NEGARA KU NEGARA PAK KADUK
Negaraku
terkenal sekali
Bukan
kerana hebat ekonomi
Bukan
kerana mulia terpuji
Tetapi
kerana segala lelucon ada di sini
Negaraku
terkenal sekali
Bukan
kerana kecanggihan teknologi
Bukan
juga banyaknya universiti
Tetapi
kerana pemimpinnya jadi bahan haha.. hihi
Negaraku
termasyhur utara dan selatan
Bukan
kerana terbersih darat dan lautan
Kerana
orang besar… benar tak benar dibenarkan
Manakala
orang kecil… salah tak salah disalahkan
Negaraku
teratas di persada dunia
Bukan
kerana pemimpinnya adil bijaksana
Kerana
Kuruptor dianggap bisnes istimewa
Rakyat
disogok disuap madat BRIM besekala
‘Cash
is king’ Wang tunai adalah Raja cogan katanya
Negaraku
sangat menonjol namanya
Bukan
kerana jaguh sukan atau budaya
Tetapi
jaguh membazir hata rakyat dan negara
Kerana
ada derma beribu juta ke akaun Menteri Perdana
Sejarah
Pak Kaduk menjadi nyata
Kini
terjadi di depan mata
Dulu
ku ingat ia hanya dongeng penglipur lara
Kiranya
ia kejadian benar bagai dendangan selo
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada
nasi dicurahkan
Awak
pulang kebuluran
Hai
Mudik menongkah surut
Hilir
menongkah pasang;
Ada
isteri dibunuh
Nyaris
mati oleh tak makan
Masa
belayar kematian angin
Sauh
dilabuh bayu berpuput
Ada
rumah bertandang duduk.
Aduhai
malang Pak Kaduk
No comments:
Post a Comment