GURINDAM BUAT PEJUANG TERBILANG
Sejarah
berulang bagaikan roda,
Berputar
seiring jarak dan masa
Si
Kitol dan Mendaliar muncul semula ,
Mencatur
mencorak mengadu domba,
Akibat
hasad dengki tamak haloba,
Si
bijak difitnah disumbat dipenjara,
Kerana
kalah bertarung di gelanggang terbuka,
Sejarah
Hang Nadim berulang semula.
Sebuah
daulah bernama Malaysia,
Terkenal
sudah seantero dunia,
Liwat
meliwat konon angkara,
Gagal
Liwat pertama direka pula liwat kedua.
Saksi
dan bukti gagal dibawa,
Skrip
ditulis pincang semua
Ke
mahkamah syariah patut di bicara,
Ke
mahkamah Civil pula akhir sudahnya.
Gagal
periksa dibuang univesiti,
Berjumpa
PM minta biasiswa,
Sungguh
istimewa si saifool Bohari,
Tuah
ayam letak di kaki tuah Saifool letak di mana?
10
Februari sejarah hitam
Rayuan
ditolak sudah dirancang,
Pahlawan
dipenjara rakyat naik geram,
March
to Freedom bakal menggoncang.
Satu
dunia beri simpati,
Pemimpin
hebat terus dianiaya dipenjara,
Petisyen
dibuat dunia membantah penuh empati,
Penguasa
zalim mula goyah, malam tidor tak lena.
5
hakim lari tak tahan telinga,
Ucapan
Si Pejuang tajam dan bisa,
Tanda
bersalah diperalat Sang Penguasa,
Badan
kehakiman terpalit merekayasa.
Ringgit
Malaysia jatuh merudum,
Harga
barangan naik melantun,
Tiada
yang jatuh atau pun turun,
Tiba-tiba
kapal terbang yang jatuh berdentum.
Pahlawan
dipenjara harap bertenang,
Nama
mu tersohor jasa mu dijulang,
Kuatkan
semangat lawan segala petualang,
Terpahat
nama mu legasi pejuang terbilang.
Hubaya
hubaya rakyat Malaysia sekelian,
PM
disuruh meletak jawatan,
Oleh
Tun M yang sudah tak tahan,
Melihat
Negara jadi tak keruan
Halia
itu tanam-tanaman,
Ke
barat juga akan condongnya,
Ingatlah
bahawa dunia ini hanya pinjaman,
Akhirat
jua kekal selamanya.
Nashuha Jamidin Al Pontiani,
12 Februari, 2015
No comments:
Post a Comment