Saturday, December 13, 2008

BERMULANYA KEPERITAN RAKYAT MALAYSIA



SEJARAH !!!! 20,000 NELAYAN SERTAI MOGOK NASIONAL - MalaysiaKini



Kira-kira 20,000 nelayan menyertai boikot terbesar tidak ke laut bermula hari ini bagi mendesak kerajaan menurunkan harga diesel kepada RM1.

Boikot yang melibatkan 5,000 bot itu akan mengurangkan separuh bekalan ikan negara, lapor Sin Chew Online.

Boikot anjuran Persatuan Nelayan Selangor dan Perak turut disertai nelayan-nelayan dari Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak.

Nelayan membuat tuntutan itu kerana harga diesel tahun ini telah turun sebanyak enam kali, tetapi nelayan masih membayar harga yang sama iaitu RM1.43 seliter.

Harga diesel di pasaran sekarang dijual RM1.80 seliter.

Selasa lalu, 143 bot di Kota Kinabalu enggan turun ke laut bagi membuat desakan yang sama.

Nelayan-nelayan di Sabah mendakwa mereka mengalami kerugian akibat harga diesel dan hasil tangkapan ikan merosot.

Setelah 6 kali harga minyak dunia turun mengapa harga diesel Malaysia bagi para nelayan tidak diturunkan?? Mengapa nak tunggu para nelayan mogok dan menjejaskan serta menyukarkan lagi kehidupan rakyat? Inikah kerajaan yang selalu mendakwa sebagai pembela rakyat?!
Sumber protein orang kampung selain sayur-sayuran ialah ikan. Kalau dah ikan mahal, cuba bayangkan, rakyat terbanyak dan yang hidup cukup makan selepas ini akan jadi rakyat TAK CUKUP MAKAN!

INGATLAH! Apabila keperluan asas seperti makan dan minum sudah terjejas, selalunya manusia akan memberontak . Mereka akan menjadi agressif dan tidak akan pedulikan keselamatan lagi. Jika pihak yang berkuasa gagal menangani masalah ini , tunggulah pelbagai perkara buruk akan berlaku pada masa itu . Antaranya ialah peningkatan kadar jenayah, pecah rumah, kecurian, rompakan dan sebagainya. SERAHKANLAH SESUATU URUSAN ITU KEPADA AHLINYA!! CONTOHILAH KEPIMPINAN RASULULLAH DAN PARA SAHABATNYA, jika mahukan kehidupan di Malaysia ini aman dan harmoni. Hantarkan mesej anda bermula dengan pilihanraya kecil Kuala Terengganu dalam masa terdekat ini.!....

Baik-baik mengail Tenggiri,
Jangan terkena ikan memparang,
Baik-baik mentadbir negeri,
Jangan sampai rakyat berperang.

Tegak rumah kerana sendi
Rosak sendi rumah binasa
Teguhnya ummah kerana budi
Hilang budi ummah binasa


No comments: