Blog ini dibuat semata-mata untuk memberi sedikit sumbangan dalam bentuk buah fikiran, berkongsi pengalaman dan menyahut seruan Rasulullah s.A.W 'Balighu anni walau ayah'. (Sampaikan dari ku walau satu ayat). Segala persoalan yang di utarakan akan meliputi, hal-hal dunia dan akhirat, isu-isu semasa, politik, perubatan dan pelbagai ilmu untuk mendidik masyarakat. Dengan harapan 'apabila datang kebenaran, maka lenyaplah kebatilan kerana sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap'- maksud hadis.
Sunday, July 19, 2009
"SATU TERENGGANU, TANAH RAKYAT DIDAHULUKAN, KERJA MEREMBAT DIUTAMAKAN"....... JAGA-JAGA SATU LAGI KERJA NAK MELINGKUP HAK MILIK MELAYU
Hairan bin ajaib,..... orang Melayu (UMNO) tak sedar-sedar lagi, hak MELAYU mereka semakin terhakis, matlamat DEB yang nak capai ekuiti 30% masih jauh belum dicapai, Pulau Batu putih sudah tergadai, Projek Wilayah Iskandar dah nampak dah... Zionist nak sambar,kini Terengganu yang rakyatnya miskin walaupun kaya hazanah minyak dibuminya,bakal menghadapi kerakusan penguasa TANPA MEMIKIRKAN BAGAIMANA NAK MEMARTABATKAN ORANG MELAYU YANG MISKIN MENJADI BIJAKSANA DAN BIJAKLAKSANA DENGAN WANG ROYALTI MINYAK YANG BAKAL DITERIMA.
KUALA TERANGGANU AKAN DIBANGUNKAN–MB
Sebahagian wang royalti yang bakal diperoleh kerajaan negeri Terengganu tidak lama lagi akan diperuntukkan bagi menjalankan lebih banyak pembangunan di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu yang juga dikenali sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air.
PERSOALANNYA BILA BANDAR BESAR DIBINA, ....SIAPA YANG BAKAL MEMBELI BANGUNAN, LOT-LOT KEDAI, PREMIS NIAGANYA, PUSAT HIBURANNYA, .....MELAYU KE?? TENGOKLAH APA DAH JADI DIBANDAR-BANDAR LAIN? TANAH-TANAH (BERSELINDUNG DISEBALIK NAMA LOT KEDAI) AKAN TERGADAI....TERGADAI.... BERAPA KERAT MELAYU YANG MAMPU BELI? ORANG MELAYU DI KAMPONG BALADA KOLAM AKAN KAYA RAYA KE, ... ORANG DI BATU RAKIT MAJU KE,?...CUKUPLAH KERJA2 TIPU MELAYU...
Menteri Besar, Ahmad Said, berkata apabila wang itu diperoleh, kerajaan merancang untuk membangunkan kawasan bandar dengan langkah awal melakukan pengambilalihan tanah di kawasan Ladang, Tanjung hingga ke kawasan Pasar Raya Astaka.
"Pengambilan tanah di kawasan berkenaan dianggar menelan belanja ratusan juta ringgit. Ini kerana harga tanah kawasan itu terlalu mahal kerana terletak di tengah-tengah bandar," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Kampung Alor Limbat di sini, hari ini.
TENGOK....TENGOK...KERJA MEREMBAT TANAH NELAYAN, TANAH MELAYU DAH ADA DALAM KEPALA PEMIMPIN INI...TAK HABIS-HABIS NAK PELINGKUP HAK MILIK MELAYU YANG TINGGAL TAK SEBERAPA TU.. RAKYAT TERENGGANU BANGUN, CELEK SEGERA...
KES STADIUM RUNTUH MASIH TAK SELESAI,...DAH DEKAT 3 BULAN LAPORAN TAK KELUAR2 JUGA...JANJI 1 BULAN. MAJID KRISTAL BERAPA RAMAI YANG SOLAT JEMAAH KAT SITU??
KOLAM RENANG TERUS BOCOR... SPRM TAK PERGI SIASAT PUN...
KETAHUILAH SEGALANYA BERPUNCA DARI NAFSU GELOJOH (NAFSU AMMARAH BISSU')YANG SELALU MENGUASAI DIRI PEMIMPIN2 MELAYU. AKAL ADA DITUTUP DENGAN NAFSU. INGAT JIHAD YANG PALING BESAR IALAH MELAWAN HAWA NAFSU...
FIKIRKANLAH DAN GUNAKAN DUIT ROYALTI TU UNTUK BANTU MELAYU YANG MISKIN DI KAMPUNG2, TINGKATKAN LAGI MUTU DAN PRODUKTIVITI INDUSTRI KECIL SEDERHANA DITERENGGANU, BANTU PENGUSAHA SERUNDING, KEROPOK GEPENG HINGGA BERTARAF DUNIA.....BUKAN NAK REMBAT-REMBAT HAK MELAYU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment