BUAT KESEKIAN KALI IDILFITRI
Buat kesekian kali Idilfitri,
Engkau masih setia datang lagi
Menutup tirai madrasah Ramadhan,
Terlalu berat untuk ku lepaskan pergi
Kerana aku tak pasti akan bertemu
lagi
Buat kesekian kali Idilfitri,
Semoga dalam kemeriahan ini,
Hati ini tetap menggenggam erat
Tarbiyah Ramadhan tanpa syarat
Dalam alpa dan dosa ….aku takut
Dalam ingat dan taat… …aku mengharap
Takut akan murka Mu !
Mengharap akan maghfirah Mu!
Buat kesekian kali Idilfitri,
Berikanlah kemaafan itu
Lepaskanlah segala belenggu
Pada dendam dan amarah
Tanpa ragu dan berpaling malu
Buat kesekian kali Idilfitri,
Berilah senyuman itu
Ikatkan doa yang suci dan syahdu
Pada salam yang terhulur
Semoga jiwa kan terhibur
Ikatkan doa yang suci dan syahdu
Pada salam yang terhulur
Semoga jiwa kan terhibur
Memacu iman dan amal kian subur.
Mohd Nashuha Jamidin Al Pontiani
18 Julai 2015
No comments:
Post a Comment