Blog ini dibuat semata-mata untuk memberi sedikit sumbangan dalam bentuk buah fikiran, berkongsi pengalaman dan menyahut seruan Rasulullah s.A.W 'Balighu anni walau ayah'. (Sampaikan dari ku walau satu ayat). Segala persoalan yang di utarakan akan meliputi, hal-hal dunia dan akhirat, isu-isu semasa, politik, perubatan dan pelbagai ilmu untuk mendidik masyarakat. Dengan harapan 'apabila datang kebenaran, maka lenyaplah kebatilan kerana sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap'- maksud hadis.
Thursday, January 14, 2010
SOLAT GERHANA MATAHARI JUMAAT 15 JANUARI 2010 MULA JAM 3.01PTG HINGGA 5.00 PTG . JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!
HARI INI JUMAAT 29 MUHARRAM 1431 BERSAMAAN 15 JANUARY 2010 GERHANA MATAHARI SEPARA(CINCIN)DIJANGKA BERLAKU BERMULA JAM 3.01 PTG.YANG TIDAK TAHU NAK SOLAT SAYA PERTURUNKAN KIFIAT/KAEDAHNYA DI BAWAH INI.
SAYA MENYERU SEMUA UMAT ISLAM MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK BERAMAI-RAMAI MENUNAIKAN SOLAT GERHANA SAMA ADA DI MESJID, SURAU ATAU DIMANA SAHAJA ANDA BERADA. SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA DAN MENJAUHKAN DARI BENCANA DAN MALAPETAKA.
Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai Solat Sunat Kusuf atau
Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana
bulan atau matahari. Solat Sunat Gerhana Matahari dalam istilah
Arabnya : Solat Sunat Kusuf. Solat Sunat Gerhana Bulan dalam istilah
arabnya : Solat Sunat Khusuf.
Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada
terlindungnya itu dalam bentuk juzu’nya atau keseluruhannya. Khusuf
pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu’ atau
pun keseluruhannya. Ramai ulama’ yang menyatakan bahawa kedua-dua
kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana
bulan atau pun matahari.
Hukum Solat Gerhana Matahari
Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.
Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang
bermakna : "Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda
daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada
kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana
kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah
dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana) apa dengan kamu."
Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian
anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian
Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya
gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila
berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan
bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang
besar dan mulia.
Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda
sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini
yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila
berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk
memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini
jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam
membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.
Cara Solat Sunat Gerhana
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan
diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah!! (Solat berjemaah)
Niatnya : “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut
imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam) ataupun “Sahaja aku solat
sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat
seorang diri)
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara
berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana
mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu
seperti berikut :
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I’tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment