Sunday, May 11, 2014

HARI IBU--CETUSAN RASA UNTUK IBU

IBU YANG KU RINDU SELALU

Buah berangan bawa ke Balai,
Buah jambu di dalam raga,
Jasa dan pengorbanan tiada ternilai,
Kasih mu ibu membawa ke syurga,

Bersengkang mata diwaktu malam,
Anak menangis ibu dodoikan,
Himpunlah harta seluruh alam ,
Jasa mu ibu tak dapat kubalaskan.

Semasa kecil makan disuap,
Paling selesa tidur di pangkuan,
Masakan ibu sangatlah sedap,
Sampai ke kubur tak dapat ku lupakan

Walau pun ibu sudah tiada,
Pesan dan nasihat tetap diingat,
Kepada ibu bapa jangan derhaka,
Kelak hidup mu tak akan berkat.

Aura ibu sangatlah hebat,
Sumpahan ibu membawa mudharat,
Wahai anak wahai kerabat,
Kepada ibu tumpuan hormat.

Sesal dahulu pendapatan,
Sesal kemudian tidak berguna,
Kasihi ibu tanpa batasan,
Sedekah Fatihah bila dah tiada.

Selamat Hari Ibu hamba Ucapkan,
Iringan doa ikhlas dan berpanjangan,
Diberi rahmat sentiasa dalam kesejahteraan,
Di akhirat di dalam syurga tempat berkekalan.

Nashuha Al Pontiani,
11 Mei 2014.

Friday, May 9, 2014

HIJRAH DAN MUJAHADAH

SUATU HIJRAH DAN MUJAHADAH 

Saban pagi , saban petang hijau kuning tak pernah memungkiri,
Pasrah dan mengerti sambil menjadi saksi,
WDV 70 meluncur laju lebuhraya dilalui pasti,
Setahun Empat bulan Lima hari masa berlalu pergi.


Setahun 4 bulan 5 hari, menjadi sejarah,
Menyaksikan fasa Tarbiyah mengubah fikrah,
Sungai Petani ke IPDA melewati Alor Setar sebagai wasilah,
Meditasi dan zikrullah menjadi teman sepanjang mujahadah.

Entah apa, entah mengapa ,entah bagaimana,
Tak siapa mengerti, menduga hikmah atau musibah disebaliknya,
Suatu rencana di luar upaya untuk menelah atau menduga,
Manusia merencana, Allah jua merencana namun Allah Maha Kuasa.

Doa , harapan dan istikhoroh meredah ranjau,
Senjata ampuh para pejuang zaman lampau,
Mengharap sinar menelan kabus , jerubu dan silau,
Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

Berjalan pantas berlenggang lengguk,
Gayung bersambut ditengah gelanggang,
Ibarat ikan balik ke lubuk ,
Laksana sirih pulang ke gagang.

Nashuha Al Pontiani,
5 Mei 2014.

Wednesday, April 30, 2014

SATU RENUNGAN



Srengenge menyembul wajah di ufuk timur,
menyerlah panorama indah Utara Selatan Barat Timur,
kiri kanan hijau kuning warna kehidupan nan subur,
Petanda negeri kita bukan miskin tetapi makmur.

Burung unggas berterbangan berkicau berlagu,
tanpa di batasi perasaan jemu,
Tawakkal tanpa ragu yakin penuh jitu,
mengutip serangga dan kelkatu yang lesu.

Masih adakah insan yang ragu,
Akan nikmat Tuhan yang Satu,
Tanpa batas ruang dan waktu,
Memilih untuk hidup segan mati tak mahu.

Pelajarilah jatuh bangun suatu tamaddun,
imbau sejarah kegemilangan serumpun,
Melayu Melaka Islamnya dijunjung,
Empayar tersohor akhlak disanjung.

Dadah dan dedah tidak diendahkan,
bertudung litup jadi gunjingan,
Rasuah dan kronisma jadi amalan,
negara lingkup keberkatan pun hilang

Friday, April 18, 2014

RAHASIA SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM....SUBHANALLAH AMAT SAINTIFIK!!!!



Rahsia Solat 5 waktu Sehari 
Semalam

LEPAS NI TAK NAK SOLAT LAMBAT LAGI! 

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh...



BERSAMA MU
 TUHAN….
Dalam setiap nafas yang ku hirup
Tetesan air yang ku minum
Semua ada nama MU
Yang membuat aku semakin rindu
Seluruh alam ini memuja MU
Semua yang kau ciptakan ada tertulis nama indah MU

TUHAN….
Tak bisa ku ungkapkan betapa rindu aku pada MU
Sangat dalam dan dalam….
Semakin hari aku tak mampu berpaling dari MU
Walau Cuma sesaat…

TUHAN…
Janganlah ENGKAU berikan nikmat
Yang tidak dapat aku mensyukurinya
Hingga ENGKAU kecewa padaku
Berilah aku kesempatan untuk membuktikan cintaku ini pada MU
Dengan terus mengabdi pada MU
Sepanjang hidupku

Monday, April 14, 2014

TRAGEDI DAN MISTRI BUAH MANGGIS

TRAGEDI DAN MISTERI BUAH MANGGIS

Hitam-hatam si tampok manggis,
Sungguh hitam putih isinya,
MH370 hilang ramai menangis,
Lautan Hindi konon destinasi akhirnya.
Manggis dibeli di pekan Dengkil,
Dibungkus di ikat diberi jenama,
Berbagai teori cuba di nukil,
Jawapan muktamad tak kunjung jelma.
Rasa Hairan melihat takwim,
Musim buah dah macam katun,
Buah manggis buah bermusim,
Hanya bermusim dibulan Jun,
MH370 membawa manggis,
Bateri Lithium jadi peneman,
Bulan Mac mana Malaysia ada manggis,
FAMA pening , MAS mula meroyan.
Pemilik manggis tinggal di Muar,
Bukan manggis Muar kata Pak Polisi,
Cuma dikumpul di bandar Muar,
Ke KLIA manggis di bawa pergi
Tupai batuk buaya sawan
Kucing di dapur pening kepala,
Tanyalah Atok tanyalah Tok Wan,
Mungkin buah manggis jadi jadian.
Raja Bomoh ke Australia,
Membawa bubu dan buah kelapa,
Apa dah jadi negaraku Malaysia,
Buah manggis jadi bahan ketawa.
Bukan Manggis sebarang manggis,
Manggis di bawa kenegeri Cina,
Kalau nak buat drama menangis,
Janganlah jadi drama Ketawa.
Belum terungkai kematian Kennedy,
Kematian Diana sangatlah tragis,
Pada firasat ku yang kerdil ini,
Tragedi angkara konspirator Zionis.
Pelobi Zionis sangatlah Zalim,
Dua perang Dunia hasil kerjanya,
11 September bukan kerja Ben Ladin,
Konspirator Zionis /yahudi punya angkara.
Malaysia dan China sahabat Tradisi,
Sejak zaman kegemilangan Melaka,
Seandainya tidak berhati-hati,
Tragedi MH370 boleh mencetus Perang Dunia.
Buah manggis banyak penawar,
Buah kelubi sangatlah masam,
Usah menangis banyakkan bersabar,
Surah Al Kahfi selalu amalkan.


Nashuha Al Pontiani
14 April 2014.

Tuesday, April 8, 2014

PERISTIWA BERDARAH MEMALI: KEBENARAN FAKTA SEJARAH DAN KEBERTANGGUNG JAWABAN DITUNTUT....PENDEDAHAN MENGEJUTKAN....

                                                           PARA SYUHADA MEMALI 

DARI MEMALI JADI MEMALU...

Kampung Makam di negeri Johor,
Tempatnya aman lagi bersejarah,
Musa Hitam Pemimpin tersohor,
Pencetus ingatan  Memali berdarah.

14 SYUHADA  menjadi KORBAN,
Penguasa rakus  punya mainan,
Ajaran sesat konon alasan,
Hanya kerana mengajarkan Alqur’an.

Tiga puluh tahun  masa berlalu,                                
Di cerca di kutuk  tak kurang dihina,
Manusia merancang Tuhan menentu,
Yang benar kan muncul yang batil kan sirna.

Tanpa dirancang buat pengakuan,
Dalam Forum di Negeri kelantan,
Peristiwa Memali satu Titik hitam,
Karier politik  menjadi suram.

30 tahun Musa Hitam Berdoa,
kebenaran  kan muncul Kebatilan kan sirna,
Wacana di Kelantan pencetus segala,
Mantan PM  punca angkara.

M 16 nan ganas mula menyerang,
Semua terkejut dengan kezaliman,
Mantan PM rupanya temberang,
Dalam negara kiranya bersemayam.

Ke negara Cina konon melawat,
Musa memangku pelan  dirancang,
Musa dan KPN memberi nasihat,
Jangan ke Cina negara dah goncang.

Sebagai menteri  berwibawa dan matang,
Ke Dewan Rakyat Musa Laporkan,
Kertas putih lalu di bentang,
Musa didera  dikambing hitamkan.

Pergi Desaru  menghilang duka,
Menghibur hati  yang di tinggalkan,
Lembaran baru harus dibuka,
Keadilan sejati mesti di tegakkan.

Sunday, April 6, 2014

YANG PELIK DAN YANG MISTERI

MALAYSIA NEGARA PELIK DAN MISTERI

Buah  leletup di atas sofa,
Mari dimakan oleh Pak Latif
Altantuya diletup gunakan C4,
Tanpa sebab dan juga motif,

Gunung Tahan nampak berbalam,
Didaki Tun Mamat hingga berhasil,
Kapal selam dibeli tak boleh menyelam,
Injin pesawat hilang jumpa di Brazil.

Pergi ke Rokan membeli  belah,
Singgah di Lukut tempah busana,
Riuh  pertahan kalimah Allah,
Undang-undang Hudud tak mahu laksana.

Dari Medan ke Inderagiri,
Nakhoda kapal hilang panduan,
Beng Hock dan Sarbini mati misteri,
Sirul Dan Azilah hilang tak ketahuan.

Pendekar  Hilal memakai tangkal
Tangkal dibawa ke dua benua,
Dakwat kekal jadi tak kekal,
Pilihanraya menjadi bahan ketawa

Kerajaan Langit  kerajaan penyamun,
Ajaran sesat  tidak berguna,
Ayah Pin Diburu berpuluh tahun,
Hilang lesap entah ke mana.

Saiful Bukhari punya cerita,
Liwat meliwat fitnah semua,
Gagal di Universiti gagal periksa,
Jumpa PM dapat biasiswa.

Yang pelik-pelik ada di sini,
Malaysia boleh cogan katanya,
Kagum bin Hairan lucu sekali,
Kera di hutan mati ketawa.


Sunday, March 23, 2014

PILIHANRAYA KECIL KAJANG- SATU RENUNGAN RINGKAS.

     PILIHAN RAYA KECIL KAJANG

Guruh berdentum petir menyambar,
Halilintar membelah menggegar bumi,
PRK Kajang di umum menang PKR,
Mengapa gelabah bagai laut dilanda Tsunami.

Kajang Pak Malau Kajang berlipat,
Kajang Damak Mengkuang Layu,
Langkah Kajang Langkah Makrifat,
Habis tergamam terkucil dan terkedu


Langkah Kajang langkah yang bijak,
WAWI mengganti suami tercinta,
Bicara tak panjang jel 5 tahun tidak berganjak,
Menjadi pemati Langkah kajang ke Putera Jaya.

Pukul lah gendang kulit buaya,
Zapin tarian warisan Johor,
Langkah Kajang Langkah  bergaya
Membuat  Barisan Tak lena Tidor.

Keluar Barisan masuk Bulatan,
Guru Senaman arahkan pelajar,
Undi Melayu meningkat undi muda ditawan,
Strategi pakatan bukan berguru kepalang ajar

Enam puluh peratus undi diraih,
Tiga peratus meningkat majoriti  disasar,
Terubat penat  sakit dan letih,
Berkat kebenaran , Doa  dan ikhtiar.

Langkah demi langkah telah di atur,
Membela rakyat  jadi tujuan,
Jangan lah cuba bermain kotor,
Rakyat dah bijak dunia tidak bersempadan.

Baik-baik mengail Tenggiri,
Jangan terkena ikan Memparang,
Baik-baik mengatur strategi,
Jangan biarkan kena temberang.



PRK DUN Kajang - 23/3/14
Peratus Keluar Mengundi - 72.1%
PR   - 16741
BN   - 11362
Undi Rosak - 176
Majoriti - 5379
Jumlah Keluar Mengundi - 28279

PRU13 DUN Kajang - 5/5/13
Peratus Keluar Mengundi - 88.4%
PR   - 19571
BN   - 12747
4 Calon Bebas/Berjasa - 1431
Undi Rosak - 541
Majoriti - 6824
Jumlah Keluar Mengundi - 34290 + 140 (bawa keluar kertas undi)

* Pengundi PRU13 yang tidak keluar mengundi - 6151
 


Friday, March 14, 2014

PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT, TELAH DIUJI, BERKARISMA DIKAGUMI DUNIA ANTARABANGSA, ...DAN MENJADI HARAPAN RAKYAT MALAYSIA SEBAGAI SOSOK YANG MAMPU MEMACU KEGEMILANGAN BANGSA....TAK SUDAH-SUDAH DIZALIMI SEJAK 1998.


KALAU ADA ORANG MENGANGGAP BAHAWA FITNAH , ADU DOMBA ,PENJARA DAN BERBAGAI BENTUK SABOTAJ BOLEH MEMADAM DAN MEMBUNUH KARIER POLITIK SOSOK PEMIMPIN INI...MEREKA ADALAH SILAP.....HANYA KEHINAAN SAHAJA YANG AKAN MENIMPA PEMIMPIN-PEMIMPIN ZALIM, RAKUS DAN KORUP........BELAJARLAH DARI SEJARAH...

Saturday, December 14, 2013

ZIKIR SAMUDERA



ZIKIR SAMUDERA


Setiap CiptaanNya

Dengan bahasa tersendiri

Sentiasa memuji dan memuja

Akan Kebesaran Mu Ilahi Robbi



Tak terkecuali Samudera luas lebar

Dengan gerak mengufuk dan mendatar

Dengan gerak mengapung dan mendasar

Cuba menghitung rahsia Kebesaran Tuhan Allahuakbar



Bunyi menderu Bayu Samudera,

Suara Gulungan ombak memutih tindan bertindan

Adalah alunan zikir sebagai hamba

Menginsafi keluasan nikmat Tuhan Tak terhitungkan



Wahai insan pemilik akal,

Letih, tak bermaya ditepian samudera

Tenggelam arah dan hilang punca

Mengenang nikmat Pencipta tidak berpenghujung

Maka Nikmat Tuhan mu yang manakah yang engkau dustakan.



Nukilan:


Mohd. Nashuha Jamidin Al Pontiani
14 Disember 2013


Saturday, December 7, 2013

PENGHUNI BUMI SEBELUM MANUSIA

Penghuni bumi sebelum Nabi Adam

http://semestahidayah.files.wordpress.com/2010/12/1600_1231.jpgIbnu Abbas ra mengatakan, “Setelah Allah menyempurnakan penciptaan langit dan bumi dengan segala sifatnya, gunung-gunung telah ditegakkan, angin telah dilepaskan, di bumi telah ada binatang-binatang liar dan bermacam-macam burung, maka buah-buahan mengering dan berjatuhan ke bumi dan di bumi tumbuh rumput-rumput yang satu sama lain saling memerlukan.Pada masa itu, bumi mengadukan persoalan tersebut kepada Tuhannya. Atas pengaduan itu, Allah menciptakan umat yang beraneka ragam dan berlainan jenis, yang diberi nama Jin.

Mereka mempunyai jiwa dan aktiviti. Lalu mereka bertebaran seperti debu halus kerana jumlah mereka yang sangat banyak. Tanah datar, pergunungan, dan berbagai pelosok dunia telah dipenuhi oleh mereka. 
Mereka tinggal permukaan bumi dalam jangka waktu yang dikehendaki oleh Allah. Di antara mereka ada yang putih, hitam, merah, kuning, berbintik-bintik kecil dan besar,  pekak, buta, cantik, buruk, kuat, lemah, perempuan, dan lelaki. Satu sama lain berkahwin dan melahirkan keturunan. Mereka disebut Jin kerana mereka kabur, tidak kelihatan.

Setelah mereka memenuhi bumi dan dunia kian sempit kerana mereka terus bertambah, bertambah juga kerosakan kerana mereka, maka Allah mengirimkan angin taufan kepada mereka. 
Angin tersebut membinasakan mereka. Hanya sedikit dari mereka yang tinggal. Mereka adalah yang pertama kali membuat rumah, membelah batu, memburu burung, dan binatang liar.

 Semua itu terus-menerus mereka lakukan dalam waktu yang lama. Kemudian satu sama lain di antara mereka saling berlaku aniaya: akibatnya, mereka saling berperang. 

Namun, perangnya bukan menggunakan senjata. Sebahagian di antara mereka melenyapkan sebahagian yang lain dengan mengepung rumah-rumah sehingga mereka yang terkepung binasa kerana lapar dan haus.

Setelah tindakan kerosakan yang dilakukan mereka kian memuncak, maka Allah mengirimkan umat yang berasal dari laut kepada mereka yang jasad-jasadnya lebih besar daripada mereka dan bentuknya lebih menakjubkan, yang disebut dengan Bin. Umat tersebut menyerbu mereka sehingga kaum Jin binasa, tidak satu pun yang tinggal.

Jin tinggal di bumi lebih kurang 500 tahun. Setelah itu, bumi dikuasai oleh Bin. Mereka berkahwin antara satu sama lain, melahirkan keturunan dan berkembang biak semakin banyak sehingga bumi kian penuh. 

Sebahagian di antara mereka suka menengelamkan ke bumi lapis ketujuh (selepas ini : Penduduk Bumi Lapis Tujuh) dan menetap di sana untuk beberapa hari. Bagi mereka tidak ada tempat yang terhalang. 

Mereka adalah yang pertama kali menggali perigi, membuat sungai, dan mengalirkan air dari sumber-sumbernya dan dari laut. Mereka adalah yang pertama kali membuat mesin/roda, membina jambatan di atas air, menangkap ikan di lautan, dan memburu binatang-binatang liar di wilayah yang tidak berpenduduk.

Oleh kerana itu, semua binatang, baik di daratan mahu pun di lautan, mengadukan urusan tersebut kepada Allah dan kerosakan yang disebabkan oleh mereka kian bertambah. Maka, Allah menciptakan Jan.”

Ibnu Abbas ra mengatakan, “Allah menciptakan Jan dari nyala api…” Beliau juga mengatakan bahawa Jan adalah golongan Jin laki-laki. Mereka memiliki jenis yang berbagai jenis. 

Di antara mereka ada yang disebut dengan Nahabir; ada juga yang disebut Nahamir. Umat ini kelakuannya seperti manusia, suka makan, minum, dan berketurunan. Di antara mereka ada yang Mu’min dan ada juga yang kafir. Dan nenek moyang mereka adalah Iblis yang dikutuk oleh Allah.

Diriwayatkan bahawa Allah menjadikan malaikat sebagai penghuni langit dan menjadikan Jan sebagai penghuni bumi. Setelah binatang liar dan burung mengadukan perbuatan Jin dan Bin, Allah menciptakan Jan, sebagaimana telah diceritakan. 

Setelah Allah menciptakan Jan, maka Dia menempatkan mereka di bumi. Setelah tinggal di bumi, mereka berperang dengan Bin. Jan terlalu kuat bagi Bin hingga mereka mampu menghancurkan Bin sampai tidak ada satu pun yang tinggal. Tinggallah Jan di bumi. Mereka berkahwin satu sama lain dan melahirkan keturunan sehingga bumi ini penuh.

Seterusnya, di antara mereka timbul kedengkian dan aniaya. Di antara mereka banyak terjadi pertumpahan darah. Sebahagian dari mereka mengganggu sebahagian lainnya. Atas kejadian ini, bumi mengadu kepada Tuhannya. 

Maka, ketika itu, kepada mereka Allah mengutus bala tentara malaikat. Dalam rombongan tersebut ada Iblis yang dahulunya bernama ‘Azazil. Dahulunya dia merupakan ketua malaikat. Dia bersama rombongannya mengusir Jan dari bumi. Akibatnya mereka menghuni ke gunung-gunung dan tinggal di sana dan Iblis merampas bumi dari mereka.

Pada awalnya, si Iblis ini menyembah kepada Allah, baik di bumi mahu pun di langit. Akan tetapi, kemudian dia ujub dengan dirinya dan dia dipengaruhi ketakaburan (merasa besar). Dalam keadaan demikian, Allah melihat apa yang ada di dalam hatinya, maka Zat Yang Maha Agung berfirman:

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (QS Al-Baqarah [2]: 30).

Kalimat "man yufsidu fiiha" pada bahagian kalimat diatas lebih tepat jika bukan diertikan sebagai "orang" tetapi akan lebih tepat jika diberi makna sebagai "makhluk".

Sehingga dari bahagian kisah yang diceritakan Ibnu Abbas r.a tadi, terungkap sudah pernyataan para malaikat, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu (makhluk) yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah…”, maksudnya seperti makhluk-makhluk yang diceritakan terdahulu, yaitu Jin dan Bin. Sebab, mereka telah melakukan kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah.

Lalu siapakah rangka "manusia purba" yang fosil- fosilnya ditemui dan diketahui berumur ratusan juta tahun lalu? (Sumber: Syaikh Muhammad bin Ahmad bin Iyas, “Kisah Penciptaan dan Tokoh-tokoh Sepanjang Zaman” (diterjemahkan oleh Abdul Halim), Bandung: Pustaka Hidayah, Cet. I, Oktober 2002, hal. 13-72)

Monday, July 22, 2013

NABI MUSA MEMBELAH LAUT: SAINTIS MEMBUKTIKAN IA BENAR-BENAR BERLAKU!!!

Di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah.Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya.
Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube). Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain.
Apa beza dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran selain puasa?
Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’
Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’ Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. At-Tirmizi berkata:
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)
Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.
Lakaran artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.
Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi
sumber: nizarazu.com

Thursday, July 18, 2013

BAHAYA YAHUDI DAN ZIONISMA: KEBENARAN AL QUR'AN TENTANG ANCAMAN ZIONIS KEPADA UMMAT MEMANG TERBUKTI !! TINDAKAN NABI MUHAMMAD S.A.W MENGUSIR MEREKA KELUAR DARI BUMI DAN JAZIRAH ARAB AMAT TEPAT

Ramalan Benjamin Franklin tentang Yahudi

Benjamin Franklin merupakan salah seorang penandatangan Deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat (4 Julai 1776). Dia lahir di Milk Street, Boston, pada tanggal 17 Januari 1706 dari ayahnya iaitu Josiah Franklin yang berkahwin dua kali. Benjamin anak bongsu dari 17 bersaudara. Benjamin sudah tidak bersekolah di usia sepuluh tahun. Dua tahun kemudian ia magang di penerbitan milik James, kakaknya sendiri, yang menerbitkan akhbar New England Courant. Di tempatnya bekerja, Benjamin menjadi penyumbang dan kemudian editor. Suatu hari Ben bertengkar dengan jamer, akhirnya Benjamin kabur ke New York, lalu ke Philadelphia pada Oktober 1723.

Benjamin Franklin merupakan tokoh Freemasonry London, yang menjalin hubungan sangat dekat dengan Rothschild, otak dari pihak Konspirasi Yahudi Internasional.Namun kerana lama kelamaan, setelah melihat dengan mata kepala sendiri pelbagai perkembangan yang tidak menguntungkan Amerika Syarikat, sebuah negara yang ikut dibidaninya, terutama berkaitan perkembangan kaum Yahudinya serta penguasaan kaum ini atas sendi-sendi perekonomian, maka Franklin sedar bahawa selama ini dia telah berbuat salah. Kaum Yahudi yang dulu begitu dekat dengannya ternyata tidak ubahnya lintah darat yang mampu menghisap dengan amat rakus dan buas, segala sumber alamdan manusia Amerika Syarikat. Franklin pun berlepas diri dari gerakan Freemasonrydan berusaha dengan gigih, tak kenal takut, untuk memperingatkan rakyat Amerika Syarikat tentang Bahayanya orang-orang Yahudi di Amerika.

Salah satu usaha Benjamin Franklin yang fenomenal dan dicatat dalam sejarah Amerika sendiri adalah surat ramalannya tentang Yahudi di Amerika, Inilah surat peringatan dari Benjamin Franklin:

"Di sana ada bahaya besar yang mengancam Amerika. Bahaya itu adalah orang-orang Yahudi. Di bumi manapun Yahudi itu berdiam, mereka selalu menurunkan tahap moral, kejujuran dalam dunia komersial. Mereka hidup mengasingkan diri, dan berusaha mencekik leher kewangan pribumi, seperti yang terjadi di Portugal dan Sepanyol.

Sejak lebih dari 1700 tahun, orang Yahudi mengeluhkan nasib yang mereka alami, kerana mereka telah diusir dari bumi pertiwi. Perlu dikatahui wahai saudara sekalian, seandainya dunia berbudaya sekarang ini memberinya tanah Palestin, mereka segera mencari pelbagai alasan untuk tidak kembali ke sana. Mengapa? Mereka tidak lain adalah Vampire penghisap darah. Dan seekor vampire tidak akan boleh hidup dengan vampire lain. Orang Yahudi itu tidak boleh hidup dengan mereka sendiri. Mereka harus hidup dengan orang Kristian atau bangsa-bangsa yang bukan dari golongan mereka.

Jika orang Yahudi tidak disingkirkan dari Amerika dengan kekuatan Undang-Undang, maka dalam masa 100 tahun akan datang, mereka mereka akan menguasai dan menhancurkan kita dengan menukar bentuk pemerintahan yang telah kita perjuangkan dengan pengorbanan darah, nyawa, harta dan kemerdekaan peribadi kita. Seandainya orang Yahudi itu tidak diusir dalam masa 200 tahun akan datang, anak cucu kita nanti akan bekerja diladang-ladang untuk memberi makan orang-orang Yahudi itu. Sementara itu, orang Yahudi akan menghitung-hitung wang dengan tangan mereka di pelbagai syarikat kewangan.

Aku ingatkan anda sekalian. Kalau anda tidak menyingkirkan Yahudi untuk selamanya, maka anak cucu dan cicit kalian akan memanggil-manggil nama kalian dari atas liang kubur kalian kelak. Fikiran yang ada dibenak orang Yahudi tidak seperti yang ada pada orang Amerika. Walaupun mereka hidup bersama kita selama beberapa generasi, mereka tidak akan berubah sebagaimana harimau tidak boleh menukar warna kulitnya. Mereka akan menghapuskan institusi kita. Oleh kerana itu, mereka harus disingkirkan dengan perlembagaan "

Surat ini ditulis oleh Benjamin Franklin berkenaan dengan Rencana Undang-Undang tahun 1789 dan dimuat dalam Charles Pinsky Journal, South Carolina. Teks asal sampai sekarang masih boleh dilihat di Franklin Institute Philadelphia, AS.

Sumber: William G. Carr, Gerakan Zionisme Menaklukan Dunia

MALANGNYA KERAJAAN MALAYSIA TELAH MELANTIK APCO SEBUAH SYARIKAT YAHUDI YANG AHLI LEMBAGA PENGARAHNYA ADALAH BEKAS ORANG-ORANG KUAT TENTERA ISRAEL SEBAGAI PENASIHAT. PERKARA INI SUDAH DIDEBATKAN DI PARLIMEN....TAPI UMPAMA ANJING MENYALAK BUKIT!!!! LETIH ANJING BUKIT TAK MUNGKIN RUNTUH..... OH MALAYSIA TANAH AIR KU ...!!

Tuesday, June 11, 2013

KIAMAT SUDAH DEKAT, SEGERALAH BERTAUBAT....API DAN ASAP MUNCUL DI BUMI YAMAN!!!

JUAMAAT 7/6/2013, Penduduk yang tinggal di Al-Salam, kota Al-Hodaidah, panik akibat munculnya api dari bawah tanah celah lubang dan asap YANG BERKEPUL semakin banyak.

 Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

“Tidak akan terjadi hari Kiamat sampai api keluar dari tanah  Hijaz yang menerangi leher-leher unta di Bashra.”.

https://www.facebook.com/photo.php?v=538205242907617


Belum ada mana-mana pakar yang datang membuat kajian dan penyelidikan setakat ini. bagi kita umat Islam ini merupakan berita yang seharusnya meningkatkan momentum kita untuk memperbaiki amal, meningkatkan jihad, dan perbanyakkan bertaubat.

Saturday, June 8, 2013

BERHENTI BRUCAP LANTAS MELAUNGKAN AZAN KETIKA MASUK WAKTU SOLAT....SELAMAT MAJU JAYA DR MURSHI MESIR



BEGINILAH SEHARUSNYA SEORANG PEMIMPIN YANG MENYINTAI AGAMANYA TIDAK AKAN BERASA KEKOK BILA PERLU MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWABNYA DAN MENJADI CONTOH TAULADAN KEPADA RAKYAT..
http://www.youtube.com/watch?v=eRVk2_vEahU

SUDAH SAMPAI WAKTUNYA NEGARA-NEGARA ISLAM DIPIMPIN OLEH PARA ULAMA' DAN CENDIKIAWAN ISLAM YANG DILATIH DAN DITARBIYAH MELALUI JAMAAH ISLAM.