KIAMAT SUDAH DEKAT
Hawa panas luarbiasa
Lebah Trigona dalam jagaan ku menggila
Lari dari.sarangnya menuju habitat lama
Lantaran alam hilang keseimbangan tenaga haba
Madu entah kemana propolis dan roti debunga sirna
Ratu hilang berahi raja hilang ghairah tiada tenaga
Pekerja tidak bermaya Soldadu hilang aura kesatria

Cuaca tak menentu bagai dirasuk penunggu
Puncak Gunung Jerai tidak kelihatan hanya kelabu
Asap jerubu terus.menderu menyumbat peparu
Merencat flora hingga berbunga dan berbuah lucu
Musim tak menentu saiz mengecut kulit menggerutu
Rambutan hilang rambut hasil merosot petani buntu
Bagaikan murka entah kepada siapa mahu dituju
Hujan dan panas tidak patuh jadual waktu
Ayam dan unggas kepanasan menyorok bawah batu
Menghuni longkang yang kontang mengharap turun suhu
41 darjah celcius tak pernah berlaku
Strok haba sedia menunggu Penghawa dingin pasang selalu
Kiamat sudah dekat!!! bentak hati ku
Tanda Awal Tanda Akhir sudah banyak berlaku
Air di Laut Galilee semakin kering dan lesu
Si Miskin berlumba menbina bangunan mercu
Hamba-hamba melahirkan tuannya sudah berlaku
Zina terang terangan berlaku di tepi-tepi jalan tanpa malu
Tsunami, amokkan gunung berapi menelan mangsa
Ratusan ribu manusia tewas dibawa air deras sekelip mata
Persis Banjir di zaman Nabi Nuh dengan bahteranya
Kemunculan.Dajjal, Imam Mahadi jadi penentu usia dunia
Sebelum Isa Al Masih diturunkan menyantuni manusia taqwa
Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada guna
Hidup di dunia hanya sekadar singgah minum semata
Jangn kau alpa lupa diri kemana matlamat akhir kita
Menghadap Hakim di Mahkamah Robbul Jalil adil saksama
Menerima balasan baik buruk amal perbuatan kita
Nashuha Jamidin Al Pontiani
6 September 2016

No comments:
Post a Comment