Sunday, June 28, 2009

SELSEMA BABI : BENCANA YANG BOLEH MENELAN JUTAAN MANUSIA - TELAH DIRAMAL PARA SAINTIS!?




Adakah Selsema Babi @ swine flu ini suatu lagi bencana yang akan menelan jutaan umat manusia seperti yang dijangka oleh ramai saintis bahawa akan berlaku suatu wabak virus dalam dekad terdekat ini yang akan membunuh jutaan manusia.

Empat buah sekolah yang diarahkan ditutup selama seminggu akan dibuka Isnin ini.

Sekolah-sekolah tersebut: SRK Jalan Davidson, Sekolah Antarabangsa Seri Cempaka, SRK Assunta 1 dan SRK Assunta 2.

Tiga buah lagi sekolah yang diarah masing-masing menutup sebuah kelas akan dibuka minggu depan.

Hanya dua kelas di SMK Abdul Rahim 2 di Kudat, Sabah akan terus ditutup sehingga 29 Jun susulan seorang guru wanitanya, 24 tahun, dijangkiti wabak itu selepas pulang dari Turki.

Bagaimanapun pentadbiran sekolah itu sendiri mengambil keputusan menutupnya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam laporan Bernama.

"Oleh kerana ramai guru dan kakitangan sekolah yang dikuarantin, maka mereka menutup sendiri sekolah walaupun kementerian pada asalnya hanya mengarahkan dua kelas sahaja yang ditutup," katanya.

Beliau menambah, daripada 1,843 kes yang disiasat 1,705 disahkan negatif dan 26 kes masih menunggu keputusan.

Firman Allah surah Fussilat ayat 9 -13 yang ertinya : Katakanlah, "Bolehkah kamu ingkar kepada Tuhan yang mencipta bumi dalam 2 masa dan kamu adakan pula sekutu-sekutu bagi Nya? Itulah Tuhan seluruh alam". Dan Dia ciptakan padanya gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dan kemudian Dia berkahi, dan Dia tentukan makanan-makanan bagi penghuninya dalam 4 masa, memadai untuk memenuhi keperluan mereka yang memerlukannya. Kemudian Dia menuju ke langit dan langit itu masih berupa asap lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi "Datanglah kamu berdua menurut perintah Ku dengan patuh atau terpaksa". Keduanya menjawab "Kami datang dengan patuh". Lalu dicipta Nya 7 langit dalam 2 masa dan pada setiap langit Dia wahyukan urusan masing-masing. Kemudian langit yang dekat dengan bumi, Kami hiasi dengan bintang-bintang dan Kami ciptakan untuk memelihara. Demikianlah ketentuan Allah yang Mahaperkasa. Maha mengetahui. Jika mereka berpaling maka katakanlah "Aku telah memperingatkan kamu akan bencana petir yang menimpa kaum Ad danSamud".
Allah telah menurunkan pelbagai bencana di atas muka bumi seperti Tsunami di Aceh, gempa bumi di China, katrina di USA, ribut besar di Bangladesh dan banyak lagi bencana yang menelan mangsa ratusan ribu tetapi Adakah umat manusia mengambil pengajaran dari Nya? Atau kita bertambah angkuh mengejar harta, kuasa dan pangkat dengan meninggalkan ajaran Allah yang telah diturunkan melalui Nabi Muhamad saw.

Firman Allah surah Al-Hadid ayat 22 yang ertinya : Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah.


Firman Allah surah Ar-Rahman ayat 37-38 yang ertinya : Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti kilauan minyak. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Firman ALLAH swt surah Al-Rahman ayat 7-13 :
Dan langit telah ditinggikan-Nya dan diciptakan keseimbangan, agar kamu jangan merosak keseimbangan itu. Dan ditegakkanlah keseimbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi keseimbangan itu. Dan bumi telah dibentangkan-Nya untuk makhluk-Nya, di dalamnya ada buah-buahan dan kurma yang mempunyai kelopak mayang dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN? Firman Allah SWT di dalam al-Quran surah al- maidah : ayat 3 :

Tuesday, June 23, 2009

PPSMI OH PPSMI.......MENGAPA SUKAR BENAR PEMIMPIN NAK MEMAHAMI KEHENDAK RAKYAT!!!???



Setelah enam tahun bantahan demi bantahan dibuat, persidangan demi persidangan meja bulat dianjurkan, sehingga ke tahap berarak di jalan raya, menuntut agar PPSMI dihapuskan, akhirnya :
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran MENEGASKAN bahawa keputusan akhir mengenai dasar PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) akan diumumkan awal bulan depan (Julai).
Seandainya keputusan tersebut lebih kepada PEMANSUHAN dasar tersebut, ia bakal menjadi suatu tindakan yang akan melegakan hati seluruh rakyat, pelajar, warga pendidik dan para pencinta Bahasa yang begitu gusar dan tidak bersetuju dengan dasar yang merugikan ini. "Satu Malaysia Rakyat di dahulukan, pencapaian diUtamakan" .
Muhyiddin juga mengakui bahawa setakat ini, pencapaian dasar tersebut - yang dimulakan sejak 2003 - adalah nominal,yakni tidak memberi impak yang besar dalam penguasaan bahasa Inggeris mahupun pencapaian Sains dan Matematik. Kenyataan ini selari dengan beberapa kajian sebelum ini, termasuklah kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) dengan kerjasama lapan institusi pengajian tinggi tempatan Februari lalu mengenai tahap kompetensi guru dalam PPSMI serta implikasinya terhadap pembangunan modal insan.
Kajian itu berasaskan sampel dari 553 orang guru dan 15,089 pelajar dari kawasan bandar dan luar bandar, termasuk Sekolah Kebangsaan Orang Asli .
PPSMI merugikan murid.

Dari aspek keupayaan perlaksanaan dasar, kajian itu mendapati ramai lagi guru yang belum layak mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di mana 39.3% guru (74) sekolah rendah dan 25.3% guru (93) sekolah menengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris.

Dari segi status pelaksanaan PPSMI dan sumbangannya terhadap peningkatan penguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid pula, PEMBINA mendapati:

Sekolah rendah: Sumbangan dan korelasinya adalah rendah bagi mata pelajaran Sains, iaitu ia hanya berjaya menyumbang meningkatkan bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara bagi Matematik, tiada sumbangan terhadap peningkatan bahasa Inggeris.

Sekolah Menengah Aliran Sastera: Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah. Di mana bagi Matematik hanya berjaya menyumbang peningkatan bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus dan 0.6 peratus bagi Sains.

Sekolah Menengah Aliran Sains: Hanya dua mata pelajaran sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah, iaitu Kimia 2 dan Matematik Tambahan. Di mana, jumlah kedua-dua mata pelajaran ini hanya menyumbangkan sebanyak 0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia 2 dan 0.3 peratus bagi Matematik Tambahan.

Kajian PEMBINA juga mendapati pelaksanaan PPSMI menyebabkan kerugian berganda kepada murid-murid, terutama kepada kira-kira 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori sederhana dan lemah di dalam ketiga-tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Analisa membuktikan sampel terhadap keputusan peperiksaan yang diambil ke atas 5,590 murid tahun 5, kohort 2 (2004) dari 56 SK seluruh negara, menunjukkan pencapaian mereka semakin merosot, malah ada yang dengan drastik merudum apabila mereka naik ke tahun yang lebih tinggi, iaitu di Tahun 2 (2005), Tahun 3 (2006), Tahun 4 (2007), Tahun 5 (2008) dan dijangkakan berterusan di Tahun 6 (2009).
Muhyiddin juga turut menjelaskan bahawa pendekatan terbaik bagi penguasaan bahasa adalah dengan menambahbaik pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut.
SESUNGGUHNYA PERJUANGAN ITU PERLUKAN PENGORBANAN DAN JERIH PAYAH. KEKUATAN DAN KEJAYAAN SUATU PERJUANGAN ADALAH KEBENARAN. BERKATA BENARLAH WALAUPUN IA PAHIT. APABILA DATANG YANG HAK, MAKA LENYAPLAH YANG BATIL.

Wednesday, June 17, 2009

MUNGKINKAH JARUM-JARUM SYAITAN MULA MENYUNTIK KEPIMPINAN ULAMA'




Hati itu agak sukar untuk dipelihara. Tanpa disedari, terkadang syaitan telah memasukinya. Oleh itu iman adalah perisainya. Tidak dinafikan iman itu sendiri ibarat laut, ada pasang surutnya. Dan apabila kita terleka walau sementara, mulalah syaitan menusukkan jarum halusnya.

Allah berfirman bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya." (Surah an-Nisa', ayat 120-121)



Keributan yang melanda PAS sebenarnya bukan perkara yang sifatnya boleh menggegar dan mengelirukan masyarakat. Kekecohan dan keributan tersebut sebenarnya akibat mainan pelbagai pihak samada pihak pimpinan, ahli-ahli yang kurang cermat, musuh politik (memang menanti ada bola tanggung untuk melakukan smash)dan media. Dalam kesemua penyumbang-penyumbang kegawatan tersebut sedar atau tidak SYAITAN MERUPAKAN MASTERMIND atau penggerak dan perancang yang telah menyusupkan jarum-jarum halus kerana PAS di bawah Kepimpinan Ulama merupakan kumpulan yang bakal menjadi penentu kepada dasar dan corak berpolitik dalam masa terdekat menjelang PILIHANRAYA ke 13 nanti.

Oleh itu semua saf kepimpinan PAS perlu beristighfar banyak-banyak, kurangkan mengeluarkan kenyataan dan BERSEGERALAH mengadakan Muktamar Khas untuk membincangkan segala isu yang timbul secara tertutup, kemudian Nik Aziz dan Hj Hadi Awang bersama membuat sidang akhbar menjelaskan keputusan muktamar khas tersebut . Ini insyaallah akan dapat mematikan dan menumpul serta memusnahkan jarum-jarum syaitan alaihi Laknah'
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DI SENGAT DUA KALI DARI SATU LUBANG YANG SAMA


Wednesday, June 3, 2009

MENGHARAP DURIAN RUNTUH, ….ALIH-ALIH BUMBUNG STADIUM PULA YANG RUNTUH!!!

Sebahagian besar rakyat malaysia ternanti-nanti durian runtuh natijah dari pakej ransangan Ekonomi yang diketengahkan oleh Perdana Menteri Malaysia "Satu Malaysia, Raktyat di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan." Tiba-tiba gempar benda lain pula yang runtuh!!. Dahsyat sungguh keruntuhan bumbung stadium di Terengganu yang kepimpinan negeri diramalkan bakal runtuh akibat sepak terajang politik Alif Mim Nun Wau di negeri tersebut.

Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu, hampir musnah apabila kira-kira 60 peratus struktur bahagian bumbungnya runtuh. Kerugian dianggarkan RM25 juta.
Kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 9.30 pagi semalam itu, melibatkan bahagian hadapan, kiri dan kanan bumbung stadium. Runtuhan dipercayai bermula pada bahagian tengah stadium yang menempatkan bilik tetamu kehormat (VIP) dan tempat duduk utama termasuk pentas diraja.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan bagaimanapun beberapa motosikal dan sebuah kereta ditimpa bumbung stadium yang runtuh itu.
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM292 juta dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas merupakan sebahagian daripada Kompleks Sukan Gong Badak bernilai RM543 juta.
Stadium berkenaan menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara utama pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008 dan perlawanan bola sepak Liga Super.

SAUDARA SAUDARI PEMBACA CUBA FIKIRKAN APAKAH GERANGAN ANGKARA STADIUM YANG BEGITU GAH DAN MEMAKAN BELANJA BEGITU BESAR BOLEH RUNTUH DALAM WAKTU SESINGKAT ITU?? ADAKAH SALAH TUHAN (BENCANA ALAM) SEPERTI KATA SAMY VELLU, ATAU GEJALA KETIDAK TELUSAN PEMIMPIN YANG TERLIBAT DALAM KELULUSAN BANGUNAN, ATAU PENYAKIT RASUAH??? SILA BERI KOMEN ANDA. yb, kULIMEE. YB SIDAM, ATAU BOB MARLESIA MUNGKIN ADA IDEA NAK KOMEN.