Diketuai golongan profesional seperti doktor, jurutera dan guru, Ikhwanul Muslimin membawa slogan ‘Islam adalah penyelesaiannya’ dan turut mengutamakan demokrasi, keadilan sosial serta kebebasan undang-undang.
Kemenangan
besar Ikhwan di bawah kepimpinan Mursyidul Am, Dr Mohamed Badie,
menerusi Parti al-Hurriyah wal 'Adalah (parti Kebebasan dan Keadilan
atau Freedom and Justice Party - FJP) dan parti-parti gabungannya dalam
Pilihan Raya Umum Mesir minggu lepas, iaitu hampir setahun selepas
Presiden Hosni Mubarak digulingkan, merupakan suatu perubahan besar
kepada landskap politik di negara-negara Arab.
Walaupun Syed Qutb dan beberapa orang pimpinan Ikhwan dizalimi sehingga mati syahid di tali gantung pada pagi Isnin 29 Ogos 1966, tidak dapat merasai nikmat kemenangan perjuangan Islam, sekurang-kurangnya roh mereka berbahagia disisi Allah, kerana pengorbanan mereka sudah ditebus Ikhwan.
Selepas tiga pusingan pilihan raya yang dianjurkan secara bebas dengan pemantauan dunia, keputusan muktamad pilihan raya umum Mesir mencatatkan FJP menang 232 kerusi Parlimen (lebih 45 peratus kerusi), Parti Nur Salafi meraih 113 kerusi, Parti Wafdu (Sekular) dengan 47 kerusi, Parti Kutlah (Sekular) mendapat 39 kerusi, Parti Fulul (bekas penyokong Hosni) memperolehi 17 kerusi, Parti Wasot Islami 10 kerusi, Parti Thaurah Mustamirah dengan 8 kerusi dan parti bebas mendapat 14 kerusi.

Semalam
Timbalan Pengerusi FJP, Dr Essam El-Eryan dalam temubualnya dengan
Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi ingin benar
tahu apakah kebangkitan rakyat juga akan berlaku di Malaysia dalam
pilihan raya ke 13 nanti.
FJP mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi dan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat.
Tempat kedua diduduki oleh kubu konservatif, Parti Salafi al Nur dengan 25 peratus undi atau 121 kerusi, sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33 kerusi.
Dalam sidang Parlimen pertama, pimpinan kanan FJP, Dr Saad al-Katatni telah dilantik sebagai Ketua (speaker) Majlis Rakyat yang pertama selepas kejatuhan rejim Mubarak.
Sepanjang bulan lalu Dr Syed Azman berada di kota Kaherah sebagai anggota rombongan Ahli Pemerhati Antarabangsa Pilihan Raya Mesir di bawah seliaan PBB yang yang baru berakhir baru-baru ini.
Tidak siapa dapat menjangkakan Pilihan raya boleh dijalankan dengan aman selepas 'Revolusi 25
Februari' yang telah berjaya menggulingkan rejim 'kuku besi' Hosni Mubarak dengan hanya bersenjatakan 'Kuasa Rakyat' yang turun secara sukarela berdemonstrasi di jalan-jalanraya di seluruh negara.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Luar PAS telah bertemu dengan Dr Essam, sahabat lama beliau di sana.
Menurut Dr Essam, punca kemenangan FJP adalah melalui susunan trategi yang antaranya:
1. Organisasi kempen FJP yang tersusun dan berstrategik.
2. Teknik 'bantuan dan kebajikan' yang efektif kepada pengundi terutamanya di luar bandar.
3. Pendekatan kempen kepada golongan remaja dan anak muda yang mesra dan bersifat memenuhi realiti semasa.
4. Kempen dari rumah ke rumah yang berterusan.
5. Mengemukakan pelan ekonomi yang di terima rakyat.
6. Kempen melalui media baru seperti Twitter dan Facebook yang amat berkesan.

Populariti Parti Ikhwanul Muslimin juga menghancurkan impian kuasa Barat yang sejak dahulu kerap menjadikan pemimpin Arab sebagai boneka demi memenuhi kepentingan mereka.Selain Mesir, parti berlandaskan Islam juga memenangi pilihan raya terbaru di Tunisia dan Maghribi.
No comments:
Post a Comment