PUISI BUAT
SANG PENGUASA
Jangan kau
tuduh mereka pengkhianat
Kerana
mereka hanya berbekal semangat
Jangan kau
tuduh mereka teroris
Kerana
mereka hanya membela nasib sadis tragis
Jangan kau
perlekeh gerakan bersih
Kerana
mereka menuntut PRU yang bersih
Dengarkan
laungan dan jeritan mereka
Dengarkan
hujah dan alasan logik mereka
Bersih!...Bersih!...Bersih!
Reformasi!...
Reformasi!... Reformasi!
Allahuakbar!...Allahuakbar!...Allahuakbar!
Mengapa
takut laungan Bersih?
Mengapa
takut laungan Reformasi?
Mengapa
takut laungan Allahuakbar?
Kiranya
ada udang di sebalik batu
Udang
kepalanya batu
Kiranya
ada kerang di sebalik mee
Kerang
menganga bersama kroni
Zaman
diktator kuku besi sudah berlalu
Zaman
siber semua info datang dari berbagai pintu
Mau kemana
kau Penguasa Zalim pendusta penipu
Bila
kebencian rakyat sudah bertapak di hati di kalbu
Rakyat kan
bangkit menerjah menerajang menghantu
Mau kemana
kau Penguasa Zalim Pendusta Penipu
Bangkit
para Pahlawan para Pejuang
Leluhur
kita mewariskan darah merah terbilang
Di dalam
tanah jasad bergalang biar berputih tulang
Namun
Kezaliman mesti ditumbangkan
Keadilan
dan kesejahteraan kita tegakkan
Wahai
Penguasa Zalim dan rakus
Kau hanya
mengulangi kejelekan Marcos
Kejelekan
para dictator dunia buas dan rakus
Harta
milik rakyat kau rompak kau faraid hingga lupus
Maruah
negara, bangsa, agama tergadai terhapus
Turunlah
kau sebelum terlambat
Sebelum
jutaan rakyat mengejar menghambat
Jangan
sampai tak sempat kau bertaubat
Ke dalam
penjara kau bakal disumbat
Ingatlah
Kuasa Rakyat Kuasa Keramat
Nashuha Jamidin Al Pontiani
Puncak Gunung Jerai
16 Oktober 2016
No comments:
Post a Comment