Saturday, December 11, 2010

PERJALANAN DARI SOLO KE JAKARTA - INDONESIA BAKAL MENGULANGI KEGEMILANGAN ZAMAN KERAJAAN ISLAM DEMAK BINTORO

                                     DI HADAPAN MAQAM RAJA-RAJA KERATON
                                          TERMASUK MAQAM SULTAN AGUNG
                                                
Tanggal 5 hingga 9 Disember 2010 adalah tanggal bersejarah kerana dapat menziarahi tanah leluhur yang sudah lama diidamkan. Kota Solo Surakarta.  Di sini terdapatnya Sungai/Bengawan Solo, (ingat Jodol lagu hasil karya Gesang) berjarak 67 km dari Gunung Merapi yang baru saja Meledak.  Tenang saja bandar ini dengan ciri Jawa Tulin yang masih tebal menjadi adat budaya penghuninya. Disini terdapatnya Keraton Surakarta Ningrat dimana Sultan Pakubuono XIII menjadi teraju utamanya. Dicelah-celah ketenangan itu saya perhatikan ada dua aliran Islam yang di anuti penduduknya iaitu Islam Kejawen yang masih tebal dengan unsur-unsur Jawa Kuno dan Islam aliran para Wali yang tidak dibayangi mitos dan khurafat.

Kebetulan pada hari Selasa kota Solo menyaksikan penghuninya dengan diketuai Kraton Surakarta merayakan Malam Satu Suro satu perayaan menyambut Awal Muharram yang dirayakan oleh ribuan penduduknya.  Ini mengingat salah satu jasa Sultan Agung yang berjaya mengubah kalendar Saka jawa kepada kalendar Islam Hijriah. Namun amat menyedihkan kerana perayaan itu dicemari dengan amalan khurafat dan boleh menjurus syirik. Perarakan di kepalai dengan Kumpulan Kerbau Buleh atau kerbau Balar/albino di gelar Kiyai Selamet. Segala khazanah pusaka diarak mengelilingi istana atau Kraton seawal jam 12.00 malam hingga ke subuh.
                           PONDOK PESANTREN ALMUKMIN NGRUKI, SUKOHARJO

Dipendekkan cerita, disatu sudut lain di Solo juga terdapatnya pusat-pusat pengajian agama/madrasah yang aktif termasuk yang terkenal diseluruh dunia dan amat digeruni dan sering dipantau oleh kuasa besar Amerika iaitu Pondok Pesantren Al Mukmin Ngruki, pimpinan ulama Ustadz Abu Bakar Bashir yang sekarang sedang ditahan dan disiasat oleh Pihak berkuasa Indonesia atas tuduhan menjadi Pelopor dan penggerak Jamaah Islamiah JI. Satu gambaran bahawa ada golongan yang perihatin dengan Gerakan Islam di sana yang pasti turut memberi pengaruh dalam politik penguasa Indonesia.
Presiden Indonesia SBY (Susilo Bambang Yudohono) dilihat bertungkus lumus mahu menghapuskan Amalan Rasuah dalam seluruh pentadbirannya, suatu amalan yang telah begitu lama menjadi darah daging. Cabarannya hebat, ditambah dengan bencana alam yang silih berganti menyebabkan tumpuannya terganggu kerana harus mengatasi masalah kesan bencana tersebut. Beliau diramal sebagai satria ke enam yang menjadi pencetus kepimpinan lebih baik dari sebelumnya dgn syarat beliau msti menjadikan Ulama dan islam sebagai gandingan dan pedoman. INI RAMALAN JAYABAYA ATAU JOYOBOYO (nostradormus indonesia). Selepas beliau Indosnesia akan dipimpin oleh pemimpin yang hebat, warak,ilmuan, soleh yang amat religius mengikut sunnah Nabi..... Pemimpin yang ke 7 inilah yang akan membawa indonesia ke arah kegemilangan ... INI RAMALAN JOYOBOYO.... KALAU NAK MARAH JANGAN MARAH SAYA, TAPI MARAHLAH JOYO BOYO.....kita tunggu dan lihat ketepatan ramalan Jayabaya ini nanti.... Mudah-mudahan ia menjadi kenyataan kerana Islam itu penyelesai segala masalah...

No comments: