KOLEJ KOMUNITI : TPM UMUM TEMPOH PEMBELAJARAN DISINGKATKAN – mstar
Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan program pengukuhan Kolej Komuniti yang antara lain menggariskan tempoh pembelajaran bagi sembilan sektor terpilih disingkatkan daripada dua tahun kepada tiga ke enam bulan mulai tahun ini.
Program jangka pendek Sijil Kemahiran Modular Kebangsaan adalah antara inisiatif yang dirangka untuk pengukuhan institusi Kolej Komuniti selain melaksanakan program memperkasakan program pembelajaran sepanjang hayat dan mempergiatkan program perantisan.
Kementerian Pengajian Tinggi juga sedang merangka Program Pemindahan Ilmu antara Kolej Komuniti dan universiti bagi membolehkan hasil penyelidikan di universiti dapat dinikmati masyarakat setempat melalui Kolej Komuniti.
LANGKAH DAN STRATEGI SEPERTI DI ATAS AMAT MERAGUKAN KITA YANG WARAS DAN BERFIKIRAN SIHAT. KALAU PUN HENDAK MENJIMATKAN BELANJA DAN MEMOTONG BELANJAWAN JANGANLAH MEMEBERI ALASAN YANG TIDAK MASUK AKAL....KUALITI DAN KECEMERLANGAN TIDAK MUNGKIN DICAPAI DENGAN MEMENDEKKAN JANGKAMASA KURSUS DARI 2 TAHUN KE 3 BULAN. KERA DALAM HUTAN PUN BOLEH MATI KETAWA KALAU DENGAR BERITA INI..... APA DAH NAK JADI NEGARA AKU NI......
No comments:
Post a Comment