TEKA TEKI TARIKH PILIHANRAYA, SUATU KETIDAKWAJARAN YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN YANG MEMERINTAH DENGAN SLOGAN TRANSFORMASI SANA SINI.
Amalan
tidak meletakkan tarikh sebenar pilihanraya dalam takwim perancangan 5
tahun kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat amat menghairankan dan dilihat
ada udang di sebalik batu. Patutkah sebagai pemerintah, pemimpin suka
berteka-teki tarikh pilihanraya dgn rakyat sendiri? Tarikh PRU PM sorang sahaja yg tentukan bukan kabinet? Inilah agaknya antara yang pernah diungkapkan oleh bekas PM sebelum ini, bahawa Malaysia punya prasarana/infrastruktur 'first Class', tapi
punya mentaliti 'third class'....
Strategi (jika boleh dipanggil strategi) menyembunyikan tarikh PRU dari pengetahuan umum suatu tarikh penting dari pengetahuan rakyat yang berperanan dalam menentukan kerajaan secara demokratik, kini dilihat sebagai amalan tidak wajar dan sudah ketinggalan zaman. Ia amat bertentangan dengan slogan dan agenda transformasi oleh PM dan dilihat sebagai tidak demokratik. Lebih-lebih lagi dalam keadaan Malaysia sedang menuju kearah sistem dua Parti iaitu BN (Barisan Nasional) dan PR (Pakatan Rakyat).
Sehingga kini rakyat dan pemerhati politik melihat kecelaruan dalam pemikiran pimpinan kerajaan untuk memilih tarikh paling sesuai , jika sehingga Jun 2012, tarikh PRU 13 masih belum dapat dimuktamadkan. Ia akan menjadi sebagai satu lagi perkara dan agenda yang gagal dimuktamadkan oleh kerajaan BN yang memerintah. Pelbagai isu dan kemelut yang belum di selesaikan dan menjadi perdebatan hangat orang ramai di lihat semakin tidak memihak kepada populariti kerajaan BN. Asakan bertubi-tubi kesan cetusan idea dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat nampaknya berjaya membuat para pemimpin BN menjadi tak lena tidur.
Kejayaan pimpinan Pakatan Rakyat memecahkan tembok perbezaan ideologi antara PAS, DAP dan PKR dilihat bakal meranapkan talian hayat BN selamanya. Sekaligus rakyat bakal melihat bahawa ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat telah menidakkan amalan perkauman dalam parti mereka. Ini kerana keahlian ketiga-tiga parti tersebut terdiri daripada pelbagai kaum. Jauh berbeza dengan Barisan Nasional yang komponennya terdiri dari UMNO (Melayu ). MCA (Cina) dan MIC (india) yang mengamalkan perjuangan berasaskan kaum masing-masing. Ia dilihat sebagai sudah tidak releven di era globalisasi langit terbuka dan dunia tanpa sempadan ini.
Walau apa pun, PRU 13 terpaksa juga diadakan selewat-lewatnya sebelum April 2013. Isu tuntutan senarai nama pengundi agar dibersihkan dari pelbagai kekeliruan masih belum diatasi dan amat meragukan rakyat dan pihak yang akan bertanding. Isu rasuah jerung-jerung besar masih dilihat gagal di ambil tindakan secara telus dan berintegriti, isu-isu perkauman yang semakin di marakkan, kenaikan harga barang, isu alam sekitar, felda dan sebagainya masih menjadi maudhuk yang perlu di bereskan oleh pihak pemerintah. Sebenarnya wujudnya udang di sebalik batu dan udang di sebalik mee inilah yang menjadikan PRU13 menjadi teka teki.
No comments:
Post a Comment