GURU
Burung Bayan terbang berkawan,
Kambing kibas jalan berbaris,
Guru budiman mengubah fikiran,
Menyampaikan ilmu sebagai Mudarris.
Mengajar sambil mengamalkan Ilmu,
Murid bagaikan anak sendiri,
Berusaha terus menambahkan ilmu
Muallim gelaran layak di beri.
Sambil memimpin mentadbir dan memperbaiki
,
Menjadi kaunselor penyibar budaya
sejati ,
Kepada murid sangat belas dan menyayangi,
Menjadi contoh layak digelar sebagai Murabbi.
Akhlak terpuji menjadi objektif setiap hari,,
Mendidik adab membentuk watak dan peribadi,
Akhlak mitsali secara amali bukan teori,
Kaulah Muaddib akhlakmu sentiasa dicontohi.
Sebagai penuntun ke jalan yang benar,
Jalan di namakan Sirotolmustakim,
Zuhud amalan kepimpinan menyinar,
Kaulah Mursyid menjadi contoh segenap disiplin.
Selamat Hari Guru ucapan ku titip,
Kaulah Muallim, Muddaris
yang ‘abid ,
Kaulah Murabbi engkaulah Muaddib,
Tangan mu ku cium kerana kau Mursyid.
Mohd. Nashuha Jamidin Al
Pontiani
16 Mei 2015
No comments:
Post a Comment