Blog ini dibuat semata-mata untuk memberi sedikit sumbangan dalam bentuk buah fikiran, berkongsi pengalaman dan menyahut seruan Rasulullah s.A.W 'Balighu anni walau ayah'. (Sampaikan dari ku walau satu ayat). Segala persoalan yang di utarakan akan meliputi, hal-hal dunia dan akhirat, isu-isu semasa, politik, perubatan dan pelbagai ilmu untuk mendidik masyarakat. Dengan harapan 'apabila datang kebenaran, maka lenyaplah kebatilan kerana sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap'- maksud hadis.
Monday, February 8, 2010
BILA HAKIM DIRAGUI KETELUSAN DAN KEADILANNYA- PEGUAM MOHON LUCUT HAKIM
EPISOD PERBICARAAN YANG MEMUALKAN DAN MENJIJIKKAN SUDAH BERMULA...
IA HANYA ULANGAN SKRIP LAMA YANG DI ARAHKAN OLEH SUTRADARA YANG BERBEZA NAMUN JALAN CERITA KONSPIRASI DAN MODUS OPERANDI FITNAH YANG SAMA...
RAKYAT MALAYSIA MASIH TERUS DIPERBODOHKAN...OLEH PARA PENGUASA YANG HAPRAK!!! DAN BIADAP..SERTA GOBLOK . SAYA TERINGAT NOVEL "SHIT" ... TULISAN SASTRAWAN NEGARA YANG TERSOHOR PROF SHAHNON AHMAD. NOVEL SHIT ADALAH NOVEL YANG PALING TEPAT DALAM MENGUNGKAP SENARIO KEPIMPINAN NEGARA INI. MESEJ YANG DISAMPAIKAN DALAM NOVEL KONTROVERSI SHIT SEMAKIN RELEVEN.....TAK PERCAYA BACALAH SENDIRI....
08 Februari 2010
Bicara liwat: Peguam mohon lucut hakim
24 Safar 1431H
KUALA LUMPUR, 8 Feb: Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan ke pagi esok ekoran permohonan peguam utama Anwar, Karpal Singh agar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohamad Diah dilucutkan kelayakan dari mendengar kes tersebut.
Karpal sewaktu mengemukakan permohonan itu di awal perbicaraan kali ini berkata, permohonan dibuat berdasarkan tidak berpuas hati dengan cara hakim menguruskan bantahan berhubung liputan Utusan Malaysia pada Khamis dan Jumaat lalu yang didakwa telah menghina mahkamah.
Ianya berasaskan kepada keputusan hakim pada perbicaraan tertutup pada hari kedua dimana “ia mempunyai elemen bias” berhubung dengan tajuk utama Utusan Malaysia yang menggunakan perkataan 'lagi' dalam laporan akhbar tersebut.
Karpal berkata, hakim Mohamad Zabidi tidak membuat keputusan terhadap permhonan lalu dengan “fikiran terbuka.”
Sehubungan itu, hakim membenarkan permohonan Karpal untuk didengar jam 9.30 pagi esok.
Jumaat lalu juga, Karpal telah memohon mahkamah supaya mengeluarkan amaran kepada Utusan Malaysia berhubung gambar yang disiarkan oleh akhbar itu dengan keterangan gambar “Saiful menunjukkan katil tempat diliwat oleh Anwar Ibrahim kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah”.
Pada 4 Februari lalu, Anwar mengecam laporan akhbar berkenaan pada hari itu yang disifatkan sebagai kotor, biadab dan jijik.
Menurutnya, laporan muka depan akhbar itu yang bertajuk "Tak rela diliwat lagi" sebagai memetik kenyataan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah cubaan fitnah kerana tiada dalam rekod mahkamah sepanjang perbicaraan sebelum itu.
Karpal pula memohon mahkamah mengenakan perintah menghina mahkamah terhadap akhbar tersebut.
Katanya, laporan itu dibuat dengan niat jahat kerana apa yang tiada dalam prosiding perbicaraan kes liwat itu dilaporkan dalam artikel berkenaan.
Perbicaraan kes tersebut yang memasuki hari keempat hari ini sepatutnya menyaksikan saksi pendakwa pertama, Mohd Saiful Bukhari Azlan disoal balas oleh pihak pembelaan.
Belum sempat saksi pertama, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diriya diliwat dipanggil untuk disoal balas, peguam pembela Karpal Singh telah membuat permohonan di depan hakim.
Dalam perkembangan sama, Anwar sebelum itu tiba di kompleks mahkamah bersama isteri Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dua anak perempuannya jam 9.25 pagi.
Manakala Nurul Izzah dilihat tiba beberapa minit kemudian.
Turut hadir sebelum itu, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussin Ali, dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.
Pasukan peguam Anwar diketuai oleh Karpal dan dibantu oleh Param Cumaraswamy, CV Prabhakaran, SN Nair, Ram Karpal Singh Deo, Marisa Regina Fernando dan Mohd Razlan Jalaluddin.
Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment