Hari ini ahli-ahli jamaah surau Al Ikhwan, Kg Che Bema, Sg. Layar, Sg.Petani, Kedah, bergotong royong menyediakan bubur Asyuraa. Sebelah malamnya diadakan ceramah Asyuraa. Selaku pengerusi surau, saya lebih melihat gotong royong seperti ini penting dalam mengeratkan ukhuwah sesama umat. Tetapi ia hendaklah dilihat dan dihadapi bukan semata-mata sebagi adat kebiasaan turun-temurun, bahkan jauh dari itu kita serapkan pengajaran disebaliknya ehingga ia dimanfaatkan sebagai syari'at. Ia lebih kepada kesempatan untuk mencungkil SERIBU SATU PENGAJARAN DAN FADHILAT yang terdapat pada hari tersebut.
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:
Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.
Sahabat bertanya apakah kelebihan Asyuraa.
- Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
- menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
- menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
- Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
- menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
- menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
- Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
- diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
- juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
- akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa
10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyuraa. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram
berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :
1.ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
2.ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6.Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
7.Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
8.Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
9.Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram

11.Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram
13.Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram
14.Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di
13.Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram
14.Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di
dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
16.Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
17.Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
18.Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram

22.Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam sesudah bumi
ditenggelamkan selama enam bulan.pada 10 Muharra
Peristiwa lain
1.Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
2.Diangkat Nabi Idris a.s. ke langit pada 10 Muharram
3.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
4.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
5.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari Kezaliman Fir'aun.

Kesimpulannya sungguh dahsyat dan hebat rupanya hari asyuraa. Rugilah kita andainya kehebatan fadhilat nya tak dapat kita garap dan manfaatkan.
JADI APA PENTINGNYA BUBUR ASYURA?..
YA Bubur asyuraa sebagai satu simbul bahawa itulah menu makanan pertama di muka bumi ini setelah semua lenyap akibat banjir besar dan ribut taufan yang menenggelamkan bumi ini... BUBUR ASYURA AKAN MENGINGATKAN KITA BAHAWA jika amalan hidup beragama (Islam) tidak dilaksanakan, maka akibat banjir besar dan seumpamanya bakal menjadi balasan.... oleh itu marilah kita tingkatkan penghayatan kita dalam hidup beragama.
No comments:
Post a Comment