Sunday, April 6, 2014

YANG PELIK DAN YANG MISTERI

MALAYSIA NEGARA PELIK DAN MISTERI

Buah  leletup di atas sofa,
Mari dimakan oleh Pak Latif
Altantuya diletup gunakan C4,
Tanpa sebab dan juga motif,

Gunung Tahan nampak berbalam,
Didaki Tun Mamat hingga berhasil,
Kapal selam dibeli tak boleh menyelam,
Injin pesawat hilang jumpa di Brazil.

Pergi ke Rokan membeli  belah,
Singgah di Lukut tempah busana,
Riuh  pertahan kalimah Allah,
Undang-undang Hudud tak mahu laksana.

Dari Medan ke Inderagiri,
Nakhoda kapal hilang panduan,
Beng Hock dan Sarbini mati misteri,
Sirul Dan Azilah hilang tak ketahuan.

Pendekar  Hilal memakai tangkal
Tangkal dibawa ke dua benua,
Dakwat kekal jadi tak kekal,
Pilihanraya menjadi bahan ketawa

Kerajaan Langit  kerajaan penyamun,
Ajaran sesat  tidak berguna,
Ayah Pin Diburu berpuluh tahun,
Hilang lesap entah ke mana.

Saiful Bukhari punya cerita,
Liwat meliwat fitnah semua,
Gagal di Universiti gagal periksa,
Jumpa PM dapat biasiswa.

Yang pelik-pelik ada di sini,
Malaysia boleh cogan katanya,
Kagum bin Hairan lucu sekali,
Kera di hutan mati ketawa.


No comments: