Sunday, May 11, 2014

HARI IBU--CETUSAN RASA UNTUK IBU

IBU YANG KU RINDU SELALU

Buah berangan bawa ke Balai,
Buah jambu di dalam raga,
Jasa dan pengorbanan tiada ternilai,
Kasih mu ibu membawa ke syurga,

Bersengkang mata diwaktu malam,
Anak menangis ibu dodoikan,
Himpunlah harta seluruh alam ,
Jasa mu ibu tak dapat kubalaskan.

Semasa kecil makan disuap,
Paling selesa tidur di pangkuan,
Masakan ibu sangatlah sedap,
Sampai ke kubur tak dapat ku lupakan

Walau pun ibu sudah tiada,
Pesan dan nasihat tetap diingat,
Kepada ibu bapa jangan derhaka,
Kelak hidup mu tak akan berkat.

Aura ibu sangatlah hebat,
Sumpahan ibu membawa mudharat,
Wahai anak wahai kerabat,
Kepada ibu tumpuan hormat.

Sesal dahulu pendapatan,
Sesal kemudian tidak berguna,
Kasihi ibu tanpa batasan,
Sedekah Fatihah bila dah tiada.

Selamat Hari Ibu hamba Ucapkan,
Iringan doa ikhlas dan berpanjangan,
Diberi rahmat sentiasa dalam kesejahteraan,
Di akhirat di dalam syurga tempat berkekalan.

Nashuha Al Pontiani,
11 Mei 2014.

No comments: