Monday, April 27, 2009

10 WASIAT PENTING UNTUK DIRENUNG DAN DIHAYATI




Saudara ku, syukur ke hadrat Ilahi, masih diberi kesempatan menghirup udara dan bernafas hingga ke saat ini. Pada kesempatan ini saya nukilkan wasiat dari manusia hebat dalam sejarah peradaban manusia. Beliau ialah Imam Syafie rahimahumullah.


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

SEMOGA KITA DIBERI KEKUATAN MELAKSANAKAN WASIAT INI SEBAIK-BAIKNYA. AMIEN!

Wednesday, April 8, 2009

JADILAH MANUSIA YANG BANYAK MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN

Saudara Ku…

Kita hidup didunia ini hanyalah sekadar singgah untuk mengumpulkan bekalan /pahala untuk dibawa ke Akhirat kelak. Secara umumnya Manusia didunia ini boleh dikategorikan kepadai empat jenis :

1. Manusia yang hidupnya pendek dan manfaatnya sedikit
2. Manusia yang hidupnya panjang tetapi manfaatnya sedikit
3. Manusia yang hidupnya pendek dan manfaatnya banyak
4. Manusia yang hidupnya panjang dan manfaatnya banyak

Mungkin kita ingat sabda Rasulullah “Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain ” (HR. Bukhari).”

Manusia yang hidupnya pendek dan manfaatnya sedikit.
Ini adalah jenis manusia yang wajar kita hindari, Alangkah celakanya kita jika tergolong dalam hidup seperti ini .. Sudahlah umurnya pendek, tidak pula bermanfaat kepada orang lain.

Manusia yang hidupnya panjang tapi manfaatnya sedikit.
Hidup yang mungkin hanya mendapatkan kenikmatan di dunia saja padahal Allah sudah memberi kesempatan kepadanya untuk memperbaiki hidupnya akan tetapi disia-siakan.

Manusia yang hidupnya pendek dan manfaatnya banyak,
Syukurlah manusia yang dikurniai Allah hidup seperti ini. Walaupun hidupnya di dunia sebentar akan tetapi dia bermanfaat bagi dirinya dan orang lain.

Manusia yang hidupnya panjang dan manfaatnya banyak ..
Subhanallah … Allahu Akbar, Maha Besar Allah yang telah menjadikan hamba ini panjang umur dan sangat bermanfaat bagi dirinya sendiri dan orang lain.
Kita harus ingat, sekecil apapun perbuatan kita yang baik tentu Allah akan membalas kebaikan itu sesuai dengan nisbahnya, kemudian ditiru oleh orang lain maka pahala yang diberikan oleh Allah selain untuk orang tersebut juga diberikan kepada orang yang memberi contoh perbuatan baik itu tanpa mengurangi sedikitpun pahala yang diberikan pada yang mengerjakannya. Begitu juga sebaliknya kalau kita memberi contoh perbuatan yang tidak baik tentu dosa itu akan berbalik kepada orang yang memberi contoh pertama kalinya. Bayangkan sudah berapa banyak dosa yang terhimpun pada diri kita hanya gara-gara memberi contoh yang tidak baik kemudian ditiru oleh orang lain ? Ibarat Multi Level Marketing, semuanya akan berantai sampai dihujungnya. Jadi … tinggal anda menghitung sendiri seberapa besar manfaat anda hidup di dunia ini bagi diri anda sendiri dan orang lain …

Wallahu a’alam

Tuesday, April 7, 2009

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! APABILA DATANG YANG HAK,YANG BATIL PASTI LENYAP!

MAJORITI : Nizar - 2,764
MAJORITI : Manikumar - 2,398


YANG DITUNGGU SUDAH MENJELMA,
SEGALA DEBARAN TERJAWAB AKHIRNYA,
DUA BUKIT SUDAH JATUH KE RIBA,
BATANG AI TAK APA, AKAN SAMPAI WAKTUNYA.


Dalam tulisan saya mengenai politik sebelum ini, sudah saya nukilkan bahawa sejarah kejatuhan sesuatu tamadun manusia terjadi adalah natijah kebejatan, kejahilan serta kebobrokan akhlak masyarakat tersebut. Selain itu kehilangan jati diri dan kelemahan minda serta kelesuan budaya berfikir turut menyumbang kepada kejatuhan tersebut. Sudah lebih 20 tahun budaya RASUAH,POLITIK WANG (SATU ISTILAH CUBA MENGHALALKAN RASUAH)YANG BERLELUASA DIKEMBANGBIAKKAN SEMASA ERA PENTADBIRAN MAHATHIR,telah memamah keutuhan solidariti parti pemerintah yang ditunjangi UMNO. Rentetan merebaknya virus rasuah dan pelbagai penyelewengan dan kerja-kerja tidak bermoral nampaknya sukar dibendung ibarat penyakit kanser yang sudah pada tahap 4 menjangkiti parti komponen lainnya seperti MCA dan MIC. Ibarat kanser tahap 4, saya kira memang sukar dirawat. Kembalinya Mahathir ke dalam UMNO hanya memburukkan keadaan dan menambah perpecahan dalaman.

Satu kesedaran yang saya kira agak jujur dilontarkan oleh Timbalan presiden UMNO Muhyidin Yassin semasa diminta komen oleh wartawan. Kata beliau "Saya akan menyarankan agar ditubuhkan panel Bebas untuk membuat postmortem kenapa kita kalah, kepada PM. Ia bebas dan bukan dibawah naungan UMNO",. Ini satu pernyataan jujur menunjukkan bahawa kredibiliti serta integriti UMNO dan BN memang sudah tidak dapat dijadikan sandaran apatah lagi rujukan.

Thursday, February 19, 2009

PENDUDUK KG CHE BEMA TURUT MEMBANTU PENDUDUK GAZA- BERJAYA MENGUTIP DERMA HAMPIR RM 3000.00 DALAM SATU SLOT CERAMAH PALESTIN

Keperitan dan kesengsaraan saudara-saudara kita di Gaza, Palestin turut dikongsi sama oleh penduduk Kg. Che Bema, Sg. Layar yang mempunyai 80 buah keluarga/rumah. Walau pun bilangan penduduk yang kecil, dengan program yang dianjurkan oleh jamaah surau Al Ikhwan yang menjadi nadi dan pusat tarbiah dan solat berjamaah warga kampung ini, ia telah berjaya mengutip derma kilat hampir mencecah RM 3000.00 dalam satu program ceramah anjuran bersama surau al Ikhwan dan HALUAN sebuah NGO Islam. Mudah-mudahan sumbangan ini memberi makna dan sokongan moral kepada Mujahidin-mujahidin Gaza serta diredhai oleh Allah s.w.t.

Saudara saudari ,
Renungkanlah sebuah kisah benar bagaimana seorang Tua miskin dan Lembu Tua yang Kurus Turut memberi sumbangan kepada jihad di Palestin.

Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza

Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.
Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.

Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.

Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.

Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.

Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.

Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.

ImageSebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.

Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."

Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.

"Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.

Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.

Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.

Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.

Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.

Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.

Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!

Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.

"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.

"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.

Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.

Tuesday, February 17, 2009

JANGAN BUKA AIB ORANG , NANTI ALLAH BUKA AIB KAMU!!

Menurut Rasulullah SAW, ketika kita gemar membuka aib orang lain, maka Allah pun akan membukakan aib dan kekurangan kita kepada orang lain. Na’uzubillah! Maka Jadikan diri kita sebagai kuburan bagi aib orang lain. Saat mendengar aib saudara kita, segera kubur dan jangan pernah kita buka, kecuali yang dibenarkan agama.

Gempar lagi!! Selepas kemelut politik di Perak hasil kerja bikinan kumpulan berkepentingan, dan ugutan serta tekanan yang dialami oleh Y.B Arumugam ADUN BukitSelambau sehingga meletak jawatan,kini EXCO kerajaan Selangor Elizabeth Wong pula menjadi mangsa mainan politik kotor dan tidak bermaruah. Ini sudah menjadi semacam trenda yang mula menjadi budaya buruk dan hodoh yang pasti bakal menerima tindakbalas dari pihak yang menjadi mangsa.

Saudaraku,....
Tidak ada manusia sempurna di dunia ini, selain Rasulullah SAW. Semulia dan setinggi apa pun darjat seseorang, pasti ia pernah melakukan dosa dan kesalahan. Kerana itu, tidak wajar bagi kita menghina dan merendahkan orang karena kesalahan dan dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Ketahuilah, saat kita menghina dan merendahkan mereka, sebenarnya saat itu pula kita telah merendahkan dan menginakan diri kita sendiri. Kecuali terhadap orang-orang yang memang telah direndahkan Allah.

Saturday, February 7, 2009

RENUNGKAN INI BAGI MEREKA YANG GILA INGIN MENJADI PEMIMPIN. KEMUDIAN BANDINGKAN DENGAN TRAGEDI KATAK LOMPAT DI PERAK






Apabila seseorang itu dilantik atau dipilih sebagai pemimpin, maka itu sebenarnya bukanlah satu berita gembira baginya. Kepimpinan bukan satu kebanggaan, bukan satu kehebatan dan bukan pula satu perkara yang menyeronokkan,tetapi kepimpinan adalah amanah Allah s.w.t yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab. Kepimpinan bermakna seseorang itu menerima bebanan besar dan akan dibicarakan oleh Allah s.w.t di Padang Mahsyar kelak.

Justeru, apabila seseorang itu dilantik sebagai pemimpin, maka janganlah ia mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan duniawi dengan menafikan hak orang lain. Manusia sering kali lupa daratan apabila berada dipuncak kejayaan. Mereka lebih suka mempamerkan kekayaan masing-masing melebihi daripada pendapatan yang diperolehi.

Mereka lupa bahawa Saidina Umar bin Al-Khatab, walaupun baginda hanya tinggal dalam rumah yang dibina daripada tanah liat dan hidup dengan penuh kezuhudan (kesederhanaan) , namun namanya tercatat didalam sejarah sebagai seorang pemimpin yang berjaya menggerakkan kuasa dunia ketika itu. Baginda adalah seorang pemimpin yang sangat dikagumi oleh kawan dan digeruni oleh musuh tanpa perlu mempamerkan kemewahan hidup baginda.
Kehebatan seseorang pemimpin itu bukanlah terletak pada kemewahan, sebaliknya kehebatan seseorang pemimpin itu terletak kepada kebijaksanaannya dalam menjalankan amanah Allah s.w.t.
Kita bimbang budaya hidup mewah ini akan menjadikan seseorang pemimpin itu terlajak dan betindak mengambil hak orang lain demi untuk membina imej mewah mereka. Sesungguhnya mengambil hak orang lain itu adalah merupakan satu kezaliman yang perlu dihindari. Nabi s.a.w mengingatkan kita di dalam sepotong hadisnya yang bermaksud :
" Sesiapa yang pernah menganiaya saudaranya, maka hendaklah dia meminta halal daripadanya pada hari ini, sebelum datang hari (kiamat), yang ketika itu ia tidak memiliki satu dinar mahupun satu dirham. Jika ia memiliki amal soleh, maka akan diambil pahalanya itu mengikut kadar kezalimannya. Dan jika ia memiliki pahala kebaikan , ia perlu mengambil dosa kejahatan sahabat yang dizaliminya itu (sebagai bayaran) lalu ia dicampakkan keneraka".

Allah s.w.t memberi amaran, supaya jangan mempergunakan kedudukan dalam apa jua jawatan sekalipun untuk mengaut keuntungan dan membina kekayaan melalui firmannya dalam surah al-baqarah ayat 188 yang bermaksud :
"Dan janganlah kamu makan atau mengambil harta orang-orang lain diantara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu dengan memberi rasuah kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, pada hal kamu mengetahui salahnya".

Perlu disedari, perbuatan mengenai orang lain amat berbahaya kepada kita, kerana sesungguhnya doa orang yang dizalimi sangat dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Jika kita mengenai seseorang , lantas orang itu menadah tangan memohon doa kepada Allah, maka dengan cepat Allah akan memakbulkannya. Sesungguhnya tidak ada satu hijab yang menghalang doa seseorang yang dizalimi itu daripada didengar dan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Berhati-hatilah daripada doa orang yang dizalimi, sesungguhnya diantara dia dengan Allah tidak ada tabir penyekat (yakni yang menghalang doanya dimakbulkan)".- Riwayat Ahmad

Satu lagi penyakit yang sangat berbahaya dan mudah berjangkit kepada mereka yang bergelar pemimpin ialah penyakit rasuah. Orang yang memegang kuasa seringkali terdedah dengan amalan rasuah. Suatu ketika Abdullah bin Umar r.a pernah berkata :
"Rasulullah s.a.w melaknat pemberi dan menerima rasuah"
Sesungguhnya islam menyuruh umatnya menghindarkan diri daripada penyakit ini dan apa-apa sahaja yang menjurus kearah rasuah. Bahawa baginda Rasullullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang memberi pertolongan dan sokongan kepada saudaranya untuk mendapatkan sesuatu, lalu saudaranya itu memberikannya hidayah kerana pertolongan itu , maka dia telah datang kepada satu pintu yang besar diantara pintu-pintu riba' "- Riwayat Abu Dawood


Apa yang penting disini ialah pemimpin mempunyai tanggungjawabnya terhadap apa yang dipimpinnya seperti memenuhi keperluan rakyat, menjaga keselamatan mereka, membawa kearah kebaikan dari sudut yang dipimpin juga mestilah mematuhi dan menghormati pemimpin dalam apa jua keadaan asalkan bersesuaian dengan agama. Untuk itu, pemimpin itu diibaratkan sebagai pelayan yang mesti melayan kehendak rakyatnya dan rakyat juga mmesti melayan keperluan pemimpin. Walaupun diantara mereka tidak sama dari sudut pangkat, tetapi mesti saling menunaikan tanggungjawab dan merasakan sama-sama saling perlu memerlukan antara satu sama lain.

Wednesday, February 4, 2009

PERTARUNGAN POLITIK DI NEGERI PERAK- SEJARAH DATOK MAHARAJALELA BERULANG KEMBALI

EPISOD MENDEBARKAN POLITIK NEGERI PERAK!! ANTARA YANG HAQ DAN YANG BATIL
SAPA AKAN JADI DATOK SAGOR, MAHARAJALELA DAN J.W.W BIRCH . TUNGGU DAN LIHAT!! BERITA TERKINI JAM 10.30 MALAM

PERHIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT

ESOK HARI KHAMIS 5FEB 2009

SEMUA SAF PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DARI SELURUH NEGARA

AKAN BERKUMPUL DI PERKARANGAN RUMAH MENTERI BESAR PERAK -IPOH

PADA JAM 3.00 PETANG

PADA JAM 7.00 MALAM MUNAJAT 100 RIBU RAKYAT

PADA JAM 8.30 SEMUA AKAN MENYATAKAN SOKONGAN TERHADAP KERAJAAN PAKATAN DI PERAK

Friday, January 30, 2009

MULIA, KUAT DAN KAYA - WACANA SYEIKH ABDUL QADIR AL- JILANY



SAUDARA SAUDARI,
PADA KESEMPATAN KALI INI SAYA INGIN PERSEMBAHKAN SEBUAH WACANA YANG PERNAH DISAMPAIKAN OLEH MANUSIA HEBAT YANG MENJADI KETUA PARA WALI DALAM SEBUAH WACANA INTELEKTUALNYA BERKISAR MULIA, KUAT DAN KAYA. SAMA-SAMA KITA TATAPI DAN HAYATI.

Mulia, Kuat dan Kaya

Syeikh Abdul Qadir Al-Jilany -Pagi hari di Madrasahnya, tanggal 19 Rajab 545 H.
Dari Nabi saw : beliau bersabda:
"Siapa yang senang menjadi manusia paling mulia, hendaknya bertaqwa kepada Allah. Dan siapa yang senang menjadi manusia paling kuat, hendaknya bertawakkal kepada Allah. Dan siapa yang senang menjadi manusia paling kaya hendaknya apa yang ada di tangan Allah lebih dipercaya BERBANDING apa yang ada di tangannya. (Hr. Al-Hakim di Al-Mustadrak).
Artinya siapa yang ingin kemuliaan dunia dan akhirat hendaknya bertaqwa kepada Allah Azza wa-Jalla:
"Sesungguhnya yang paling mulia diantara kalian adalah yang paling bertaqwa." (Al-Hujurat: 13)
Kemuliaan ada pada ketaqwaan seseorang, sedangkan kehinaan ada dalam maksiatnya. Siapa yang ingin kuat dalam agama Allah Azza wa Jalla hendaknya ia bertawakkal kepada Allah Azza wa Jalla, karena tawakal itu membenarkan hati, menguatkan, membersihkan, menunjukan dan menampakkan keajaiban Illahi. Karena itu jangan berserah diri pada wangmu, dinarmu, dan usahamu. Justru itu boleh melemahkan dirimu, karenanya tawakal-lah kepada Allah Azza wa Jalla, karena Allah Ta’ala menguatkanmu, menolongmu dan mengasihimu serta membukakanmu tanpa terduga disamping mengukuhkan hatimu.
Jangan peduli dengan datangnya dunia atau perginya dunia dari sisimu. Jangan peduli pula dengan penerimaan (dukungan) atau penolakan makhluk padamu, maka pada saat itulah anda menjadi manusia terkuat.
Bila anda berpegang pada harta, jabatan, keluarga dan usahamu, maka sama dengan anda menentang murka Allah azza wa Jalla, karena semua itu akan sirna. Disamping tipudaya dibalik semua itu, dimana Allah swt tidak senang ada yang lain selain Allah di hatimu.
Siapa yang ingin kaya dunia akhirat hendaknya betaqwa kepada Allah Azza wa Jalla, bukan takut pada yang lain. Hendaknya ia bersimpuh di pintuNya, malu bersimpung di pintu selain pintuNya. Seharusnya ia pejamkan mata hatinya untuk memandang selain Dia Azza wa Jalla, namun bukan mata kepalanya.
Bagaimana anda percaya dengan apa yang ada di tangan anda, sedangkan semua itu akan sirna? Sementara anda tidak percaya pada apa yang di Tangan Allah Azza wa Jalla yang tak pernah sirna? Semua ini karena kebodohan anda pada Allah Ta’ala, lalu beralih ke yang lainNya. Percayamu pada Allah membuatmu cukup, dan percayamu pada selainNya membuatmu fakir.
Wahai orang yang yang meninggalkan ketaqwaan, anda telah diharamkan mendapatkan kemuliaan dunia akhirat.
Wahai orang yang tawakal kepada makhluk dan usaha, anda telah terhalang dari kekuatan dan kemuliaan bersama Allah Azza wa-Jalla dunia akhirat.
Wahai orang yang percaya pada milik kuasanya, anda telah terhalang meraih kaya raya dunia akhirat bersama Allah Azza wa Jalla.
Anak-anak sekalian, jika anda menjadi orang yang bertaqwa, bertawakal dan percaya teguh pada Allah Azza wa Jalla hendaknya anda sabar. Karena sabar itu dasar setiap kebajikan. Bila niatmu benar dalam sabar, maka sabarmu hanya demi wajah Ilahi Azza wa Jalla, maka anda akan dapat balasan berupa cintaNya dalam hatimu, DekatNya padamu dunia akhirat.
Sabar itu berarti berserasi dengan ketentuan dan takdirNya yang telah mendahului pengetahuanmu, dimana tak seorang pun dari makhlukNya mampu menghapus takdir itu.
Hal demikian akan tertanam dalam diri mukmin yang yaqin. Maka sabar atas takdirNya itu memberi kemerdekaan, bukan keterdesakan.
Sabar di awalnya merupakan keterhimpitan, namun langkah berikutnya adalah kebebasan. Bagaimana anda mengaku beriman tetapi anda tidak bersabar? Bagaimana anda mengaku ma’rifat tetapi anda tidak ridho? Iman dan ma’rifat bukan sekadar pengakuan.
Tidak boleh dikatakan beriman dan ma’rifat sehingga anda memandang gerbangNya, membiarkan celaan dan sabar atas lingkar takdir dan pijakan manfaat dan derita, yang menginjak hatimu, bukan fikiran dan inderawimu, sementara anda tetap di tempat, seperti terbius, jasad tanpa ruh.
Perkara ini diperlukan ketenangan, tanpa gerakan, tersembunyi tanpa harus menghilang dari massa, dimana qalbu, sirr, batin, dan makna anda tidak ada di tengah mereka. Sungguh sudah banyak apa yang saya bicarakan, dan sungguh betapa sedikit yang kalian amalkan. Sudah panjang lebar saya uraikan tetapi anda tak pernah faham. Sudah banyak yang kuberikan, tetapi tidak pernah kalian ambil. Sudah banyak nasehatku tetapi anda tidak mengambil pelajaran.
Betapa keras hatimu betapa bodohnya kamu pada Allah Azza wa Jalla. Jika anda tahu dan beriman pada Pertemuan dengan Allah Azza wa Jalla, dan jika anda ingat mati serta apa yang ada dibalik kematian, kenapa anda masih berlaku demikian? Bukankah anda telah menyaksikan kematian ayah dan ibumu dan keluargamu? Telah menyaksikan kematian raja-rajamu? Bukankah itu telah menjadi peringatan dan nasehat bagimu dan mengendalikan nafsumu, disbanding upayamu berburu dunia dan cinta atas tetapnya dunia? Kernapa hatimu tidak cemburu, lalu kalian keluarkan dunia dan makhluk dari hatimu?

Tuesday, January 27, 2009

PARTI MELAYU TERAKHIR MENGALAMI PROSES KEPUPUSAN.





Menjelang Mac, 2009 kita akan dapat saksikan terpupusnya sebuah parti berasaskan kaum (Melayu) iaitu UMNO yang sering menggunakan slogan Parti Keramat Orang Melayu tetapi tidak langsung mempertahan dan memperjuangkan kepentingan bangsanya sendiri..Bahasanya sendiri...!! Hancurnya UMNO, bermakna hilanglah rakan-rakan kongsinya dalam BN yang tidak mungkin akan lagi terus setia kepadanya. Dan, saat itulah saat kehancuran bagi UMNO dan Barisan Nasional.
Saya melihat fenomena ini sebagai fitrah alamiah putaran roda bagaimana sebuah parti yang telah berusia 62 tahun bakal menemui ajalnya setelah beberapa kali mengalami pergolakan. Kehancuran Parti Melayu Terakhir ini bukan kerana asakkan dan gugatan dari parti-parti saingannya seperti PAS, Keadilan dan lain-lainnya, tetapi lebih kepada disebabkan gejala RASUAH yang melanda dan memamah setiap ahli, sistem dan struktur parti tersebut ibarat penyakit kanser tahap 4 yang sudah tidak mampu diubati dan dirawat lagi.

Tewas di lima buah negeri termasuk Wilayah persekutuan, diikuti kemenangan bergaya pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil permatang Pauh dan terbaru Kuala Terengganu menjadikan UMNO semakin nazak.

Ia bermula dari sikap para pemimpinnya yang telah menyalahgunakan amanah dan tanggungjawab yang diberi dan hilangnya INTEGRITI dikalangan pimpinan. Gejala ini telah menghilangkan keyakinan ahli dan rakyat seluruhnya. Jadi ia ibarat ikan yang membusuk yang bermula dari KEPALAnya. SUDAH SAMPAI MASANYA UNTUK PARA YB DAN AHLI UMNO memikirkan untuk mencari dahan baru buat bergantung bagi meneruskan sisa-sisa perjuangan jika pun masih ada idealisme perjuangan. Barangkali Parti Melayu yang lebih telus dan ditunjangi oleh ISLAM yang bersifat universal dan GLOKAL (meminjam istilah Najib) sebagai asas perjuangan merupakan pilihan terbaik jika masih sayangkan masa depan anak cucu orang-orang UMNO. TUKARLAH KAPAL DAN JONG SEBELUM IA PECAH DAN KARAM. JANGAN SAMPAI "JONG PECAH YU KENYANG" . Fikir-fikirkanlah.
Tunggu komen dari Bob Marleysia, YB Sidam, YB Kulim .

Monday, January 19, 2009

TAHUN 2009 BAKAL MENYAKSIKAN LEBIH 1 JUTA RAKYAT MALAYSIA HILANG PEKERJAAN!!!....


JIKA INI TERJADI KEADAAN KITA AKAN BERPULUH KALI GANDA LEBIH TERUK DARI SEMASA KRISIS EKONOMI 1985 DAN 1998.

KERAJAAN secara perlahan-lahan telah cuba memberitahu kita BERITA BURUK dan menakutkan. LEBIH 45,000 PEKERJA AKAN DIBERHENTIKAN MENJELANG TAHUN BARU CINA TAHUN INI. Manakala menurut MEF(Malaysian Employers Federation) sekitar atau lebih 400,000 orang pekerja lagi akan turut kehilangan pekerjaan menjelang akhir tahun 2009. Di Singapura pula seramai lebih 500,000 orang pekerja rakyat Malaysia akan juga kehilangan pekerjaan apabila kerajaan singapura menghentikan mereka atas alasan kegawatan ekonomi dunia. Jadi jumlahnya mencecah 1 juta orang. Perhatikan berita dari BERNAMA berikut:
KUALA LUMPUR, Jan 18 (Bernama) -- Some 45,000 workers in the manufacturing sector may temporarily be out of job soon with most factories in the country to cease operations for the Chinese New Year celebration.
Human Resources Minister Datuk Dr S.Subramaniam said this would happen because the factories would shut down operations for two or three weeks and the workers were asked to take leave, either on paid or unpaid leave, depending on their respective employers.

"This (shut down) is because of a drop in demand for their products and because of that they (factories) have to temporarily terminate their workers," he told reporters after opening the Agro Explosion 2009 Seminar & Workshop, here today.

He said that as of Jan 12, 14,000 workers from various sectors lost their jobs because of the world economic slowdown, but that there were some 15,000 job vacancies in various sectors registered at the ministry.


Apa strategi berkesan untuk menghadapi fenomena sebegini yang patut diambil oleh pihak kerajaan dan pelbagai pihak lagi.??
NAMPAKNYA KITA KENA MULA TANAM POKOK UBI SEBAGAI LANGKAH BERJAGA-JAGA SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH SAHABAT SAYA DI KULIM DAN SIDAM KIRI!!

Wednesday, January 14, 2009

BAGAIMANA MAHU KHUSYUK DALAM SOLAT




TIDAK ADA YANG LEBIH UTAMA UNTUK DIPELAJARI DAN DIKETAHUI BAGI MENCAPAI KETENANGAN JIWA DAN KESEJAHTERAAN JASMANI DAN ROHANI MELAINKAN CARA UNTUK MENDAPATKAN KHUSYUK SEMASA SOLAT

Petua Khusyuk Solat

Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-

yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-


"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-


yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.


5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.


7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:



"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

TUNGGU APA LAGI WAHAI NEGARA-NEGARA UMAT ISLAM!! HANTAR TENTERA , LINDUNGI PALESTIN SEBELUM TERLAMBAT!!...




Menurut laporan kematian rakyat awam sudah mencecah lebih dari 1000 orang manakala yang tercedera meningkat kepada lebih dari 5,000 orang dan manakala yang menjadi pelarian kini sudah melebihi 80,000 orang.

Bukan sahaja agendanya adalah bunuh Hamas, tetapi juga bunuh rakyat yang menyokong Hamas dan bunuh anak-anak yang bakal menyokong Hamas.
Tidak ada jalan selain dari seluruh negara-negara Islam kini perlu menghantar tentera untuk menghadapi Israel dengan kekuatan tentera sekaligus melindungi penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Wahai Parti Pas! Anda sebagai parti Islam, Segeralah bertindak pro aktif, Buka Pendaftaran untuk dapatkan nama-nama rakyat Malaysia yang sanggup pergi ke Palestin, Diikuti oleh UMNO (Kalau ada Keberanian), ABIM, MBM, NGO . Ini akan memberi tunjuk ajar kepada Kerajaan Malaysia , Indonesia dan seluruh negara-negara umat Islam lain untuk melakukan perkara yang sama. Sudah tak ada gunanya demonstrasi kerana Israel dan USA tak akan faham dengan kaedah itu. Ini peluang nak MATI SYAHID. Tolong segerakan. Saya akan menjadi orang pertama mendaftar diri.Demi Allah.
Anda bagaimana??
BUKAN SENANG NAK DAPAT PELUANG MATI SYAHID! AYUH! BERTINDAK SEGERA.

Thursday, January 8, 2009

BANGKIT WAHAI SAUDARAKU!!! LAKUKAN APA SAHAJA UNTUK MEMBANTU MEMBEBASKAN PALESTIN DARI CENGKAMAN ZIONIST YAHUDI LAKNATULLAH



KEKEJAMAN TENTERA ISRAEL SUDAH TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN
TIDAK AKAN ADA RUANG UNTUK PERUNDINGAN DENGAN BANGSA INI.KECUALI JIHAD. JIHAD!

Saban hari saban waktu kita dihidangkan dengan berita kekejaman, kezaliman dan penyembelihan oleh bangsa yahudi dibawah fahaman zionisme ke atas saudara-saudara kita rakyat Palestin. Kemajuan kebendaan dunia dan kemajuan tamadun berteraskan Barat yang dilaung-laungkan oleh golongan bertopengkan HAK ASASI MANUSIA MANUSIA gagal menangani secara adil persoalan palestin. NO EAST NO WEST, ISLAM IS THE BEST. HANYA MENGIKUT KAEDAH ISLAM SAHAJA MAMPU SECARA TUNTAS MENANGANI PERMASALAHAN YANG BERLARUTAN INI. JIHAD HANYALAH SATU-SATUNYA JALAN. JIHAD DARI SEGENAP SUDUT!!!

1 - Marila kita menunaikan Solat hajat (Qunut nazilah)...


2- Boikot lah Semua Barang Keluaran Laknatullah selagi Terdaya
Berikut adalah beberapa produk yang dikeluarkan oleh Amerika syarikat yang memberikan pulangan besar kepada Yahudi Israel Untuk meneruskan usaha membelasah dan membunuh ummat Islam Palestin Antaranya
Restoran:

KFC
Arbys
McDonalds
McBurger
Pizza Hut
Chilies
Hardees
Paridies
Pizza Little Sitzer
Jack in the Box
A&W
Kantez
Baskin Robbins
Wimpy
Dominos Pizza
Texas
Slizer

Produk Makanan & Minuman AS:
Minuman:
- Pepsi dan anak perusahaannya: Mirinda dan 7up
- Coca-Cola dan anak perusahannya (Anda kalau membaca tulisan Cola-cola dari belakang botol, akan tertulis: no Muhammad, no Mecca): Sprite dan Fanta

Produk Hanes and Crystal: Mayonnaise, Kecap
California Garden and Warner & Lambert
T-Shirt, Sepatu: Semua baju dan sepatu merk Nike (pernah tertulis kata "Allah" dalam sebuah produknya), Adidas, Kate dan Calvin Klein
Peralatan elektrik : Power, Union Air, Clifinitour , Admiral, Harmony, Alaska, Duncan, Motorola, Alcatel.
Baterei: Everydy, Energizer dan Doorsill
Mobil: Ford, Chrysler, Hammer, Chevrolet, Puck

Dan Semua produk General Electric

Perusahaan-Perusahaan AS yang menyumbang dana kepada Zionisme Internasional:
A & M FOODS
A & W BRANDS
A. CAMACHO, INC .
A. ZEREGA'S SONS
A. PANZA & SONS
A.E. STALEY MANUFACTURING COMPANY
A.J. ALTMAN
A.L. BAZZINI CO
A ARHUS, INC
ABBA AB BEIJER COMPANY
ABCO LABORATORIES
ABEL & SCHAFER
ABELES & HEYMANN
ABRAHAM'S NATURAL FOOD
ACCRU PAC GROUP
ACE BAKING CO .
ACIME SMOKED FISH CORP
ADAMS VEG. OILS
ADAM MILLING
ADRIENNE'S GOURMET FOODS
ADVANCED SPICE & TRADING

Sunday, December 28, 2008

MENGAPA HARGA SAWIT DAN GETAH JATUH MERUDUM BEGITU TERUK SEKALI?

Semasa pilihan raya umum ke-12 pada bulan Mac lalu, harga komiditi kelapa sawit mencecah RM850 setan, manakala harga getah RM4.50 sen sekilogram.

Sekarang ini, harga kelapa sawit merudum kepada RM250 setan dan getah pula sembilan puluh sen sekilogram.

Perit, sakit dan meggigit-gigit, membuahkan rasa sebak, dan ingin memberontak! itulah barangkali keadaan yang dirasai oleh para penoreh, pekebun, peladang dan semua yang terlibat dengan industri pertanian.

Alasan yang diberi oleh pemimpin kerajaan masih lagu lama, berlaku lambakan hasil di pasaran dunia. Hanya Malaysia, Indonesia dan Thailand pengeluar utama sawit dan getah iaitu dengan permintaan dan penggunaan kian berkembang, adakah itu alasannya?

Kos sara hidup pula begitu tinggi dan ini menyebabkan keadaan inflasi dijangka naik melebihi lima peratus pada tahun 2009 ini.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak memberi jaminan ekonomi negara tidak terjejas meskipun berlaku kelembapan ekonomi dunia bagaikan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MFF) menganggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan hilang pekerjaan pada suku pertama dan kedua tahun 2009 ini.

Jabatan Tenaga Kerja (JKT) memaklumkan seramai 4,749 pekerja akan diberhentikan oleh 102 majikan dalam tempoh tiga bulan ekoran krisis ekonomi global.
Sekalipun ada Akta Kerja 1955 untuk menjamin majikan membayar pampasan dengan jumlah tertentu, ada pekerja yang tidak dibayar gaji dan pampasan kedengaran di sana sini.

Saudara,
Jawapan yang benar-benar jelas, telus dan meyakinkan perlu diberi oleh pihak kepimpinan kerajaan untuk memberi kefahaman dan menghilangkan keresahan rakyat.
Macamana? Boleh dapat jawapannya semasa kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu ke?

Friday, December 26, 2008

PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU - SILA MAINKAN ISU BAHASA MELAYU,HARGA BARANG DAN PENGGADAIAN WARGANEGARA (MYKAD)

Pilihanraya kecil Kuala terengganu yang akan berlangsung dalam masa terdekat merupakan medan terbaik untuk rakyat menyampaikan mesej jelas dan tegas kepada kepimpinan negara agar tindakan segera dilakukan untuk mengatasi masalah besar yang menjadi kebimbangan rakyat. TUNTUTAN TERSEBUT IALAH:

1) HAPUSKAN SEGERA PELAKSANAAN PPSMI BERKUATKUASA SESSI PERSEKOLAHAN JANUARI 2009.
TERUS DAULATKAN BAHASA MELAYU.
2) TUBUHKAN SATU SURUHANJAYA DIRAJA YANG BEBAS MENYIASAT PEMBERIAN KAD PENGENALAN
(MYKAD) OLEH PIHAK TIDAK BERTANGGUNG JAWAB KEPADA WARGA ASING DI SABAH DAN
LAIN-LAIN NEGERI. DEDAHKAN SIAPA DALANG, PENGKHIANAT DAN PENJENAYAHNYA!
3) TINDAKAN CEPAT DAN BERKESAN MENGATASI KENAIKAN HARGA BARANG.

Ini bukanlah satu ugutan kepada kerajaan, tetapi merupakan permintaan dan hak rakyat pembayar cukai yang wajib dilayan sewajarnya tanpa sebarang dolak dalik lagi oleh pemerintah.