Wednesday, December 24, 2008

SETELAH BAHASA MELAYU DILACURKAN, KINI MYKAD (STATUS WARGANEGARA) PULA DIGADAIKAN

Apa dah nak jadi dengan negara kita Malaysia?. Kebobrokan semakin menjadi-jadi. Inilah akibat menyerahkan sesuatu amanah kepada orang yang bukan ahlinnya. Segalanya akan hancur dan berserakan. Ini telah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w lebih 1400 tahun dahulu. Cuba perhatikan beberapa senario yang melanda negara kita dalam isu warganegara yang begitu mudah diperjudikan.

senario 1:
KOTA KINABALU 23 Dis. – Polis Sabah akan menyiasat dakwaan mengenai sebuah dewan perniagaan di negeri ini yang dikatakan terlibat mendapatkan MyKad kepada warga India yang bekerja di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya memandang serius dakwaan itu dan akan berusaha mendapatkan kerjasama pihak-pihak yang berkaitan.

“Kita memang ada terima laporan tetapi mesti siasat dulu laporan itu benar atau tidak. Sebelum sebarang tindakan diambil, kita kena siasat dulu sama ada laporan tersebut benar atau mempunyai motif lain.


Betapa mudahnya untuk rakyat asing mempunyai kad pengenalan sedangkan bumiputera Sabah terutama sekali di pedalaman dengan sistem jalanraya yang belum baik terpaksa berulang kali ke JPN untuk mendapatkan kad pengenalan dan sering kali mereka dikecewakan dengan jawapan dokumen kurang lengkap. Sedangkan kos pengangkutan dan kos penginapan yang mereka perlu tanggung begitu tinggi.
Adakah perkara ini disengajakan untuk membolot tanah adat penduduk kampung tersebut. Apabila penduduk kampung ini tidak mempunyai kad pengenalan maka dengan secara automatiknya mereka tidak boleh mempunyai tanah. Dan ini membolehkan segelintir orang boleh membolot tanah tersebut.

Senario 2:

1.3 juta rakyat asing diberi kewarganegaraan

18 November 2008

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar memaklumkan seramai 1,343,940 orang pemegang kad pengenalan Merah telah pun diberi taraf kewarganegaraan Malaysia sejak 1957 hingga Ogos lepas. Beliau turut menyatakan sebanyak 23,436 daripada 1,389,436 permohonan tidak berjaya. "Seramai 2,294 orang berketurunan Melayu, 1,175 orang berketurunan Cina, 786 orang berketurunan India dan 956 orang daripada keturunan-keturunan lain telah diberi taraf kewarganegaraan sejak 1998 hingga Ogos lepas," katanya.

Syed Hamid memberitahu tiada Piagam Pelanggan yang ditetapkan kerana setiap kelulusan mengikut tempoh. "Contohnya memohon Permit Masuk daripada Jabatan Imigresen terlebih dahulu dan seterusnya membuat permohonan bagi mendapatkan Taraf Penduduk Tetap daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” jelasnya.

No comments: