Wednesday, April 30, 2014

SATU RENUNGAN



Srengenge menyembul wajah di ufuk timur,
menyerlah panorama indah Utara Selatan Barat Timur,
kiri kanan hijau kuning warna kehidupan nan subur,
Petanda negeri kita bukan miskin tetapi makmur.

Burung unggas berterbangan berkicau berlagu,
tanpa di batasi perasaan jemu,
Tawakkal tanpa ragu yakin penuh jitu,
mengutip serangga dan kelkatu yang lesu.

Masih adakah insan yang ragu,
Akan nikmat Tuhan yang Satu,
Tanpa batas ruang dan waktu,
Memilih untuk hidup segan mati tak mahu.

Pelajarilah jatuh bangun suatu tamaddun,
imbau sejarah kegemilangan serumpun,
Melayu Melaka Islamnya dijunjung,
Empayar tersohor akhlak disanjung.

Dadah dan dedah tidak diendahkan,
bertudung litup jadi gunjingan,
Rasuah dan kronisma jadi amalan,
negara lingkup keberkatan pun hilang

Friday, April 18, 2014

RAHASIA SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM....SUBHANALLAH AMAT SAINTIFIK!!!!



Rahsia Solat 5 waktu Sehari 
Semalam

LEPAS NI TAK NAK SOLAT LAMBAT LAGI! 

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh...



BERSAMA MU
 TUHAN….
Dalam setiap nafas yang ku hirup
Tetesan air yang ku minum
Semua ada nama MU
Yang membuat aku semakin rindu
Seluruh alam ini memuja MU
Semua yang kau ciptakan ada tertulis nama indah MU

TUHAN….
Tak bisa ku ungkapkan betapa rindu aku pada MU
Sangat dalam dan dalam….
Semakin hari aku tak mampu berpaling dari MU
Walau Cuma sesaat…

TUHAN…
Janganlah ENGKAU berikan nikmat
Yang tidak dapat aku mensyukurinya
Hingga ENGKAU kecewa padaku
Berilah aku kesempatan untuk membuktikan cintaku ini pada MU
Dengan terus mengabdi pada MU
Sepanjang hidupku

Monday, April 14, 2014

TRAGEDI DAN MISTRI BUAH MANGGIS

TRAGEDI DAN MISTERI BUAH MANGGIS

Hitam-hatam si tampok manggis,
Sungguh hitam putih isinya,
MH370 hilang ramai menangis,
Lautan Hindi konon destinasi akhirnya.
Manggis dibeli di pekan Dengkil,
Dibungkus di ikat diberi jenama,
Berbagai teori cuba di nukil,
Jawapan muktamad tak kunjung jelma.
Rasa Hairan melihat takwim,
Musim buah dah macam katun,
Buah manggis buah bermusim,
Hanya bermusim dibulan Jun,
MH370 membawa manggis,
Bateri Lithium jadi peneman,
Bulan Mac mana Malaysia ada manggis,
FAMA pening , MAS mula meroyan.
Pemilik manggis tinggal di Muar,
Bukan manggis Muar kata Pak Polisi,
Cuma dikumpul di bandar Muar,
Ke KLIA manggis di bawa pergi
Tupai batuk buaya sawan
Kucing di dapur pening kepala,
Tanyalah Atok tanyalah Tok Wan,
Mungkin buah manggis jadi jadian.
Raja Bomoh ke Australia,
Membawa bubu dan buah kelapa,
Apa dah jadi negaraku Malaysia,
Buah manggis jadi bahan ketawa.
Bukan Manggis sebarang manggis,
Manggis di bawa kenegeri Cina,
Kalau nak buat drama menangis,
Janganlah jadi drama Ketawa.
Belum terungkai kematian Kennedy,
Kematian Diana sangatlah tragis,
Pada firasat ku yang kerdil ini,
Tragedi angkara konspirator Zionis.
Pelobi Zionis sangatlah Zalim,
Dua perang Dunia hasil kerjanya,
11 September bukan kerja Ben Ladin,
Konspirator Zionis /yahudi punya angkara.
Malaysia dan China sahabat Tradisi,
Sejak zaman kegemilangan Melaka,
Seandainya tidak berhati-hati,
Tragedi MH370 boleh mencetus Perang Dunia.
Buah manggis banyak penawar,
Buah kelubi sangatlah masam,
Usah menangis banyakkan bersabar,
Surah Al Kahfi selalu amalkan.


Nashuha Al Pontiani
14 April 2014.

Tuesday, April 8, 2014

PERISTIWA BERDARAH MEMALI: KEBENARAN FAKTA SEJARAH DAN KEBERTANGGUNG JAWABAN DITUNTUT....PENDEDAHAN MENGEJUTKAN....

                                                           PARA SYUHADA MEMALI 

DARI MEMALI JADI MEMALU...

Kampung Makam di negeri Johor,
Tempatnya aman lagi bersejarah,
Musa Hitam Pemimpin tersohor,
Pencetus ingatan  Memali berdarah.

14 SYUHADA  menjadi KORBAN,
Penguasa rakus  punya mainan,
Ajaran sesat konon alasan,
Hanya kerana mengajarkan Alqur’an.

Tiga puluh tahun  masa berlalu,                                
Di cerca di kutuk  tak kurang dihina,
Manusia merancang Tuhan menentu,
Yang benar kan muncul yang batil kan sirna.

Tanpa dirancang buat pengakuan,
Dalam Forum di Negeri kelantan,
Peristiwa Memali satu Titik hitam,
Karier politik  menjadi suram.

30 tahun Musa Hitam Berdoa,
kebenaran  kan muncul Kebatilan kan sirna,
Wacana di Kelantan pencetus segala,
Mantan PM  punca angkara.

M 16 nan ganas mula menyerang,
Semua terkejut dengan kezaliman,
Mantan PM rupanya temberang,
Dalam negara kiranya bersemayam.

Ke negara Cina konon melawat,
Musa memangku pelan  dirancang,
Musa dan KPN memberi nasihat,
Jangan ke Cina negara dah goncang.

Sebagai menteri  berwibawa dan matang,
Ke Dewan Rakyat Musa Laporkan,
Kertas putih lalu di bentang,
Musa didera  dikambing hitamkan.

Pergi Desaru  menghilang duka,
Menghibur hati  yang di tinggalkan,
Lembaran baru harus dibuka,
Keadilan sejati mesti di tegakkan.

Sunday, April 6, 2014

YANG PELIK DAN YANG MISTERI

MALAYSIA NEGARA PELIK DAN MISTERI

Buah  leletup di atas sofa,
Mari dimakan oleh Pak Latif
Altantuya diletup gunakan C4,
Tanpa sebab dan juga motif,

Gunung Tahan nampak berbalam,
Didaki Tun Mamat hingga berhasil,
Kapal selam dibeli tak boleh menyelam,
Injin pesawat hilang jumpa di Brazil.

Pergi ke Rokan membeli  belah,
Singgah di Lukut tempah busana,
Riuh  pertahan kalimah Allah,
Undang-undang Hudud tak mahu laksana.

Dari Medan ke Inderagiri,
Nakhoda kapal hilang panduan,
Beng Hock dan Sarbini mati misteri,
Sirul Dan Azilah hilang tak ketahuan.

Pendekar  Hilal memakai tangkal
Tangkal dibawa ke dua benua,
Dakwat kekal jadi tak kekal,
Pilihanraya menjadi bahan ketawa

Kerajaan Langit  kerajaan penyamun,
Ajaran sesat  tidak berguna,
Ayah Pin Diburu berpuluh tahun,
Hilang lesap entah ke mana.

Saiful Bukhari punya cerita,
Liwat meliwat fitnah semua,
Gagal di Universiti gagal periksa,
Jumpa PM dapat biasiswa.

Yang pelik-pelik ada di sini,
Malaysia boleh cogan katanya,
Kagum bin Hairan lucu sekali,
Kera di hutan mati ketawa.