Thursday, June 12, 2014

GEMPAR ISU BANK RAKYAT KENA UGUT....MUNGKINKAH SEJARAH KEHILANGAN BANK BUMIPUTERA AKAN BERULANG...MANA SLOGAN HIDUP MELAYU



MENTERI UGUT LEMBAGA PENGARAH BANK RAKYAT...APA SPRM BUAT??? BILA NAK SIASAT????
http://www.ustream.tv/recorded/48647774

Tuesday, June 10, 2014

JANGAN KAU SANDARKAN HARAPAN,

JANGAN KAU SANDARKAN HARAPAN,
PADA MEREKA YANG ZALIM DAN TIADA PERIKEMANUSIAAN,
KELAK NASIB MU PASTI AKAN DIPERJUDIKAN,
KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK SENDIRI MATI KELAPARAN.
MANA UMNO, MANA PERKASA, MANA JATI,
MELIHAT BANGSA MU DITINDAS, DI HINA DAN DI KHIANATI.
KOKOK MU BERDERAI-DERAI TANPA KAU SEDARI,
EKOR RANGGI MU BERGELUMANG TAHI..
Kurang sebulan kita menyambut Ramadan, Datuk Bandar & PTG WPKL tetap bertegas merobohkan rumah penduduk Kg Chubadak Tambahan, Sentul. Malam ini mereka tidur dekat tapak rumah yang diratakan. BN zalim! Laknat buat Datuk Bandar!
Mangsa kerakusan regim menjelang Ramadhan. Stiap kali mjelang Ramadhan ada saja kes serupa. Entah sedar ke tidak kita....
Anak melayu merempat...tanah diduduki bertukar milik ke tangan pemaju semua gara2 umno. Peristiwa malang yg silih berganti saban tahun. Tapi sebab umno itu Islam...masih ramai yg mahu sandarkan percaya kpd mereka....ironik!
Selepas rumah diranap dinding oleh jentolak...ada yg cuba menyelamatkan apa yg perlu....tak sangka regim umno sekeras itu gamaknye.
Kalau masih ada yg mahu percaya umno itu akan berubah....kelak yg menjadi mangsa adalah rakyat juga
Walau barangkali beberapa kerat pimpinan akan ada yg rasa terbela oleh pemimpin umno yg durjana....tapi air mata rakyat akan terus mengalir tanpa henti....bukan sekali dua...bukan sehari dua...bukan sebulan dua...bukan setahun dua....
Hanya rakyat yg berani dan keberanian yg terzahir daripada pengalaman sendiri...melihat dgn mata kpala sendiri akan berjaya bangkit sesungguhnya utk tumbangkan regim.
Kalau yg enak di kerusi empuk bilik berhawa dingin...kealpaan itu kapan saja akan pamit dan mengulit jiwa dan kesedaran yg sempit.
Lawyer yg wakili mereka selama ini rupanya adalah umno.
Dipaksa pindah ke PPR Taman Muda tingkat 7 dan 8....yg blm pun ada bekalan elektrik

Sunday, June 8, 2014

DAERAH SEPI ITU


                                                               
DAERAH SEPI ITU

Daerah sepi itu...
Terasing jauh dari  kebiasaan,
Terasing dari keduniaan dan shawat-shahwatan
Terasing dari nikmat palsu nafsu nafsi
manusiawi tahap fisiologi haiwani

Daerah sepi itu...
sukar dicapai mau pun diredah 
umpama belukar tebal
Penuh duri onak kerikil tajam 
menikam menghunjam tanpa belas kasihan

Daerah sepi itu...
Sukar dimasuki tanpa iman tingg
Tanpa berbekal syariat mantap
Tanpa torikat berkat dan bersanad

 Daerah sepi itu...
 Pernah dihuni al Halaj ,
dipimpin Syeikh Qadir Jailani
diterokai Syekh Siti Jenar @ Lemah Abang
 tidak ketinggalan Hamzah Fansuri

 Daerah sepi itu...
 Bukan untuk insan gelabah
 Bersifat mazmumah walau pun berjubah
 Apatah lagi riak takbur  ujub dan sum’ah

Daerah sepi itu...
Tidak mengira pangkat status mau pun darjat
Kerana ia adalah kemuncak maqam para Du’at
Pengamal Ilmu syariat, Torikat , hakikat dan makrifat
Maqam tertinggi yang mengangkat  darjat ummat

 Nashuha Jamidin Al Pontiani,
 8 Jun, 2014.




SENIKATA LAGU 1

JODOL LAGU : BUNGA KEMUNING

OH  KEMUNING BUNGA NAN SUCI
PUTIH BERSIH WARNA MU BERSERI
SEMERBAK HARUM MU NAN MEWANGI
KAU MENJADI AROMA TERAPI

OH  KEMUNING BUNGA IDAMAN
MENAMBAT HATI KU YANG SEDANG RAWAN
DI HENING SUBUH  KAU SUNGGUH MENAWAN
AROMA  MU NAN MENYEGARKAN


CHORUS
OOH KEMUNING...

HADIRMU MENYERI HALAMAN
BERKEMBANG WALAU TAK DIHIRAUKAN
HARUM MU MENYUBUR FIKIRAN
MEMANDANG MU JIWA  DAMAI TENANG

KALA MUSIM GUGUR TIBA
DI SUBUH HENING KU BUKA JENDELA
HATI KU PUN HIBA MELIHATNYA
KAU GUGUR KE BUMI AKHIRNYA

BEGITULAH RESAM DUNIA,
FITRAH MAKHLUK KEMBALI  PADANYA
IBARAT BAK PUSINGAN RODA
OH KEMUNING  KAN TETAP DIPUJA

OOH KEMUNING...


Lirik:                 Nashuha   Al Pontiani,
Melody/lagu:  Nashuha   Al Pontiani,

5 Jun 2014.
Villa Nashuha, Sungai Layar.


________________________________________________________________________________


AKHIR KESUDAHAN INSAN
Ku tuliskan lagu ini,
Sebagai nasihat dan pedoman
Dunia tempat cari bekalan
Akhirat tempat pembalasan

Dunia ini sementara saja,
Akhirat juga kekal selamanya,
Jangan biarkan diri mu alpa,
Kelak menyesal tidak berguna

      Jiwa tenang rasa bahagia,
      Jadikan itu agenda kita,
      Harta bukan segala-galanya
      Tidak mampu menjamin ke syurga

      Ooo....ooo....Ya Rahman....
      Ooo...ooo.... Ya Rahim........

      Dihadapan Tuhan kan di hisabkan,
      Amal baik amal jahat kan ditayangkan,
      anggota tubuh kecuali mulut kan melaporkan,
      Titian Siraat diseberangi tak terelakkan.

      Ooo....ooo....Ya Rahman....
      Ooo...ooo....Ya Rahim........

Tidak siapa yang boleh dipersalah,
Tanggung sendiri apa yang terserlah,
Semasa hidup solat yang utama paksi ibadah,
Siapa culas lalai kan terima padah

Akhirnya bersemayam lah diri,
Di neraka yang penuh  duri  api dan ngeri,
Atau ke syurga penuh nikmat bahagia dan bidadari,
Tak guna lagi ditangisi dan di sesali.

Yaa....Allah....Yaa Ilahi....                                 }  
Anta  maksudi....Wa ridhoka matlubi......           }3x


Nashuha Al Pontiani,

19 Jun 2014

Friday, June 6, 2014

PANTUN SUFI- KECELARUAN MINDA AKIBAT HATI GAGAL BERFUNGSI SEBAGAI CERMIN

KECELARUAN MINDA
AKIBAT  HATI GAGAL BERFUNGSI SEBAGAI CERMIN

Kain kapan tolong balutkan,
Tamatlah sudah doa dipohon,
1930 Teori Letupan Besar diutarakan,
Dunia kini berusia 4.5 bilion tahun.

Zaman Mesozoik jauh terkemudian,
Berbanding kejadian Bumi  dan Alam,
Adam dicipta sebagai manusia permulaan,
Hawa pula dijadikan sebagai teman.

Dunia ini sudah pun tua,
Manusia bermula  Adam dan Hawa,
Angkara Iblis tercampaklah mereka ke dunia,
Di Jabal Rahmah bertemu cinta syahdu berbunga.

Sejarah terukir di Jabal Rahmah,
Berkembang biak manusia di bumi,
Iblis tak mungkir janji dan sumpah,
Menyesatkan  manusia sehingga mati.

Iblis menghasut manusia berseteru,
Jenayah pertama bertumpah darah,
Qabil bunuh Habil ikutkan nafsu,
Kejayaan Iblis menggoda sangatlah parah.

MH370  kapal terjunam dalam lautan,
Amerika dan Zionis Yahudi punya temberang,
Bukan desakan akal, fizikal nak tunjuk kekuatan,
Hasad dan dengki di dalam Hati tempat bersarang.

Cenderawasih burung di awan,
Terbang bersama menuju utara,
Ingatlah kawan handai dan taulan,
Hati tempat bermula segala angkara,

Merawat hati amatlah penting,
Pendidikan dirumah, disekolah mau pun dijalanan.
Masyarakat bobrok semakin gawat amat meruncing,
Akibat hati manusia tidak dididik digilap dari kotoran

Kesedaran Spiritual dan Kesedaran Emosi diri,
Dalam Hadis 1400 tahun dulu Rasulullah dan ingatkan,
Jika baik ia maka baiklah seluruh Diri,
Seketul daging bernama Hati itulah gerangan.

Marilah Kembali ke akar kita,
Gilaplah Hati bagai Cermin kehidupan,
Hati membantu mengenal Tuhan Maha Pencipta,
Akhlak nan  terpuji musnah Kebejatan dan kecelaruan.

Ubat  hati itu ada lima perkara,
Yang pertama baca Qur’an tengok makna,
Yang Kedua Solat Malam kerjakannya,
Yang Ketiga Orang soleh jadi temannya.

Yang keempat Rajin-rajin Berpuasa,
Yang kelima Zikir Malam biar Lama,
Salah satu nya siapa dapat lakukannya,
Mudah-mudahan Allah Ta’ala beri Kurnia.

Nashuha Jamidin Al Pontiani,

7 Jun, 2014.PAN

LIRIK LAGU GUBAHAN KU

BUNGA KEMUNING

OOH ...KEMUNING....

OH KEMUNING BUNGA NAN SUCI
PUTIH BERSIH WARNA MU BERSERI
SEMERBAK HARUM MU NAN MEWANGI
KAU MENJADI AROMA TERAPI

OH KEMUNING BUNGA IDAMAN
MENAMBAT HATI KU YANG SEDANG RAWAN
DI HENING SUBUH KAU SUNGGUH MENAWAN
AURA MU NAN MENYEGARKAN

Chorus

OOH KEMUNING...

HADIRMU MENYERI HALAMAN
BERKEMBANG WALAU TAK DIHIRAUKAN
HARUM MU MENYUBUR FIKIRAN
MEMANDANG MU JIWA DAMAI TENANG

KALA MUSIM GUGUR TIBA
DI SUBUH HENING KU BUKA JENDELA
HATI KU PUN HIBA MELIHATNYA
KAU GUGUR KE BUMI AKHIRNYA

BEGITULAH RESAM DUNIA,
FITRAH MAKHLUK KEMBALI PADANYA
IBARAT BAK PUSINGAN RODA
OH KEMUNING KAN TETAP DIPUJA

OOH KEMUNING...

Lirik: Nashuha Al Pontiani,
Melody/lagu: Nashuha Al Pontiani,
5 Jun 2014.
Villa Nashuha, Sungai Layar.

Tuesday, June 3, 2014

PEMIMPIN FLIP FLOP BILA HALAL DAN HARAM MENJADI HALAM

PEMIMPIN FLIP FLOP
BILA HALAL DAN HARAM MENJADI HALAM
Lidah bertutur berdolak dalik,
Sekejap halal sekejap haram,
Satu Malaysia dah jadi pelek,
Pemimpin Flip Flop sudah tak keruan.
DNA babi dalam cadbury disahkan Haram,
Kementerian Kesihatan punya dapatan,
Tup tup JAKIM dengan bangganya mempertahankan,
Tiada yang haram sampel di kilang ikut piawaian.
Sampel di pasaran ada DNA babi,
Sampel di kilang konon tiada DNA Babi,
Siapa sebenarnya menyamar menjadi babi,
Janganlah ada perangai babi berlagak seperti nabi.
Terlalu Pelek negara ku Malaysia,
Sekejap haram sekejap halal punya agenda,
Siasatan berjalan Produk dipasaran mesti dirampas dan dsita ,
Semoga rakyat tidak ragu dan curiga.
Operasi dihentikan sijil halal di batalkan,
Cadbury dipasaran dikumpul dan dimusnahkan,
Siasatan menyeluruh dan bawa ke pengadilan,
Barulah rakyat menaruh yakin dan kepercayaan.
Babi tetap babi walau ia di sebut khinzir,
Najis Mughalazah perlu disamak dan dibersihkan,
Wahai Menteri yang bernama Jamil Khir,
Jangan melatah, siasatan terperinci perlu di lakukan.
Bila Rasuah dah jadi amalan,
Benda yang bersih menjadi kelam,
Halal ka haram ka jadi perbalahan,
Yang ambil mudah buat hukum baru dikira ‘HALAM’.
Harapkan seri Bentan Telani,
Cantik nya paras wajah nan berani,
Harapkan Pak Menteri tegas dan berani,
Kiranya sibuk kerja keras menjaga Kroni.
Nakhoda Busu dari mataram,
Membawa golok dan buah rokan,
Terminun susu bersumber cara yang haram,
Abu Bakar menjolok tekak habis dimuntahkan.
Apa dilihat bumi mataram,
Tak akan sama bumi Langkasuka,
Jauhi subahat jauhi yang haram,
Hindarkan diri dari api neraka.
Nashuha Al Pontiani,
3 Jun 2014





ISU KHINZIR DALAM MAKANAN
Dimana JATI dimana PERKASA ,
Di mana Zul Nordin Pembela Melayu,
Tanggungjawab terbesar di pundak PENGUASA,
Muslim di hina, di perlekeh dan layu.
Panda duduk berhawa dingin,
Rakyat pula ramai dah miskin,
Korupsi dan culas cakap tak serupa bikin,
Punca Halal Haram tak dapat dicerakin.
Dua tiga Khinzir berlari,
Manakan sama Panda sewaan,
Rasuah, Riba, judi dah lama dinikmati,
Kini khinzir berleluasa dlm makanan.
Penabur Fitnah semakin gelabah,
Terdedah semua Kerja bodoh, porno dan bejat,
Sebab dah banyak makan Cadbury jadi juadah,
Hati dah hitam cepat-cepatlah pakat bertaubat.
Tindakan saman sangatlah patut,
Maruah Ummat patut di bela,
Sijil halal suda patut dicabut,
Agenda jahat selalu dipantau dan diselia.
Bukan sekadar dalam makanan,
Dalam ubatan juga berleluasa,
Tambah bilangan pekerja pemeriksaan,
Hukuman setimpal mesti dikuatkuasa.
Perancangan Zionist umpama barah,
Menghancurkan ummat di desa dan pekan,
Kalau najis mughalazah dah jadi daging dan darah,
Mana mungkin doa kita dimakbulkan.
Insan bertaqwa selalu berwaspada,
Setiap yang masuk kedalam perut,
Pilihlah ketua yang ilmu dan iman di dada,
Kepada Azab Allah sentiasa takut.
Zaman ini zaman Edan,
Sudah diingatkan penyaer Rangga,
Dunia tempat mencari bekalan,
Untuk ke akhirat menuju Syurga.
Nashuha Al Pontiani,
28 Mei 2014

Thursday, May 15, 2014

HILANGKAN STRESS DAN TERAPIKAN DIRI SENDIRI DAN MINDA ANDA


SEKADAR MEMENUHI PERMINTAAN SAHABAT2 UNTUK MERAIKAN MEREKA YANG BERSARA SEBAGAI PENSYARAH KANAN IPGK DARULAMAN.

SELAMAT BERSARA DAN SEJAHTERA SERTA BAHAGIA SELALU....

'Dr M, jadilah orang tua yang segera bertaubat'

'Dr M, jadilah orang tua yang segera bertaubat'


Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014.
Saya kira Dr Mahathir melatah lagi.

Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir.

Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!

Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanoushi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.

Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini.

Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.

Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Anwar.

Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat.

Dr Mahathirlah yang mereka fitnah liwat terhadap Anwar.

Mangsa fitnah

Namun Dr Mahathir tidak pernah berupaya menampilkan empat saksi sepertimana yang Al-Quran wajibkan. Rakan-rakan Anwar dari kalangan tokoh-tokoh Ilmuan Islam ini terus mendokong Anwar kerana kayu ukur mereka ialah Al Quran. Keyakinan mereka ialah Anwar menjadi mangsa fitnah jahat Dr Mahathir.

Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri memperalatkan seluruh jentera pemerintah termasuk media, polis, peguam negara dan mahkamah untuk  melengkapkan fitnahnya terhadap Anwar. Dipenjarakan tujuh tahun, bebas dan Anwar terus berjuang.

Apakah Dr Mahathir berhasil “membunuh” Anwar? Tidak sama sekali!

Kalau dahulu ketika masih berkuasa Dr Mahathir boleh sahaja menyekat dan memenjarakan Anwar. Hari ini pun kerajaan Umno/ BN boleh terus menyekat Anwar menyampaikan syarahan di universiti-universiti awam dan swasta di negara kita.

Kerajaan Umno/BN malah boleh mengugut mahasiswa-mahasiswa Malaysia di luar negara agar jangan mengikuti syarahan Anwar.

Namun Dr Mahathir dan kerajaan Umno/BN tidak boleh menyekat universiti-universiti terkemuka di rantau ASEAN, di Eropah, di Amerika Syarikat dan di Timur Tengah dari terus mengundang Anwar. Anwar sering dijemput mengupas pelbagai tajuk menyentuh persoalan umat Islam dan dunia seluruhnya.

Saya pernah berpergian bersama Anwar ketika beliau diundang menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan banyak negara-negara lain. Siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar?

Untuk makluman Dr Mahathir, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat.

Di Tunisia misalnya Dr Rashid Ghanoushi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada seluruh ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia.

Kupas topik Islam

Di Turki, Perdana Menteri Tayyib Erdogan menjemput Anwar berucap di Istana Presiden mengupas topik Islam dan kebangkitan dunia arab.

Satu ketika di Mesir seingat saya pada 2010, Anwar dijemput menyampaikan ucaputama persidangan antarabangsa Islam dan Demokrasi.

Di Singapura, bertempat di World Trade Center, ucapan Anwar pula ditujukan kepada tokoh-tokoh media dunia.

Di Indonesia pengaruh Anwar bukan kepalang. Seorang teman saya asal Bogor pernah bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling berselisih dan berbeda pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh sahaja bersatu kalau mengkagumi Anwar.

Pesantren, universiti, badan-badan pemikir dan intelektual Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan pidatonya.

Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra.

Pada masa yang sama Anwar giat mempelopori maqasid syariah dan membentang kertas seminar Islam dan demokrasi di serata dunia.

Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat.

Anwar juga dilantik penasihat ekonomi Qatar dan beberapa institusi perbankan di negara arab.

Bunuh karekter

Elok juga saya mengingatkan Dr Mahathir bahawa Anwar yang cuba dibunuh karakternya oleh Dr Mahathir cuma manusia biasa. Hormat orang kepadanya bersebab. Fitnah Dr Mahathir hanya “berhasil” di dalam kalangan Umno. Itupun bukan semua.

Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini. Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah.

Bagaimana sebenarnya Dr Mahathir mahu dingati? Berkuasa selama dua puluh tiga tahun legasi yang ditinggalkannya ialah merosakkan institusi kehakiman, menekan kebebasan media, menyuburkan budaya rasuah, memunggah kekayaan negara menjadi kekayaan peribadi, memusuhi institusi raja-raja Melayu dan berkekalan memusuhi ulama.

Ketika Anwar masih terus dengan tradisi ilmu dan rapat dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Tariq Suwaidan, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Mahathir pula rapat dengan Ananda Krishna, Francis Yeoh dan Syed Mokhtar Bukhary.

Ketika anak-anak Anwar membesar dan membina kerjaya yang cukup sederhana, Dr Mahathir pula cemerlang membantu anak-anaknya mencipta nama tergolong kelompok mahakaya di Malaysia!

Ketika Anwar terus berjuang membela rakyat, menolak politik perkauman, mengajak rakyat mencari titik persaudaraan, menuntut kekayaan negara diagih secara adil, Dr Mahathir pula kekal dengan gaya politik lama, usang, tidak pernah puas menimbun kekayaan dan penuh dendam kesumat.

Saksikanlah pada usia lebih 80-an tahun Dr Mahathir terus menyerang Anwar tanpa henti. Tidak pernah ada tanda-tanda beliau sedar dan insaf perbuatan fitnahnya terhadap Anwar. Pesanan buat Dr Mahathir, sesungguhnya Allah swt menyayangi hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat dan membersihkan diri.

Sebaliknya Allah juga bencikan orang yang tidak mahu bertaubat dan paling dibenci-Nya ialah orang tua yang tidak mahu bertaubat. Doa saya agar Dr Mahathir tidak tergolong dalam kalangan jenis itu dan dibuka pintu hatinya. Amin ya Rabb.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL ialah setiausaha agung PKR
 

Monday, May 12, 2014

DUNIA SEMAKIN TUA, DAJJAL SUDAH DIAMBANG KEMUNCULAN IMAM MAHADI SUDAH LAHIR, BANI TAMIM SUDAHKAH BERSEDIA?


DUNIA SEMAKIN TUA, DAJJAL SUDAH DIAMBANG KEMUNCULAN
IMAM MAHADI SUDAH LAHIR, BANI TAMIM SUDAHKAH BERSEDIA?
Jalannya panjang berbeluk-beluk,
Naik basikal mengangkut tanah,
Setiap apa yang bernama makhluk,
Tiada yang kekal pasti kan musnah.

Tanda kiamat dah banyak muncul,
Kemunculan Dajjal menanti hari,
Hamba melihat bukan bertahyul,
Di dalam mimpi melihat Al Mahadi.
Fitnahnya Dajjal dahsyat sekali,
Syurga dan neraka ada di tangan,
Yang rajin menghafal Surah al Kahfi,
Pasti selamat beroleh kemenangan.
Hati ku gusar menginsafi diri,
Anak cucu ku bakal berhadapan,
Fitnah Dajjal disetiap negeri,
Ke hutan belukar dapatkah diselamatkan.
Laut Galilee bakal kekeringan,
50 tahun lagi saintis meramalkan,
Dalam Hadis ada disebutkan,
Dajjal kan muncul mengaku Tuhan.
Zaman ini zaman Edhan,
Anak-anak muda hilang pedoman,
Keju menjadi pengganti belacan,
Sukar dibeza mana betina mana yang jantan.
Marilah kita perteguh iman,
Jangan goyah dengan ujian,
Jaga bicara akhlak dan perlakuan,
Qur’an dan Hadis jadikan panduan.
Anak jangan derhaka ayah dan bonda,
Isteri jangan derhaka pada suami,
Hidup didunia hanya sementara,
Akhirat juga kekal abadi.
Halia itu tanam-tanaman,
Ke Barat jua akan condongnya,
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga kekal selamanya.
Nashuha Al Pontiani,
13 Mei 2014

Sunday, May 11, 2014

HARI IBU--CETUSAN RASA UNTUK IBU

IBU YANG KU RINDU SELALU

Buah berangan bawa ke Balai,
Buah jambu di dalam raga,
Jasa dan pengorbanan tiada ternilai,
Kasih mu ibu membawa ke syurga,

Bersengkang mata diwaktu malam,
Anak menangis ibu dodoikan,
Himpunlah harta seluruh alam ,
Jasa mu ibu tak dapat kubalaskan.

Semasa kecil makan disuap,
Paling selesa tidur di pangkuan,
Masakan ibu sangatlah sedap,
Sampai ke kubur tak dapat ku lupakan

Walau pun ibu sudah tiada,
Pesan dan nasihat tetap diingat,
Kepada ibu bapa jangan derhaka,
Kelak hidup mu tak akan berkat.

Aura ibu sangatlah hebat,
Sumpahan ibu membawa mudharat,
Wahai anak wahai kerabat,
Kepada ibu tumpuan hormat.

Sesal dahulu pendapatan,
Sesal kemudian tidak berguna,
Kasihi ibu tanpa batasan,
Sedekah Fatihah bila dah tiada.

Selamat Hari Ibu hamba Ucapkan,
Iringan doa ikhlas dan berpanjangan,
Diberi rahmat sentiasa dalam kesejahteraan,
Di akhirat di dalam syurga tempat berkekalan.

Nashuha Al Pontiani,
11 Mei 2014.

Friday, May 9, 2014

HIJRAH DAN MUJAHADAH

SUATU HIJRAH DAN MUJAHADAH 

Saban pagi , saban petang hijau kuning tak pernah memungkiri,
Pasrah dan mengerti sambil menjadi saksi,
WDV 70 meluncur laju lebuhraya dilalui pasti,
Setahun Empat bulan Lima hari masa berlalu pergi.


Setahun 4 bulan 5 hari, menjadi sejarah,
Menyaksikan fasa Tarbiyah mengubah fikrah,
Sungai Petani ke IPDA melewati Alor Setar sebagai wasilah,
Meditasi dan zikrullah menjadi teman sepanjang mujahadah.

Entah apa, entah mengapa ,entah bagaimana,
Tak siapa mengerti, menduga hikmah atau musibah disebaliknya,
Suatu rencana di luar upaya untuk menelah atau menduga,
Manusia merencana, Allah jua merencana namun Allah Maha Kuasa.

Doa , harapan dan istikhoroh meredah ranjau,
Senjata ampuh para pejuang zaman lampau,
Mengharap sinar menelan kabus , jerubu dan silau,
Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

Berjalan pantas berlenggang lengguk,
Gayung bersambut ditengah gelanggang,
Ibarat ikan balik ke lubuk ,
Laksana sirih pulang ke gagang.

Nashuha Al Pontiani,
5 Mei 2014.

Wednesday, April 30, 2014

SATU RENUNGAN



Srengenge menyembul wajah di ufuk timur,
menyerlah panorama indah Utara Selatan Barat Timur,
kiri kanan hijau kuning warna kehidupan nan subur,
Petanda negeri kita bukan miskin tetapi makmur.

Burung unggas berterbangan berkicau berlagu,
tanpa di batasi perasaan jemu,
Tawakkal tanpa ragu yakin penuh jitu,
mengutip serangga dan kelkatu yang lesu.

Masih adakah insan yang ragu,
Akan nikmat Tuhan yang Satu,
Tanpa batas ruang dan waktu,
Memilih untuk hidup segan mati tak mahu.

Pelajarilah jatuh bangun suatu tamaddun,
imbau sejarah kegemilangan serumpun,
Melayu Melaka Islamnya dijunjung,
Empayar tersohor akhlak disanjung.

Dadah dan dedah tidak diendahkan,
bertudung litup jadi gunjingan,
Rasuah dan kronisma jadi amalan,
negara lingkup keberkatan pun hilang

Friday, April 18, 2014

RAHASIA SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM....SUBHANALLAH AMAT SAINTIFIK!!!!



Rahsia Solat 5 waktu Sehari 
Semalam

LEPAS NI TAK NAK SOLAT LAMBAT LAGI! 

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh...



BERSAMA MU
 TUHAN….
Dalam setiap nafas yang ku hirup
Tetesan air yang ku minum
Semua ada nama MU
Yang membuat aku semakin rindu
Seluruh alam ini memuja MU
Semua yang kau ciptakan ada tertulis nama indah MU

TUHAN….
Tak bisa ku ungkapkan betapa rindu aku pada MU
Sangat dalam dan dalam….
Semakin hari aku tak mampu berpaling dari MU
Walau Cuma sesaat…

TUHAN…
Janganlah ENGKAU berikan nikmat
Yang tidak dapat aku mensyukurinya
Hingga ENGKAU kecewa padaku
Berilah aku kesempatan untuk membuktikan cintaku ini pada MU
Dengan terus mengabdi pada MU
Sepanjang hidupku

Monday, April 14, 2014

TRAGEDI DAN MISTRI BUAH MANGGIS

TRAGEDI DAN MISTERI BUAH MANGGIS

Hitam-hatam si tampok manggis,
Sungguh hitam putih isinya,
MH370 hilang ramai menangis,
Lautan Hindi konon destinasi akhirnya.
Manggis dibeli di pekan Dengkil,
Dibungkus di ikat diberi jenama,
Berbagai teori cuba di nukil,
Jawapan muktamad tak kunjung jelma.
Rasa Hairan melihat takwim,
Musim buah dah macam katun,
Buah manggis buah bermusim,
Hanya bermusim dibulan Jun,
MH370 membawa manggis,
Bateri Lithium jadi peneman,
Bulan Mac mana Malaysia ada manggis,
FAMA pening , MAS mula meroyan.
Pemilik manggis tinggal di Muar,
Bukan manggis Muar kata Pak Polisi,
Cuma dikumpul di bandar Muar,
Ke KLIA manggis di bawa pergi
Tupai batuk buaya sawan
Kucing di dapur pening kepala,
Tanyalah Atok tanyalah Tok Wan,
Mungkin buah manggis jadi jadian.
Raja Bomoh ke Australia,
Membawa bubu dan buah kelapa,
Apa dah jadi negaraku Malaysia,
Buah manggis jadi bahan ketawa.
Bukan Manggis sebarang manggis,
Manggis di bawa kenegeri Cina,
Kalau nak buat drama menangis,
Janganlah jadi drama Ketawa.
Belum terungkai kematian Kennedy,
Kematian Diana sangatlah tragis,
Pada firasat ku yang kerdil ini,
Tragedi angkara konspirator Zionis.
Pelobi Zionis sangatlah Zalim,
Dua perang Dunia hasil kerjanya,
11 September bukan kerja Ben Ladin,
Konspirator Zionis /yahudi punya angkara.
Malaysia dan China sahabat Tradisi,
Sejak zaman kegemilangan Melaka,
Seandainya tidak berhati-hati,
Tragedi MH370 boleh mencetus Perang Dunia.
Buah manggis banyak penawar,
Buah kelubi sangatlah masam,
Usah menangis banyakkan bersabar,
Surah Al Kahfi selalu amalkan.


Nashuha Al Pontiani
14 April 2014.