Tuesday, June 28, 2016

KEPADA MU




                         KEPADA MU

Kepada Mu Harapan ku wahai Tuhan
Sekali pun aku seorang yang berdosa
Wahai Zat yang maha Pemberi dan Pemurah
Tatkala sesak dada ku dan sempit perjalanan hidup ku
Ku jadikan rayuan ku sebagai jalan mengharap keampunan Mu


Hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan
Untuk dosa yang tak akan terhapus ini
Engkau Maha belas dan Maha Pengampun
Itu lah kebaikan Mu dan kasih sayang Mu

Engkau yang memberi aku makan dan hidayah
Memang selamanya Engkau yang memberi anugerah dan nikmat
Semoga Engkau mengampuni kesalahan ku
Menutup dosa-dosa ku dan setiap perkara buruk yang telah lalu
Andainya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
Kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dari ku

Kekasih, Engkaulah harapan ku
Cukuplah hanya Engkau bagi orang-orang yang berharap
Ku pelihara kasih ku yang dicemari nafsu
Aku janji akan ku jaga kasih yang telah tercalar

Disaat ku jaga, aku rindu, disaat ku lelap aku berharap
Yang terus mengiringi langkah ku, bersemangat dan berirama
Keampunan Mu yang mendatangi hamba
Meninggi dan memuliakan martabatnya.

Nashuha Jamidin Al Pontiani
27 Jun 2016

ULAMA PEWARIS NABI KAU DIMANA



                                    ULAMA PEWARIS NABI
                                          KAU DIMANA

              Ketika Negara di ambang kehancuran
              Dikala Korupsi, Kronisma dan Kolusi bermaharajalela
              Diwaktu Penguasa merompak wang rakyat dan hazanah Negara
              Wahai Ulama’ pewaris nabi kau dimana?

              Dikala GST dikenakan tak kira  Si Miskin atau Si Kaya
              Diwaktu ringgit jatuh nilainya angkara  kelaku penguasa
              Ketika pasaran komoditi jatuh merudum nilai dan harga
              Sekali lagi aku bertanya wahai Ulama’ pewaris Nabi kau dimana?

             Tatkala jenayah menjadi-jadi
             Ketika mangsa tahanan mati misteri
             Diwaktu 2.6 bilion mengisi akaun peribadi Menteri
             Dimanakah kau wahai ulama’ pewaris nabi?

            Ketika kes  liwat meliwat dibicarakan di mahkamah
            Mahkamah sivil bukan mahkanah Syariah
            Mengundang pelbagai pertikaian dan fitnah
            Ulama Pewaris Nabi , dimana kah kau tidak menyanggah 
            Kenapa kau  tidak menegah bahkan enggan menjengah

            Ketika Hukum Hudud dicanang sebuah parti
            Riuh sekampung sebiji  telor tak juga menjadi
            Hanya mainan politik meraih undi  simpati
            Isu perkauman dimainkan ditiup memusnah solidariti
            Kau dimana wahai Ulama’ pewaris Nabi

            Ketika meledak skandal 1MDB
            42 bilion ringgit hilang lesap tidak diketahui
            Dunia ketawa  menuding Malaysia negara korupsi
            Ada aset pemimpin dibeku di luar negeri
            Dimana kah kau wahai Ulama’ pewaris Nabi

            Bukankah Ulama’ wajib  menasihat Ulil Amri
            Tidakkah Ulama’ wajib bersuara memperingati
            Bukan kah ulama’ bagaikan cahaya yang menerangi
            Mengapa kau diam? Kenapa tidak kau santuni?
            Aku pasti kau tidak bisu dan belum  tuli.

            Nashuha Jamidin Al Pontiani
            22 Jun 2016

GADIS KU KENAL DI AWAL RAMADHAN



GADIS  KU KENAL
DI AWAL RAMADHAN

Assalamualaikum sahabat…
2 Jun 2016,… kau sapa diri ku
Ku jawab salam lembut mu erat
Bagai kau ada di depan mata ku
Antara realiti  atau fatamorgana

Meskipun hanya lewat dunia maya
Sinar mata mu yang berkemilau
Terhanyut aku dalam sapaan lembut mu
Terpancar cahaya dari sosok  wajah yang ayu

Dari gaya dan aura mu yang sopan
Gejolak rindu ku mula menggoncang
akan wajah ayu mu yang sering terbayang
Ku syukuri nikmat Tuhan yang mempertemukan

Gadis manis yang  mengetuk minda ku
Terbalut busana muslimah yang sederhana
Jilbab hijau hitam melingkari mahkota suci
Hayalan di keheningan penuh pengharapan

Panas dingin kehidupan
Terlewati dengan penuh bahagia
Kepercayaan menjadi penyelamat
Pengertian menjadi tuntutan
Kesetiaan suatu kewajiban
Kebahagiaan tujuan hidup yang hakiki
Semua masih menjadi Rahsia Ilahi

Nashuha Jamidin A lPontiani
2 Jun 2016
 

Tuesday, June 21, 2016

USAH DIKEJUT FITNAH YANG TIDUR

USAH DIKEJUT FITNAH YANG TIDUR

Ramadhan masuk hari ke 17
Dada ku terus berombak cemas
Melihat hamba-hamba Mu seperti hampas
Terus mengejutkan Fitnah dari tidur tanpa belas

Ku cuba menegur menasihat menaksir
Agar menggunakan akal untuk berfikir
Aku malah di tuduh kafir
Pakaian ku juga di salah tafsir

Empat hari PRK berlalu sudah
Keputusan di ketahui diumum didedah
Siapa menang siapa kalah
Caci mencaci , tuduh menuduh tak pernah sudah

Dari dua penjuru pertandingan
Kini bertukar menjadi tiga dan empat
Di alam Siber Netizen tak henti berdebat bergunjingan
Melebarkan jurang perseteruan dan memutus sahabat

Budaya ini tidak sihat
Bila fitnah sudah bangkit dari tidur
Awas bukan mudah untuk menambat
Bangsa ku akan terus bermusuhan sampai ke kubur

Wahai Ulama’ wahai cendikiawan
Fatwa dan nasihat mu amat diperlukan
Jangan engkau terus berdiam mendekam
Sebelum bangsa ini hancur berantakan

Wahai saudara wahai rakan
Hentikan segera semua perseteruan,
Tumpukan solidarity melawan kezaliman
Jangan biarkan diri mu dipecahbelahkan
Hingga si Zalim terus ketawa rakus membaham

Buangkanlah ego, sombong dan fanatik,
Kenali musuh sebenar mu bukan terus beretorik,
Satukan hati-hati mu dalam ukhwah jauhi polemik
Jadilah manusia sejati berakhlak mulia bukannya gimik

Doa ku buat warga Malaysia
Berdamailah, berlapang dadalah semua
Bersatulah , tumpukan tenaga dan minda
Bahaya besar dihadapan menanti kita
Bangkitlah bersama menjamin Malaysia Sejahtera

Nashuha Jamidin Al Pontiani
22 Jun 201

Wednesday, June 8, 2016

MUHAMMAD ALI …KAULAH HERO, KAULAH LEGENDA… PERGI MU TETAP DI KENANG (i)





MUHAMMAD ALI …KAULAH  HERO,
KAULAH LEGENDA…
PERGI MU TETAP DI KENANG
                        (i)

Is Muhammad Ali Your Hero  Nash?
Pertanyaan diaju Guru American History
Yes sir!... He is my Hero… jawab ku jujur serta bernas,
1978 Mr Cambell bertanya di dalam kelas cuba menguji

Muhammad Ali …
Diri mu disanjung dipandang hebat
Masyarakat Timur dan juga barat,
Sikap mu tegas wawasan mu  tepat
Musuh digelanggang  habis kau  lipat

Muhammad Ali
Bagaimana aksi di gelanggang
Begitulah aksi mu bila di luar
Suara mu  meninggi berani dan lantang
Pergi mu kehilangan besar diganti sukar

Muhammad Ali…
Engkaulah Hero menentang keganasan
Engkaulah Diplomat  idola pujaan
Membela hak asasi dan menentang penindasan
Enggan ke Vietnam engkau rela dipenjarakan

Kau berkata…
Bukan semua orang itu genius
Usaha  yang gigih perlu kau terus
Sakit, derita payah  jerih perih  perlu kau tebus
Putus asa dan kecewa musuh  yang perlu kau hapus


Kata mu lagi…
Tiada yang mustahil didalam dunia
Mustahil  bukan fakta hanya pendapat semata
Mustahil itu  sementara sifatnya
Mustahil itu bukannya apa-apa

Begitulah bijaknya engkau berfalsafah
Rahsia kejayaan mu  kini kau dedah
Jangan siapa cuba menyanggah
Kau dah buktikan kejayaan terserlah sudah

Sunday, June 5, 2016

ADA APA DENGAN CINTA NYA



ADA APA DENGAN CINTA NYA

Dia bukan Batu, Dia bukan Kayu
Dia itu Ar Rahman, Dia itu Ar Rahim
Dengan cintaNya
Bumi, langit dan isinya, mengatur indah

Dengan cintaNya
Mentari terus bersinar
menerpa hangat tubuh kita
Dialah muara cinta yang hakiki

Dengan cinta Nya
Tiada yang kekal abadi
Kerana kematian sentiasa menanti
Kembali  menghadapNya  bagai dijanji

Dengan cintaNya
Dia tahu hati siapa
telah terhimpun cinta kepada Nya
Telah terpahat taat kepada Nya

Dengan cintaNya
Dia tahu hati siapa
Telah menyatu dalam dakwah kepada Nya
Telah berpadu dalam membela syariat Nya

Dengan cinta Nya
Dia tahu hati siapa
Redha Islam itu agama nya
Redha Allah itu  Tuhan nya