Thursday, July 30, 2015

DI TENGAH KEMELUT NEGARA KITA HARAPAN BARU DATANG MEMBELA



DI TENGAH KEMELUT NEGARA KITA
HARAPAN BARU DATANG MEMBELA
1MDB punya angkara,
Satu Negara habis bercempera,
Rakyat meraba terpinga-pinga,
Tetiba TPM dilucut jawatannya
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri,
Keli merajuk membawa diri
Bercakap bohong lama-lama jadi menteri,
Dah jadi menteri kerjanya asyik mencuri
Negara ku indah Swarna Bumi,
Bukit Aman dah tak aman lagi,
Gerangan apa yang sudah terjadi?
Peguam Negara tiba-tiba ditukar ganti,
Pengerusi PAC dah jadi menteri,
Ketika siasatan sedang berjalan,
Gabenur Bank Negara dituduh Korupsi,
Rakyat semakin pelik bercampur hairan
Banyak Hantu Mambang dan Pari,
Tidak kan sama Pocong dan Polong,
Diam membatu buat bodoh konon strategi,
Memakan diri bila rakyat bangkit melolong.
Dulu dia dinista difitnah dan diperdaya,
Kini berehat di dalam penjara,
Pemfitnah penzalim kini menuai hasilnya,
Siang diburu dosa, malamnya tidor tak lena.
Ekonomi Negara jatuh merudum,
3 ringgit kita satu dollar Singapura
Pemimpin berpidato bedegar berdentum.
Negara hampir bengkrap pemimpin terus berpura.
Harapan Baru bakal dinobat,
Membawa agenda adil dan benar,
Kuatkan Pakatan berjuang berjihad,
Mendung berarak mentari menyinar.
Mohd Nashuha Jamidin Al Pontiani
30 Julai 2015

No comments: