Sunday, March 23, 2014

PILIHANRAYA KECIL KAJANG- SATU RENUNGAN RINGKAS.

     PILIHAN RAYA KECIL KAJANG

Guruh berdentum petir menyambar,
Halilintar membelah menggegar bumi,
PRK Kajang di umum menang PKR,
Mengapa gelabah bagai laut dilanda Tsunami.

Kajang Pak Malau Kajang berlipat,
Kajang Damak Mengkuang Layu,
Langkah Kajang Langkah Makrifat,
Habis tergamam terkucil dan terkedu


Langkah Kajang langkah yang bijak,
WAWI mengganti suami tercinta,
Bicara tak panjang jel 5 tahun tidak berganjak,
Menjadi pemati Langkah kajang ke Putera Jaya.

Pukul lah gendang kulit buaya,
Zapin tarian warisan Johor,
Langkah Kajang Langkah  bergaya
Membuat  Barisan Tak lena Tidor.

Keluar Barisan masuk Bulatan,
Guru Senaman arahkan pelajar,
Undi Melayu meningkat undi muda ditawan,
Strategi pakatan bukan berguru kepalang ajar

Enam puluh peratus undi diraih,
Tiga peratus meningkat majoriti  disasar,
Terubat penat  sakit dan letih,
Berkat kebenaran , Doa  dan ikhtiar.

Langkah demi langkah telah di atur,
Membela rakyat  jadi tujuan,
Jangan lah cuba bermain kotor,
Rakyat dah bijak dunia tidak bersempadan.

Baik-baik mengail Tenggiri,
Jangan terkena ikan Memparang,
Baik-baik mengatur strategi,
Jangan biarkan kena temberang.



PRK DUN Kajang - 23/3/14
Peratus Keluar Mengundi - 72.1%
PR   - 16741
BN   - 11362
Undi Rosak - 176
Majoriti - 5379
Jumlah Keluar Mengundi - 28279

PRU13 DUN Kajang - 5/5/13
Peratus Keluar Mengundi - 88.4%
PR   - 19571
BN   - 12747
4 Calon Bebas/Berjasa - 1431
Undi Rosak - 541
Majoriti - 6824
Jumlah Keluar Mengundi - 34290 + 140 (bawa keluar kertas undi)

* Pengundi PRU13 yang tidak keluar mengundi - 6151
 


Friday, March 14, 2014

PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT, TELAH DIUJI, BERKARISMA DIKAGUMI DUNIA ANTARABANGSA, ...DAN MENJADI HARAPAN RAKYAT MALAYSIA SEBAGAI SOSOK YANG MAMPU MEMACU KEGEMILANGAN BANGSA....TAK SUDAH-SUDAH DIZALIMI SEJAK 1998.


KALAU ADA ORANG MENGANGGAP BAHAWA FITNAH , ADU DOMBA ,PENJARA DAN BERBAGAI BENTUK SABOTAJ BOLEH MEMADAM DAN MEMBUNUH KARIER POLITIK SOSOK PEMIMPIN INI...MEREKA ADALAH SILAP.....HANYA KEHINAAN SAHAJA YANG AKAN MENIMPA PEMIMPIN-PEMIMPIN ZALIM, RAKUS DAN KORUP........BELAJARLAH DARI SEJARAH...