Wednesday, October 27, 2010

HUB PUSAT HIBURAN- SATU LAGI BALA TUHAN YANG DIUNDANG




Untuk memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP)KERAJAAN PIMPINAN Barisan Nasional mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan.

ETP seperti yang dilaporkan akan menubuhkan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu, ujarnya.

Langkah kerajaan itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012.

Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. Dikatakan menjelang tahun 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan.
NGO-NGO MUSLIM memberi reaksi penentangan dan kritikan.
Bagi saya langkah yang diumumkan oleh PM Najib Razak ini benar-benar langkah mundur dan tidak dapat memahami keperluan ummah yang dahagakan nilai-nilai akhlak mulia yang sememangnya sudah runtuh. APABILA KEPIMPINAN DISERAHKAN KEPADA ORANG YANG BUKAN AHLINYA MAKA TUNGGULAH SAAT KEHANCURANNYA (Maksud Hadis Nabi). Untuk menarik orang datang melancung kita tidak perlu menyediakan tempat-tempat maksiat seperti itu. INGAT BELANJA UNTUK MERAWAT KEROSAKAN YANG BAKAL DITUAI JAUH LEBIH BESAR DARI KEUNTUNGAN YANG BAKAL DIPEROLEHI. BUDAYA TIMUR DAN KEUNIKAN YANG ADA DALAM MASYARAKAT KITA SUDAH CUKUP UNTUK DIPROMOSI DAN DIEKSPLOITASIKAN SEBAGAI DAYA TARIKAN PELANCUNG DAN MEMBANGUNKAN INDUSTRI INI. KERAJAAN TIDAK PERNAH SERIK SERING MENGULANGI KESILAPAN dan nampaknya masih gagal mencari formula tersendiri.

Kita tidak mahu bala Allah turun kepada kita semua.
SESUATU HARUS DILAKUKAN. INGAT MATLAMAT TIDAK BOLEH MENGHALALKAN CARA.

No comments: