satu maqam ke maqam lain sebelum memenuhi hukum-hukum maqam tersebut. Barangsiapa yang belum memenuhi qana'ah, maka belum boleh memenuhi tawakkal. Barangsiapa yang belum memenuhi tawakkal, maka tidak sah untuk ber-taslim. Siapa yang tidak bertaubat, tidak sah ia ber-inabat. Barangsiapa yang tidak wara', maka tidak sah untuk ber-zuhud. Begitu seterusnya, sampai dapat ditempuhnya maqamat tertinggi. Berkaitan dengan ini, akan kita cuba menjelaskan tentang mahabbah atau cinta Ilahi, sebagai maqam tertinggi di antara maqam-maqam yang lain. Seperti yang dinyatakan al-Ghazali (w. 1111 M.), bahawa cinta kepada Allah adalah maqam yang paling tinggi dari seluruh maqam dan darjat yang paling luhur. Setelah mahabbah atau cinta tiada lagi maqam, kecuali hanya merupakan buah daripadanya serta mengiku darinya, seperti rindu atau syauq, intim atau uns, dan redha.

1) Taubat, Sabar dan Syukur

Taubat adalah tahap pertama dalam menempuh tahap-tahap berikutnya.

Taubat adalah jalan untuk membersihkan segala dosa. Setelah manusia dilumuri berbagai dosa. Tanpa adanya taubat seorang salik tidak akan dapat menempuh jalan menuju Allah s.w.t.


Para sufi mengatakan bahawa taubat adalah bahagian terpenting dalam kehidupan menuju Allah s.w.t.


Al-Hujwiri mengatakan tiada ibadah yang benar apabila tidak disertai pertaubatan. Taubat adalah tahap pertama di dalam jalur ini. Ia berpendapat bahawa terdapat tiga hal yang termasuk dalam taubat:

Pertama : taubat karena ketidaktaatannya,

kedua : memutuskan untuk tidak melakukan dosa lagi,

ketiga : segera meninggalkan perbuatan dosa itu.


Ada banyak definisi taubat di kalangan sufi, Abul Husain an-Nuri, mengungkapkan definisi tentang taubat. "Taubat adalah menolak dari semua, kecuali Allah yang Maha Tinggi", dan pemikiran yang sama dari penyesalan tahap tertinggi adalah berbeza sama sekali dari yang biasa terjadi, sebagaimana ditemukan dalam suatu pernyataan, "Dosa-dosa bagi mereka yang dekat dengan Allah s.w.t. adalah suatu perbuatan baik yang pada tempatnya". Sedang al-Ghazali menyatakan, bahawa hakikat taubat adalah kembali dari maksiat menuju taat, kembali dari jalan yang jauh menuju jalan yang dekat.

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah pernah mengatakan bahawa taubat yang murni itu mengandungi tiga unsur:

Pertama : taubat yang meliputi atas keseluruhan jenis dosa, tidak ada satu dosa pun melainkan bertaubat karenanya;

Kedua : membulatkan tekad dan bersungguh-sungguh dalam bertaubat, sehingga tiada keraguan dan menunda-nunda kesempatan untuk bertaubat; dan

Ketiga : menyucikan jiwa dari segala kotoran dan hal-hal yang dapat mengurangi rasa keikhlasan, khauf kepada Allah s.w.t dan menginginkan kurnia-Nya.



Salah satu unsur taubat yang harus dipenuhi adalah adanya penyesalan diri atas dosa-dosa yang dilakukan kepada Allah s.w.t. Sebagaimana yang dikatakan al-Qusyairi, "Menyesali kesalahan adalah cukup untuk memenuhi syarat pertaubatan", demikian kata mereka yang telah melaksanakannya, kerana tindakan tersebut mempunyai akibat berupa dua syarat yang lain. Artinya, orang tidak mungkin bertaubat dari suatu tindakan yang tetap dilakukan atau yang ia mungkin bermaksud melakukannya. Inilah makna taubat secara umum.


Lebih lanjut al-Qusyairi memberikan petunjuk cara bertaubat. Menurutnya,

cara pertama adalah memisahkan diri dari orang-orang yang berbuat jahat, kerana mereka akan mendorong untuk mengingkari tujuan ini, dan keraguan atas kelurusan niat yang telah teguh. Hal ini tidak akan lengkap kecuali diikuti keteguhan dalam ber-syahadat, secara terus menerus, dan diikuti motif-motif yang mendorong pelaksanaan ketetapan dalam hati, yang darinya mendapat memperkuat khauf dan raja'.


Selanjutnya, tindakan-tindakan tercela yang membentuk simpul pengikat dalam hati akan mengendur, ia menghentikan perbuatan-perbuatan yang terlarang dan kendali diri akan terjaga dari menuruti hawa nafsu.


Kemudian ia harus segera meninggalkan dosa dan berketetapan hati untuk TIDAK bertindak sesuai dengan tujuan yang selaras dengan kehendaknya. Ini bererti bahawa ia telah dianugerahi rasa aman yang sebenarnya.

Apabila cara ini ditempuhi seorang hamba dalam memperbaiki perasaan taubatnya, maka secepatnya dapat menghantarnya pada kesempurnaan menuju Allah s.w.t pada tahap pertama.


Sebagaimana sufi-sufi yang lain, Rabi'ah juga menganggap, bahawa taubat adalahah tahap pertama dalam menempuh maqam berikutnya. Rabi'ah memiliki pengertian mendalam tentang dosa dan keinginan untuk bertaubat dan memaafkan. Dan para penulis sufi, dalam perbahasan tentang taubat, lebih daripada sekali menyebutkan ajaran Rabi'ah tentang masalah ini. Di dalam sebuah fragmen yang dikutip daripada Hurayfisy di mana ia melampirkan syair Rabi'ah tentang dua cinta, ia berdoa seperti berikut:


Wahai kekasih hati, tiada yang kumiliki selain diri-Mu,

Bagaimanapun, kasihanilah orang-orang berdosa,

Yang datang kepada-Mu,

Wahai harapanku, ketenanganku, kebahagiaanku,

Hati ini hanya dapat mencintai-Mu.


Bila dilihat kepada Rabi'ah, saat itu hatinya merasa gelisah untuk menemukan jati dirinya, kerana dia berada di antara rasa optimistik dan ragu atas taubat yang akan diterima Allah s.w.t. Oleh kerana itu, di dalam taubatnya, Rabi'ah selalu mengiringi kata-kata sebagai berikut :


Aku mohon ampun kepada Allah oleh perkataanku yang kurang benar, aku mohon ampun, ya Allah.


Setelah Rabi'ah melakukan taubat, dia sentiasa bersikap berhati-hati di dalam tutur kata, jangan sampai setiap perkataan yang diucapkannya itu tidak benar. Sikap beri-hati Rabi'ah ini boleh dilihat daripada kata-katanya yang berbunyi:


Permohonan ampun yang kami lakukan memerlukan permohonan ampun yang lain oleh karena adanya tidak mungkin tidak benar.Rabi'ah sentiasa menyerahkan segala urusannya kepada Allah s.w.t dan keadaan itu sudah menjadi kebiasaannya. Bagi Rabi'ah taubat ialah kurnia Allah s.w.t dan anugerah rabbaniyyah yang dikhususkan untuk hamba-hamba-Nya yang Dia kehendaki.


Berkatalah seorang kepada Rabi'ah, "Sesungguhnya aku telah berbuat dosa dan [i]maksiat. Andaikata akau bertaubat, apakah taubatku akan diterima?"[/i].

Rabi'ah menjawab:"Tidak, akan tetapi kalau Dia akan menerima taubatmu, tentu engkau akan bertaubat".

Dilema moral yang dinyatakan Rabi'ah di atas, telah dilukiskan penyair Parsi, Sa'di (w. 1291 M.) dalam karyanya, Bustan, sebagai berikut:


Betapa indah sang Darwis malang setiap hari merintih,

Penyesalannya di pagi hari pun terdengar oleh dosa lainnya lagi.

Segenap ikrar kami hanyalah kosong belaka,

Segenap sumpah kami senantiasa berubah-ubah,

Taubat atas pemberian-Nya tetaplah tegar,

Dan mantap tak tergoyahkan.


Nampaknya, konsep taubat Rabi'ah ini dapat dirujuk kepada ayat al-Qur'an yang bermaksud:"Lalu Allah menerima taubat mereka, agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang".


Sementara Dzun-Nun al-Misri (w. 860 M.) mengatakan,"taubatnya orang awam itu dari dosa, taubatnya orang istimewa (khawash) dari kelalaian". Sedang taubatnya para Nabi dari tidak mendekatkan diri kepada Tuhannya.

Friday, March 18, 2011

SEMINAR PERUBATAN ISLAM (KOMPLEMENTARY SUFI)

SEMINAR PERUBATAN ISLAM (COMPLEMENTARY SUFI)

“Memartabatkan Perubatan Islam

Komplementari Sufi  & Saintifik,  

Menolak Khurafat, Retorik dan Syirik”


Anjuran
          PUSAT PERUBATAN AN NASIHAH
Dengan Kerjasama
ICMAS
(Institute of Complementary Medicine & Sufism)
Dan
PPIM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia

SABTU 9 April, 2011
POTONGAN yuran SEBANYAK 30% AKAN DIBERI KEPADA 100 ORANG PESERTA MENDAFTAR TERAWAL!!!!!

Bertempat di

Dewan SPRM, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia,
 Persiaran Duta, Off Jalan Duta 50480 Kuala Lumpur
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         PENGENALAN
            Perubatan Islam (Komplimentari Sufi) mengetengahkan satu system dan kaedah perubatan yang menjadikan panduan dalam AlQur’an dan Sunnah sebagai landasan. Kecenderungan masyarakat seluruh dunia memilih perubatan alternatif menjadikan perubatan Islam sebagai satu pilihan yang paling tepat kerana sesungguhnya al Qur’an itu diturunkan sebagai penawar dan rahmat. Menyahut cabaran dan ruang yang perlu diisi, maka Pusat Rawatan An Nasihah membuka ruang dan kepakaran yang ada untuk turut bersama memartabatkan Perubatan ini di persada Negara dan antara bangsa.

Objektif

  1. Menangkis dan menjawab persoalan  kekeliruan dalam perubatan Islam.
  1.  Memperjelaskan kaitan rapat antara perubatan Islam dengan fenomena sains.
3.                3.    Menolak amalan syirik dan khurafat dalam amalan perubatan dan kehidupan masyarakat

SASARAN PROGRAM

Golongan Profesional, Pendidik, Pengamal Perubatan,
Pengamal perundangan dan mereka yang berminat.
PENCERAMAH
TAJUK
Datuk Dr Mohd Nashuha Jamidin
  • Pengasas Pusat Perubatan
               An Nasihah.
  • Pengasas ICMAS
  • Pengarah Exekutif APKIM
  • Ketua Jabatan Sains IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Konsep Perubatan Komplementari Sufi,Serta Hubungannya Dengan  Tenaga Minda, Tenaga dalam dan Tenaga Spritual
Us. Muhamad Hafiz Abd Halim                                                Al-Hafiz
  • Pengamal Perubatan An Nasihah, dan Darusyifa’
  • Penceramah dan Pendakwah Bebas.
 Ilmu Perubatan Mengikut Perspektif Al Qur’an dan Sunnah.
Datuk Dr Mohd Nashuha Jamidin
Pendinding dan Benteng Pertahanan Diri Sebagai Pengamal Perubatan

YURAN PENYERTAAN
RM 490.00 - minum pagi dan makan tengahari  disediakan

TARIKH TUTUP PENYERTAAN
 29 MAC 2011
Sebarang pertanyaan boleh di ajukan kepada:
Amir Onn      (+6016-352 6828 / amironn@gmail.com)
Ust Hafiz               0194179388
Noor Baini           0193403203   
Faizah                   0199130000

Atau hubungi:

BAHAGIAN  RESEARCH AND DEVELOPMENT
PUSAT PERUBATAN AN-NASIHAH
1683 A, KAMPUNG CHE BEMA,
SUNGAI LAYAR,
08000 SUNGAI PETANI
KEDAH.    Tel: 017  4202863

Thursday, December 30, 2010

GUNAKAN MATAWANG DINAR EMAS- KITA PASTI MAMPU CAPAI INFLASI SIFAR

                                                         DINAR EMAS

Satu langkah bijak telah dilakukan oleh kerajaan Kelantan apabila melancarkan Dinar Emas Kelantan pada 20 September 2006 . Ini merupakan langkah awal bagi memberi alternatif dalam sistem pasaran wang dunia agar beralih kepada Dinar Emas, bagi menjamin kestabilan dan terhindar dari usaha jahat penyangak matawang yang boleh menyangak pada bila-bila masa.

Sejarah menunjukkan bahawa apabila Nabi Muhammad SAW dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga.
Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula digunakan dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18H atau 20H, Saidina Omar RA telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra .


Dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding mata wang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak mata wang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.

Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami  dengan kelesuan ekonomi sejagat.
Kenapa semua ini boleh berlaku? Jawapannya ialah mata wang konvensional yang tersedia ada tidak lagi berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.

Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai mata wang utama.

Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” di samping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu.
Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.

Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub.
Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai mata wang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.

Umat Islam kena kembali kepada Islam, itu saja jalannya untuk keluar dari belenggu Yahudi dan Nasoro.

NO EAST NO WEST, ISLAM IS THE BEST

Thursday, December 23, 2010

APAKAH SEJARAH SI KITOL AKAN BERULANG LAGI?? JANGAN BIARKAN KITA DISENGAT DUA KALI DARI LUBANG YANG SAMA!...

                                  Abbas didakwa minta Israel serang Hamas

Budaya fitnah dan adu domba kian menjadi-jadi dalam suasana politik negara kita.  Jika tiada usaha tegas dan drastik dilakukan oleh suara rakyat (suara keramat), nampaknya sejarah si kitol dan Raja Mendaliar akan terus berulang. Sejarah Singapura dilanggar todak sudah pun berulang dimana budak cerdik dibunuh takut melebihi kebijaksanaan penguasa.... hoii!!..... sudahlah hentikan perangai buruk hasad dengki tu....sedarlah , ini zaman langit terbuka dunia tanpa sempadan....semua tembelang dan temberang akan terbongkar juga....kata kita amalkan demokrasi ...

berlapang dadalah...jangan ikut perangai syaitan, jangan marahkan nyamuk  kelambu dibakar    menang sorak kampung tergadai,   di akhirat nanti pasti akan kena bakar

Meminta tolong kepada Zionist Yahudi amat berbahaya.  jauhi APCO dan kuncu-kuncunya..... cuba lihat apa dah jadi dengan parti FATAH,  presidennya melutut kepada Israel dan meminta Israel menyerang saudara seagamanya HAMAS.... satu trajedi yang amat memilukan... Baca laporan dibawah.

Abbas didakwa minta Israel serang Hamas

BAITULMAQDIS 21 Dis. - Anggota parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmud Abbas didakwa meminta Israel untuk menyerang kumpulan pembangkang Hamas pada 2007, menurut kabel diplomatik yang didedahkan oleh WikiLeaks.
Pendedahan terbaru yang memetik kenyataan ketua agensi keselamatan Israel, Shin Bet kepada pegawai Amerika Syarikat (AS) itu mendakwa, pegawai Fatah di Genting Gaza telah meminta bantuan untuk menentang peningkatan pengaruh Hamas.
"Mereka menghampiri situasi hasil sifar dan meminta kami untuk menyerang Hamas. Mereka terdesak," kata ketua Shin Bet, Yuval Diskin kepada pegawai AS.
Menurut Diskin, agensi keselamatan Israel mempunyai 'hubungan sangat baik' dengan perkhidmatan keselamatan Abbas, di mana mereka berkongsi hampir semua maklumat perisikan dengan Shin Bet.
"Mereka tahu bahawa keselamatan Israel adalah tunjang kepada kewujudan mereka dalam bergelut dengan Hamas di Tebing Barat," katanya ketika perbincangan pada Jun 2007.
Pendedahan pakatan sulit dengan Israel untuk menentang pergerakan penduduk Palestin lain itu kemungkinan besar akan memalukan Abbas dan Fatah.
Hamas dan Fatah mempunyai hubungan yang tegang selama beberapa tahun dan kemarahan memuncak apabila kumpulan Islam itu memenangi pilihan raya pada 2006.
Setahun kemudian, sejurus selepas kenyataan Diskin pada 2007, Hamas menumpaskan Fatah dalam pertempuran berdarah di Genting Gaza dan menguasainya.
Pendedahan kabel ini adalah sebahagian daripada kebanjiran fail diplomatik AS yang diterbitkan di dalam talian oleh WikiLeaks dan mencetuskan kemarahan serta memalukan kerajaan di seluruh dunia. - AFP

Wednesday, December 22, 2010

AGEN ZIONIST MENGINTIP DAN MENGADU DOMBA RAKYAT MALAYSIA??.... AWAS!!!

LIHAT KESAN KEGANASAN YAHUDI
MAHUKAH INI TERJADI DI MALAYSIA?

Lebih 1400 tahun lalu Nabi dan Rasul terakhir MUHAMMAD S.A.W  telah memberi peringatan kepada kita semua bahawa " tidak akan sekali-kali redho yahudi dan nasoro  terhadap kamu, selagi kamu tidak mengikuti millah (anutan dan cara hidup) mereka....."

Kita juga diingatkan bahwa apabila sesuatu amanah atau urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya..... 

Peristiwa hitam dalam sejarah Parlimen Malaysia berlaku baru-baru ini apabila empat ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung selama 6 bulan dari menghadiri sidang gara-gara membangkitkan isu peranan syarikat APCO sebuah syarikat perunding yahudi yang di bayar lebih 70 juta setahun sebagai perunding /penasihat kerajaan BN.

Ketua pembangkang mempunyai dokumen dan bukti tetapi tidak dipanggil untuk membela diri dihadapan jawatankuasa Khas Parlimen yang menjatuhkan hukuman.  Manakala Speaker Dewan pula dituduh berat sebelah dan tidak profesional dalam tugasnya yang sepatutnya berkecuali.

Kebimbangan kita ialah bahaya yang bakal menimpa kita sebagai negara yang dilihat ada komitmen mendaulatkan dan menerapkan Islam dalam pentadbiran, kerana APCO dikuasai oleh pengarah2 yang merupakan orang penting dalam kerja jahat membunuh dan merampas tanah rakyat Palestin saudara seagama kita.

Saya mengajak semua merenung dan berfikir, secara serius dan bertindak menegur kepimpinan negara kita agar hidup kita tidak terbelenggu dan menjadi bahan intipan zionist laknatullah.  

Seorang bekas pegawai agen CIA Amerika telah membuat pendedahan akan bahaya ini yang sedang berlaku di Amerika dimana rakyat Amerika diintip oleh agen-agen menyamar dari syarikat-syarikat  perunding YAHUDI yang berperanan seperti APCO......Baca laporan dibawah ini:


US HIRES ISREALI FIRMS TO SPY ON CITIZENS – Press TV

(Press TV) - A major part of the intelligence agencies working for the US government are in fact Israeli companies, a former CIA officer has said.

“What is happening is that many of these state agencies are actually Israeli companies that are working for the States,” Philip Giraldi said on Tuesday.

“This happened recently in Pennsylvania, where an Israeli company was collecting information on war protesters and in the state of New Jersey an Israeli was appointed as homeland security director for the State,” he said in an interview with Press TV.

“So, this penetration of American security by Israeli companies and Israeli individuals has been going on for some years,” Giraldi emphasized.

A Washington Post investigative report shows the US government is using the largest and most technologically advanced system in the country's history to spy on its citizens.

The system collects, stores and analyzes information on thousands of US citizens with the help of every state and law enforcement agency and then feeds the information to the FBI.

US intelligence officials claim due to nearly two dozens of alleged acts of terrorism this year, the need to identify US-born or naturalized citizens that may be planning violent attacks has been more urgent than ever.

Moreover, former agents are helping local authorities turn thousands of garbage collectors into a spy force that reports to the police.

At least 935 organizations -- each with its own counterterrorism responsibilities and jurisdictions -- have been created or become involved in counterterrorism acts since the September 2001 terror incidents in New York and Washington.


ONE ISRAEL BACKGROUND

One Israel was formed by Labor leader Ehud Barak in the run-up to the 1999 elections with the aim of making Labor appear more centrist and to reduce its secularist and elitist reputation amongst Mizrahi voters (Gesher was led by prominent Mizrahi politician and former Likud MK David Levy whilst Meimad is a religious party) modelled on Tony Blair's transformation of the British Labour Party into New Labour.

The coalition agreement gave Gesher the number three spot on the list (behind Barak and Shimon Peres), two other safe positions and a promise that Levy would get a ministerial position. Meimad were promised one safe spot on the list and a ministerial position for a member who did not make it into the Knesset.

Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa kebimbangan ahli-ahli parlimen sebagai mewakili rakyat menyuarakan perkara ini adalah berasas.  Pemimpin-peminpin UMNO masih tak sedar lagi ke??  Atau dah kena julap dan candu pemberian Israel??   Apa komen saudara??

Monday, December 20, 2010

KIAMAT TAHUN 2012 ?? APA SIKAP KITA


 
AKAN MENGHENTAM BUMI

Orang yang paling cerdik ialah orang yang selalu mengingati MATI...
Adanya ramalan bahwa dunia akan berakhir pada  21 Desember 2012 tentunya tidaklah membuat risau apalagi ketakutan didalam diri seorang mukmin yang mengimani perkara-perkara yang ghaib, yang mengimani bahwa segala sesuatu yang terjadi di alam ini adalah atas kehendak Allah swt dan apabila Dia swt tidak berkehendak maka sesuatu itu tidak akan terjadi.
Ramalan akan terjadinya kiamat tahun 2012 itu disandarkan pada penemuan beberapa ahli astrolog kuno serta para ahli astronomi modern. Diantara yang menjadi sandaran dari astrolog kuno adalah ;

1. Suku Maya.

Suku yang tinggal di teluk antara Guatemala dan Meksiko ini pada tahun 700 SM—menurut para arkeologis—dianggap memiliki kemajuan didalam perhitungan tentang waktu dan kelender. Suku ini memiliki keterikatan yang kuat dengan kepercayaan yang mereka yakini sehingga mereka pun memasukan waktu-waktu peribadahannya didalam pembuatan kelendernya.
Suku Maya membuat perhitungan bahwa didalam satu tahun terdapat 18 bulan yang setiap bulannya terdiri dari 20 hari dan mereka menambahkan lagi 5 hari untuk peribadahannya sehingga setahun sama dengan 365 hari. Didalam kalender  itu mereka pun meramal akan terjadinya berbagai musibah, seperti kelaparan, banjir besar, perubahan iklim hingga berakhirnya bumi yang menurut kalender mereka jatuh pada  21 Desember 2012.

Tarikh 21 Desember 2012 bertepatan dengan tahun 5126 M yaitu tarikh berakhirnya perhitugan panjang mereka yang sudah dimulai sejak 31 Agustus 3114 SM.

2. Buku-buku ramalan Cina

Seorang penulis yang bernama Fahd Amir al Ahmadi mengatakan bahwa banyak ilmuwan yang bersepakat dengan suku Maya ini akan adanya kejadian besar pada tahun 2012. Di Asia, hal yang sama telah ditunjukkan oleh berbagai buku yang ditulis oleh para astrolog Cina bahwa keturunan Dinasti Chang—yang menguasai Cina sejak tahun 1766 SM—akan berlangsung selama 3778 M (yang bertepatan dengan tahun 2012 M)

3. Nostradamus
Di Perancis juga terdapat ramalan yang dibuat oleh seorang astrolog yang bernama Nostradamus bahwa planet-planet di angkasa akan berantakan pada akhir tahun 2000 yang akan mengakibatkan hancurnya kehidupan setelah 12 tahun.
Sementara diantara para ahli astronomi modern yang mendukung ramalan kiamat tahun 2012 ini adalah :

1. Seorang ilmuwan matematika Jepang yang bernama Haido Itakawa pada tahun 1980 mengatakan bahwa planet-planet matahari akan tersusun didalam satu garis dibelakang matahari—dan kenyataan satu-satunya ini akan mengakibatkan kejadian di angkasa raya yang luar biasa yang bisa menghentikan kehidupan yang ada diatas permukaan bumi pada Agustus 2012.

2. Perihal kiamat tahun 2012 ini juga diberitakan oleh berbagai Jurnal Ilmiah Amerika yang bersumber dari NASA pada beberapa tahun terakhir bahwa teleskop yang diletakkan oleh NASA di ruang angkasa telah menemukan sebuah planet lain yang besarnya hampir sama dengan matahari dan dinamakan Nibiru.
NASA juga memberitakan bahwa planet Nibiru ini memiliki kekuatan magnet yang sangat besar yang hampir sama dengan yang dimiliki matahari sehingga hal yang sangat membahayakan apabila planet ini mendekati orbit peredaran bumi. Dan diperkirakan bahwa planet Nibiru akan mendekati bumi dalam jarak yang memungkinkan bisa disaksikan dengan jelas oleh penduduk Asia Timur pada tahun 2009 bahkan akan memasuki orbit bumi pada tahun 2011 dan seluruh penduduk bumi akan dapat menyaksikannya sehingga ia bagaikan sebuah matahari yang lain. (http://forums.al3almi.net)
Menurut sumber lainnya disebutkan bahwa pada tahun 2012 plenet Nibiru ini akan memasuki bagian dalam dari tata surya kita sehingga menyebabkan gangguan gravitasi.
Namun demikian pendapat diatas juga mendapatkan banyak sanggahan dari para ahli arkeologi maupun astronomi, diantara pendapat mereka :

1. Berkait dengan akhir kalender panjang suku Maya maka ada yang mengatakan bahwa kalaulah benar tahun 5126 M yang bertepatan dengan tahun 2012 M adalah tahun berakhirnya kalender mereka yang diyakini pula dengan berakhirnya dunia maka bukanlah berarti bahwa dunia ini akan hancur (kiamat) dikarenakan menurut kosmologi suku Maya bahwa bumi diciptakan 5 kali dan dihancurkan 4 kali. Dengan demikian siklus kalender Maya boleh berakhir, namun siklus baru akan kembali berulang.. dan membawa hal baru bagi penghuni bumi. (http://langitselatan.com)

2. Para ahli yang mebantah teori ini mengatakan: “Ramalan2 itu benar2 tidak ada dasarnya sama sekali, apalagi di kebudayaan Maya yang kita kenal,” kata Stephen Houston, profesor antropologi di Brown University, yang adalah juga ahli tulisan hieroglif Maya. “Penggambaran bangsa maya tidak pernah menyebut2 hal ini.” katanya. Bangsa maya melihat bahwa tanggal tersebut adalah tanggal kalender mereka, tapi kemudian mengulang kalender mereka kembali tanpa adanya bencana sama sekali.

3. Sementara mengenai teori planet Nibiru, bantahan yang ada dari seorang ahli di NASA mengatakan “Kami saja sampai sekarang masih berdebat soal Pluto, tiba2 ada orang yang mengatakan adanya planet Nibiru, dari mana ini? Lucu sekali, kami sampai sekarang belum dapat menemukan planet lain, sudah ada yang menemukan planet Nibiru pula, tanpa ada konfirmasi dari mana berita itu muncul.” (http://www.kapanlagi.com)

Kiamat Menurut Pandangan Islam
        Kiamat merupakan hal ghaib yang harus diimani oleh setiap muslim dan yang hanya diketahui oleh Allah swt saja seperti banyak disebutkan didalam Kitab-Nya maupun Sunnah Nabi saw, diantaranya :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي لاَ يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلاَّ هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ لاَ تَأْتِيكُمْ إِلاَّ بَغْتَةً 
 يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ

Artinya : “Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. kiamat itu Amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui”. (QS. Al A’raf : 187)

Ibnu Katsir mengatakan bahwa firman Allah,”Katakanlah:’Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia.” Adalah perintah Allah swt kepada nabi-Nya saw apabila beliau saw ditanya tentang waktu terjadinya kiamat maka hendaklah beliau saw mengembalikan pengetahuan tentang itu kepada Allah swt. Sesungguhnya Dia lah yang menjelaskan waktu kedatangannya atau mengetahui kejelasan perkara itu dan kapan kepastian waktunya. (Tafsir Ibnu Katsir juz III hal 518)

يَسْأَلُكَ النَّاسُ عَنِ السَّاعَةِ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللَّهِ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا

Artinya : “Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi Allah”. dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh Jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.” (QS. Al Ahzab : 63)
Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra bahwasanya Rasulullah saw bersabda,”Kunci-kunci ghaib itu lima,’Sesungguhnya hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada didalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok, dan tiada yang seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (HR. Bukhori)
Al Qurthubi menyebutkan pendapat Ibnu Abbas yang mengatakan bahwa kelima kunci-kunci ghaib tersebut tidaklah ada yang mengetahuinya kecuali Allah swt. Hal itu juga tidak diketahui oleh para malaikat, para Nabi yang diutus. Maka barangsiapa yang menganggap bahwa dirinya mengetahui sesuatu tentang itu semua maka orang itu telah mengingkari Al Qur’an dikarenakan ia telah menyalahinya. (Al Jami Li Ahkamil Qur’an juz XIV hal 400)
Dan juga jawaban Rasulullah saw ketika ditanya oleh Malaikat Jibril tentang kapan terjadinya kiamat maka beliau saw besabda,”Orang yang ditanya tidak lebih mengetahui daripada yang bertanya.” (HR. Muslim) Hadits tersebut menjelaskan bahwa diri Rasulullah saw dan juga orang yang bertanya (Jibril) tidaklah mengetahui tentang waktu terjadinya kiamat.
Syeikh Yusuf al Qaradhawi pernah ditanya tentang akan hancurnya alam ini pada tahun 2012 ?! Beliau menjawab bahwa ini termasuk pembicaraan tentang sesuatu yang akan datang, menerobos tabir masa yang akan datang, menyingkap apa-apa yang mungkin terjadi pada anda besok atau lusa, dan itu semua tidaklah ada yang mengetahuinya kecuali Allah swt.

وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا
Artinya : “Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok.” (QS. Luqman : 34)
Seseorang mungkin mengetahui sesuatu dengan berbagai petandarnya akan tetapi hal itu hanyalah sebatas dugaan bukanlah kepastian.

وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ 
Artinya : “dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati.” (QS. Luqman : 34)

Sebagaimana diungkapkan seorang penyair :

Kami menjalani apa-apa yang telah dituliskan atas kami
Dan telah dituliskan pula atasnya untuk dia jalani
Dan barangsiapa yang telah dituliskan kematiannya di suatu tempat
Maka tidaklah dia akan mati di tempat yang lainnya.

Allah lah yang mengetahui kebenaran hakikinya bahkan terhadap berbagai penafsiran tentang alam semesta ini, perkembangan alam maupun kehidupan yang seluruhnya merupakan teori-teori, sepertihalnya teori ledakan besar, teori ini dan itu. Dan sebagaimana sebuah teori maka ada pula sebagian ilmuwan lainnya yang melakukan penyanggahan terhadapnya dengan berbagai teori lainnya dan begitulah selanjutnya.
Adapun hakekat kebenarannya didalam permasalahan ini tidaklah ada yang mengetahuinya kecuali Allah swt sebagaimana disebutkan didalam Al Qur’an.

Oleh itu marilah kita bermuhasabah diri, kenali diri, kenali Allah , Dapatkan kasihNya  dan RedhoNya..
                              ILAHI,.... ANTA MAQSUDI,...  WARIDHOKAMATLUBI......

Thursday, December 16, 2010

BUBUR ASYURAA , ANTARA ADAT DAN SYARIAT


Hari ini ahli-ahli jamaah surau Al Ikhwan, Kg Che Bema, Sg. Layar, Sg.Petani, Kedah, bergotong royong menyediakan bubur Asyuraa.  Sebelah malamnya diadakan ceramah Asyuraa. Selaku pengerusi surau, saya lebih melihat gotong royong seperti ini penting dalam mengeratkan ukhuwah sesama umat.  Tetapi ia hendaklah dilihat dan dihadapi bukan semata-mata sebagi adat kebiasaan turun-temurun, bahkan jauh dari itu kita serapkan pengajaran disebaliknya ehingga ia dimanfaatkan sebagai syari'at. Ia lebih kepada kesempatan untuk mencungkil SERIBU SATU PENGAJARAN DAN FADHILAT yang terdapat pada hari tersebut.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:
Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya apakah kelebihan Asyuraa.
  • Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
  •  menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
  •  menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
  •  Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
  •  menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
  •  menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
  •  Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
  •  diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
  •  juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
  • akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa
10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyuraa. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram
berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :
1.ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
2.ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6.Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
7.Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
8.Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
9.Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
11.Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram
13.Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram
14.Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di
     dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
16.Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
17.Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
18.Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
22.Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam sesudah bumi
     ditenggelamkan selama enam bulan.pada 10 Muharra

Peristiwa lain
1.Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
2.Diangkat Nabi Idris a.s. ke langit pada 10 Muharram
3.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
4.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
5.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari Kezaliman      Fir'aun.
Kesimpulannya sungguh dahsyat dan hebat rupanya hari asyuraa. Rugilah kita andainya kehebatan fadhilat nya tak dapat kita garap dan manfaatkan.

JADI APA PENTINGNYA BUBUR ASYURA?..
YA Bubur asyuraa sebagai satu simbul bahawa itulah menu makanan pertama di muka bumi ini setelah semua lenyap akibat banjir besar dan ribut taufan yang menenggelamkan bumi ini... BUBUR ASYURA AKAN MENGINGATKAN KITA BAHAWA  jika  amalan hidup beragama (Islam) tidak dilaksanakan, maka akibat banjir besar dan seumpamanya bakal menjadi balasan.... oleh itu marilah kita tingkatkan penghayatan kita dalam hidup beragama.

Saturday, December 11, 2010

PERJALANAN DARI SOLO KE JAKARTA - INDONESIA BAKAL MENGULANGI KEGEMILANGAN ZAMAN KERAJAAN ISLAM DEMAK BINTORO

                                     DI HADAPAN MAQAM RAJA-RAJA KERATON
                                          TERMASUK MAQAM SULTAN AGUNG
                                                
Tanggal 5 hingga 9 Disember 2010 adalah tanggal bersejarah kerana dapat menziarahi tanah leluhur yang sudah lama diidamkan. Kota Solo Surakarta.  Di sini terdapatnya Sungai/Bengawan Solo, (ingat Jodol lagu hasil karya Gesang) berjarak 67 km dari Gunung Merapi yang baru saja Meledak.  Tenang saja bandar ini dengan ciri Jawa Tulin yang masih tebal menjadi adat budaya penghuninya. Disini terdapatnya Keraton Surakarta Ningrat dimana Sultan Pakubuono XIII menjadi teraju utamanya. Dicelah-celah ketenangan itu saya perhatikan ada dua aliran Islam yang di anuti penduduknya iaitu Islam Kejawen yang masih tebal dengan unsur-unsur Jawa Kuno dan Islam aliran para Wali yang tidak dibayangi mitos dan khurafat.

Kebetulan pada hari Selasa kota Solo menyaksikan penghuninya dengan diketuai Kraton Surakarta merayakan Malam Satu Suro satu perayaan menyambut Awal Muharram yang dirayakan oleh ribuan penduduknya.  Ini mengingat salah satu jasa Sultan Agung yang berjaya mengubah kalendar Saka jawa kepada kalendar Islam Hijriah. Namun amat menyedihkan kerana perayaan itu dicemari dengan amalan khurafat dan boleh menjurus syirik. Perarakan di kepalai dengan Kumpulan Kerbau Buleh atau kerbau Balar/albino di gelar Kiyai Selamet. Segala khazanah pusaka diarak mengelilingi istana atau Kraton seawal jam 12.00 malam hingga ke subuh.
                           PONDOK PESANTREN ALMUKMIN NGRUKI, SUKOHARJO

Dipendekkan cerita, disatu sudut lain di Solo juga terdapatnya pusat-pusat pengajian agama/madrasah yang aktif termasuk yang terkenal diseluruh dunia dan amat digeruni dan sering dipantau oleh kuasa besar Amerika iaitu Pondok Pesantren Al Mukmin Ngruki, pimpinan ulama Ustadz Abu Bakar Bashir yang sekarang sedang ditahan dan disiasat oleh Pihak berkuasa Indonesia atas tuduhan menjadi Pelopor dan penggerak Jamaah Islamiah JI. Satu gambaran bahawa ada golongan yang perihatin dengan Gerakan Islam di sana yang pasti turut memberi pengaruh dalam politik penguasa Indonesia.
Presiden Indonesia SBY (Susilo Bambang Yudohono) dilihat bertungkus lumus mahu menghapuskan Amalan Rasuah dalam seluruh pentadbirannya, suatu amalan yang telah begitu lama menjadi darah daging. Cabarannya hebat, ditambah dengan bencana alam yang silih berganti menyebabkan tumpuannya terganggu kerana harus mengatasi masalah kesan bencana tersebut. Beliau diramal sebagai satria ke enam yang menjadi pencetus kepimpinan lebih baik dari sebelumnya dgn syarat beliau msti menjadikan Ulama dan islam sebagai gandingan dan pedoman. INI RAMALAN JAYABAYA ATAU JOYOBOYO (nostradormus indonesia). Selepas beliau Indosnesia akan dipimpin oleh pemimpin yang hebat, warak,ilmuan, soleh yang amat religius mengikut sunnah Nabi..... Pemimpin yang ke 7 inilah yang akan membawa indonesia ke arah kegemilangan ... INI RAMALAN JOYOBOYO.... KALAU NAK MARAH JANGAN MARAH SAYA, TAPI MARAHLAH JOYO BOYO.....kita tunggu dan lihat ketepatan ramalan Jayabaya ini nanti.... Mudah-mudahan ia menjadi kenyataan kerana Islam itu penyelesai segala masalah...

Wednesday, December 1, 2010

MENGGEMPARKAN!! CONTOH TERKINI, DI ZAMAN LEDAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT...AYAT KURSI MENJADI PENDINDING /PERISAI MANUSIA

DOA DAN FADHILAT AYAT QURSI DIKETAHUI RAMAI SEBAGAI PERISAI DARI GANGGUAN JIN DAN MANUSIA


Persoalannya berapa ramai yang yakin kehebatan perisai anjuran Islam ini??? CUBA RENUNG DAN FIKIRKAN KISAH PENGALAMAN GADIS MUSLIMAH INI

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan  ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia  mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan  tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang  agak sudah lewat, berjalan di jalan
jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak  gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan  bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan  tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan  agar Allah membantu dia di saat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu  bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik  lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke  rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang  perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong  yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.  Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah  perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat  aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas  siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang  dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol  tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat  lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to  me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat  apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa  tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw  two young man walking with you. One on your right side and the other one was by  your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak,  awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan  awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni  rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat  Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia  baca malam itu

dipetik dari harakah daily.
 

Monday, November 8, 2010

SOLAT DAN KEHEBATAN AURA NYA - MAHA SUCI ALLAH



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan… Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Dipetik dari tulisan Ust. Zahazan

Tuesday, November 2, 2010

GUNUNG MERAPI MURKA LAGI


BANYAK LAGENDA: Gunung Merapi mengeluarkan kepulan-kepulan asapnya. Tarikh 26 Oktober lalu mencatatkan satu lagi sejarah hitam bagi Indonesia apabila gunung di Jawa Tengah ini meledak hingga menghamburkan laharnya setinggi hingga 1.5 kilom

LEGENDA DI SEBALIK GUNUNG MERAPI

GUNUNG Merapi di Jawa Tengah merupakan salah satu daripada 129 gunung berapi yang aktif di Indonesia.

Di seluruh dunia terdapat kesemuanya 1,500 gunung berapi yang aktif.

Berkongsi nama yang sama dengan Gunung Merapi di Jawa Tengah ini ialah Gunung Merapi yang juga dikenali sebagai Gunung Marapi di Sumatera Barat, dekat Bukittinggi.

Kedua-dua gunung ini sama aktif. Manakala Gunung Merapi di Jawa Tengah tingginya 2,968 meter, Gunung Merapi di Sumatera Barat mempunyai ketinggian 2,891 meter.

Sepanjang yang diketahui, Gunung Merapi di Jawa sudah meledak 69 kali sejak 1548, sementara gunung di Sumatera sudah meledak 50 kali sejak abad ke-18.

CATAT LAGI SEJARAH

Selasa, 26 Oktober lalu, mencatatkan satu lagi sejarah hitam bagi Indonesia apabila Gunung Merapi di Jawa Tengah, dekat kota budaya yang sibuk, Yogyakarta, meledak dengan menghamburkan lahar setinggi hingga 1.5 kilometer.

Mengikut catatan, Gunung Merapi di Jawa Tengah ini adalah antara gunung berapi di Indonesia yang paling kerap meledak.

Antara ledakan terbesarnya berlaku pada tahun 1006, mengakibatkan seluruh Jawa diselaputi abu. Ledakan itu juga dikatakan penyebab kejatuhan kerajaan Hindu Mataram, walaupun tiada bukti kukuh untuk mengesahkannya.

Sebelum ini, Gunung Merapi juga pernah meledak pada 2006.

Apa yang membahayakan ialah adanya ribuan penduduk yang masih tinggal di lereng-lereng gunung ini sehingga setinggi 1,700 meter, sedang asap dari lahar yang bergelegak terus keluar dari kawah gunung hampir sepanjang tahun.

Sebelum ledakan Selasa lalu, dari 23 hingga 24 Oktober, 500 gegaran disebut sebagai 'batuk' oleh orang tempatan, dicatatkan di gunung berapi itu.

Namun, lebih daripada ledakan demi ledakan yang terjadi pada gunung tersebut, adalah kisah-kisah misteri atau mistik di sebaliknya.

ASAL-USUL MERAPI

Kalau kita bertanya penduduk di wilayah Kawastu dekat gunung itu, mereka mempercayai bahawa Gunung Merapi itu adalah jelmaan daripada Gunung Jamurdipo.

Menurut cerita yang tersebar di sana, sebagaimana diungkapkan oleh Lucas Sasongko Triyoga dalam bukunya, Manusia Jawa dan Gunung Merapi terbitan Gadjah Mada University Press, 1991, sewaktu Pulau Jawa diciptakan para penduduk desa, keadaannya tidak seimbang kerana ia miring ke barat. Ini kerana di hujung barat itu terdapat Gunung Jamurdipo.

Atas saranan seorang berpengaruh bernama Dewa Krincingwesi, gunung itu dipindahkan ke bahagian tengah agar seimbang.

Pada ketika itu, di tengah Pulau Jawa terdapat dua adik-beradik - Empu Rama dan Permadi.

Mereka berdua sedang membuat keris pusaka Tanah Jawa, namun diarah memindahkan kegiatan mereka. Kededuanya enggan.

Ini menyebabkan Dewa Krincingwesi murka. Beliau kemudian mengangkat Gunung Jamurdipo dan menghempaskannya tepat di lokasi tempat adik-beradik itu membuat keris pusaka.

UBAH NAMA

Kedua-dua beradik itu akhirnya meninggal, terkubur hidup-hidup ditimpa Gunung Jamurdipo.

Untuk memperingati peristiwa itu, Gunung Jamurdipo diubah namanya menjadi Gunung Merapi.

Seorang cendekiawan, Profesor Dr M. Bambang Pranowo dari Universiti Islam Negeri, Jakarta, pernah menulis bahawa Gunung Merapi memang banyak keunikannya.

'Sebagai orang Jawa yang tinggal dekat Gunung Merapi, sejak kecil saya pun sering menyaksikan keunikan di sekitar Merapi.

'Misalnya, saya sering mendengar suara gamelan bertalu-talu di kedung Sungai Mangu yang bersumber dari lereng Merapi.

'Padahal, di sana tidak ada penduduk yang sedang menabuh (memukul) gamelan,' tulisnya.

Menurutnya, keindahan Gunung Merapi bukan hanya terletak pada alamnya, tetapi juga legenda-legendanya.