Tuesday, August 16, 2016

MENANTI KIFARAH MENGUNDANG BENCANA



MENANTI KIFARAH 
MENGUNDANG BENCANA
Dum! Dam! Dum! Dam!
Guruh petir menghentam
Awan herot seram geram
Langit gelap pekat menghitam
Alam muram sarat mendendam
Gerangan petaka apa bakal menghunjam
Sekian lama manusia dilanda derita
Akibat Fasad dan angkara penguasa
Gagal mentadbir mengurus harta negara
Tipudaya dan dusta menjadi senjata utama
Menanti Kifarah mengundang Bencana
Dzoharol fasada fil Barri wal bahri
Bimakasabat Aidinnas sudah termatri
Tuhan beri ingatan amaran dalam kitab suci
Tangan manusia itu perosak di darat di laut pasti
Melayu hancur bukan kerana Kafir Harbi ,
Bukan Pokemon bukan DAP bukan juga Yahudi
Hancur Melayu kerana Melayu tak sedar diri

Lantik penasihat ibarat pegar makan padi
Menjadi penguasa duit rakyat habis dirompak
Harta negara dijadikan seperti harta emak bapak
Harta Anak Yatim habis dimakan halal haram tak nampak
Tabung amanah rakyat di gasak difaraid habis licin dan botak
Tanah diamanah dijual kepada negara asing
Selogan kebanggaan dicanang merata ‘Cash is King’
Naikkan harga barang , naikkan cukai dah macam samseng
Hutang meningkat , gubah wang haram seluruh dunia dah mula bising
Paling dahsyat bila wakil rakyat, para penguasa baunya hancing
Bermain mata dengan Maling
Akhirnya rakyat, saudagar, juragan karyawan hidup melarat
Siang malam sudah rasa tak selamat, makan dicatu perut diikat
Aset dan prasarana tidak disenggara tiada peruntukan konon berjimat
Pegawai pekerja tak kondusif tak selesa, panas, hapak dah macam kucing kurap
Prestasi menurun ramai nak bersara akibat penguasa dah tak boleh diharap
Nashuha Jamidin Al Pontiani
12 Ogos 2016G


No comments: