Saturday, October 27, 2012

SENJATA AMPUH MENGHADAPI DAJJAL



Bersediakah Kita Berdepan Dengan Dajjal
  • Air di laut Galilee (Israel) akan kering dalam tempoh 50 tahun lagi (TELAH DI KAJI OLEH PARA SAINTIS DAN AHLI KAJI BUMI).  Dajjal akan muncul apabila Laut Galilee kering airnya.!!!
  • Tentera Dajjal yang tertulis perkataan Kafir (KFIR) telah muncul ( lihat nama pesawat Pejuang  terbaru Israel KFIR dan nama Briged tentera elit gabungan US dan Israel bernama KFIR.) akan tertulis di dahi Dajjal perkataan KAFIR ...yang difahami oleh semua bangsa.
 Kedua-dua perkara tersebut telah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w lebih 1400 tahun yang lalu.!!!!
 Pada kesempatan ini saya hanya ingin mengutarakan bagaimana strategi kita menghadapi saat bertemu Dajjal itu,  seperti yang di pesan oleh Rasulullah s.a.w

DIRIWAYATKAN oleh An-Nawwas ibn Sam’an : 
“Dia, yang hidup dan melihatnya (Dajjal) harus membacakan di depannya ayat-ayat pembukaan Surat Al Kahfi,” (HR Muslim).
Diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili : “Barangsiapa memasuki nerakanya (Dajjal), mintalah pertolongan Allah dan bacakan ayat pembukaan Surat Al Kahfi, dan hal ini akan mendinginkan dan mendamaikannya, seperti api menjadi dingin terhadap Ibrahim,” (HR Ibnu Katsir).

surah al Kahfi:  http://www.youtube.com/watch?v=1KKR_FrUuH8

Tanda-tanda dan Rahsia Hari Akhir
Satu alasan mengapa Rasulullah SAW menganjurkan orang-orang beriman membaca Surah Al Kahfi
  ketika Dajjal Mencuba Membujuk Rayu adalah kerana surah ini berisi isyarat penting mengenai Hari Akhir, seperti berbagai hal yang diperlukan untuk bertahan dan memerangi Dajjal, dan gerakan-gerakan anti-agama yang menimbulkan berbagai kejahatan keatas kemanusiaan, yang ingin disebarkan oleh Dajjal ke seluruh dunia.
Surah Al Kahfi ini juga berisi berbagai pelajaran bagi kaum Muslimin.
Anjuran Rasulullah SAW untuk menghafalkan dan membaca surah ini dengan penuh perhatian adalah suatu isyarat kuat tentang hal ini. Seperti kita akan melihat di seluruh bab ini, pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal di sebuah masyarakat yang kafir, pelajaran bahwa Musa AS belajar dari Khidir, dan pemerintahan di atas dunia yang didirikan oleh Dzulkarnain AS agar dapat menyebarkan nilai-nilai Islam, adalah perkara-perkara yang perlu direnungkan oleh orang-orang beriman.
Justru manusia yang bagaimanakah yang sangat disukai oleh Dajjal? Dan tanpa disadari ia sudah di beri tanda  oleh Dajjal di hati-nya?
  
1. Orang yang apabila kumandang adzan terdengar, ia mengacuhkannya.
2. Orang yang apabila dinasihati atau diberitahu mengenai rencana-rencana Dajjal di dunia  sebelum ia datang, dia tidak peduli.

Dajjal tidak secara tiba-tiba datang, Atas Izin Allah SWT ia mempersiapkan semuanya dengan bantuan para pengikutnya (Freemasonry – illuminati) agar semakin ramai manusia yang akan menjadi pengikutnya. Dan jika seseorang sudah tahu mengenai rencana Dajjal ini, Dajjal sudah melihat-nya dan memberi tanda di hatinya.
Ini sesuai dengan doa Dajjal kepada Allah swt yang kelak akan di kabulkan:

"Ya rabb berikanlah aku kemampuan untuk menurunkan hujan, menghidupkan orang yang sudah mati, menyembuhkan penyakit yang ada di dunia, menyuburkan tanaman dan memperlihatkan surga dan neraka kepada manusia kelak,,, yang sesungguhnya surga ku adalah neraka-mu dan nerakaku adalah surga-mu ya Rabb agar aku boleh menguji keimanan manusia kelak….”

SEMOGA KITA DAN ANAK CUCU KITA YANG BERDEPAN DENGAN DAJJAL MAMPU MELAKSANAKAN SARANAN RASULULLAH S.A.W .

Monday, June 25, 2012

KEBANGKITAN KUASA ISLAM DI MESIR....SUATU YANG DINANTI-NANTIKAN: DR MUHAMMAD MURSI PRESIDEN BARU MENGGALAS CABARAN. TAHNIAH UNTUK SELURUH RAKYAT MESIR DAN PEJUANG-PEJUANG IKHWANUL MUSLIMIN!!

                                                             Dr. Muhammad Mursi
 
 Kemenangan Dr. Muhammad Mursi calon Parti Keadilan dan Kebebasan kelolaan Ikhwaanul Muslimin sebagai Presiden Republik Arab Mesir  telah diketahui pada pagi Isnin, 18 Jun 2012. Dr.Muhammad Mursi memperoleh 13,237,000 undi atau nisbah 52% berbanding lawannya, Ahmed Syafiq, sekutu kuat Husni Mubarak memperolehi 12,338,973 dengan nisbah 48% daripada jumlah undi keseluruhan 25,575,973.


Kemenangan ini disambut dengan rasa syukur oleh seleuruh rakyat Mesir terutama rakyat yang sudah lama mengimpikan pemerintahan baharu, ingin keluar daripada jajahan kuku besi Husni Mubarak...malah turut mengimpikan Islam kembali didaulatkan di bumi Mesir. Walau bagaimanapun, kemenangan ini masih menjadi tanda tanya apabila pihak tentera masih samar2 membuat keputusan untuk memberikan kuasa penuh kepada Presiden baru. Difahamkan sekarang juga jutaan rakyat Mesir berhimpun/berkampung di Dataran Tahrir mendesak pihak tentera mengembalikan kuasa pemerintahan penuh kepada pilihan rakyat.
 

Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah.  Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah al-Quran.

Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya memperoleh Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern California. 
Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.


Dakwah dan Politik

Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan turut terjun ke gelanggang dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman. Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya parlimen 2005, Dr. Mursi meraih suara terbanyak, mengalahkan musuh politiknya daripada Nasional Demokratic Party (NDP) parti Mubarak, namun keluar keputusan yang tidak berpihak, hingga dilakukan pemilihan semula yang memenangkan parti Mubarak.

Permasalahan lain yang menjadi perhatian utamanya adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds, sebagai permasalahan Umat Manusia yang mempunyai hati nurani, dan tidak hanya permasalahan Bangsa Palestin sahaja, tapi menjadi permasalahan bersama umat Islam. Dr. Mursi terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.
 Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu.
Penjara dan Penangkapan

Dr. Mursi antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri, jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar dengan akibat yang akan hadapinya, melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara, pengusiran, dan sebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari benak para pejuang.

Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr. Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada tarikh 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan menghuni jeriji besi selama 7 bulan.
 
Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain, pada hari Jumaat pagi, yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab), 28 Januari 2011 supaya tidak terlibat dengan demonstrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr. Muhammad Mursi mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000.

Setelah prestasinya dalam politik selama lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang jalan dan langkahan dakwah mereka bermula dari pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian dilayan dengan keji oleh pemerintah disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011.

RAKYAT MALAYSIA SEDANG TERCARI-CARI DAN BERTEKA TEKI BILAKAH PRU 13 AKAN DI ADAKAN....MUNGKINKAH MALAYSIA BAKAL MENYUSUL SATU LAGI KEMENANGAN ISLAM ???   ISLAM ITU TINGGI DAN AKAN SENTIASA BERADA DI TEMPAT YANG TINGGI...


Sunday, June 10, 2012

TEKA TEKI TARIKH PILIHANRAYA, SUATU KETIDAKWAJARAN YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN YANG MEMERINTAH DENGAN SLOGAN TRANSFORMASI SANA SINI.

Amalan tidak meletakkan tarikh sebenar pilihanraya dalam takwim perancangan 5 tahun kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat amat menghairankan dan dilihat ada udang di sebalik batu. Patutkah sebagai pemerintah, pemimpin suka berteka-teki tarikh pilihanraya dgn rakyat sendiri? Tarikh PRU PM sorang sahaja yg tentukan bukan kabinet? Inilah agaknya antara yang pernah diungkapkan oleh bekas PM sebelum ini, bahawa  Malaysia punya prasarana/infrastruktur 'first Class', tapi punya mentaliti 'third class'....
Strategi (jika boleh dipanggil strategi) menyembunyikan tarikh PRU dari pengetahuan umum suatu tarikh penting dari pengetahuan rakyat yang berperanan  dalam menentukan kerajaan secara demokratik, kini dilihat sebagai amalan tidak wajar dan sudah ketinggalan zaman.  Ia amat bertentangan dengan slogan dan agenda transformasi oleh PM dan dilihat sebagai tidak demokratik. Lebih-lebih lagi dalam keadaan  Malaysia sedang menuju kearah sistem dua Parti iaitu BN (Barisan Nasional) dan PR (Pakatan Rakyat). 
Sehingga kini rakyat dan pemerhati politik melihat kecelaruan dalam pemikiran pimpinan kerajaan untuk memilih tarikh paling sesuai , jika sehingga Jun 2012, tarikh PRU 13 masih belum dapat dimuktamadkan.  Ia akan menjadi sebagai satu lagi perkara dan agenda yang gagal dimuktamadkan oleh kerajaan BN yang memerintah.  Pelbagai isu dan kemelut yang belum di selesaikan dan menjadi perdebatan hangat orang ramai di lihat semakin tidak memihak kepada populariti kerajaan BN.  Asakan bertubi-tubi kesan cetusan idea dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat nampaknya berjaya membuat para pemimpin BN menjadi tak lena tidur.
Kejayaan pimpinan Pakatan Rakyat memecahkan tembok perbezaan ideologi antara PAS, DAP dan PKR dilihat bakal meranapkan talian hayat BN selamanya. Sekaligus rakyat bakal melihat bahawa ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat telah menidakkan amalan perkauman dalam parti mereka.  Ini kerana keahlian ketiga-tiga parti tersebut terdiri daripada pelbagai kaum.  Jauh berbeza dengan Barisan Nasional yang komponennya terdiri dari UMNO (Melayu ). MCA (Cina) dan MIC (india) yang mengamalkan perjuangan berasaskan kaum masing-masing. Ia dilihat sebagai sudah tidak releven di era globalisasi langit terbuka dan dunia tanpa sempadan ini.
Walau apa pun, PRU 13 terpaksa juga diadakan selewat-lewatnya sebelum April 2013. Isu tuntutan senarai nama pengundi agar dibersihkan dari pelbagai kekeliruan masih belum diatasi dan amat meragukan rakyat dan pihak yang akan bertanding.  Isu rasuah jerung-jerung besar masih dilihat gagal di ambil tindakan secara telus dan berintegriti,  isu-isu perkauman yang semakin di marakkan, kenaikan harga barang, isu alam sekitar, felda  dan sebagainya masih menjadi maudhuk yang perlu di bereskan oleh pihak pemerintah.  Sebenarnya wujudnya udang di sebalik batu dan udang di sebalik mee inilah yang menjadikan PRU13 menjadi teka teki.

Sunday, April 29, 2012

KEJAYAAN IKHWANULMUSLIMIN MESIR MEMENANGI PILIHANRAYA...BUKTI ISLAM MAMPU MEMENANGI PILIHANRAYA MELALUI DEMOKRASI . AS SYAHID HASSAN ALBANNA , JASAMU TETAP DIKENANG

Kejayaan IKHWANUL MUSLIMIN mendahului pilihan raya menandakan perubahan besar kerana pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak dan pemimpin sekular sebelum ini menindas dan melarang Ikhwanul Muslimin menyertai dunia politik.
Diketuai golongan profesional seperti doktor, jurutera dan guru, Ikhwanul Muslimin membawa slogan ‘Islam adalah penyelesaiannya’ dan turut mengutamakan demokrasi, keadilan sosial serta kebebasan undang-undang.

Kemenangan besar Ikhwan di bawah kepimpinan Mursyidul Am, Dr Mohamed Badie, menerusi Parti al-Hurriyah wal 'Adalah (parti Kebebasan dan Keadilan atau Freedom and Justice Party - FJP) dan parti-parti gabungannya dalam Pilihan Raya Umum Mesir minggu lepas, iaitu hampir setahun selepas Presiden Hosni Mubarak digulingkan, merupakan suatu perubahan besar kepada landskap politik di negara-negara Arab.

Walaupun Syed Qutb dan beberapa orang pimpinan Ikhwan dizalimi sehingga mati syahid di tali gantung pada pagi Isnin 29 Ogos 1966, tidak dapat merasai nikmat kemenangan perjuangan Islam, sekurang-kurangnya roh mereka berbahagia disisi Allah, kerana pengorbanan mereka sudah ditebus Ikhwan.

Selepas tiga pusingan pilihan raya yang dianjurkan secara bebas dengan pemantauan dunia, keputusan muktamad pilihan raya umum Mesir mencatatkan FJP menang 232 kerusi Parlimen (lebih 45 peratus kerusi), Parti Nur Salafi meraih 113 kerusi, Parti Wafdu (Sekular) dengan 47 kerusi, Parti Kutlah (Sekular) mendapat 39 kerusi, Parti Fulul (bekas penyokong Hosni) memperolehi 17 kerusi, Parti Wasot Islami 10 kerusi, Parti Thaurah Mustamirah dengan 8 kerusi dan parti bebas mendapat 14 kerusi.


Semalam Timbalan Pengerusi FJP, Dr Essam El-Eryan dalam temubualnya dengan Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi ingin benar tahu apakah kebangkitan rakyat juga akan berlaku di Malaysia dalam pilihan raya ke 13 nanti.

FJP mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi dan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat.

Tempat kedua diduduki oleh kubu konservatif, Parti Salafi al Nur dengan 25 peratus undi atau 121 kerusi, sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33 kerusi. 

Dalam sidang Parlimen pertama, pimpinan kanan FJP, Dr Saad al-Katatni telah dilantik sebagai Ketua (speaker) Majlis Rakyat yang pertama selepas kejatuhan rejim Mubarak.

Sepanjang bulan lalu Dr Syed Azman berada di kota Kaherah sebagai anggota rombongan Ahli Pemerhati Antarabangsa Pilihan Raya Mesir di bawah seliaan PBB yang yang baru berakhir baru-baru ini.

Tidak siapa dapat menjangkakan Pilihan raya boleh dijalankan dengan aman selepas 'Revolusi 25
Februari' yang telah berjaya menggulingkan rejim 'kuku besi' Hosni Mubarak dengan hanya bersenjatakan 'Kuasa Rakyat' yang turun secara sukarela berdemonstrasi di jalan-jalanraya di seluruh negara.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Luar PAS telah bertemu dengan Dr Essam, sahabat lama beliau di sana.

Menurut Dr Essam, punca kemenangan FJP adalah melalui susunan trategi yang antaranya:

1. Organisasi kempen FJP yang tersusun dan berstrategik.

2. Teknik 'bantuan dan kebajikan' yang efektif kepada pengundi terutamanya di luar bandar.

3. Pendekatan kempen kepada golongan remaja dan anak muda yang mesra dan bersifat memenuhi realiti semasa.

4. Kempen dari rumah ke rumah yang berterusan.

5. Mengemukakan pelan ekonomi yang di terima rakyat.

6. Kempen melalui media baru seperti Twitter dan Facebook yang amat berkesan.
 
Populariti Parti Ikhwanul Muslimin juga menghancurkan impian kuasa Barat yang sejak dahulu kerap menjadikan pemimpin Arab sebagai boneka demi memenuhi kepentingan mereka.Selain Mesir, parti berlandaskan Islam juga memenangi pilihan raya terbaru di Tunisia dan Maghribi.