KECELARUAN MINDA
AKIBAT HATI GAGAL BERFUNGSI SEBAGAI CERMIN
Kain kapan tolong balutkan,
Tamatlah sudah doa dipohon,
1930 Teori Letupan Besar diutarakan,
Dunia kini berusia 4.5 bilion
tahun.
Zaman Mesozoik jauh terkemudian,
Berbanding kejadian Bumi dan Alam,
Adam dicipta sebagai manusia
permulaan,
Hawa pula dijadikan sebagai
teman.
Dunia ini sudah pun tua,
Manusia bermula Adam dan Hawa,
Angkara Iblis tercampaklah
mereka ke dunia,
Di Jabal Rahmah bertemu cinta
syahdu berbunga.
Sejarah terukir di Jabal Rahmah,
Berkembang biak manusia di bumi,
Iblis tak mungkir janji dan
sumpah,
Menyesatkan manusia sehingga mati.
Iblis menghasut manusia
berseteru,
Jenayah pertama bertumpah darah,
Qabil bunuh Habil ikutkan nafsu,
Kejayaan Iblis menggoda
sangatlah parah.
MH370 kapal terjunam dalam lautan,
Amerika dan Zionis Yahudi punya
temberang,
Bukan desakan akal, fizikal nak tunjuk
kekuatan,
Hasad dan dengki di dalam Hati
tempat bersarang.
Cenderawasih burung di awan,
Terbang bersama menuju utara,
Ingatlah kawan handai dan taulan,
Hati tempat bermula segala
angkara,
Merawat hati amatlah penting,
Pendidikan dirumah, disekolah
mau pun dijalanan.
Masyarakat bobrok semakin gawat
amat meruncing,
Akibat hati manusia tidak
dididik digilap dari kotoran
Kesedaran Spiritual dan Kesedaran
Emosi diri,
Dalam Hadis 1400 tahun dulu Rasulullah
dan ingatkan,
Jika baik ia maka baiklah seluruh
Diri,
Seketul daging bernama Hati
itulah gerangan.
Marilah Kembali ke akar kita,
Gilaplah Hati bagai Cermin kehidupan,
Hati membantu mengenal Tuhan
Maha Pencipta,
Akhlak nan terpuji musnah Kebejatan dan kecelaruan.
Ubat hati itu ada lima perkara,
Yang pertama baca Qur’an tengok
makna,
Yang Kedua Solat Malam
kerjakannya,
Yang Ketiga Orang soleh jadi
temannya.
Yang keempat Rajin-rajin Berpuasa,
Yang kelima Zikir Malam biar
Lama,
Salah satu nya siapa dapat
lakukannya,
Mudah-mudahan Allah Ta’ala beri
Kurnia.
Nashuha Jamidin Al Pontiani,
7 Jun, 2014.PAN
No comments:
Post a Comment