Sunday, June 13, 2010

KEJAYAAN GEMILANG MUKTAMAR PAS , PETANDA UMNO HAMPIR BUNGKUS



Teringat perkataan Abang mat Sabu yang pernah berkata, ”Kalau non Muslim sudah tidak takut dengan PAS, dan orang melayu sudah tidak takut dengan DAP; maka itulah petanda UMNO nak bungkus”
Dalam PRU di Hulu Selangor dan di Sibu, kita dapat saksikan satu KEJUTAN dalam sejarah politik Malaysia; iaitu PAS dilihat disokong secara serius oleh non Muslim yang berbangsa cina dan india, tetapi majority Melayu menyokong musuh tradisi PAS, iaitu UMNO/BN.
Perkara ini, diungkapkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam ucapan perasmian tiga dewan dalam muktamar baru-baru ini.
Dalam satu forum, di Masjid Puchong Perdana, Ustaz Nakhaie sudah mengakui bahawa beliau agak frust dengan UMNO. namun dalam begitu pun beliau tetap mengatakan bahawa BN tidak dapat menubuhkan kerajaan Islam kerana Malaysia mempunyai masyarakat majmuk.

Antara isu yang kami dilihat bercanggah adalah, dalam isu kejayaan perlaksanaan Islam di Malaysia. BN ternyata tidak menubuhkan kerajaan Islam. Alasan yang diberikan oleh Ustaz Nakhaie ketika itu adalah, Malaysia mempunyai masyarakat majmuk.

Beliau barangkali lupa ataubuat-buat lupa hakikat bahawa diawal kejayaan nabi Muhammad SAW menubuhkan kerajaan Islam adalah di Madinah, iaitu sebuah kerajaan yang rakyatnya terdiri dari kalangan Nasrani, yahudi, musyrikin, munafiqin dan Muslimin. Ini membuktikan bahawa Madinah adalah Negara yang rakyatnya adalah masyarakat majmuk.

Manakala di Makkah, semua rakyatnya adalah Arab, malahan kabilah yang memerintah adalah kabilan yang satu keturunan dengan Nabi SAW, iaitu Quraish. Pun begitu, Nabi SAW tidak berjaya melaksanakan islam di Makkah, malahan mendapat penolakan kuat dari rakyat Qurash sehingga Nabi SAW terpaksa berhijrah ke Madinah.

Jika diperhatikan ini, kita dapat membuktikan bahawa Malaysia sebenarnya mempunyai potensi yang cukup besar dalam usaha hendak menubuhkan kerajaan Islam. ini kerana, rakyat Malaysia terbukti berbilang kaum, bangsa dan agama, atau disebut sebagai masyarakat majmuk.

Kini, dilihat PAS sudah mula diterima oleh masyarakat selain melayu dan non Muslim. Makanya, dengan rasminya PAS telah menubuhkan sebuah dewan yang sebaris dengan dewan-dewan yang lain, iaitu Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DPPP). SEKALUNG TAHNIAH DI ATAS LANGKAH BIJAK DAN PROAKTIF INI.

Perkembangan ini menarik, dan sudah pasti ia memberi satu gambaran bahawa kejayaan ke arah penubuhan kerajaan Islam sudah semakin hampir. Namun, ia tidak akan berjaya jika ia tidak dilakukan dengan KEBIJAKSANAAN, KESABARAN, KEIKHLASAN DAN MENGHARAP KEREDHAAN ALLAH SWT.

1 comment:

Aimi said...

assalamualaikum...... terima kasih kerana menjadi following saya...