Kerusi
itu kosong lagi….
Ibarat
tanggal nya gigi dari gusi,
Ada
yang tanggal sendiri ,
Ada
yang terpaksa dicabut digerudi,
kerana
sudah tidak serasi,
dirasa menyakiti
bagai onak duri…
Kerusi itu kosong lagi….
SPR bergegas meniup
nafiri,
Mewarta kekosongan
kerusi,
Perlu diisi, dalam
tempoh 60 hari,
Berkeriaulah
sekalian Partai dan parti,
Mencari calon sebaik para wali,
berwajah
kuli konon sanggup mengabdi,
menabur
janji, bakti tanpa peduli,
Disebalik lobi
melobi….
Kerusi itu kosong
lagi…
Dari Permatang Pauh
ke Rompin,
Gegak gempita
trompet GST,
Altantuya,
Kroni, BRIM bersiri dan Konspirasi,
Sirul Azhar dan
Saiful Bokhari,
1MDB, Kapal Selam, Hudud
dan Jet Pribadi,
Menjadi halua dan
racun telinga saban hari,
Berpestalah TV3,
RTM berkempen berperi,
Yang hodoh dan yang
comel terus menari,
Kerana,kerusi itu
kosong lagi…
Kerusi itu kosong
lagi….
Ada
insan gagal lena walaupun tidor,
Mengigau merepet
dalam lena dan jaga,
Isu-isu mendobrak
jantung, menerobos rahsia,
Menyingkap mana
benar, mana bohong,
Mengheret mantan
Memanda berperi dan berfatwa,
Sehingga kerusi di
isi semula.
Mohd.Nashuha
Jamidin Al Pontiani,
5 April, 2015
No comments:
Post a Comment