Monday, January 19, 2009

TAHUN 2009 BAKAL MENYAKSIKAN LEBIH 1 JUTA RAKYAT MALAYSIA HILANG PEKERJAAN!!!....


JIKA INI TERJADI KEADAAN KITA AKAN BERPULUH KALI GANDA LEBIH TERUK DARI SEMASA KRISIS EKONOMI 1985 DAN 1998.

KERAJAAN secara perlahan-lahan telah cuba memberitahu kita BERITA BURUK dan menakutkan. LEBIH 45,000 PEKERJA AKAN DIBERHENTIKAN MENJELANG TAHUN BARU CINA TAHUN INI. Manakala menurut MEF(Malaysian Employers Federation) sekitar atau lebih 400,000 orang pekerja lagi akan turut kehilangan pekerjaan menjelang akhir tahun 2009. Di Singapura pula seramai lebih 500,000 orang pekerja rakyat Malaysia akan juga kehilangan pekerjaan apabila kerajaan singapura menghentikan mereka atas alasan kegawatan ekonomi dunia. Jadi jumlahnya mencecah 1 juta orang. Perhatikan berita dari BERNAMA berikut:
KUALA LUMPUR, Jan 18 (Bernama) -- Some 45,000 workers in the manufacturing sector may temporarily be out of job soon with most factories in the country to cease operations for the Chinese New Year celebration.
Human Resources Minister Datuk Dr S.Subramaniam said this would happen because the factories would shut down operations for two or three weeks and the workers were asked to take leave, either on paid or unpaid leave, depending on their respective employers.

"This (shut down) is because of a drop in demand for their products and because of that they (factories) have to temporarily terminate their workers," he told reporters after opening the Agro Explosion 2009 Seminar & Workshop, here today.

He said that as of Jan 12, 14,000 workers from various sectors lost their jobs because of the world economic slowdown, but that there were some 15,000 job vacancies in various sectors registered at the ministry.


Apa strategi berkesan untuk menghadapi fenomena sebegini yang patut diambil oleh pihak kerajaan dan pelbagai pihak lagi.??
NAMPAKNYA KITA KENA MULA TANAM POKOK UBI SEBAGAI LANGKAH BERJAGA-JAGA SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH SAHABAT SAYA DI KULIM DAN SIDAM KIRI!!

1 comment:

BOB Marleysia said...

salam untuk saudara...
sebenarnya isu pekerjaan ini telah lama didebatkan terutamanya sejak kehadiran pekerja asing terutamanya dari indonesia dan bangladesh yang mendominasi jumlah pekerja asing di negara kita.Terdapat banyak percanggahan mengenai jumlah mereka yang mencari rezeki dan ini tentulah belum lagi dikira pendatang yang tidak mempunyai paspot atau pendatang tanpa izin. Apa yang ingin saya katakan di sini ialah sebenarnya Malaysia merupakan syurga pekerjaan dan ia hanya dapat dicium oleh warga asing hatta hingga ke negara Nepal, namun warga Malaysia seakan tidak berselera dengan apa yang ada di depan mata. Warga Malaysia seakan hanya mahu menjadi tuan sahaja dan gajinya sekurang2nya melebihi seribu dan jangan lupa, pakaiannya mestilah yang bertali leher dan bersepatu kilat.

Dengan pendapatan yang tak seberapa, warga asing ini mampu pula untuk menghantar wang ke kampung atau mempunyai simpanan yang akan dibawa pulang nanti. Jadi adakah bayaran yang diberi rendah atau sikap warga Malaysia yang hanya tahu bergaya sahaja. Bukan hanya pakaian mahu yang mahal malah minyak wangi yang hanya dapat dihidu sahaja pun nak yang berjenama.

Persoalannya di sini ialah adakah pekerjaan yang dipikul oleh warga asing sebagai buruh kasar di tapak pembinaan atau di kilang-kilang tidak sesuai dengan imej rakyat tempatan? Apa bezanya pekerjaan mereka sekarang sebagai operator kilang? Ya, mungkin satunya dipanas terik dan satunya dalam suhu yang dingin. Namun kalau diteliti, bayarannya hampir sama kedua-duanya.

Saranan saya, eloklah warga Malaysia yang diberhentikan dari kilang2 ini supaya mula untuk mencari rezki ditempat2 yang dulunya didominasi oleh pendatang ini. Buanglah rasa ego yang dah lama melekat dalam hati dan jiwa masyarakat Malaysia atau kekal dengannya dan tungguah pekerjaan yang sesuai dengan jiwa jatuh keriba...

Tepuklah dada dan tanyalah selera dan tentulah selera anda hanya mahukan yang selesa dan dan sedap dipandang mata, atau tanyalah pada fikiran yang terbuka dan poket yang makin banyak lubangnya...

salam nusantara
BOB Marleysia...