ZIKIR SAMUDERA
Setiap CiptaanNya
Dengan bahasa tersendiri
Sentiasa memuji dan memuja
Akan Kebesaran Mu Ilahi Robbi
Tak terkecuali Samudera luas lebar
Dengan gerak mengufuk dan mendatar
Dengan gerak mengapung dan mendasar
Cuba menghitung rahsia Kebesaran Tuhan Allahuakbar
Bunyi menderu Bayu Samudera,
Suara Gulungan ombak memutih tindan bertindan
Adalah alunan zikir sebagai hamba
Menginsafi keluasan nikmat Tuhan Tak terhitungkan
Wahai insan pemilik akal,
Letih, tak bermaya ditepian samudera
Tenggelam arah dan hilang punca
Mengenang nikmat Pencipta tidak berpenghujung
Maka Nikmat Tuhan mu yang manakah yang engkau
dustakan.
Nukilan:
Mohd. Nashuha Jamidin Al Pontiani
14 Disember 2013
No comments:
Post a Comment