Tuesday, August 9, 2016

KENALI DIRI MU PASTI KAU KENAL TUHAN MU


Nashuha Jamidin
4 hrs · 
KENALI DIRI MU 
PASTI KAU KENAL TUHAN MU
Untuk kenal Tuhan Kenali diri mu 
Untuk kenal diri matikan diri mu
Bukan Mati sebenar bukan Mati Hakiki
Tetapi Mati Sirri, Mati Hissi atau Mati Maknawi
Untuk kenal diri Kenali Mati
Untuk kenal mati kenali Kembarnya mati
Justru tidur itu kembarnya mati
Kenali tidur mu kau akan kenal diri
Sewaktu tidur mana daya upaya mu
Sewaktu tidur mana deria indera mu
Sewaktu tidur kau sebenarnya sudah mati
Sewaktu tidur mu jika pun ada hanya mimpi
Sewaktu tidur mu siapa yang ada?
Yang ada hanya Dia
Sewaktu mimpi kau rasa realistik
Ruang dan masa terasa tidak statik
Kau bergerak ke sana ke mari dinamik
Terjaga tidur kiranya hanya persepsi fantastik
Buangkan keakuan mu
Hilangkan keegoan mu
Akan kau sedari yang ada hanya Dia
Melihat diri mu ternampak hanya Dia
Melihat sekeliling mu ternampak hanya Dia 
Dia ada dimana mana 
Semua berpunca dari Dia
Dia yang awal Dia yang akhir
Dia yang batin Dia yang zahir
Dia yang menentukan takdir
Dia yang bersifat Al Muttakabbir
Nashuha Jamidin Al Pontiani,
Raudhatunnashuha
9 Ogos 2016

No comments: