Ku coretkan gurindam dari
hati paling dalam,
Melihat kemelut perpecahan tak menguntungkan,
Akibat pemimpin mendapat nasihat gelap dan kelam,
Ikatan pakatan yang bermanfaat kini mula berantakan.
Berlari dari Saffa menuju Marwa,
Kisah Hajar mencari air untuk Ismail,
Menuduh orang berhemah menjadi Barua,
Manakan wajar ilmuan bertutur seperti si Jahil.
Membeli jeruk di Bandar Miri ,
Jeruk dimakan bersama bang Taufik,
Pemuda kemaruk hilang adab dan lupa diri,
Perasan dah wara’, pejuang
berjasa dituduh munafik.
Marahkan sahabat bagaikan seteru,
Kepada musuh mimpi berpadu-padu,
Mungkiri janji, keputusan mesyuarat haru biru,
Dalam muktamar,tunjuk marah
jadi tak menentu.
Bila menantu jadi penentu,
Rakan pakatan menjadi korban,
PRU Damansara jadi 3 penjuru,
Akhirnya kerusi dapat kat Barisan.
Timbalan Presiden berucap 50 pemuda pakat keluar,
Tanda biadap seperti orang tidak berpelajaran,
Ibarat berserban terlupa nak pakai seluar,
Habis jamaah saling bermusuh dan bercakaran.
Perkara kecil sepatutnya tidak dibesarkan,
Adat bertahaluf siyasi kena cari persamaan,
Salah dan silap cepat-cepat bermaafan,
Bukan sabotaj terus ubah segala persetujuan.
Majlis Syura bukan seperti kura-kura,
Menjadi pengimbang, penegur dan sumber rujukan,
Bukan berkeras ambil alih fungsi Jawatankuasa,
Tunjuklah profesionalisma dan sikap mendamaikan.
PRK pengkalan kubor Pas dah tersungkur,
Majoriti merosot orang muda dah tunjuk bosan,
Kalau trenda ini tak diubah pemimpin pula asyik tidur,
PRU 14 negeri Kelantan PAS hanya tinggal batu nisan.
Hubaya-hubaya para pemimpin yang budiman,
Jangan kerana nyamuk kelambu pula yang dibakar,
Kalau nakhoda dah uzur dan sudah hilang pedoman,
Bahtera teruskan belayar, hanya nakhoda yang perlu ditukar.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Nashuha Al Pontiani,
4 Oktober, 2014
4 Oktober, 2014
No comments:
Post a Comment