ULAMA PEWARIS NABI
KAU DIMANA
Ketika Negara di ambang kehancuran
Dikala Korupsi, Kronisma dan Kolusi bermaharajalela
Diwaktu Penguasa merompak wang rakyat dan hazanah Negara
Wahai Ulama’ pewaris nabi kau dimana?
Dikala GST dikenakan tak kira Si Miskin atau Si Kaya
Diwaktu ringgit jatuh nilainya angkara kelaku penguasa
Ketika pasaran komoditi jatuh merudum nilai dan harga
Sekali lagi aku bertanya wahai Ulama’ pewaris Nabi kau dimana?
Tatkala jenayah menjadi-jadi
Ketika mangsa tahanan mati misteri
Diwaktu 2.6 bilion mengisi akaun peribadi Menteri
Dimanakah kau wahai ulama’ pewaris nabi?
Ketika kes liwat meliwat dibicarakan di mahkamah
Mahkamah sivil bukan mahkanah Syariah
Mengundang pelbagai pertikaian dan fitnah
Ulama Pewaris Nabi , dimana kah kau tidak menyanggah
Kenapa kau tidak menegah bahkan enggan menjengah
Ketika Hukum Hudud dicanang sebuah parti
Riuh sekampung sebiji telor tak juga menjadi
Hanya mainan politik meraih undi simpati
Isu perkauman dimainkan ditiup memusnah solidariti
Kau dimana wahai Ulama’ pewaris Nabi
Ketika meledak skandal 1MDB
42 bilion ringgit hilang lesap tidak diketahui
Dunia ketawa menuding Malaysia negara korupsi
Ada aset pemimpin dibeku di luar negeri
Dimana kah kau wahai Ulama’ pewaris Nabi
Bukankah Ulama’ wajib menasihat Ulil Amri
Tidakkah Ulama’ wajib bersuara memperingati
Bukan kah ulama’ bagaikan cahaya yang menerangi
Mengapa kau diam? Kenapa tidak kau santuni?
Aku pasti kau tidak bisu dan belum tuli.
Nashuha Jamidin Al Pontiani
22 Jun 2016
No comments:
Post a Comment