PAHLAWAN BERLANGKAH
SUMBANG
Katamu kau ini pahlawan
Tapi langkahmu semakin sumbang
Kau bilang kau berani
Ajak berdebat kenapa kau lari
Tak ubah seperti sudah kena kembiri
Katamu kau bijak selok belok ekonomi
Nilai ringgit kenapa jatuh saban
hari
Fakir dan miskin kau perah dengan Cukai GST
Harga barang naik rakyat menderita separuh mati
Kau mampu tersenyum lebar menayang
gigi
Hutang negara tambah meningkat
Skandal demi skandal engkau terlibat
Seluruh dunia sudah maklum dan melihat
Hanya pengikut totok mu yang hilang kudrat
Mengampu membodek tiap minit dan saat
Hazanah negara banyak digadai
Hutang 1MDB angkara nafsu serakah terbarai
Tanah , TNB, Saham Felda satu persatu terlepas
Negara Komunis tak percaya Tuhan
Kau jadikan rakan meminta hutang
& pinjaman
Awas silap langkahmu negara jadi taruhan
Bagai Pak Kaduk menang sorak kampung
tergadai
Negara Tibet contoh terdekat
Dalai Lama hilang watan terbuang merempat
Angola, Islam sudah menjadi dagang
Akibat Komunis Cina tidak bertuhan
Ideologi Komunis mahu dipaksakan
Apakah Mata dan mindamu belum juga faham
Pahlawan berlangkah sumbang
Sebelum langkahmu semakin sumbang
Sebelum tersungkur bukan
digelanggang
Undurlah penuh insaf dan berjiwa pejuang
Serahkan kembali amanah
kepimpinan
Kepada kuasa rakyat kuasa
keramat
memilih pahlawan terbilang
memimpin ummat
Nashuha Jamidin Al Pontiani
Daerah Sepi
17 Disember 2016
No comments:
Post a Comment