Blog ini dibuat semata-mata untuk memberi sedikit sumbangan dalam bentuk buah fikiran, berkongsi pengalaman dan menyahut seruan Rasulullah s.A.W 'Balighu anni walau ayah'. (Sampaikan dari ku walau satu ayat). Segala persoalan yang di utarakan akan meliputi, hal-hal dunia dan akhirat, isu-isu semasa, politik, perubatan dan pelbagai ilmu untuk mendidik masyarakat. Dengan harapan 'apabila datang kebenaran, maka lenyaplah kebatilan kerana sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap'- maksud hadis.
Sunday, June 13, 2010
KEJAYAAN GEMILANG MUKTAMAR PAS , PETANDA UMNO HAMPIR BUNGKUS
Teringat perkataan Abang mat Sabu yang pernah berkata, ”Kalau non Muslim sudah tidak takut dengan PAS, dan orang melayu sudah tidak takut dengan DAP; maka itulah petanda UMNO nak bungkus”
Dalam PRU di Hulu Selangor dan di Sibu, kita dapat saksikan satu KEJUTAN dalam sejarah politik Malaysia; iaitu PAS dilihat disokong secara serius oleh non Muslim yang berbangsa cina dan india, tetapi majority Melayu menyokong musuh tradisi PAS, iaitu UMNO/BN.
Perkara ini, diungkapkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam ucapan perasmian tiga dewan dalam muktamar baru-baru ini.
Dalam satu forum, di Masjid Puchong Perdana, Ustaz Nakhaie sudah mengakui bahawa beliau agak frust dengan UMNO. namun dalam begitu pun beliau tetap mengatakan bahawa BN tidak dapat menubuhkan kerajaan Islam kerana Malaysia mempunyai masyarakat majmuk.
Antara isu yang kami dilihat bercanggah adalah, dalam isu kejayaan perlaksanaan Islam di Malaysia. BN ternyata tidak menubuhkan kerajaan Islam. Alasan yang diberikan oleh Ustaz Nakhaie ketika itu adalah, Malaysia mempunyai masyarakat majmuk.
Beliau barangkali lupa ataubuat-buat lupa hakikat bahawa diawal kejayaan nabi Muhammad SAW menubuhkan kerajaan Islam adalah di Madinah, iaitu sebuah kerajaan yang rakyatnya terdiri dari kalangan Nasrani, yahudi, musyrikin, munafiqin dan Muslimin. Ini membuktikan bahawa Madinah adalah Negara yang rakyatnya adalah masyarakat majmuk.
Manakala di Makkah, semua rakyatnya adalah Arab, malahan kabilah yang memerintah adalah kabilan yang satu keturunan dengan Nabi SAW, iaitu Quraish. Pun begitu, Nabi SAW tidak berjaya melaksanakan islam di Makkah, malahan mendapat penolakan kuat dari rakyat Qurash sehingga Nabi SAW terpaksa berhijrah ke Madinah.
Jika diperhatikan ini, kita dapat membuktikan bahawa Malaysia sebenarnya mempunyai potensi yang cukup besar dalam usaha hendak menubuhkan kerajaan Islam. ini kerana, rakyat Malaysia terbukti berbilang kaum, bangsa dan agama, atau disebut sebagai masyarakat majmuk.
Kini, dilihat PAS sudah mula diterima oleh masyarakat selain melayu dan non Muslim. Makanya, dengan rasminya PAS telah menubuhkan sebuah dewan yang sebaris dengan dewan-dewan yang lain, iaitu Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DPPP). SEKALUNG TAHNIAH DI ATAS LANGKAH BIJAK DAN PROAKTIF INI.
Perkembangan ini menarik, dan sudah pasti ia memberi satu gambaran bahawa kejayaan ke arah penubuhan kerajaan Islam sudah semakin hampir. Namun, ia tidak akan berjaya jika ia tidak dilakukan dengan KEBIJAKSANAAN, KESABARAN, KEIKHLASAN DAN MENGHARAP KEREDHAAN ALLAH SWT.
Friday, June 4, 2010
BANTAHAN TERBESAR TERHADAP ZIONIS ISRAEL LAKNATULLAH!! LEBIH 50,000 RAKYAT MALAYSIA PELBAGAI KAUM BERARAK KE KEDUTAAN AMERIKA
KUALA LUMPUR, 4 Jun: Lebih 50 ribu menyertai perarakan dari Kg. Baru ke Keduataan Amerika siang tadi bagi membantah kekejaman tentera Zionis Israel menyerang konvoi kemanusian antarabangsa ke Gaza awal minggu ini.
Himpunan anjuran Pakatan Rakyat bersama NGO itu diketuai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. TAPI SEPERTI DIJANGKA TV1,TV2 DAN TV3 TAK BERANI TUNJUK BERITA...KENAPA??? CUBA TEKA...APCO DAH JADI KAWAN MEREKA....!!
TIDAK KETINGGALAN pemuda UMNO juga cuba-cuba nak berdemonstrasi tetapi hanya sekitar 200 orang yang turun itu pun setakat di hadapan mesjid negara. Kerjasama dengan APCO mungkin menjadi perencat semangat mereka. INILAH AKIBAT BERKAWAN DENGAN AGEN YAHUDI... JAHANAM ZIONIST DAN KUNCU-KUNCUNYA....
Subscribe to:
Posts (Atom)