Thursday, December 25, 2014

BANJIR ITU DATANG LAGI.... MENUTUP TIRAI 2014 TAHUN MASEHI,


BANJIR ITU DATANG LAGI....
MENUTUP TIRAI 2014 TAHUN MASEHI,
Banjir yang menggerunkan,
Genangan air dan deras arus sungai yang menyengsarakan,
Namun langkah kaki dan kehidupan mesti diteruskan,
Menyusuri jalan yang sama yang sudah tenggelam,
Dalam ketermanguan dan kelam yang meresahkan.
Bumi kita memang seakan diam.
Namun menyimpan amarah yang terpendam.
Disaat dosa menumpuk diatasnya.
Alam bergerak selaksa murka..
Hanya beberapa minit saja.
Semua tak akan mampu lari dari hukuman-Nya..
Dalam Hangat pelukan mentari.
Diri terbalut mendung keresahan.
Resah bila bumi tak sudi lagi dipijak.
Resah jika laut tak mampu lagi memikul airnya.
Resah jika gunung tak sanggup lagi berdiri tegak.
Namun roda ekonomi terus berlari.
Tiada perduli akan kebanjiran ini.
Dan tetap berteman genangan air.
Dari terbit fajar hingga mentari berakhir.
Anak-anak sekolah tiada tahu apa-apa,
Akan kerakusan para pemilik kuasa,
Membabat hutan dengan semaunya,
Sambil tertawa di singgahsana istananya.
Insaf dan sedarlah wahai kawan,
Bumi ini adalah kepunyaan Tuhan,
Yang dititipkan kepada kita insan,
Untuk mewariskan pada generasi masa depan...
Mohd. Nashuha Jamidin AlPontiani,
26 Disember, 2014

Thursday, November 20, 2014

ASAL USUL ISIS

ASAL USUL ISIS

Rencana ini dipetik dari Tukar Tiub. Semoga mendapat pencerahan.

November 16, 2014 "ICH" - "The Independent"- The Islamic State (Isis) has recruited an army hundreds of thousands strong, far larger than previous estimates by the CIA, according to a senior Kurdish leader. He said the ability of Isis to attack on many widely separated fronts in Iraq and Syria at the same time shows that the number of militant fighters is at least 200,000, seven or eight times bigger than foreign in intelligence estimates of up to 31,500 men.
  • Akhbar INDEPENDENT – 16 November 2014

Dari mana agaknya perlu saya mulakan surah ini. Dari detik mana wajib saya jadikan patukan kelahiran ISIS. Saya bertanya kerana saya ingin berlaku adil ketika kita besama-sama membaca salasilah dan memahami ISIS.

Kepada anak-anak muda biar saya nyatakan bahawa pada 11 September  2011 dua bangunan World Trade Center di New York telah meledak dilanggar oleh kapal terbang penumpang. Juga Bangunan 7 dengan tak semena mena telah runtuh. Ini 12 tahun dahulu. Semenjak itu dunia yang kita diami ini telah berubah. Dunia hari ini bukan saperti dunia sebelum ledakan WTC.

Biar saya rungkai sejarah. Ketika ledakan 9/11 berlaku saya dikurung di Kamunting. Justeru, tidak banyak lambakan berita yang masuk. Tetapi saya masih ingat bagaimana pada minggu pertama satelah 9/11 ada muncul 'kesah' ajen Saddam Hussein bertemu dengan wakil Mohamed Atta di Praque. Muhamad Atta – dikatakan dari kumpulan Al-Qaeda. Si Atta ini juga pemimpin 19 'pengganas' yang dikatakan telah meledakkan WTC.

Bagitu pantas risikan Amerika telah mengetahui rancangan Al-Qaeda. Malah maklumat ini dikatakan telah diketahui 5 bulan sebelum ledakan. Tetapi, hairan bin takjub - TIDAKada apa-apa yang dilakukan.

Akhirnya pada 19 March 2003 Iraq telah diserang oleh Amerika atas tuduhan Saddan Hussein memiliki Senjata Pemusnah - weapon of mass destruction. Tetiba kesah Saddam bersubahat dengan Al-Qaeda meledakkan WTC hilang ghaib bagitu sahaja.
Saya mengulangi-ulangi kesah ini kerana saya merasa terpanggil oleh sejarah untuk merakamkan apa yang telah berlaku satu dekad yang lalu. Iraq dan Saddam Hussein tewas. Presiden Iraq ini digantung mati. Tetapi perangTIDAK mengendur tapi berterusan dan hari ini semakin melebar.

Satelah Baghdad jatuh yang datang menjadi wakil Rumah Puteh ke Baghdad ialah seorang diplomat bernama Paul Bremer. Langkah pertama Mamat Bremer ini telah meruntun dan memusnahkan apa sahaja lembaga-lembaga daulah dari kerajaan Saddam. Pegawai kerjaaan, guru sekolah, pensyarah, pemandu, wartawan semua dibuang kerja.

Paling memeranjatkan dunia ialah apabila semua askar, soldadu dan pegawai polis Irag dilucutkan senjata. Beratus ribu hilang pekerjaan.

Mengikut lojik Bremer - semua ini dilakukan untuk memastikan semangat dan kesetiaan terhadap nasionalis Saddam dan parti Baath dapat dilupuskan.

Maka perang gerila anti-Amerika dan anti-kolonial bermula. Perang gerila ini ini dipandu dan dipimpin oleh bekas soldadu dan tentera yang masih setia dengan Saddam. Mereka terdiri dari pelbagai jalur termasuk kaum nasionalis, kaum agamawan juga dari kabilah-kabilah suku Badwi yang memiliki kesetiaan lepada ketua kabilah.
Perang gerila ini menghuru harakan Rumah Puteh. Ramai soldadu Amerika dan sekutunya gugur. Langkah Bremer melupuskan tentera Saddam dilihat sebagai satu kesilapan besar. Maka satu taktik baru dimunculkan.

Saperti kuasa kolonial British ketika menjajah Tanah Melayu dan berhadapan dengan Perang Gerila Rakyat Malaya – Amerika juga menggunakan taktik 'pecah perentah'. Kalau di Tanah Melayu – kaum Cina dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan Melayu. Di Tanah Melayu Cina dan Melayu digaduh-gaduhkan. Di Iraq – penganutSunni dan Shia digaduh-gaduhkan.

Satu malam yang gelap ajen Amerika secara sulit telah meledakan Masjid Sunni. Satu minggu kemudian ajen yang sama telah meledakkan Masjid Shia. Pemimpin Sunni dibunuh. Pemimpin Shia dibunuh. Semua ini dilakukan beruang-ulang. Akhirnya setia kawan yang dibina dizaman kerajaan nasionalis hancur lebur. Kesedaran satu bangsa – Bangsa Iraqi hancur. Kini jati diri diwakili dengan kesedaran mazhab.

Wilayah Utara Iraq menjadi negara Kurdish. Dari Baghdad ke Basrah menjadi wilayah Shia. Penganut Sunni menduduki diantara dua kawasan ini. Kota Baghdad yang kosmopolitan – dimana warga kota tidak memilih mukim Sunni atau Shia kini hancur. Dalam kota Baghdad daerah dan mukim mula dipisah-pisah melalui mazhab.

Taktik pecah dan perentah ini membawa kejayaan besar kepada Amerika. Perang gerila mengendur dan akhirnya dapat dipatahkan. Puak penentang Amerika dari jalur nasionalis termasuk kumpulan Islamis telah hampir hancur. Mereka berundur ke wilayah padang pasir yang lebih selamat.

Ketika inilah Presiden Obama dengan bangganya membawa bala tentera Amerika meninggalkan Iraq. Pada Disember 2011 Obama mengumumkan semua soldadu dan bala tentera Amerika selamat pulang. Iraq dipulangkan kepada Iraqi dibawah pimpinan Presiden Maliki.

Iraq Baru - dibawah pimpinan Presiden Maliki membawa satu harapan kepada rakyat Iraq. Presiden Maliki diharap-harapkan akan membawa keamanan. Tetapi harapan tinggal harapan. Maliki dilihat bukan Presiden Iraq, bukan mewakili Iraqi tetapi menjadi Presiden Shia. Sikap berpuak Maliki ini cukup tebal dan ini GAGAL untuk melahirkan Iraq Baru pasca Saddam.

Pilihanraya 2010 telah memperlihatkan cara pengundi memilih. Sama saperti yang berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1955. Melayu undi Melayu. Cina undi Cina. Di Iraq Shia undi Shia dan Sunni undi Sunni. Sikap sekterian mazhab ini semakin menebal.
Pertelingkahan Shia/Sunni ini menjadi bertambah buruk. Naib Presiden Tariq al-Hashemi telah dituduh oleh Maliki bersekongkol. Dengan 'puak pengganas'. Tariq melarikan diri. Pada September 2012 dia telah dijatuhkan hukum mati. Kini Tariq seorang Sunni hidup dalam buangan di Doha.

Sikap sekterian Maliki ini tidak berkesudahan. Kini seorang lagi Menteri Keewangan Iraq dituduh bersekongkol dengan 'puak pengganas'. Raffi al-Issawi dilihat sebagai perwakilan Sunni dalam kabinet Maliki. Pada bulan Disember 2012 sosok ini diserang dan cuba ditangkap. Raffi yang amat-amat dihormati dikalangan Sunni kini melarikan diri. Dengan ini keyakinan warga Sunni terhadap kerajaan Iraq Baru hancur.

Ketika semua ini berlaku Abu Bakar Baghdadi mungkin dalam penjara Amerika di Kem Bucca atau mungkin telah dibebaskan. Apa yang saheh dalam penjara Iraq ada ratusan anak-anak muda Sunni yang telah ditahan oleh soldadu Maliki.

Dalam masa yang sama kumpulanRela Shiaterus menerus membunuh anak-anak muda Sunni walau pun mereka tidak terlibat dalam apa gerakan politik. Shia bunuh Sunni menjadi lumrah hinggakan saban hari mayat bergelimpngan ditemui dipinggir jalan.

Ketika ini juga Amerika sedang menjalankan strateji induk untuk mendominasi telaga minyak dunia. Racangan kaum imperialis Amerika untuk mengepong dan memiliki telaga minyak dunia sedang dijalankan satu persatu. Libya kini telah menjadi wilayah Amerika. Gadaffy telah mati dibunuh. Maka langkah saterusnya ialah menyerang Syria.

Amerika menyerang Syria adalah sebahagian dari tindakan yang telah dilakar dan dirancang. Amerika dengan licik telah menggunakan dasar 'pecah perentah'. Di Iraq Amerika mendokong kerajaan Shia manakala di Syria Amerika menyokong Sunni untuk mengodam Bashir yang dikatakan dari mazhab Shia.

Perang Syria ini telah membuka peluang yang amat baik untuk Al-Qaeda cawagan Iraq. Pada musim panas 2011 mereka telah memasuki Syria. Di Syria Al-Qaeda telah mendapat sambutan hangat. Mereka dilihat sebagai pejuang Sunni.

Saudi, Qatar dan Kuwait telah menyokong dengan dolar dan dinar segala jenis macam kumpulan-kumpulan Sunni yang katakan ingin menumbangkan kerajaan Bashir. Senjata mula masuk mencurah-curah dari Amerika dan sekutunya. Amerika, Britain , Peranchis dan Tutkey telah terlibat secara langsung dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan Bashir di Damascus.

Disinilah Al-Qaeda yang berpengalamn dalam taktik perang gerila telah membuktikan ketrampilan mereka. Kalau dahulu mereka hanya menunggu duit zakat dan sedekah kini duit dan senjata datang mencurah-curah. Mereka juga telah mula menjalankan 'road blok' untuk memungut cukai. Melakukan 'rompakan' untuk menambah dana. Al-Qaeda juga telah berjaya menawan telaga minyak di Syria.

Pada bulan April 2013 warga Sunni di Iraq telah melakukan tunjuk perasaan di Bandar Huwija. Seorang soldadu telah 'ditembak' mati. Tapi tindak balas dari Presiden Maliki cukup memeranjatkan. Seramai 56 penunjuk perasaan telah ditembak mati oleh soldadu Maliki. Keadaan ini menjadikan semua pekan dan kota bermajoriti Sunni – Ramadi, Fallujah, Takrit dan Mosul- keluar berdemo untuk bersetia kawan.

Dalam suasana inilah kumpulan Al-Qaeda cawangan Iraq berhujah bahawa – pilihan raya telah dijalankan: hasilnya Menteri Sunni ditangkap. Tunjuk perasaan telah dilakukan hasilnya ramai yang ditembak mati. Al-Qaeda kini berhujah bahawa masanya telah sampai untuk semua anak muda Sunni bangun menentang Maliki dengan mengangkat senjata.

Lima bulan sesudah pembantaian di Huwija – Al-Qaeda telah menyerang penjara Abu Ghraib. Serangan ini membebaskan 500 tahanan. Ini bermakna Al-Qaeda bertambah 500 orang gerila.

Dengan senjata dari Syria dan sokongan warga Sunni Al-Qaeda telah menyerang Ramadi dan Falujjah. Dua kota Sunni ini berjaya ditawan. Amat jelas soldadu Maliki tidak ada kepuayaan untuk menentang kumpulan Al-Qqeda ini.

Pada bulan April 2013 Al-Qaeda Iraq menukar nama untuk menjadi Negara Iraq dan Levan (ISIS) dan melantik Abu Bakar al-Baghdadi sebagai pemimpin. ISIS menghidupkan kembali konsep Khalifah. Konsep ini dilihat telah berjaya menjerut bukan sahaja anak muda di Iraq malah ialah telah menjerut dan memanggil ramai anak-anak muda Sunni dari benua Arab dan Eropah untuk menyertai revolusi dalam usaha untuk menegakan kembali sistem Khalifah Islam.

Laungan Kahlifah Islam ini juga telah sampai ke Malaysia. Justeru lauangan inilah yang telah memanggil saya untuk menulis dan memberi pencerahan tentang ISIS.( TT)

Monday, October 27, 2014

ANTARA KEWARASAN, PERTIMBANGAN ADIL DAN KEJUMUDAN.....UMPAMA SINAR CAHAYA DENGAN KEGELAPAN.


Manusia yang waras akan membuat pertimbangan berlandaskan hukum agama, bukan mendengar berita bersifat fitnah dan mudah pula mempercayainya...Kes yang sepatutnya di bicarakan di Mahkamah Syari'ah tetapi sengaja dgn usaha yng menidakkan rasional dan kemunasabahan dibicarakan dimahkamah sivil...dua manusia di katakan terlibat tetapi ternyata hanya seorang saja yang kena dan cuba di hukum ...manakala seorang lagi terlepas,...disanjung dan mendapat imbuhan lumayan....Chiss!!! undang-undang dan hukum rimba belantara mana yang di pakai???
Tulisan terbaru Yusuf Al-Qaradhawi .
Tentang tuduhan fitnah terhadap Anwar Ibrahim !
Wajib baca dan meneras bro !
SEGALA puji bagi Allah, dan selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, keluarganya dan sahabat serta yang mengikuti petunjuk-Nya.
Malaysia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi kami, dan kami menaruh kasih sayang terhadapnya dengan hati yang jujur. Impian kami adalah untuk melihat Malaysia sebagai realisasi model Islam yang wasatiyyah, bertamadun, maju dan kontemporari. Semua itu tidak akan berlaku kecuali dengan perjuangan orang-orang ikhlas terdiri daripada anak-anak Malaysia, berusaha dan kerjasama berganding bahu, mereka yang amat ingin untuk menjayakan masa depan negara. Mereka saling bantu membantu sehingga berdiri tegak rakyat Malaysia seluruhnya.
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (As Saff: 4)
Adalah tidak patut bagi badan kehakiman bertukar menjadi pentas kebencian dan permusuhan politik atau wasilah bagi menjerat pihak lawan di dalam cengkaman kes-kes. Perkara demikian kebanyakannya bertujuan untuk mencalar peribadi melebihi tujuan mencari kebenaran.
Sesungguhnya kami percaya bahawa kemajuan Malaysia, kebangkitan dan kekuatannya terpancar daripada ketinggian nilai-nilai kebebasan dan demokrasi, dan pengukuhan prinsip-prinsip kepelbagaian pemikiran serta persaingan yang mulia demi berkhidmat untuk negara yang berdaulat ini.
Anwar Ibrahim terdiri daripada pemimpin ternama dengan sejarah dan pengalamannya serta perjuangannya, dan kesabaran serta ketabahannya sejak zaman usia muda sehingga ke hari ini. Anwar sewajarnya dilayani dengan jasa perjuangannya dan kerja gigihnya, bukannya menuduhnya dengan tuduhan-tuduhan batil yang tanpa asas.
Mahkamah sebelum ini telah membebaskannya daripada tuduhan itu. Tetapi jelas bahawa terdapat pihak yang yang merekayasa komplot dan tidak mempedulikan kebaikan negara dan masa depan rakyatnya.
Kami beriman dengan apa yang difirmankan Allah SWT tentang peristiwa Hadithat al Ifk:-
Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang- orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri, dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata".
Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.
(Surah An Nur 12-13)
Aku menyeru kepada saudara-saudaraku rakyat Malaysia supaya bekerjasama dan saling bantu-membantu. Aku berharap saudara-saudara di Malaysia menjauhkan diri daripada konflik-konflik yang tidak ada faedah di sebaliknya, malah ianya memudaratkan, tidak memberi manfaat, menghancurkan, tidak membina, merosakkan dan tidak mendatangkan kebaikan.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Yusuf al-Qaradawi
Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam
26 Oktober 2014
2 Muharram 1436

Wednesday, October 15, 2014

YANG PELEK, PERIT DAN YANG BENGONG




                 
                                Cendol

YANG PELEK, PERIT  DAN YANG BENGONG

Bila hari berganti minggu,
Tak sabar Si Malik meminang si Dara,
Bagaimana mungkin fikiran rakyat tidak terganggu,
Perkara pelik dan bengong melanda negara.

Membeli raga di Paya Jaras,
Raga  dimuat si ikan parang,
Barang naik harga di katakan di selaras,
Minyak naik harga dikatakan subsidi dikurang.

Nenek  melatah terpijak harta karun,
Habis terkejut jin dan hantu terbatuk terbersin,
Harga minyak mentah dunia di laporkan turun,
Tetiba harga minyak negara ku naik lagi dua puluh sen.

Terbenam mentari di ufuk Barat,
Rembulan menyembul naik tanda patuh dan akur,
Di minta Pak Menteri memberi nasihat,
Menteri kata minyak naik harga rakyat patutnya bersyukur.

Dulu Cap Ayam sekarang cap Cendol,
Itulah peningkatan yang mesti di kekal,
Kalau ayam harga naik makanlah ikan tongkol,
Kalau harga minyak naik,  naik sajalah basikal.

Bukan Cendol sebarang cendol,
Cendol kesukaan anak Pak Hussin
Marilah contohi si Penjual cendol,
Harga minyak naik, harga cendol turun 20 sen.

Perut kerbau sakit tak terkira,,
Beruk dan kera dah lama mati ketawa,
Apa nak jadi kepada negara,
Harga barang semakin naik rakyat hidup makin sengsara.

Harga getah semakin turun,
Sawit dan padi turut merudum,
Petani nelayan semua dah gerun,
Hasil mahsul kaya ekonomi pulak mandom.

Menipu membelit si Tukang Telek,
Menelek nasib, ramalan semua bohong,
Negaraku ada lucu, perit dan banyak pelek-pelek,
Membuat fikiran yang waras menjadi bengong.

PRU dibuat selepas 4 tahun pemerintahan,
Memilih peminpin untuk masa hadapan
Undi dan penentu ada di tangan,
Janganlah lagi bengong bijak-bijaklah  buat pilihan.

Nashuha Al Pontiani,
15 Oktober 2014.



Saturday, October 4, 2014

GURINDAM BUAT PAKATAN


Ku coretkan gurindam  dari hati paling dalam,
Melihat kemelut perpecahan tak menguntungkan,
Akibat pemimpin mendapat nasihat gelap dan kelam,
Ikatan pakatan yang bermanfaat kini  mula berantakan.

Berlari dari Saffa menuju Marwa,
Kisah Hajar mencari air untuk Ismail,
Menuduh orang berhemah  menjadi Barua,
Manakan wajar ilmuan bertutur seperti si Jahil.

Membeli jeruk di Bandar Miri ,
Jeruk dimakan bersama bang Taufik,
Pemuda kemaruk hilang adab dan lupa diri,
Perasan dah wara’, pejuang berjasa dituduh munafik.

Marahkan sahabat bagaikan seteru,
Kepada musuh mimpi berpadu-padu,
Mungkiri janji, keputusan mesyuarat  haru biru,
Dalam muktamar,tunjuk  marah jadi tak menentu.

Bila menantu jadi penentu,
Rakan pakatan menjadi korban,
PRU Damansara jadi 3 penjuru,
Akhirnya kerusi dapat kat Barisan.

Timbalan Presiden berucap 50 pemuda pakat keluar,
Tanda biadap seperti orang tidak berpelajaran,
Ibarat berserban terlupa nak pakai seluar,
Habis jamaah saling bermusuh dan bercakaran.

Perkara kecil sepatutnya tidak dibesarkan,
Adat bertahaluf siyasi kena cari persamaan,
Salah dan silap cepat-cepat bermaafan,
Bukan sabotaj terus ubah segala persetujuan.

Majlis Syura bukan seperti kura-kura,
Menjadi pengimbang, penegur dan sumber rujukan,
Bukan berkeras ambil alih fungsi Jawatankuasa,
Tunjuklah profesionalisma dan sikap mendamaikan.

PRK pengkalan kubor Pas dah tersungkur,
Majoriti merosot orang muda dah tunjuk bosan,
Kalau trenda ini tak diubah pemimpin pula asyik tidur,
PRU 14 negeri Kelantan PAS hanya tinggal batu nisan.

Hubaya-hubaya para pemimpin yang budiman,
Jangan kerana nyamuk kelambu pula yang dibakar,
Kalau nakhoda dah uzur dan sudah hilang pedoman,
Bahtera teruskan belayar, hanya nakhoda yang perlu ditukar.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Nashuha Al Pontiani,
4 Oktober, 2014

Friday, October 3, 2014

30 KEAJAIBAN SELAWAT

[ 30 KEAJAIBAN SELAWAT ]
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda – (HR Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – HR Abu Naim.
30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – HR Thabran

Monday, September 29, 2014

BILA ITU TERJADI

              BILA ITU TERJADI

Bila kedunguan menguasai minda,
Bila Kepandiran mengisi ruang bicara
Yang tinggal hanya Pak Kadok dan Lebai Malang terkesima,
Mendengar lagu Si Luncai terjun dgn Labunya.....Biarkan!!!

Bila rezki orang disangka rezkinya,
Bila lupa rezkinya sudah tertulis sejak azali,
Maka muncul lah sikap rakus dan tamak haloba,
Bersama hasad, dengki dan tiada integriti.

Bila lupa bahawa harta pangkat hanyalah daki,
Tiada nilai walaupun sebesar sebelah sayap nyamuk di sisi Ilahi,
Seperti disabdakan oleh Nabi,
Namun itulah yang dikejar siang, malam, petang dan pagi.

Walhal tidak satu pun yang dapat dibawa mati.

Nashuha Al Pontiani 
29 Sept. 2014.

Wednesday, September 17, 2014

MEMAHAMI TRAGEDI MH 17 SATU PERANCANGAN RAPI ZIONIST DAN AMERIKA YANG TELAH BOCOR DAN GAGAL DI SEMBUNYIKAN....

MEMAHAMI TRAGEDI MH 17
SATU PERANCANGAN RAPI ZIONIST DAN AMERIKA YANG TELAH
BOCOR DAN GAGAL DI SEMBUNYIKAN....
IKUTI TULISAN YAG DI PETIK DARI TUKAR TIUB...AMAT MUNASABAH DAN FAKTANYA MEYAKINKAN....SEKALI LAGI MALAYSIA DIJADIKAN BUAH CATUR!!!
MH17 – POLITIK DUNIA
Laporan awal tentang MH17 telah dikeluarkan oleh pihak berwajib di Belanda minggu lalu. Jelas kelihatan media dunia TIDAK lagi ambil pot tentang apa yang telah terjadi kepada MH17. Laporan dari Belanda tidak saheboh berita MH370. Tidak heboh saperti minggu pertama MH17 meledak. Apakah telah ada 'keletihan' dikalangan pembaca?
Pembaca tidak letih. Apa yang letih ialah ' presstitute wartawan lonte' dan media Zionis-Anglo-Amerika yang telah kantoi. Saheh terbukti bahawa ledakan MH17 ini sebenarnya adalah sebahagian dari projek mengolah persetujuan yang dirancang oleh Deep State Daulah Terpendam imperialis Amerika. Projek mengolah persetujuan disasar untuk menyerang Rusia.
Sabelum saya meneruskan pencerahan ini. Ada satu pekara yang wajib terus disedari. Jika lupa, jika tidak mengambil endah pekara ini – maka pembaca akan terus dalam kegelapan dan gagal memahami politik dunia hari ini.
Pekara yang saya maksudkan ialah bahan bakar petrolium dan bahan bakar gas. Jika terlupa, jika alpa tentang dua pekara ini maka akan terpencong dan kabur segara pemahaman politik tentang dunia terkini. Bahan bakar minyak dan gas adalah ibu segala ibu. Saya telah lama merumuskan bahawa tamadun kita hari ini ialah tamadun PETROLIUM.
Tamadun manusia telah melintasi zaman batu ke zaman gangsa ke zaman besi dan membawa masuk tamadun zaman petrolium. Karl Marx merumuskan tamadun manusia ini ialah perjuangan kelas. Ada benarnya tetapi tamadun kurun ke 21 ini lebih dari perjuangan kelas. Ianya adalah perebutan punca telaga bahan bakar petrolium.
Negara yang menguasai telaga minyak akan menguasi alam ini. Perang Dunia Pertama dan Kedua memperlihatkan minyak petrol yang menjadi kunci kepada kemenangan. Justeru Hitler membuat kereta Volkswagen yang tidak menggunakan air untuk menyeberang padang pasir bumi Arab dalam usaha menaklok terlaga minyak.
Pada ketika ini Saudi Arabia pengeluar minyak utama dunia.Tetapi minyak Saudi semakin susut. Negara kedua pemilik bahan bakar ini ialah Rusia. Dalam congak ekonomi dunia Rusia menjadi bagitu penting. Tetapi Rusia bukan Saudi yang boleh disuruh arah. Rusia adalah negara super. Hakikatnya kuasa imperial Amerika tidak ada keupayaan untuk menjadikan Rusia negara macai.
Maka dari sinilah berlakunya projek mengolah persetujuan untuk menyerang Rusia. Ketika ledakan MH17 berlaku – Obama dan David Cameron telah menuduh Rusia sebagai dalang. 'Presstitute atau wartawan lonte' dengan cepat seirama bermusik mempersalahkan Putin. Rusia dituduh sebagai dalang yang memberi senjata kepada gerakan pemisah. Rusia dituduh telah menghantar soldadu dan kereta kebal masuk ke wilayah Ukraine.
Semua ini untuk menghangatkan suasana salepas ledakan MH17 berlaku. Provokasi demi provokasi dari Kiev, dari Obama dan dari Kesatuan Eropah telah diajukan kepada Rusia dan Putin. Semua ini adalah bertujuan untuk mengolah persetujuan agar Rusia 'halal' diserang.
Provokasi ini disambut pula dengan langkah sekatan ekonomi yang lebih ketat. Sebelum ledakan MH17 telah wujud satu sekatan ekonomi. Tetapi sekatan ini gagal kerana TIDAK ada sambutan. Ledakan MH17 ini telah digunakan oleh Amerika melancarkan sekatan kedua. Tapi yang terjerat bukan Rusia.
Untuk menyambut balas sekatan ini Rusia telah memberhentikan dari membeli bahan makan dari negara Kesatuan Eropah. Maka bertimbun-timbun buah limau di Sepanyol. Mengunung anggur di Peranchis. Tomato dan sayuran busuk diladang Itali. Semua terjadi kerana Rusia tidak mengimpot bahan makanan dari Kesatuan Eropah. Negara-negara Kesatuan Eropah yang sedang parah ekonominya kini bertambah parah.
Melesetnya ekonomi Eropah ini tidak mematikan nafsu kuasa Zionis-Anglo-Amerika dari merancang dan bergerak untuk menakloki semua sumber minyak dalam dunia ini. Strateji dan prancangan untuk menaklok telaga minyak dunia ini telah diajukan oleh Zbigniew Brzezinski. Sosok ini ialah seorang ilmuan sosial saintis, seorang perancang dan pemikir strateji politik dari semenjak zaman Presiden Johnson. Sosok ini pernah menjadi Penasehat Keselamatan untuk Presiden Jimmy Carter. Hari ini dia bertugas sebagai penasehat kanan dasar luar negara untuk Presiden Obama.
Dalam kitab klasik - The Grand Chessboard - tulisan Brzezinski terbit tahun 1997 – telah dicadangkan agar Amerika menguasai Eurasia. Mengikut hujah sosok ini wilayah ini paling stratejik dari segi geopolitik kerana terletak antara benua - Eropah dan Asia. Juga disinilah tersimpannya minyak dan gas yang masih belum dicari gali.
Serangan terhadap Iraq, Afghanistan, Libya, Syria adalah sebahagian dari perancngan yang telah lama dieram. Apa yang sedang berlaku di Syria adalah sebahagian dari perancangan yang telah dilakar oleh Brzezinski.
Negara-negara Arab termasuk Afghanistan, Iran dan Pakistan ini terletak dibahagian selatan Eurasia manakala Ukraine, Poland, Latvia, Georgia dibahagian barat. Negara di selatan boleh diserang manakala negara Eropah memadai jika NATO – North Atlantic Treaty Organisation - dibenarkan memasang peralatan senjata untuk mengepong Rusia.
Kenapa Rusia perlu dikepong? Apakah keruntuhan Rusia dan Putin akan berakhirnya perancangan Amerika? Jawabnya tidak. Minyak dan gas Rusia wajib ditakloki. Jika tidak Rusia akan sekali lagi menjadi siangan hebat untuk Amerika.
Dalam perancangan - satelah Rusia dimacaikan - sasaran akhir kuasa Zionis-Anglo-Amerika menaklok dunia ialah menundukkan China. China yang berkongsi sempadan dengan Rusia adalah musuh akhir yang wajib ditundukkan. Rancangan menyerang China pada ketika ini hanyalah perancangan. Ini kerana ada yang lebih penting wajib diselesaikan.
Ukraine kini telah menjadi negara boneka Amerika. Ukraine telah bersedia untuk menerima kemasukan senjata NATO. Yang masih belum selesai ialah Syria dan Iran. Dua negara Timur Tengah ini masih lagi kukuh tegak berdiri. Maka satu projek mengolah persetujuan telah menetas. Apakah projek itu?
Projek ini ialah ISIL – atau Negara Khalifah Islam. Dari segi sejarah ISIL ini ditelor, dieram dan menetas dalam kelambu Zionis-Anglo-Amerika. Pada awalnya gerombolan ISIL ini dipanggil Jabat al-Nusra. Tapi nama ini tidak penting. Yang penting gerombolan ini diberi dana oleh Saudi, Qatar dan negara Arab Telok. Manakala gerombolan ini dilatih dan diberi bekalan senjata oleh Zionis-Anglo-Amerika.
Dalam strateji Amerika - Syria wajib dikalahkan untuk menjadi barua NATO saperti Turki. Syria wajib dimusnahkan dalam usaha untuk mengepong Iran. Pada ketika ini Syria dan Iran memiliki hubungan setiakawan yang amat kukuh. Dalam masa yang sama Syria juga mendapat bantuan Rusia. Ini menjadikan ' angan-angan berahi' Brzezinski tidak terpancut.
Resolusi NATO untuk mengebom Syria di Bangsa Bangsa Bersatu telah dipatahkan oleh Rusia dan China. Rejim Bashar al-Assad masih popular dan kukuh. Pilihan raya yang baru selesai telah menobatkan sekali lagi Bashar. Ini satu tamparan kepada kuasa Zionis-Anglo-Amerika. Saudi dan Negara Telok terus kecewa kerana Bashar masih lagi Presiden Syria. Maka dinar dan riyal terus masuk berlori-lori untuk membantu apa yang dipanggil “free syrian army'.
Dasar Obama dan Cameron kelihatan lintang pukang. Mereka mempersenjati 'free syrian army' yang dianggap moderate. Tetapai ISIL dan Jabat Nusra yang juga melawan Bashar dianggap pengganas. Apakah kuasa Zionis-Anglo-Amerika mahu memusnahkan ISIL? Jawabnya tidak.
Bagini lojiknya: serangan ISIL di utara Iraq dan Mosul baru baru ini adalah sebahagian dari perancangan Amerika. Saudi mengeluarkan dana untuk ISIL di Syria. Tetiba ISIL berpindah ke iraq dan menawan Mosul. Kenapa ini dibenarkan berlaku?
Dalam manual tentera – dalam SOP (standard operating prosedure) – apabila tentera mengundur segala kelengkapan tentera wajib dimusnahkan. Simpanan peluru, bom dan senjata wajib diledakkan. Kereta kebal dan segala alat pengangkutan wajib dimusnah sama. Tetapi ini TIDAK berlaku apabila gerombolan ISIL menawan Mosul dan wilayah Kurdistan. Tentera Iraq mengundur dan meninggalan semua kelengkapan senjata. Pelik – semua soldadau lari yang tinggal dibelakang adalah senjata mereka.
Kemudian satu perancangan media untuk mengolah persetujuan warga dunia tentang ganasnya ISIL dimulakan. Berita mula dibocorkan bagaimana penganut Kristian telah dibunuh mati oleh gerombolan ISIL. Tidak cukup dengan propaganda anti-Kristian, dilihatkan pula geromboloan ISIL ini memusnahkan Makam Nabi Yunus.
Akhirnya dunia melihat bagaimana wartawan Amerika James Foley dan Steven Sotloff telah dipenggal leher. Dunia dikatakan terperanjat. Media Amerika heboh siang malam pagi petang. Soheh ISIL ini gerombolan ganas. Tetapi media Amerika TIDAK pernah melaporkan setiap hari Jumaat ada berbelas-belas 'orang luar' yang dipenggal kepala oleh rejim Saudi Arabia. Media Amerika dan Barat buat buat tak melihat kerana rejim Sausi ini kawan rapat Amerika.
'Presstitute dan wartawan lonte' TIDAK pula bertanya kenapa semua senjata itu ditinggalkan bagitu sahaja untuk dipunggah oleh pengganas ISIL?
Jawabnya semua ini adalah rancangan untuk memberi senjata kepada ISIL tanpa Barak Obama disoal siasat oleh Congress atau tanpa Amerika dihadapkan ke persidangan Bangsa Bangsa Bersatu.
Apkah betul ke apa yang saya tulis ini? Jawabnya betul. Minggu lalu Presiden Barack Hussein Obama telah berucap dihadapan rakyat Amerika dan berjanji untuk memusnahkan pengganas ISIL. Amerika akan mengebom ISIL dimana sahaja ISIL berada. Lalu timbul pertanyaan – dimana ISIL sekarang? ISIL yang hedak dibom oleh Obama kini berada kembali di Syria. Maka terbuktilah bahawa ISIL ini sedang dijadikan alasan untuk Amerika mengebom Syria.
Bagaimana pula dengan MH17? Hingga ke hari ini 'presstitute wartawan lonte' media Zionis-Anglo-Amerika terus senyap TIDAK tidak bersuara. MH17 telah gagal dijadikan sebab untuk menyerang Rusia. Kita tunggu apakah ISIL berjaya menjadi sebab untuk mengebom Syria.