Tuesday, February 17, 2009

JANGAN BUKA AIB ORANG , NANTI ALLAH BUKA AIB KAMU!!

Menurut Rasulullah SAW, ketika kita gemar membuka aib orang lain, maka Allah pun akan membukakan aib dan kekurangan kita kepada orang lain. Na’uzubillah! Maka Jadikan diri kita sebagai kuburan bagi aib orang lain. Saat mendengar aib saudara kita, segera kubur dan jangan pernah kita buka, kecuali yang dibenarkan agama.

Gempar lagi!! Selepas kemelut politik di Perak hasil kerja bikinan kumpulan berkepentingan, dan ugutan serta tekanan yang dialami oleh Y.B Arumugam ADUN BukitSelambau sehingga meletak jawatan,kini EXCO kerajaan Selangor Elizabeth Wong pula menjadi mangsa mainan politik kotor dan tidak bermaruah. Ini sudah menjadi semacam trenda yang mula menjadi budaya buruk dan hodoh yang pasti bakal menerima tindakbalas dari pihak yang menjadi mangsa.

Saudaraku,....
Tidak ada manusia sempurna di dunia ini, selain Rasulullah SAW. Semulia dan setinggi apa pun darjat seseorang, pasti ia pernah melakukan dosa dan kesalahan. Kerana itu, tidak wajar bagi kita menghina dan merendahkan orang karena kesalahan dan dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Ketahuilah, saat kita menghina dan merendahkan mereka, sebenarnya saat itu pula kita telah merendahkan dan menginakan diri kita sendiri. Kecuali terhadap orang-orang yang memang telah direndahkan Allah.

2 comments:

Unknown said...

TEPAT apa yg saudara luahkan,tapi adakalanya kita perlu berfikir panjang serta melihat..dg siapa kita berhadapan...musuh dlm selimut serta gunting dalam lipatan adalah lebih bahaya dari musuh yg sebenar,seorang sahabat berjiwa musoh adalah lebih bahaya dari musuh yg berjiwa sahabat.....kalau anda bepegang pada HUTANG orang WAJIB dibayar....ANDA SALAH......(keterangan :: Peduli apa hutang orang pada orang lain) yg WAJIB dibayar adalah HUTANG kita pada orang......kan gitu..
maksud saya kita perlu melihat dg siapa kita berhadapan..dan apa maunya orang ini...saya akui SABAR adalah yang terbaik...tapi andainya sabar terus terusan kita akan hilang pedoman...BETUL kita dipuji dilangit...tapi di bumi? kita punya
keluarga yg tentunya tidak sehati dg kita mereka juga punyai maruah..jadi apa salahnya sesekali biar mereka rasa apa yg kita rasa
.....sesunguhnya bagi saya segala bentok PERJUANGAN andainya berpaksi pada PERUT...hasilnya adalah bahan BUANGAN dalam tandas...BICARA DUIT YG TANPA SUARA...adalah lebih menakutkan dari ngauman harimau di celah bukit....begitu juga politik

Unknown said...

Ade aib yg boleh didedahkan dan sebaliknya. Aib yg didedahkan bg mengelakkan ia menjadi ikutan dan cara hidup jika dibiarkan. Jika rumah jiran dimasuki pencuri adakah kamu taknak buat report polis kerana berpegang pada hadis riwayat itu. Cuba tafsir lebih mendalam. Manakala aib yg tidak boleh didedahka adalah spt: "ko nak tahu tak kiah, hari2 si tipah sekeluarga hanya makan nasi dgn ikan bilis shj". Wallahualam.