Thursday, September 8, 2016

MISTERI CAHAYA

MISTERI CAHAYA

Cahaya, rupanya kau sejenis tenaga
Tenaga hebat yang bukan satu jenisnya
Satu jenis dari jenis yang banyak jenisnya
Namun yang banyak jenis itu bersumber dari satu jenis juga
Musa pingsan ketika melihat kau di Gunung Tursina


Cahaya, sifat mu merambat
Dari benturan dan serakan foton
Menjelajah dan menerobos jagat raya
Dengan sifat mu bergerak lurus
Tidak membengkok sebagaimana kegelapan
Gerak mu Pantas sejarak bumi ke bulan sesaat masa

Cahaya, kau menerangi kegelapan
Sebagaimana Ilmu menerangi kejahilan
Kau tidak mungkin dimusnahkan
Kau hanya boleh diubah bentukan
Haba, Solar, elekrik, api, gelombang, aura
Sebagaimana lampu berbagai bentuk dan rupa
Namun kau tetap sama yang itu juga

Cahaya, kau membongkar rahsia si Buta
Kau selongkar rahsia kegelapan malam pekat
Bila kau berada di atas cahaya darjat mu meningkat
Namun kau tunduk dengan Pencipta mu yang Maha bijaksana
Yang lebih hebat dan gagah dan tahu semua dan segalanya
Tahu urusan semut hitam merayap diatas batu hitam di malam gelap gulita

Cahaya, tanpa mu semua bakal sirna,
Semua menjadi buta kehidupan hilang makna
Tanpa mu hati menjadi hitam legam persis juhala
Malam tanpa siang, semua membeku membatu sia-sia
Maka Nikmat Tuhan yang manakah yang mahu didusta

Nashuha Jamidin Al Pontiani
Villa Nashuha
9 Sept 2016

No comments: