Monday, December 1, 2008

PELAKSANAAN PPSMI (PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris)- ANTARA KEANGKUHAN DAN KEBENARAN

Isu melaksanakan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris nampaknya masih belum berkesudahan. 5 siri persidangan meja bulat telah dibuat, namun Sang Menteri masih terkial-kial mencari rumusan penyudah kepada kemelut isu yang sepatutnya sudah lama selesai.
CELARU LAGI NAMPAKNYA. ...... dan akhirnya jika sekiranya Menteri Pelajaran membuat keputusan untuk meneruskan dasar ini, saya pasti bantahan demi bantahan akan terus dilakukan oleh mereka yang berfikiran waras dan ada keberanian! Polemik yang membuang masa dan tenaga akan terus berlaku. Meneruskan satu dasar yang tidak memberi faedah dan tidak didasari sebarang kajian disamping mendapat tentangan oleh pelbagai lapisan masyarakat pendidik hanya akan memberi kesan yang merugikan. CELARU...CELARU......CELARU.

Berikut saya kemukakan alasan kenapa dasar merugikan orang Melayu ini harus dihapuskan segera:

1) Sains dan Matematik tidak akan menjadikan seseorang menguasai Bahasa Inggeris kerana konsep-konsep ,simbol, dan angka-angka yang terdapat dalam kedua-dua matapelajaran ini tidak banyak bezanya dengan Bahasa Melayu. Penambahan perbendaharaan BI tidak banyak berlaku. Tak perlu tukar bahasa... memadai hanya tambah waktu belajar Bahasa Inggeris di sekolah.

2) Tidak pernah dilakukan sebarang kajian oleh mana-mana pihak mengenai penggunaan PPSMI dapat menambah penguasaan BI dikalangan pelajar. Ia hanya andaian dan retorik Mahathir semata-mata.

3) Sesuatu bahasa yang tidak digunakan untuk menjadi bahasa pengantar dalam matapelajaran bernilai ekonomi / keilmuan akan lenyap dan turun nilainya dikalangan masyarakat. Natijahnya bahasa itu akan diabaikan dan dilupakan.

4) Tidak ada sebarang bukti bahawa menggunakan Bahasa Inggeris dalam pendidikan menjamin kemajuan sesebuah negara. Lihat Jepun, Korea, mana ada guna Bahasa Inggeris. Tetapi boleh maju!! Lihat Filipina, 100% BI tapi mundur!!

5) Lebih 30 tahun Bahasa Melayu menjadi pengantar dalam semua matapelajaran dari sekolah rendah hingga universiti dan mampu digunakan di mahkamah, semua berjalan dengan baik dan membanggakan tanpa ada bantahan mana-mana pihak. Hasilnya amat ketara dan membanggakan. Bahasa Melayu semakin kaya, berwibawa dan berkembang.

6) Buatlah tinjauan kepada pelbagai sampel anggota masyarakat yang arif tentang pendidikan di negara kita (seperti guru-guru), pasti keputusannya ramai bersetuju agar PPSMI dihapuskan dan kembali kepada Bahasa Melayu. Silakan , lakukanlah.....

7) Keputusan dan laporan persidangan Meja Bulat tidak pernah dibentangkan apakah dapatan yang diperolehi.

8) Kajian juga tidak pernah dibuat terhadap mangsa dasar ini yang melibatkan murid dan para guru. Apakah kesan, tekanan, bebanan dan derita yang mereka tanggung ? Diluar bandar lebih-lebih lagi deritanya......! Seorang tenaga pengajar dari USA pernah membuat ulasan "Mengapa kamu laksanakan dasar bodoh ini, sudahlah sains dan matematik itu suatu matapelajaran yang sukar, diajar pula dalam bahasa asing yang bukan bahasa ibunda, pasti bertambah sukar dan menyusahkan pelajar.".......

Saudara, apakah agenda disebalik dasar PPSMI ini?? Apa sudah jadi dengan para pemimpin Melayu yang diberi pinjam sedikit kuasa memimpin sebelum nanti diambil alih oleh orang lain??
Benarkah mereka masih ada rasa sayang dan cinta dengan bahasa ibunda mereka?? atau mereka benar-benar sudah menjadi boneka kepada mana-mana dalang dibelakang tabir??
Pujangga lama mengingatkan kita, " Bahasa itu JIWA BANGSA" Kalau bahasa sendiri sudah diperkotak katikkan, apa lagi yang kita harapkan.? Sesunggunya para penjajah telah 51 tahun meninggalkan kita, tetapi agenda mereka masih kukuh dibenak dan pemikiran bekas anak-anak jajahan yang ditinggalkan yang mewarisi mentaliti mereka. Inilah yang dinamakan 'al-ghazwulfikr' atau penjajahan fikiran.

1 comment:

fieyka una said...

sebagai seorng pelajar unvrsti,sya sgt brstju dgn idea2 yg dilontarkn oleh penulis....seluruh rakyat melayu harus bangun menunjukkan sikap sebenar kita yg sudah tidak boleh diperbodohkan oleh pemimpin yg tidak bertanggungjawab..."ibarat kera di hutan disusui..anak sendiri mati kelaparan"