Wednesday, June 17, 2009

MUNGKINKAH JARUM-JARUM SYAITAN MULA MENYUNTIK KEPIMPINAN ULAMA'




Hati itu agak sukar untuk dipelihara. Tanpa disedari, terkadang syaitan telah memasukinya. Oleh itu iman adalah perisainya. Tidak dinafikan iman itu sendiri ibarat laut, ada pasang surutnya. Dan apabila kita terleka walau sementara, mulalah syaitan menusukkan jarum halusnya.

Allah berfirman bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya." (Surah an-Nisa', ayat 120-121)



Keributan yang melanda PAS sebenarnya bukan perkara yang sifatnya boleh menggegar dan mengelirukan masyarakat. Kekecohan dan keributan tersebut sebenarnya akibat mainan pelbagai pihak samada pihak pimpinan, ahli-ahli yang kurang cermat, musuh politik (memang menanti ada bola tanggung untuk melakukan smash)dan media. Dalam kesemua penyumbang-penyumbang kegawatan tersebut sedar atau tidak SYAITAN MERUPAKAN MASTERMIND atau penggerak dan perancang yang telah menyusupkan jarum-jarum halus kerana PAS di bawah Kepimpinan Ulama merupakan kumpulan yang bakal menjadi penentu kepada dasar dan corak berpolitik dalam masa terdekat menjelang PILIHANRAYA ke 13 nanti.

Oleh itu semua saf kepimpinan PAS perlu beristighfar banyak-banyak, kurangkan mengeluarkan kenyataan dan BERSEGERALAH mengadakan Muktamar Khas untuk membincangkan segala isu yang timbul secara tertutup, kemudian Nik Aziz dan Hj Hadi Awang bersama membuat sidang akhbar menjelaskan keputusan muktamar khas tersebut . Ini insyaallah akan dapat mematikan dan menumpul serta memusnahkan jarum-jarum syaitan alaihi Laknah'
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DI SENGAT DUA KALI DARI SATU LUBANG YANG SAMA


2 comments:

bob marleysia said...

sebenarnya syaitan berada di mana2, kenapa pula ulama nak dipersalahkan, sememangnya ulama merupakan benteng terakhir kita dan jangan kita sembrono melabelkan mereka sahaja yang di dekati oleh syaitan. Bila ulama berpakaian cantik, kita labelkan mereka mencintai dunia, bila mereka berkereta besar, kita labelkan ulama duniawi, bila rumah tersergam indah, kita katakan mereka lupakan akhirat.... bagaimana dengan kita yang mempunyai semua itu??? salahkah kalau mereka merasakan sedikit kenikmatan hidup didunia kerana mereka mampu??? apakah yang dikatakan sederhana itu??? berjubah lusuh?? kereta buruk??? berumah senget??? harap dapat merujuk buku2 atau kitab yang menceritakan bagaimana kehidupan para sahabat yang kaya pada zaman nabi dan para sahabat…

solihin said...

Ni apa ni komen keluar tajuk daa...
Setan yang kacau ulama tu serban dia lagi besar. kalah serban ARQAM..
Kalau macam Bob Marleysia ni hantar setan Gondol pun dah huru hara. Wa...ka...ka...ka