ASAL USUL ISIS
Rencana ini dipetik dari Tukar Tiub. Semoga mendapat pencerahan.

- Akhbar INDEPENDENT – 16 November 2014
Dari mana agaknya perlu saya mulakan surah ini. Dari detik mana wajib saya jadikan patukan kelahiran ISIS. Saya bertanya kerana saya ingin berlaku adil ketika kita besama-sama membaca salasilah dan memahami ISIS.
Kepada anak-anak muda biar saya nyatakan bahawa pada 11 September 2011 dua bangunan World Trade Center di New York telah meledak dilanggar oleh kapal terbang penumpang. Juga Bangunan 7 dengan tak semena mena telah runtuh. Ini 12 tahun dahulu. Semenjak itu dunia yang kita diami ini telah berubah. Dunia hari ini bukan saperti dunia sebelum ledakan WTC.

Bagitu pantas risikan Amerika telah mengetahui rancangan Al-Qaeda. Malah maklumat ini dikatakan telah diketahui 5 bulan sebelum ledakan. Tetapi, hairan bin takjub - TIDAKada apa-apa yang dilakukan.

Saya mengulangi-ulangi kesah ini kerana saya merasa terpanggil oleh sejarah untuk merakamkan apa yang telah berlaku satu dekad yang lalu. Iraq dan Saddam Hussein tewas. Presiden Iraq ini digantung mati. Tetapi perangTIDAK mengendur tapi berterusan dan hari ini semakin melebar.
Satelah Baghdad jatuh yang datang menjadi wakil Rumah Puteh ke Baghdad ialah seorang diplomat bernama Paul Bremer. Langkah pertama Mamat Bremer ini telah meruntun dan memusnahkan apa sahaja lembaga-lembaga daulah dari kerajaan Saddam. Pegawai kerjaaan, guru sekolah, pensyarah, pemandu, wartawan semua dibuang kerja.
Paling memeranjatkan dunia ialah apabila semua askar, soldadu dan pegawai polis Irag dilucutkan senjata. Beratus ribu hilang pekerjaan.
Mengikut lojik Bremer - semua ini dilakukan untuk memastikan semangat dan kesetiaan terhadap nasionalis Saddam dan parti Baath dapat dilupuskan.

Perang gerila ini menghuru harakan Rumah Puteh. Ramai soldadu Amerika dan sekutunya gugur. Langkah Bremer melupuskan tentera Saddam dilihat sebagai satu kesilapan besar. Maka satu taktik baru dimunculkan.
Saperti kuasa kolonial British ketika menjajah Tanah Melayu dan berhadapan dengan Perang Gerila Rakyat Malaya – Amerika juga menggunakan taktik 'pecah perentah'. Kalau di Tanah Melayu – kaum Cina dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan Melayu. Di Tanah Melayu Cina dan Melayu digaduh-gaduhkan. Di Iraq – penganutSunni dan Shia digaduh-gaduhkan.
Satu malam yang gelap ajen Amerika secara sulit telah meledakan Masjid Sunni. Satu minggu kemudian ajen yang sama telah meledakkan Masjid Shia. Pemimpin Sunni dibunuh. Pemimpin Shia dibunuh. Semua ini dilakukan beruang-ulang. Akhirnya setia kawan yang dibina dizaman kerajaan nasionalis hancur lebur. Kesedaran satu bangsa – Bangsa Iraqi hancur. Kini jati diri diwakili dengan kesedaran mazhab.

Taktik pecah dan perentah ini membawa kejayaan besar kepada Amerika. Perang gerila mengendur dan akhirnya dapat dipatahkan. Puak penentang Amerika dari jalur nasionalis termasuk kumpulan Islamis telah hampir hancur. Mereka berundur ke wilayah padang pasir yang lebih selamat.
Ketika inilah Presiden Obama dengan bangganya membawa bala tentera Amerika meninggalkan Iraq. Pada Disember 2011 Obama mengumumkan semua soldadu dan bala tentera Amerika selamat pulang. Iraq dipulangkan kepada Iraqi dibawah pimpinan Presiden Maliki.
Iraq Baru - dibawah pimpinan Presiden Maliki membawa satu harapan kepada rakyat Iraq. Presiden Maliki diharap-harapkan akan membawa keamanan. Tetapi harapan tinggal harapan. Maliki dilihat bukan Presiden Iraq, bukan mewakili Iraqi tetapi menjadi Presiden Shia. Sikap berpuak Maliki ini cukup tebal dan ini GAGAL untuk melahirkan Iraq Baru pasca Saddam.

Pertelingkahan Shia/Sunni ini menjadi bertambah buruk. Naib Presiden Tariq al-Hashemi telah dituduh oleh Maliki bersekongkol. Dengan 'puak pengganas'. Tariq melarikan diri. Pada September 2012 dia telah dijatuhkan hukum mati. Kini Tariq seorang Sunni hidup dalam buangan di Doha.
Sikap sekterian Maliki ini tidak berkesudahan. Kini seorang lagi Menteri Keewangan Iraq dituduh bersekongkol dengan 'puak pengganas'. Raffi al-Issawi dilihat sebagai perwakilan Sunni dalam kabinet Maliki. Pada bulan Disember 2012 sosok ini diserang dan cuba ditangkap. Raffi yang amat-amat dihormati dikalangan Sunni kini melarikan diri. Dengan ini keyakinan warga Sunni terhadap kerajaan Iraq Baru hancur.
Ketika semua ini berlaku Abu Bakar Baghdadi mungkin dalam penjara Amerika di Kem Bucca atau mungkin telah dibebaskan. Apa yang saheh dalam penjara Iraq ada ratusan anak-anak muda Sunni yang telah ditahan oleh soldadu Maliki.

Ketika ini juga Amerika sedang menjalankan strateji induk untuk mendominasi telaga minyak dunia. Racangan kaum imperialis Amerika untuk mengepong dan memiliki telaga minyak dunia sedang dijalankan satu persatu. Libya kini telah menjadi wilayah Amerika. Gadaffy telah mati dibunuh. Maka langkah saterusnya ialah menyerang Syria.
Amerika menyerang Syria adalah sebahagian dari tindakan yang telah dilakar dan dirancang. Amerika dengan licik telah menggunakan dasar 'pecah perentah'. Di Iraq Amerika mendokong kerajaan Shia manakala di Syria Amerika menyokong Sunni untuk mengodam Bashir yang dikatakan dari mazhab Shia.
Perang Syria ini telah membuka peluang yang amat baik untuk Al-Qaeda cawagan Iraq. Pada musim panas 2011 mereka telah memasuki Syria. Di Syria Al-Qaeda telah mendapat sambutan hangat. Mereka dilihat sebagai pejuang Sunni.
Saudi, Qatar dan Kuwait telah menyokong dengan dolar dan dinar segala jenis macam kumpulan-kumpulan Sunni yang katakan ingin menumbangkan kerajaan Bashir. Senjata mula masuk mencurah-curah dari Amerika dan sekutunya. Amerika, Britain , Peranchis dan Tutkey telah terlibat secara langsung dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan Bashir di Damascus.
.jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)
Pada bulan April 2013 warga Sunni di Iraq telah melakukan tunjuk perasaan di Bandar Huwija. Seorang soldadu telah 'ditembak' mati. Tapi tindak balas dari Presiden Maliki cukup memeranjatkan. Seramai 56 penunjuk perasaan telah ditembak mati oleh soldadu Maliki. Keadaan ini menjadikan semua pekan dan kota bermajoriti Sunni – Ramadi, Fallujah, Takrit dan Mosul- keluar berdemo untuk bersetia kawan.
Dalam suasana inilah kumpulan Al-Qaeda cawangan Iraq berhujah bahawa – pilihan raya telah dijalankan: hasilnya Menteri Sunni ditangkap. Tunjuk perasaan telah dilakukan hasilnya ramai yang ditembak mati. Al-Qaeda kini berhujah bahawa masanya telah sampai untuk semua anak muda Sunni bangun menentang Maliki dengan mengangkat senjata.
Lima bulan sesudah pembantaian di Huwija – Al-Qaeda telah menyerang penjara Abu Ghraib. Serangan ini membebaskan 500 tahanan. Ini bermakna Al-Qaeda bertambah 500 orang gerila.
Dengan senjata dari Syria dan sokongan warga Sunni Al-Qaeda telah menyerang Ramadi dan Falujjah. Dua kota Sunni ini berjaya ditawan. Amat jelas soldadu Maliki tidak ada kepuayaan untuk menentang kumpulan Al-Qqeda ini.
Pada bulan April 2013 Al-Qaeda Iraq menukar nama untuk menjadi Negara Iraq dan Levan (ISIS) dan melantik Abu Bakar al-Baghdadi sebagai pemimpin. ISIS menghidupkan kembali konsep Khalifah. Konsep ini dilihat telah berjaya menjerut bukan sahaja anak muda di Iraq malah ialah telah menjerut dan memanggil ramai anak-anak muda Sunni dari benua Arab dan Eropah untuk menyertai revolusi dalam usaha untuk menegakan kembali sistem Khalifah Islam.
Laungan Kahlifah Islam ini juga telah sampai ke Malaysia. Justeru lauangan inilah yang telah memanggil saya untuk menulis dan memberi pencerahan tentang ISIS.( TT)